~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Tuesday, December 28, 2010

TAHAP KEBOSANAN YANG MEMUNCAK...


hurmm..lama-kelamaan rasanya aku dah boleh sesuaikan diri dengan keadaan ni...tapi keadaan tetap sama..kebosanan aku berada di tahap klimaks~huuu...
akhirnya..aku jumpa jugak dengan benda yang dapat mengubat kebosanan aku..NOVELS....
kebetulan..waktu tengah kemas2 bilik, aku terpandang kotak buku aku...
komik2 aku ada 2-3 buah dah kena samun dengan ainnur waktu dia datang rumah hari tu...bila nak pulang??entahlah..komik je pun..janji dia pulang n tak buat harta sudah..
sebenarnya tak ramai yang tau aku ada koleksi novel sendiri..tapi tulah..aku kedekut sikit..
bukan apa..aku cerewet dalam hal menjaga buku ni...buku2 aku semuanya aku jaga elok2...walaupun dah baca berkali2 tetap macam belum dibaca...tak percaya??silakan..korang boleh check sendiri...
takde tanda dilipat..takde koyak...takde tanda2 macam pernah dibaca langsung...
lepas baca terus aku simpan balik elok2 dalam kotak...^^
pernah jugak dulu aku bermurah hati pnjamkan novel2 aku kat orang..tapi akhirnya bila aku dapat balik buku2 aku...huh...macam kertas buat bungkus belacan...kalau tengok2 balik kertas buat bungkus belacan tu lagi cantik kot...dahla buku tu baru sekali aku baca..ada pulak buku yang aku belum baca..huu~~memang hangin 1 badan...
mana taknya selalunya bila diberi pinjam, orang yang meminjam tu kebiasaannya takkan terus pulangkan buku terus kepada tuan punya buku bila dah habis baca...diorang selalunya akan pass buku tu kepada kakak, pakcik, makcik, atok, moyang, oneng2...jiran...dan akhir sekali barulah dipulangkan semula kepada tuan punya buku...pasal tu la buku yang baru boleh jadi macam sampul belacan..terkoyak sana-sini...huh..(annoy)
so..akhirnya..sampai hari ni aku dah serik nak bagi pinjam buku aku pada orang...sebelum orang datang rumah aku dah sorok awal2 kotak2 buku aku tu...tak kira la novel ke komik...nak pinjam??jangan harap~
bukan aku kedekut~tapi aku dah serik nak bagi pinjam...sorry..^^


nampaknya sekarang aku tengah enjoy baca novel2 cinta jiwang karat~
bluekk~~hari2 macam ni mau keluar muntah hijau aku..huu...takpe la sekejap je kot nak habiskan buku2 ni semua...setakat 10 buah..sehari 1 buku..mungkin dalam bulan 1 aku dah dapat habiskan semua buku2 tu...
setakat cerita jiwang..semuanya happy ending...klise~
takde yang gempak ke??takpe la..sementara ni..buku2 tu jugak penghilang rasa bosan aku..daripada takde apa2 nak buat..sekurang-kurangnya masa kau sedikit-sebanyak terisi..terimas^^


vampires diaries yang dah lama aku mengidam nak baca..dah lama sebenarnya buku ni terperap dalam kotak..cuma aku takde masa nak baca buku tu..maklum la..waktu tu aku sibuk buat persediaan untuk ambik SPM...buku harry potter pun macam tu jugak(walaupun dah 3 kali aku katam buku ni..hehe)...
geram je aku nak baca buku2 tu..nasib baiklah SPM tu bukan benda main2..kalau tak dah lama aku lepas gian..hehehe...^^
sebelum SPM aku cuma sempat baca buku yang nipis2 je...sebab takde masa..huu~~
serious la..masa memang jealous dengan aku...benci..!!
waktu tu aku dah tak kira bertapa nipis pun buku tu..yang penting, menarik untuk aku baca...cukuplah tu untuk lepaskan gian aku..hehe..^^
anyway...sekarang masa yang aku ada dah lebih dari cukup untuk baca buku2 tu semua...seronoknya!!!
penanda buku tu dari Blake..cantik kan??kerap jugak dia & Yoke Pei hadiahkan aku penanda buku..biasalah..diorang dah sedia maklum dengan kegilaan aku yang satu tu...huu~~


ni semua buku2 along waktu dia ambil STPM dulu...banyak kan??teruja jugak aku tengok...
mulai tahun depan aku dah kena baca buku2 ni sikit2..untuk pengetahuan asas...walaupun mungkin buku2 ni tak sama sukatannya dengan apa yang aku akan belajar nanti tapi kemiripannya tetap ada..betul tak??hehehe..^^
lagipun aku memang suka membaca..apa salahnya..benda2 ni semua bagi pengetahuan untuk kita..so, buat apa aku nak sombong2 dengan ilmu..selagi terdaya aku akan belajar sebanyak mana yang boleh...hoho~


mungkin jugak aku akan sibuk sikit tahun depan..pada perancangannya aku dengan kawan2 dah plan nak ambil MUET next year~
untuk pengalaman..takde la aku terkejut sangat waktu nak ambil paper MUET bila sambung belajar nanti..hehe~
menurut kawan aku, result MUET ni valid untuk 4-5 tahun...(entah betul entah tidak)
apa2 pun keputusan aku untuk ambik MUET next year dah memang muktamat..haha..^^
pandai2 aku la nak hidup~~


buku2 ni entah bila aku dapat habiskan..sempat ke??nampak macam seronok...tapi rasa-rasanya tahun depan punya jadual dah memang padat...apa2 pun aku akan tetap cari masa untuk habiskan buku2 ni...cepat atau lambat...janji aku dapat habiskan..hehehe..^^


taekwondo...benda ni memang dah jadi kegairahan aku satu masa dulu...tapi sebab tuntutan UPSR, PMR, & SPM..sampai sekarang aku belum sempat ambik black belt test aku...terkandas setakat black tip..huu~
sedihnya aku..!!!!
tahun depan punya jadual memang padat...tapi rasa-rasanya...patut tak aku belajar balik taekwondo ey??dan habiskan aje apa yang tak sempat aku habiskan selama ni...??
entah la..benda2 tu akan aku fikirkan kemudian...
hurmm~dah lewat malam rupanya..kana chow dulu~~
assalamualaikum..^^

Sunday, December 26, 2010

KAHWIN MUDA??


lewat malam kelmarin..macam biasa, aku online...check facebook sekejap sementara menunggu abah yang masih lagi belum pulang dari tempat kerja(dah plan nak g balik kampung)..seperti kebiasaannya aku akan melihat  "news feed" secara sekali imbas sebelum menjeguk notification facebook yang sudah melambak..
namun, secara tiba2 pandangan aku tertarik dengan gambar2 yang baru saja di "upload" oleh seseorang..

"macam kenal..tapi betul ke apa yang aku tengok ni..??"

"seriously??diorang betul2 kahwin...??"

oleh sebab didorong perasaan ingin tahu yang terlampau menebal..aku putuskan untuk melihat kesemua gambar2 tersebut..

"my wedding pictures.."


satu persatu gambar yang ada dalam album tu aku belek...ternyata..tanggapan aku tak silap...diorang memang sudah berkahwin...ramai diantara teman2 rapat yang mengucapkan tahniah atas perkahwinannya...begitu juga aku...dia nampak begitu cantik sekali..pasangan yang secocok..!!



namun ada persoalan yang mengasak minda tatkala itu..walaupun pada hakikatnya aku rasa gembira atas perkahwinannya yang dijalankan atas dasar suka sama suka..


"tidakkah terlalu awal bagi mereka untuk mengakhiri zaman bujang pada usia semuda ini..??"

aku tahu kahwin muda itu tidak salah..namun, bersediakah mereka untuk memikul tanggungjawab masing2 dalam mengharmonikan rumah tangga..??sudah bersediakah mereka untuk mendidik anak2 yang bakal hadir nanti??aku sedar kehidupan rumah tangga memang banyak dugaannya...lebih2 lagi bagi pasangan yang memutuskan untuk kahwin muda...maklumlah...darah muda kan cepat panas..^^
malas rasanya untuk memikirkan kemungkinan2 yang bakal berlaku..pandai2 lah mereka menjaga keharmonian rumah tangga masing2..apa2 pun aku ingin sekali lagi megucapkan tahniah atas perkahwinan mereka and all the best!!aku doakan yang terbaik buat korang...hehe..^^ (macam bagus pulak..)


setibanya di kampung..aku dikejutkan dengan satu lagi berita..sepupuku, Rozi yang kini berumur 20 tahun akan mengikat tali pertunagannya esok..(cewah~ayat nak macam bagus)namun sayangnya kami terpaksa pulang dan tak dapat menghadiri majlis pertunangan tersebut walaupun dah puas dirayu2 oleh atok..(sorrylah atok, maklumlah..abah tak ambil cuti...lagipun, kitorang kena bukak kedai esok...)atok ada jugak suruh aku stay kat kampung..tapi bila difikir-fikirkan... bukannya ada fungsi apapun aku stay..jadi kera sumbang nanti adalah...maklumlah, aku suka buat hal aku sendiri..takutnya nanti waktu majlis dijalankan, aku dalam dunia aku sendiri..huu~earphone tu kan best friend aku..tak pasal2 kena sound dengan makcik2...hu~~takmau2..daripada duduk rumah orang..baik aku balik..lagi selesa..


ermm...ni baju yang akan Rozi pakai esok..walaupun aku tak dapat tengok kau pakai baju ni sambil duduk malu2...cukuplah kalau aku bayangkan je kan??(haha..buruk perangai aku ni..)


ermm...sejak kecik..orang selalu cakap yang muka aku sebijik macam muka Rozi...aku ni pulak tersangat2 la pantang kalau disamakan dengan orang lain...huu~
tapi..still, dari kecik sampai ke besar..makcik2 aku tetap kata muka aku dengan muka Rozi sama..
diorang kata, waktu kecik2 dulu..diorang selalu tersilap n tak pandai nak bezakan antara aku ngan Rozi..pernah jugak aku tanyakan pada mak..betul ke macam tu..??mak pulak cuma mengiyakan je kata2 diorang...kat mana yang samanya??
cuba korang tengok gambar aku ngan Rozi yang dah aku cantumkan kat bawah ni..pada pandangan korang, muka kitorang ni sama ke??try tengok betul2..??


kan aku dah cakap.. muka kitorang x sama kan??



anyway..buat Rozi n kawan aku tu...aku ucapkan tahniah n semoga berbahgia bersama pasangan masing2... n semoga kebahagiaan korang tu berkekalan sehingga ke anak cucu..hehe..^^
assalamualaikum...

Friday, December 24, 2010

TERKENANG KENAGAN LAMA...


sekali lagi aku update ini blog..
ntahla..mungkin sebab terlampau bosan duduk kat facebook kot~
hari2 buat benda yang sama...urggh~bosan...!!
anyway..berbalik kepada tajuk utama...hari ni sebab nak sedikit kelainan daripada hari2 yang lain..aku try cari album2 lama...banyak gambar yang aku jumpa~hee..memori kembali mengetuk kotak minda..
gambar mak n abah bersanding..gambar along bergaduh dengan nasik ayam..and yang paling membuatkan aku bersorak riang hari ni sebab aku jumpa balik gambar2 aku waktu kecik dulu~~waaa!! terharu sangat~~hehe..

 nie pix aku waktu kat bukit larut

 pix kat kenduri kahwin dengan adah,sepupu aku

 kat taman buaya

 dengan along kat zoo taiping

 dengan icat,sepupu aku
 
 kat langkawi..hehe..^^

tetibe aku terpandang gambar2 aku waktu sekolah rendah dulu...waa!!bile terpandang gambar ni..terus aku teringat member2 kat penang dulu~sedey!!



tetibe aku terpandang gambar2 aku waktu sekolah rendah dulu...waa!!bile terpandang gambar ni..terus aku teringat member2 kat penang dulu~sedey!!
sejak aku pindah melaka tahun 2006, aku dah tak pernah langsung jejakkan kaki kat penang...aduss...tak rela aku pada mulanya bila kena pindah kat melaka ni...mana taknya...aku anak jati penang kot~tempat lahir aku tu..
huu~tapi nak buat macam mana~dah bapak aku kena transfer kat melaka ni..nak x nak aku kena ikut jugak..lagipun melaka tu dah dekat sangat dengan kampung mak n abah kat johor...huu~~
kadang2 rasa menyesal jugak sebab tolak tawaran St. George Girl School..kalau tak..mesti aku still ada kat penang sekarang ni...
rindu sungguh dengan orang penang..!!dengan makanannya..dengan tempat2 yang cantik...dengan pantai..aduss~~sayang sungguh sebab aku kena pindah kan..lama aku tak contact dengan best friends aku kat sana..maklum la..masing2 sibuk dengan hal masing2...dengan study lagi...


tapi takpe..at last, tahun 2010 aku dapat jugak contact diorang balik..thanx a lot to facebook..!!
walaupun tak dapat nak balik penang balik, sekurang-kurangnya aku still dapat lepaskan rindu aku pada diorang semua..agak terkejut jugak aku bila dapat tau yang ada antara kawan2 aku yang dah pindah tempat lain...agak mengecewakan sebab xde orang yang bagitau aku..(nak bgtau cmne??kate pon da lost contact..huu~) tapi nasib baik best friends aku yang kat sana tu still utuh kat tempat lama..

blake yang masih x dapat dikesan di fb..(tapi kitorang still contact through phones)
 khor lee ting yang dah semakin lawa..hehe..^^

 jeevand rao yang still sweet macam dulu

shanthini n mathan...(hurmm..ada ape2 ke nie ey??)

mungkin ramai yang agak pelik dengan pix2 best friends aku ni kan??kadang2 bila aku cerita dengan orang..ramai yang tanya aku balik..

"best friend ko kat sana xde yang melayu ke??"

untuk jawab soalan tu, aku cuma jungkitkan bahu sambil tersenyum...bukan apa..aku rasa lebih selesa berkawan dengan budak2 ni...dengan budak melayu??
aku rasa budak2 melayu kat sana ramai yang ada puak sendiri...dan aku pulak tak dapat nak biasakan diri dengan diorang semua...cuma dengan bebudak nie je aku ok..hehe..
tetibe teringat aku waktu form 1 dulu..mungkin aku nampak terlampau rapat dengan mathan n jeevand kat sekolah dulu sampai ada sekumpulan student lelaki melayu yang sama kelas dengan aku sindir aku macam ni..kuat pulak tu...huu~

"ey..dah taste dia bukan budak melayu macam kita la..nak buat lagu mana..!"

nak tergelak pun ada..haha!!kelakar sungguh..dah nama pun aku berkawan dengan bebudak tu dari aku darjah 1 lagi...nak2 pulak waktu form 1 aku dapat duduk sekelas dengan diorang..mesti la rapat...hgpa x reti pikiaq pa??haha..^^
lagipun..suka hati aku la nak berkawan dengan sapa pun..

sekarang, benda tu semua dah jadi kenangan..zaman sekolah pon~
tapi apa yang aku pelik..bila member2 lama jumpa aku balik kat fb ramai yang tegur yang aku dah banyak berubah...berubah tang mana nya??aku rasa aku orang yang sama..tak pernah berubah..
aku rasa la..kalau aku still duduk kat penang..silap2 badan aku boleh jd besar macam air baloon~haha!!
makanan kat situ semuanya sedap2..huu~

selain best friends aku..ramai kawan2 yang lain tanya bila aku nak balik penang??diorang dah tak sabar2 nak buat reunion~aduss..!!ini lagi satu..aku memang la nak p balik sana...tapi cuba hangpa habaq mai sket...aku nak p sana nek pa??nek bas ka??dengan kes accident yang banyak melibatkan bas lately..takut2..yang sampai jumpa hangpa cuma aku yang mai belumoih dengan darah...mau lagu 2 ka?huu~aku pun x mau~
skarang ni cuma tunggu bapak aku ambik cuti...kalau takde aral melintang..lambat laun sampailah aku kat penang 2...tyme 2 lepaskanlah rindu hangpa kat aku no?haha!!(perasan lebih)
pasal bila nak sampai sana tu aku tak berani nak cakap...takut tak jadi...tapi apa2 pun semuanya pasal penang masih lagi dalam perancangan...so sabaq la no..^^aku pun memang dah tak sabar2 nak jumpa dengan diorang...kalau la aku boleh terbang..sekarang jugak aku pergi sana..haha....

shh~
kalau aku tau tarikh yang tetap nak pergi sana pun aku takkan inform dengan diorang...
hee~x surprise la kalau diorang tau kan..hehe..^^
thats all for today...aku patut tamatkan je sesi "terkenang" aku ni sebelum aku merepek benda yang bukan2..haha...^^
assalamualaikum...

Sunday, December 19, 2010

AKU NAMPAK BERLAGAK SANGAT KE??


bismillah...
salah ke apa yang aku buat ni??aku nampak belagak sangat ke depan korang??takkanlah sebab aku tulis or cakap dalam bahasa inggeris..korang ignore aku??dulu bukan kita ok je ke??huu~


entahla...aku pernah jugak bangkitkan isu ni pada kawan2 rapat tentang..wall post..comment..and status di facebook yang ditulis dalam bahasa inggeris..

"korang tak rasa kita ni nampak berlagak sangat ke??"

"setakat bercakap dalam bahasa inggeris berlagak apanya??"

"terpulang kat diorang nak fikir apa pun.."

"semuanya bergantung pada niat kita jugak...kalau ko tulis or bercakap dalam bahasa inggeris tu sebab nak berlagak..memang la orang akan nampak macam tu.."

"kalau tujuan ko wat macam tu sebab nak improve ko punya english..diorang takde hak nak ngate ko.."

"alah..selama nie aku guna english..takde sapa bising pon..."

"bergantung pada penerimaan orang jugak..ada sesetengah orang yang susah nak terima..diorang dah set dalam minda...sini Malaysia..bukan US"


tapi lepas tu aku tertanya-tanya...aku sedar sini Malaysia dan bukannya US..tapi bukan ke bahasa inggeris tu diguna pakai sebagai bahasa ke2??entahlah.. hak masing-masing kalau nak fikir apa pun..aku bukannya berlagak..takde niat pun aku nak menunjuk2 kat orang yang aku ni power BI...pada hakikatnya BI aku takde la berabok pun...aku buat macam tu sebab nak memperbaiki bahasa inggeris aku..dalam pertuturan mahupun dalam penulisan....


salah ke untuk aku cuba belajar english macam nie??tak dosa kan??dulu kat penang aku wat gaya macam ni takde sape pun kesah...malahan digalakkan oleh para guru...serious~
gaya belajar sesuatu bahasa haruslah dimulakan dengan pembacaan..kemudian belajar cara sebutan...diikuti dengan penulisan..dan akhir sekali melalui percakapan...
itu gaya belajar yang paling efektif...dan aku praktikkan setiap masa...


waktu tu umur aku 13..
pada mulanya aku pun malu jugak nak buat benda tu..step by step..rasa leceh..tapi..aku try jugak...demi bahasa..kamus kan ada~
hari2 aku selak buku english..nak belajar tak boleh malu~
aku mulakan dengan bahan bacaan ringan~
then aku bukak buku cerita kanak2..
beralih kepada buku harry potter..(tebal sikit)
stiap patah dalam buku tu aku baca..aku cari makna..aku belajar cara sebutannya~
dalam masa 2 minggu aku ulang balik baca buku tu~
tapi kali ni dengan cara baca kuat2..(untuk improve cara sebutan aku)
banyak yang aku dapat dengan belajar macam nie~
penulisan aku semakin bagus~
banyak peribahasa inggeris yang aku jumpa~
grammar aku semakin mantap~


akhir sekali aku cuba beranikan diri aku bercakap dalam bahasa inggeris depan orang..depan kawan-kawan aku...kawan2 aku pulak spesies macam kat melaka ni..diorang tak gelakkan kalau salah..diorang tolong betulkan...sama2 support...sebabnya diorang tau tu cara yang betul untuk belajar..
sejak aku tinggalkan penang dan berpindah ke melaka...aku semakin meninggalkan english...
sebabnya mudah...orang yang aku jumpa kat sini tak macam geng aku kat penang...agak susah untuk aku gantikan tempat Blake, Shantini, Khor Lee Ting dan Jeevand..
kawan2 yang aku dapat kat melaka tak mementingkan bahasa inggeris..diorang tak pernah bagi aku sokongan moral...4 tahun aku tinggalkan novel english...4 tahun aku kurang belajar bahasa inggeris...dan akhirnya...level aku sama je macam level diorang...aku tak kata english diorang teruk..tapi entahla...aku dapat rasa perubahan yang besar...aku rasa tak sama macam aku kat penang dulu...aku rasa down sangat2....aku try cari guru english yang bagus macam MRS. MACHAP..tapi aku tak jumpa...kecewanya aku..Allah aje yang tau...macam mana aku nak survive waktu spm nanti kalau tahap bahasa inggeris aku tak berada pada tahap yang memuaskan hati aku??
akhirnya..selepas 4 tahun..aku jumpa dengan AJ's..diorang bnyak bagi sokongan kat aku...kitorang sama2 mantapkan english masing2...sentiasa tolong menolong tak kira la ape subjek sekalipun...itu memori indah bagi aku...at last aku jumpa dengan orang yang boleh terima satu sama lain apa adanya and berusaha untuk memperbaiki diri masing2...AJ's merupakan orang2 yang tak kenal erti cukup dalam menimba ilmu dan tak pernah lokek dengan ilmu yang diorang ada..aku sedar tu..terima kasih korang~


p/s..
aku tak berniat nak jadi berlagak...aku tak bermaksud nak menyinggung perasaan mana2 pihak... aku masih dalam proses belajar...aku terpaksa start dari zero...tapi AJ's buatkan aku rasa kuat..aku tak lemah macam dulu...hehe...aku mintak maaf kalau kawan2 kat fb rasa menyampah dengan aku...aku dah takde cara lain untuk belajar english~harap korang sume paham...terima kasih..=)

Saturday, December 11, 2010

KEHIDUPAN SELEPAS SPM..

SPM memang mencabar...waktu nak countdown ketibaan SPM tu...hati masing-masing memang rasa kecut sangat...degupan jantung tu tak payah nak cerita lah..hanya Allah je yang tau...banyak persoalan yang selalu dalam otak masa tu...antaranya..

"Dah bersedia ke aku nak ambik SPM..??"

"Boleh ke aku jawab soalan yang diberi nanti??"

"Boleh ke aku dapat keputusan yang cemerlang??"

"Macam mana dengan killer subject??Boleh ke aku buat??"

"Kalau aku tak survive...mana aku nak pergi??"

Waktu tu cuma Allah je yang tau berdebar-debarnya hati ni...pada aku..biarlah SPM ni ditunda ke..apa ke..sebab aku rasa macam aku belum betul-betul bersedia..walau berapa banyak buku yang aku belek..walau berapa banyak masa aku habiskan dengan hubby-hubby tersayang...aku tetap rasa TAK CUKUP...aku perlukan lebih masa...aku rasa belum lengkap...tercungap-cungap aku macam tak cukup oxygen nak bernafas..sebulan setengah jugak rasanya aku bertapa kat sekolah dari 6.30am sampai pukul 5.30pm dengan yang lain-lain semata-mata nak memperbaiki kemantapan diri masing-masing and of course kitorang saling bantu membantu dalam subjek yang agak lemah...hari sabtu pulak pepagi lagi kitorang dah melepak kat library..selagi library belum tutup...jangan haraplah kitorang nak balik...(huuu...banyak memori waktu tu...walaupun kitorang dalam keadaan tercungap-cungap..) meja study...berselerak..bilik??sama nasibnya dengan meja study...sampaikan meja perpustakaan pun sama je nasibnya dengan keadaan meja study kat rumah....tak percaya??
kan aku dah cakap...same je~

ermmm...kelas 5 Alfa...memang banyak memori yang tersimpan kat situ~batch 2010 memang agak lain dari tahun yang sebelumnya..perangai masing-masing kadang-kadang tak terduga dek akal..sampai cikgu pun kadang-kadang pening melayan karenah kitorang...tapi akhirnya...2 bulan sebelum SPM barulah masing-masing insaf...keadaan kat kelas waktu tu senyap sepanjang masa...dah tak nampak bebudak ni bersembang2 macam dulu...yang aku nampak cuma muka-muka yang keletihan n mengantuk..ada jugak dua tiga orang yang duduk dalam kumpulan...study lah katakan...duduk kat kelas 5 Alfa membuatkan kami tak senang duduk...maklumlah..kelas harapan sekolah...kitorang kena study sungguh2 untuk dapat keputusan yang cemerlang...ramai yang letakkan harapan pada kitorang..jadi sebab tu kitorang kena berusaha sungguh-sungguh demi puaskan hati semua orang waktu dapat result nanti....

cakap pasal dugaan...tahun ni aku sendiri terasa memang banyak dugaan yang kami dapat...ada antara calon2 yang kehilangan ibu bapa...kehilangan orang yang tersayang..konflik sana..konflik sini....mak bapak bercerai...kawan jadi lawan....difitnah...cikgu sakit...penceramah cabut lari...penceramah tak dapat hadir...erm...semuanya menambahkan stress kat calon2 kan??aku ucapkan takziah kepada kawan2 yang kehilangan parents..aku turut bersedih dengan kehilangan korang...

sepanjang minggu spm...
masing2 tak pernah bazirkan setiap minit yang ada...SPM penentu hidup...tak salah kalau nak berkorban..hasilnya nanti tetap diri sendiri yang dapat...^^waktu ni..masing-masing cuma fokus pada exam...ada yang nak stress..tapi apa gunanya??waktu tu kita cuma perlu tawakal pada Allah lepas dah study habis-habisan...waktu exam..keluarkan apa yang ada...gunakan segala skill n jagan pernah gelabah...sebabnya..makin gelabah..makin banyak masa yang kita gunakan untuk siapkan satu soalan...waktu pereksa..perancangan masa memang penting..kalau tersilap...mungkin kertas yang akan dihantar tu tak sempurna isinya~"mukmin yang cemerlang merupakan insan yang sentiasa bertawakal kepada Allah" kalau tak silap aku..macam tu la ayat yang harus dirumikan dalam paper agama islam...(info jugak tu kan??)
sepanjang minggu SPM aku dapat tengok student duduk kat mana2 je pegang buku...pergi toilet...tepi tangga..bawah tangga...tepi longkang..tepi koridor...pergi surau...waktu makan...mata masing-masing tak pernah lekang dari buku yang dipegang...(kalaulah hari-hari kami macam tu...mesti genius kan??hehe)waktu tu dah tak ada apa lagi yang kami fikirkan selain berharap yang paper2 yang kami ambik tu semua cepat habis...at last hari yang ditunggu-tunggu dah tiba...8hb Disember 2010..paper Biology adalah paper terakhir buat kami...tepat jam 3.30pm..KAMI MERDEKA....penatnya memang tak terhingga...masih teringat lagi muka calon2 sains yang tersengih2 macam kerang busuk bila kertas biologi paper 3 dipungut...lagi2 bila ketua pengawas mengucapkan selamat bercuti pada kitorang...happy sangat la tu...dah merdeka lah katakan..^^

balik rumah lepas 2-3 jam berehat..aku terjah facebook..terperanjat tengok notification yang dah beratus2...sah!budak2 nie semuanya lepas gian kat facebook...^^online waktu tu memang rasa seronok sangat..maklumlah dah lama tak online..hehe...waktu tu aku barulah dapat bernafas dengan sempurna...tak tercungap-cungap lagi macam dulu...lega rasanya SPM dah habis...sekarang tinggal berdebar2 nak tunggu keputusan SPM diumumkan je..waktu dah habis SPM macam ni macam2 yang budak2 ni plan nak buat...g holiday...g kareoke..g bowling...c movies...g clubbing...kerja..ish...macam2 betol korang ni..tapi untuk aku memadai la aku isi borang UPU n tolong2 parents aku...holiday??parents aku sibuk la...so holiday tu setakat dalam mimpi je...

student 5 Alfa batch 2010

Sunday, December 5, 2010

RAHSIA DI SEBALIK SURAH YASIN...

hurmm..raseny ramai lagi yang belum maklum dengan faedah yang boleh kite dapat dengan bace surah yaasin nie..macam aku jugak...aku wondering jugak pada mulanya...
seriously,surah yasin watkan aku terase sebak dengan perangai aku yang jahil selama nie...kenapa ye??so malam semalam..sebab aku tak dapat tahan perasaan ingin tahu tu...aku contact beberapa org kenalan (kireny ilmu agamanya lebih tinggi dr aku la...huu..)
then..hari nie pepagi lagi aku da melepak depan computer...semata2 nak cari info pasal surah yasin tu...aku yakin faedahnya lebih banyak daripada apa yang diorang share ngan aku semalam...finally..aku jumpa jawapan aku..

Rahsia Disebalik Pengertian Surah Yasin


Surah Yasin -Pengertian Setiap Ayat
Ø Ayat 1 – 9 – Untuk keselamatan diri
Ø Ayat 9 – Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.
Ø Ayat 12 – Merupakan Jantung Yaasiin – Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ø Ayat 13 – 35 – Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ø Ayat 22 – 23 – Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
Ø Ayat 29 – Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
Ø Ayat 29 – Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.
Ø Ayat 30 – Untuk keinsafan – Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati – beramal dengannya).
Ø Ayat 32 – Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik… Caranya:Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.
Ø Ayat 33 – 35 – Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ø Ayat 36 – Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ø Ayat 37 – Adalah untuk menetapkan hati – aqidah diri sendiri… Hati yang kering akan hidup semula.
Ø Ayat 38 – Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ø Ayat 39 – Mengisahkan ilmu falak.
Ø Ayat 40 – Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ø Ayat 41 – Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal . Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
Ø Ayat 44 – Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ø Ayat 45 – 48 – Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ø Ayat 49 – Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Ø Tiupan pertama – Datang dengan tiba-tiba
Ø Tiupan ke-dua – Hancur
Ø Tiupan ke-tiga – Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padangMahsyar.
Ø Ayat 50 – Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ø Ayat 58 – Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Ø Ayat 76 – Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
Ø Ayat 76 – Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
Ø Ayat 78 – 79 – Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?”(Ayat 78 dan 79)- Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.
Ø Ayat 79 – Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”
Ø Ayat 82 – Untuk Hajat – Jika berhajat sesuatu, bacalah 100 x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat.
1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 pagi Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 – Yassin baca 7x
4. Ayat 38 – 12x
5. Ayat 58 – 7x
6. Ayat 82 – 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al-Fatihah.
9. Perlu yakin, insya-Allah dgn berkat Allah ianya termakbul.