~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Sunday, December 19, 2010

AKU NAMPAK BERLAGAK SANGAT KE??


bismillah...
salah ke apa yang aku buat ni??aku nampak belagak sangat ke depan korang??takkanlah sebab aku tulis or cakap dalam bahasa inggeris..korang ignore aku??dulu bukan kita ok je ke??huu~


entahla...aku pernah jugak bangkitkan isu ni pada kawan2 rapat tentang..wall post..comment..and status di facebook yang ditulis dalam bahasa inggeris..

"korang tak rasa kita ni nampak berlagak sangat ke??"

"setakat bercakap dalam bahasa inggeris berlagak apanya??"

"terpulang kat diorang nak fikir apa pun.."

"semuanya bergantung pada niat kita jugak...kalau ko tulis or bercakap dalam bahasa inggeris tu sebab nak berlagak..memang la orang akan nampak macam tu.."

"kalau tujuan ko wat macam tu sebab nak improve ko punya english..diorang takde hak nak ngate ko.."

"alah..selama nie aku guna english..takde sapa bising pon..."

"bergantung pada penerimaan orang jugak..ada sesetengah orang yang susah nak terima..diorang dah set dalam minda...sini Malaysia..bukan US"


tapi lepas tu aku tertanya-tanya...aku sedar sini Malaysia dan bukannya US..tapi bukan ke bahasa inggeris tu diguna pakai sebagai bahasa ke2??entahlah.. hak masing-masing kalau nak fikir apa pun..aku bukannya berlagak..takde niat pun aku nak menunjuk2 kat orang yang aku ni power BI...pada hakikatnya BI aku takde la berabok pun...aku buat macam tu sebab nak memperbaiki bahasa inggeris aku..dalam pertuturan mahupun dalam penulisan....


salah ke untuk aku cuba belajar english macam nie??tak dosa kan??dulu kat penang aku wat gaya macam ni takde sape pun kesah...malahan digalakkan oleh para guru...serious~
gaya belajar sesuatu bahasa haruslah dimulakan dengan pembacaan..kemudian belajar cara sebutan...diikuti dengan penulisan..dan akhir sekali melalui percakapan...
itu gaya belajar yang paling efektif...dan aku praktikkan setiap masa...


waktu tu umur aku 13..
pada mulanya aku pun malu jugak nak buat benda tu..step by step..rasa leceh..tapi..aku try jugak...demi bahasa..kamus kan ada~
hari2 aku selak buku english..nak belajar tak boleh malu~
aku mulakan dengan bahan bacaan ringan~
then aku bukak buku cerita kanak2..
beralih kepada buku harry potter..(tebal sikit)
stiap patah dalam buku tu aku baca..aku cari makna..aku belajar cara sebutannya~
dalam masa 2 minggu aku ulang balik baca buku tu~
tapi kali ni dengan cara baca kuat2..(untuk improve cara sebutan aku)
banyak yang aku dapat dengan belajar macam nie~
penulisan aku semakin bagus~
banyak peribahasa inggeris yang aku jumpa~
grammar aku semakin mantap~


akhir sekali aku cuba beranikan diri aku bercakap dalam bahasa inggeris depan orang..depan kawan-kawan aku...kawan2 aku pulak spesies macam kat melaka ni..diorang tak gelakkan kalau salah..diorang tolong betulkan...sama2 support...sebabnya diorang tau tu cara yang betul untuk belajar..
sejak aku tinggalkan penang dan berpindah ke melaka...aku semakin meninggalkan english...
sebabnya mudah...orang yang aku jumpa kat sini tak macam geng aku kat penang...agak susah untuk aku gantikan tempat Blake, Shantini, Khor Lee Ting dan Jeevand..
kawan2 yang aku dapat kat melaka tak mementingkan bahasa inggeris..diorang tak pernah bagi aku sokongan moral...4 tahun aku tinggalkan novel english...4 tahun aku kurang belajar bahasa inggeris...dan akhirnya...level aku sama je macam level diorang...aku tak kata english diorang teruk..tapi entahla...aku dapat rasa perubahan yang besar...aku rasa tak sama macam aku kat penang dulu...aku rasa down sangat2....aku try cari guru english yang bagus macam MRS. MACHAP..tapi aku tak jumpa...kecewanya aku..Allah aje yang tau...macam mana aku nak survive waktu spm nanti kalau tahap bahasa inggeris aku tak berada pada tahap yang memuaskan hati aku??
akhirnya..selepas 4 tahun..aku jumpa dengan AJ's..diorang bnyak bagi sokongan kat aku...kitorang sama2 mantapkan english masing2...sentiasa tolong menolong tak kira la ape subjek sekalipun...itu memori indah bagi aku...at last aku jumpa dengan orang yang boleh terima satu sama lain apa adanya and berusaha untuk memperbaiki diri masing2...AJ's merupakan orang2 yang tak kenal erti cukup dalam menimba ilmu dan tak pernah lokek dengan ilmu yang diorang ada..aku sedar tu..terima kasih korang~


p/s..
aku tak berniat nak jadi berlagak...aku tak bermaksud nak menyinggung perasaan mana2 pihak... aku masih dalam proses belajar...aku terpaksa start dari zero...tapi AJ's buatkan aku rasa kuat..aku tak lemah macam dulu...hehe...aku mintak maaf kalau kawan2 kat fb rasa menyampah dengan aku...aku dah takde cara lain untuk belajar english~harap korang sume paham...terima kasih..=)

1 comments:

Anisah Zahorin said...

I'm afraid to confront the future..
Seriously..i'm so afraid..

frankly speaking..I just want to disappear..