~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Friday, December 24, 2010

TERKENANG KENAGAN LAMA...


sekali lagi aku update ini blog..
ntahla..mungkin sebab terlampau bosan duduk kat facebook kot~
hari2 buat benda yang sama...urggh~bosan...!!
anyway..berbalik kepada tajuk utama...hari ni sebab nak sedikit kelainan daripada hari2 yang lain..aku try cari album2 lama...banyak gambar yang aku jumpa~hee..memori kembali mengetuk kotak minda..
gambar mak n abah bersanding..gambar along bergaduh dengan nasik ayam..and yang paling membuatkan aku bersorak riang hari ni sebab aku jumpa balik gambar2 aku waktu kecik dulu~~waaa!! terharu sangat~~hehe..

 nie pix aku waktu kat bukit larut

 pix kat kenduri kahwin dengan adah,sepupu aku

 kat taman buaya

 dengan along kat zoo taiping

 dengan icat,sepupu aku
 
 kat langkawi..hehe..^^

tetibe aku terpandang gambar2 aku waktu sekolah rendah dulu...waa!!bile terpandang gambar ni..terus aku teringat member2 kat penang dulu~sedey!!



tetibe aku terpandang gambar2 aku waktu sekolah rendah dulu...waa!!bile terpandang gambar ni..terus aku teringat member2 kat penang dulu~sedey!!
sejak aku pindah melaka tahun 2006, aku dah tak pernah langsung jejakkan kaki kat penang...aduss...tak rela aku pada mulanya bila kena pindah kat melaka ni...mana taknya...aku anak jati penang kot~tempat lahir aku tu..
huu~tapi nak buat macam mana~dah bapak aku kena transfer kat melaka ni..nak x nak aku kena ikut jugak..lagipun melaka tu dah dekat sangat dengan kampung mak n abah kat johor...huu~~
kadang2 rasa menyesal jugak sebab tolak tawaran St. George Girl School..kalau tak..mesti aku still ada kat penang sekarang ni...
rindu sungguh dengan orang penang..!!dengan makanannya..dengan tempat2 yang cantik...dengan pantai..aduss~~sayang sungguh sebab aku kena pindah kan..lama aku tak contact dengan best friends aku kat sana..maklum la..masing2 sibuk dengan hal masing2...dengan study lagi...


tapi takpe..at last, tahun 2010 aku dapat jugak contact diorang balik..thanx a lot to facebook..!!
walaupun tak dapat nak balik penang balik, sekurang-kurangnya aku still dapat lepaskan rindu aku pada diorang semua..agak terkejut jugak aku bila dapat tau yang ada antara kawan2 aku yang dah pindah tempat lain...agak mengecewakan sebab xde orang yang bagitau aku..(nak bgtau cmne??kate pon da lost contact..huu~) tapi nasib baik best friends aku yang kat sana tu still utuh kat tempat lama..

blake yang masih x dapat dikesan di fb..(tapi kitorang still contact through phones)
 khor lee ting yang dah semakin lawa..hehe..^^

 jeevand rao yang still sweet macam dulu

shanthini n mathan...(hurmm..ada ape2 ke nie ey??)

mungkin ramai yang agak pelik dengan pix2 best friends aku ni kan??kadang2 bila aku cerita dengan orang..ramai yang tanya aku balik..

"best friend ko kat sana xde yang melayu ke??"

untuk jawab soalan tu, aku cuma jungkitkan bahu sambil tersenyum...bukan apa..aku rasa lebih selesa berkawan dengan budak2 ni...dengan budak melayu??
aku rasa budak2 melayu kat sana ramai yang ada puak sendiri...dan aku pulak tak dapat nak biasakan diri dengan diorang semua...cuma dengan bebudak nie je aku ok..hehe..
tetibe teringat aku waktu form 1 dulu..mungkin aku nampak terlampau rapat dengan mathan n jeevand kat sekolah dulu sampai ada sekumpulan student lelaki melayu yang sama kelas dengan aku sindir aku macam ni..kuat pulak tu...huu~

"ey..dah taste dia bukan budak melayu macam kita la..nak buat lagu mana..!"

nak tergelak pun ada..haha!!kelakar sungguh..dah nama pun aku berkawan dengan bebudak tu dari aku darjah 1 lagi...nak2 pulak waktu form 1 aku dapat duduk sekelas dengan diorang..mesti la rapat...hgpa x reti pikiaq pa??haha..^^
lagipun..suka hati aku la nak berkawan dengan sapa pun..

sekarang, benda tu semua dah jadi kenangan..zaman sekolah pon~
tapi apa yang aku pelik..bila member2 lama jumpa aku balik kat fb ramai yang tegur yang aku dah banyak berubah...berubah tang mana nya??aku rasa aku orang yang sama..tak pernah berubah..
aku rasa la..kalau aku still duduk kat penang..silap2 badan aku boleh jd besar macam air baloon~haha!!
makanan kat situ semuanya sedap2..huu~

selain best friends aku..ramai kawan2 yang lain tanya bila aku nak balik penang??diorang dah tak sabar2 nak buat reunion~aduss..!!ini lagi satu..aku memang la nak p balik sana...tapi cuba hangpa habaq mai sket...aku nak p sana nek pa??nek bas ka??dengan kes accident yang banyak melibatkan bas lately..takut2..yang sampai jumpa hangpa cuma aku yang mai belumoih dengan darah...mau lagu 2 ka?huu~aku pun x mau~
skarang ni cuma tunggu bapak aku ambik cuti...kalau takde aral melintang..lambat laun sampailah aku kat penang 2...tyme 2 lepaskanlah rindu hangpa kat aku no?haha!!(perasan lebih)
pasal bila nak sampai sana tu aku tak berani nak cakap...takut tak jadi...tapi apa2 pun semuanya pasal penang masih lagi dalam perancangan...so sabaq la no..^^aku pun memang dah tak sabar2 nak jumpa dengan diorang...kalau la aku boleh terbang..sekarang jugak aku pergi sana..haha....

shh~
kalau aku tau tarikh yang tetap nak pergi sana pun aku takkan inform dengan diorang...
hee~x surprise la kalau diorang tau kan..hehe..^^
thats all for today...aku patut tamatkan je sesi "terkenang" aku ni sebelum aku merepek benda yang bukan2..haha...^^
assalamualaikum...

0 comments: