~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Sunday, December 26, 2010

KAHWIN MUDA??


lewat malam kelmarin..macam biasa, aku online...check facebook sekejap sementara menunggu abah yang masih lagi belum pulang dari tempat kerja(dah plan nak g balik kampung)..seperti kebiasaannya aku akan melihat  "news feed" secara sekali imbas sebelum menjeguk notification facebook yang sudah melambak..
namun, secara tiba2 pandangan aku tertarik dengan gambar2 yang baru saja di "upload" oleh seseorang..

"macam kenal..tapi betul ke apa yang aku tengok ni..??"

"seriously??diorang betul2 kahwin...??"

oleh sebab didorong perasaan ingin tahu yang terlampau menebal..aku putuskan untuk melihat kesemua gambar2 tersebut..

"my wedding pictures.."


satu persatu gambar yang ada dalam album tu aku belek...ternyata..tanggapan aku tak silap...diorang memang sudah berkahwin...ramai diantara teman2 rapat yang mengucapkan tahniah atas perkahwinannya...begitu juga aku...dia nampak begitu cantik sekali..pasangan yang secocok..!!



namun ada persoalan yang mengasak minda tatkala itu..walaupun pada hakikatnya aku rasa gembira atas perkahwinannya yang dijalankan atas dasar suka sama suka..


"tidakkah terlalu awal bagi mereka untuk mengakhiri zaman bujang pada usia semuda ini..??"

aku tahu kahwin muda itu tidak salah..namun, bersediakah mereka untuk memikul tanggungjawab masing2 dalam mengharmonikan rumah tangga..??sudah bersediakah mereka untuk mendidik anak2 yang bakal hadir nanti??aku sedar kehidupan rumah tangga memang banyak dugaannya...lebih2 lagi bagi pasangan yang memutuskan untuk kahwin muda...maklumlah...darah muda kan cepat panas..^^
malas rasanya untuk memikirkan kemungkinan2 yang bakal berlaku..pandai2 lah mereka menjaga keharmonian rumah tangga masing2..apa2 pun aku ingin sekali lagi megucapkan tahniah atas perkahwinan mereka and all the best!!aku doakan yang terbaik buat korang...hehe..^^ (macam bagus pulak..)


setibanya di kampung..aku dikejutkan dengan satu lagi berita..sepupuku, Rozi yang kini berumur 20 tahun akan mengikat tali pertunagannya esok..(cewah~ayat nak macam bagus)namun sayangnya kami terpaksa pulang dan tak dapat menghadiri majlis pertunangan tersebut walaupun dah puas dirayu2 oleh atok..(sorrylah atok, maklumlah..abah tak ambil cuti...lagipun, kitorang kena bukak kedai esok...)atok ada jugak suruh aku stay kat kampung..tapi bila difikir-fikirkan... bukannya ada fungsi apapun aku stay..jadi kera sumbang nanti adalah...maklumlah, aku suka buat hal aku sendiri..takutnya nanti waktu majlis dijalankan, aku dalam dunia aku sendiri..huu~earphone tu kan best friend aku..tak pasal2 kena sound dengan makcik2...hu~~takmau2..daripada duduk rumah orang..baik aku balik..lagi selesa..


ermm...ni baju yang akan Rozi pakai esok..walaupun aku tak dapat tengok kau pakai baju ni sambil duduk malu2...cukuplah kalau aku bayangkan je kan??(haha..buruk perangai aku ni..)


ermm...sejak kecik..orang selalu cakap yang muka aku sebijik macam muka Rozi...aku ni pulak tersangat2 la pantang kalau disamakan dengan orang lain...huu~
tapi..still, dari kecik sampai ke besar..makcik2 aku tetap kata muka aku dengan muka Rozi sama..
diorang kata, waktu kecik2 dulu..diorang selalu tersilap n tak pandai nak bezakan antara aku ngan Rozi..pernah jugak aku tanyakan pada mak..betul ke macam tu..??mak pulak cuma mengiyakan je kata2 diorang...kat mana yang samanya??
cuba korang tengok gambar aku ngan Rozi yang dah aku cantumkan kat bawah ni..pada pandangan korang, muka kitorang ni sama ke??try tengok betul2..??


kan aku dah cakap.. muka kitorang x sama kan??



anyway..buat Rozi n kawan aku tu...aku ucapkan tahniah n semoga berbahgia bersama pasangan masing2... n semoga kebahagiaan korang tu berkekalan sehingga ke anak cucu..hehe..^^
assalamualaikum...

0 comments: