~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Tuesday, December 27, 2011

BELAJAR..TAPI DEMI SIAPA???

bismillah..

ahh..dah lama giler tak menulis kat sini...terasa tersangatlah rindunya pada bauan kertas-kertas kusam yang ada kat blog ni.. ahh..heaven..akhirnya aku kembali berpijak di bumi yang nyata..he-he-he..*okaydahdiam.. ustazah aku dulu pernah cakap yang kita gelak tak boleh lebih dari tiga harkat..*

pagi ni aku takde kelas...so bolehlah aku curi masa sikit buat entry kan?hehe..

pernah kau terfikir tak selama ni kau belajar demi apa?

a. DEMI DUIT?


b. DEMI KEJAYAAN?


c. DEMI PARANTS KAU?


d . SEMUA DI ATAS?

kalau kau belajar sebab perkara-perkara yang aku dah sebutkan tadi..memang sah laa.. tak lama kau bernafas dalam kos yang kau pilih sekarang..*ohh..tetiba aku rasa yang entry ni sangat sesuai buat tatapan adik-adik yang bakal isi upu nanti..*

kau tau.. aku pernah mengalami situasi macam ni.. aku sedar diri.. aku bukanlah pandai mana pun kalau dah sampai bab mak menasihatkan orang ni kan.. tapi aku cuma boleh meluahkan kata-kata yang mungkin membolehkan otak sesetengah individu yang dah tepu dan kelabu biji matanya dengan pilihan-pilihan yang kononnya menjanjikan kebahagiaan supaya kembali berpijak di alam yang nyata dan berfikir semula tentang keputusan yang telah dilakukan..

kau tau.. aku juga dah silap percaturan dalam mengatur hidup.. tapi alhamdulillah..aku hanya perlu berusaha dengan lebih keras untuk kembali mengubah takdir aku.. aku tersalah mengatur langkah.. aku terbawa-bawa dengan sifat tamak haloba aku ni sampaikan aku terlupa dimana aras kemampuan aku?*sigh*

kalau kau tanyakan pada aku.. memang aku ada kesemua pilihan yang aku tuliskan kat atas.. aku pegang pilihan D.. tapi pada hakikatnya aku tak mampu.. tau sebab apa?

PILIHAN A
aku terlalu banyak surf internet..dan mata aku terlampau dikaburkan dengan jumlah-jumlah angka yang tertera pada gaji golongan profesional.. dan aku mula mengejar profession yang menjanjikan angka yang tidak-tidak itu.. pada halnya kalau kau tanyakan kembali apakah aku mahir dalam setiap subjek yang ada dalam kos tersebut.. jawapannya memang TAKLA...tapi sekarang aku hanya mampu berdoa.. aku tau aku akan survive dan teruskan hidup dengan mengubah haluan aku..

PILIHAN B
wahh..ni kalau aku tanya kat semua orang jawapannya mestilah ya.. siapa yang nak belajar sungguh kalau umpanya bukan kejayaan dalam hidup.. pada aku.. pilihan ni paling tepat..walau siapapun kau.. apa yang kau buat.. just stick pada apa yang kau mahir.. apa yang kau minat.. buat yang terbaik.. dan aku percaya satu hari nanti kau boleh berdiri megah disamping orang yang berjaya.. siapa tau kau boleh menempa nama di persada dunia.. untung orang,siapa tahu..

PILIHAN C
demi parents, naa... dengarlah cakap aku.. kalau dulu aku cakap aku belajar demi keluarga..demi nak senangkan hati parents aku.. sekarang aku cakap.. perbuatan aku tu macam sia-sia..unless, kalau kau tau dimana kemampuan kau dan minat yang kau ada tu seiring dengan apa yang parents kau harapkan, then barulah kau boleh dengan senang hatinya pilih pilihan ni... kalau tak.. tak mustahil untuk aku katakan yang segala sijil yang bakal kau peroleh tu berakhir dalam fail yang takkan pernah kau buka lagi.. untuk apa bermati-matian melakukan sesuatu yang tak pernah kau minat hanya untuk memuaskan hati orang?untuk apa kalau akhirnya kau sendiri yang merana sebab kau dah separuh jalan merosakkan jalan hidup kau sendiri..

tepuk dada tanya selera..
buat pilihan yang tepat..kalau kau tanya aku, aku kira beruntung sebab aku masih belum terlambat untuk buat u-turn sebab aku masih di matrik..
tapi tanyakan pada orang yang tersalah pilih jalan..tersalah pilih haluan di u..hanya satu jawapan yang pasti.. kau tetap akan sesat walaupun minda kau kata kau boleh survive dengan apa yang kau ambil.. kau akan sesat walaupun kau paksa diri kau dengan berhalusinasi bahawa apa yang kau lakukan selama ini betul..

aku cabar kau, buatlah..dan jangan menyesal andai kau tak jumpa jalan pulang.. buatlah andai kau nak menangis bila tengok kawan-kawan yang sebaya dengan kau dah selesa dengan jawatan-jawatan besar yang disandang..tapi bila kau tengok diri kau balik, kau masih terkedek-kedek nak bertatih.. mengejar diploma yang sekeping tu dan mendaki satu persatu tangga yang diorang dah daki sebelum kau demi mengejar gelaran PAKAR..

pada aku..hidup ini memanglah ibarat sebuah eksperimen.. keputusan dalam bidang ni harus dilakukan dengan berhati-hati..kita bukannya ada mesin masa doraemon untuk kita kembali ke masa lampau untuk kita betulkan apa yang salah dan apa yang kurang..kita selalu kata yang hidup ni kejam..tapi pernah tak kita sedar yang kita sebenarnya kejam dengan diri kita sendiri..??think twice sebelum buat keputusan..

p/s jangan pernah bermimpi untuk lakarkan bahagia andai hati merintih duka..

till then,
assalamualaikum..

Monday, December 5, 2011

SALAH SIAPA??

bismillah..

sungguh aku tertarik dengan status seorang sahabat di facebook sebentar tadi..


ORANG MULIA MENYALAHKAN DIRINYA, ORANG BODOH MENYALAHKAN ORANG LAIN..
well humans, is it worth blaming others? kenapa kita tak pernah berhenti dari menunding jari ke arah orang lain dan menyalahkan diri kita sendiri pulak?
mungkin taraf diri tu masih lagi kerdil.. mungkin juga ilmu di dada yang sedikit dan akal yang masih dangkal dalam merancang kehidupan..  tak mampu memikul salah sendiri sehingga terpaksa menunding jari dan mula menyalahkan orang lain terhadap kesilapan yang telah kita lakukan..
andai kita memilih sebuah penyesalan.. tidak usahlah kita hidup dalam sebuah penyesalan yang tidak berkesudahan... bangkit.. berfikir dengan matang.. kerana setiap apa yng berlaku itu pasti akan ada hikmahnya.. penyesalan itu indah.. ANDAI kita mampu menanganinya.. penyesalan mengajar seorang insan untuk mempelajari kehidupan dari sebuah kesilapan..

wujudkah insan di dunia ini yang sempurna tanpa cacat cela?? wujudkah manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan walau sekalipun dalam hidupnya?
berani dalam mengharungi hidup kerana kita bukan berseorangan.. kerana Allah akan sentiasa memelihara hamba-hambanya... jangan pernah gentar untuk berdepan dengan masalah... harunginya dengan tabah.. kerana dalam setiap ujian ada hikmah..

till then,
assalamualaikum..^^

P/S : lately aku perasan..banyak jugak status2 yang berunsur provokasi di fb.. memaki hamun tu dah jadi  macam...memang makanan diorang kot..btw, apa yang mengejutkan..kalau gurl2 yang cantik2 maki hamun kat fb, diorang dapat pakage.. sebab abang2 "baik" sanggup back up...dunia..dunia..*sigh*

CATUR vs. HIDUP

bismillah..
sedar tak yang kita sebenarnya hidup atas papan catur.. yup..hidup memang penuh dengan pencaturan yang takkan ada kesudahannya.. pernah kita sedar tak sama ada langkah yang kita ambil sepanjang hayat kita ini betul atau tidak?


PERNAH TAK KITA BERPALING KE BELAKANG DAN MENOLEH JEJAK2 SILAM YANG TELAH KITA TINGGALKAN SATU MASA DULU..??

sedar tak kita yang  kadang2 setiap perbuatan dan langkah kita itu penuh dengan taktik2 dan tipu helah..yang hanya mampu menguntungkan diri kita sendiri tanpa memberi apa2 pulangan kepada individu lain.. kejam? tepuk dada tanya iman..

 kadang2 manusia cepat bosan dengan apa yang mereka punya.. kadang2 mereka mahukan sesuatu yang lebih dari itu.. dan aku? *sigh*
fikir kembali.. pernah tak satu ketika kita mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain? pernah tak kita mengingati orang yang pernah berjasa kepada kita satu masa dahulu..?? yang selalu ada bersama kita saat susah dan senang? fikirkan kembali.. 
kalau kita katakan hidup ini mudah..kita membuat satu persepsi yang salah! hidup tentunya tidak semudah yang disangka.. penuh dengan ranjau dan tipu daya.. kebahagian yang diperoleh itu bukanlah bersifat kekal.. so, kita seharusnya mempersiapkan diri dengan kekuatan mental & emosi yang sangat kental..

aku tak perfect... dan aku sedar tentang hakikat itu.. aku hanya hamba allah yang lemah.. dan sering juga membuat kesilapan dalam membuat pencaturan hidup..


*wordless*

till then..
assalamualaikum..

Tuesday, November 29, 2011

KALAULAH WUJUD TIME MACHINE...

bismillah...

hari ni hujan lagi..langit pun mendung je..kadang-kadang hati ni tergoda jugak nak melabuhkan tirai pandangan buat seketika..biar gelap..hehe..tau-tau je dah macam masuk time machine..set masa konon-kononnya dalam 5 minit..tapi bila mata tu dah terbukak, pandang sekeliling..mulalah meracau bila tengok jam sendiri..

"alamak..5 jam aku dah hilang...5 jam aku dah hilang...!"


"macam mana ni..tuto belum siap..report lagi..worksheet aku mana??baju..baju tak gosok lagi..."


"alamak..hangus la macam ni..jotter aku..mana jotter??"

at last, kau terduduk sendiri kat balik pintu mengenangkan kekhilafan sendiri..haa..tu la..sape soh tidur kalau dah tau banyak lagi kerja2 yang belum settle?lagi hangit kalau kau terlelap kejap lepas asar..silap-silap bila kau bangun tu..kau panik sekejap sebab tengok langit dah kelam-kelam..kau tengok jam dah tunjuk pukul 7..sebab cuak, kau terus capai towel, masuk toilet, mandi, berus gigi, solat, pakai baju kuliah..tapi,waktu kau nak sarung kasut tiba2 roomate kau panggil..

"weh kau nak g mana tu?ade kuliah ke?"

*kau angguk sambil buat muka blur*

"ade la..kau apsal lepak semacam je?kau takde kelas ke?"

*kali ni roomate kau pulak yang buat muka blur sambil tengok kau atas bawah..*

"kau biar betul ada kelas maghrib2 gini pakai baju kuliah cam kelas pagi"

"maghrib??"


"yela..abis tu kau solat ape tadi??"


"subuh.."

*terus roomate kau gelakkan kau berguling2 atas lantai..memang dasar KAU MENGIGAU..!!*

haha..takyah nak panik sangatla...*senyum*
cakap pasal time machine, aku terfikir fasal satu benda ni.. agak-agaknyalah kan? kalaulah time machine tu betul-betul wujud.. apa yang akan jadi pada dunia..??wow..mesti cool kan??

lagi2 kalau ada design yang ala2 macam kau punya jam tangan je..perggh..bergaya kot..!!dah la cool.. senang nak bawak pulak tu..

dah ada time machine..mula2 kau test pakai dulu..set la masa..untung2 boleh jumpa hang tuah waktu zaman melayu melaka... then cakap dengan dia supaya jangan berbunuhan dengan jebat, sebab jebat cuma menuntut bela atas apa yang dah jadi pada tuah..
"hey hang jebat..turunlah engkau dari istana sultanku"


"hey hang tuah..apa hajat tuan hamba datang kemari??"


"hajat hamba datang menemui tuan hamba hanya untuk..."


"untuk apa kakanda tuah?kenapa tuan hamba tidak lancar dalam menyusun kata?"


"kakanda malu kepada adinda..sungguh..!"


"kenapa kakanda..??"*soal hang jebat dengan muka blur"

"sebab kakanda sudah tersalah sangka pada adinda..gimme a big hug...!!"


"i'm sorry lil bro..you can put the blame on me.."


aduhh..dah tetibe je lidah tuah tertukar dengan lidah si alfonso..=.="

then, pergi  jumpa dengan mahsuri pulak... suruh dia bersiap sedia dengan jawapan dan bukti yang kukuh yang dia tak bersalah.. nak lagi advanced, kau bagi dia satu camera digital.. untung2 dia dapat ambil gambar orang yang bersalah tu..

tak puas lagi dengan jumpa mahsuri, kau jumpa pulak dengan sultan mahmud.. perkenalkan dia dengan facebook..surely dia dah tak hingin dengan puteri gunung ledang sebab dia boleh add ramai lagi puteri2 yang cantik di serata dunia dengan satu click je..

"heh..jambatan emas konon..andai kata gusti puteri tidak mahu..beta pun tak hingin.."


"mengapa sungguh angkuh sultanmu wahai panglima?"


"baginda sudah ada facebook  gusti puteri.." 
haha..mesti kacau bilau hidup lepas tu..aku bet mesti takkan wujud history channel kat astro..sebab semua orang pun akan belajar history cara live..sebab adanya time machine tu..silap2 jadi yang macam kat atas tadi..habis semua sejarah dia tukar jadi dia punya cerita sendiri..LOL..

tapi, bagi aku ada baiknya kalau time machine tu tak wujud.. kalau wujudpun, sekadar menyebabkan kacau bilau hidup nak buat apa kan? takpun, kalaulah time machine tu wujud, for sure manusia takkan pernah kenal erti regret.. takkan pernah belajar dari kesilapan.. tak gitu?
till then,
assalamualaikum...

p/s sorry untuk semua ayat2 merepek kat atas ni..terpulang pada korang nak judge entry ni macam mana..=p




Thursday, November 24, 2011

SAHABAT, ANDAI KAU TAHU..

bismillah..

sekali lagi aku merenung kosong laman blog aku yang semakin menebal sawangnya..
banyak yang terjadi kebelakangan ini sehinggakan aku terlupa untuk menoleh dan mengupas satu persatu kisah yang berlaku.. haha..tiada siapapun yang berminat bukan.. aku hanya syok sendiri..XD

hidup aku dan hidup kamu masing2 berbeza.. ada ragamnya yang tersendiri.. namun aku tak rasa luahan hati setiap hari di blog tu penting.. diibaratkan blog ini sebagai rumah kedua untuk kau masuk dan membebel dengan entry yang entah apa2... entry sampah..dengan erti kata yang sebenar.. aku menulis menurut kata hati.. andai hati tidak berbisik kepadaku, aku akan kembali menyandarkan penulisanku di atas landasan akal fikiran. apa bagiku bernas dan ada membawa faedah kepada orang lain akan aku kongsikan bersama.. sharing is caring.. tak gitu? *senyum*
malam ini cuaca agak dingin..walaupun setakat di kolej Londang,melaka dan bukannya di LONDON.. cuaca disini yang sentiasa berangin menyebabkan aku terpaksa memakai stokin + selimut di malam hari.. sesuatu yang asing untukku dirumah..haha..
kadang2 saat hati kelelahan dan perlukan buaian ketenagan aku akan menghampiri jendela dan menghadap ke luar bilik..sayup2 kelihatan kapal2 di lautan biru.. cantik sekali pemandangan laut yang terbentang dihadapan mata... ahh~ relax seketika..

terimbau kenangan lama saat aku dan teman2 wing meredah hujan di pantai tidak lama dahulu..seronok rasanya.. namun aku tak pasti sama ada kenangan seperti itu boleh diulang kembali atau tidak..
sebelum pulang ke kolej, 1 hari sebelumnya aku ada berjumpa dengan teman rapatku ketika di sekolah.. keluar bersama dan mula berkongsi cerita tentang kehidupan.. ternyata, kehidupan ini tidaklah semudah yang kita sangka.. saat belum mencapai usia matang, kita selalunya menggangap dunia orang dewasa itu lebih mudah..segalanya dapat dilakukan sendiri tanpa aturan sesiapa.. namun kita silap, salah pencaturan.. padah menanti... namun, andai itu yang berlaku, berdoalah agar dipermudahkan segala urusan..
mencari sahabat sejati itu susah... dan andai kita sudah menemuinya, hargailah insan itu dengan sebaiknya.. kerana dia adalah insan yang terbaik dikurniakan oleh Tuhan kepada kita. andai kita tidak bersyukur dengan nikmatnya, sanggupkah kita menerima hakikat andai satu masa nanti nikmat itu akan direnggut pergi begitu sahaja? nikmat itu pinjaman.. adakah kita sedar tentang hakikat itu?

dulu, diri ini pernah lenyap seketika membawa hati..kononnya aku sudah tidak tahu lagi bagaimana harus aku kendalikan situasi yang menimpa diri.. aku pungut kembali sisa-sisa kepercayaan yang telah berkecai kerana disalah erti.. lantas, aku membawa pergi diri ini jauh dari insan-insan itu.. mengharap agar diri ini dipujuk sebelum aku hanyut dalam alam aku sendiri...namun hampa.. segalanya hanya mimpi..
setahun sudah berlalu..
aku masih berdiri di tempat yang sama.. kali ini bukan untuk meraih simpati. tetapi untuk mengumpul kembali kepingan kepingan memori yang sudah jatuh berselerakkan di merata tempat.. aku kembali berjumpa dengan insan-insan itu.. bertanya tentang soal hidup.. soal sahabat.. soal diri yang semakin matang dalam meguasai pencaturan hidup.. pada mulanya aku sedih.. sedih kerana dilupakan.. namun aku hanya pendamkan perasaan itu sendiri..biarlah dia bahagia dengan hidupnya.. itu sudah cukup buatku.. aku tidak tamak untuk memilikinya seorang.. dia akan rimas.. dan aku sedar tentang hakikat itu.. biarlah aku hanya menjadi seorang pengganti..andai dia bahagia bersama sahabatnya yang lain, aku akan perlahan-lahan mengundurkan diri..
namun jiwa ini bagaikan terasa pedih saat melihat dia dilukai.. lalu aku kembali.. mengisi kekosongan yang ada dalam dirinya.. menjadi tempat luahan hatinya.. menjadi seorang insan yang bisa memberikannya semangat untuk terus bangkit  di saat dia jatuh dan tidak dihiraukan oleh orang- orang sekeliling.. orang-orang yang dipanggilnya sahabat.. pada aku, andai sudah termetrai satu janji atas nama sahabat, kenapa perlu kau khianatinya? kenapa harus kau cemburui kesenangannya? kenapa harus kau berasa dengki dengan apa jua yang dia punya? bukankah melihat seseorang yang kita sayang itu bahagia dapat membahagiakan diri kita juga? kenapa? tidak sayangkah kita kepada sahabat kita sendiri? andai diri bisa melihat kejatuhan seorang sahabat tanpa sedikitpun mencuba untuk menolongnya.. tidak malukah kita untuk kita menggelari diri kita sebagai sahabat kepada insan malang itu?

sahabat sejati selalunya tidak mampu untuk melihat kesusahan sahabatnya sendiri.. menyembunyikan apa2 yang akan menyebabkan sahabatnya itu dipandang keji oleh orang lain..
andai saat gembira kita mampu kongsikan bersama..kenapa tidak kita kongsikan juga deraian air mata yang membasahi pipi?

fikir2kan.. adakah sahabat yang kita punya kini layak digelar sahabat? *senyum*

till then,
assalamualaikum..

Sunday, October 30, 2011

I'm Speechless..*aku semakin tak terurus*

bismillah..
tinggal esok...sekali lagi kitorang akan berperang dengan kertas...
hope dapat buat dengan baik..hope dapat pointer yang baik..
hope dapat teruskan pengajian tanpa extend..
hope result kami semua gempak..harap2 berbaloi la dengan usaha kami yang bertungkus lumus selama ni kat sini..mudah2an amin...

hehe..xde tokoh gadis pembersih..
 erkk..nota2 makin bercambah...
opps...katil dah bersepah..x sempat nak kemas..

bercambah2 nota2 aku kat dinding2 & atas meja study..
apekah3...???
as a student,perbuatan aku ni still dikira normal kan..kan..kan??

btw, hari tu sempat lagi g pantai..me"release"kan tension kononnya..haha~
3/4 wing kitorang bawak..haha..ni la pe yang kitorang buat bila dah datang angin gila..*ayuh bala tenteraku..(tetibe)*



dan inilah wajah2 pemimpin dunia akan datang..insyallah..mudah2an..amin...
hope apa yang kami harapkan bersama tu dapat menjadi kenyataan..
semoga segala urusan kami dapat dipermudahkan...insyallah...
bersama kita menuju kejayaan...mudah2an amin..

till then..
assalamualaikum..^^

Saturday, October 22, 2011

BIARKAN HATI INI MENANGIS


hening malam kutatap sayu...
madah yang terhela..
bisikkan yang tersiksa...
aku terduduk sendiri memegang bicara yang ternanti..
aku terduduk menanti sesuatu yang tidak pasti..
aku terduduk menanti dalam sepi..
berharap hadirnya hakikat yang bisa membahagiakan diri..

lemah..
aku kian lemah..
bicara angin yang membawa perkabaran tentangmu..
menghiris pedih rasa di kalbu..
awan yang berarak kian mendung kelabu..
bagaikan mengerti isi hatiku...

saban hari aku menanti..
saban minggu aku menunggu...
ternyata segalanya bagaikan deja vu...
biarkan hati ini menangis..
biarkan hati ini merintih dalam pilu..
biarkan...
andai itu bisa menghilangkan rasa di jiwa..

BERTUAHNYA INSAN YANG BERNAMA HAWA..



 


1.) Dia bekerja denganTuhan..jadi 'kilang 'manusia.Tiap-tiap bulan 
dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. 

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki
tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.. 

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? 

Marilah kita pegang kepada tali Allah. 
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,itu dianggap mati syahid.. 
Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur. 

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami:seluruh 
kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. 

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan
Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. 

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak
nak masuk syuga tanpa suaminya,jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. 

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. 

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. 

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. 

Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak 
derhaka denganNYA........ 

Wallahu'alam.............
 


 



Thursday, October 13, 2011

KELEBIHAN AYAT KURSI

bismillah..

dah lama rasanya aku tak buat entry yang mendatangkan manfaat pada sesape je yang baca blog aku ni kan? anyways, asyik berulit kata pun tak bagus jugak kan..?? kadang2 kita kena jugak mensucikan diri dan hati ni dari dosa2 silam.. berubah untuk menjadi seseorang yang lebih baik dari yang sebelumnya.. alangkah indahnya dunia ini andai semua orang begitu bukan..?

mungkin entry hari ni tak segempak mana...tapi insyallah dapat memberi sedikit manfaat kepada sesiapa yang membacanya.. ilmu itu akan jadi lebih bermakna jika dikongsi bersama..mudah2an hidup kita sentiasa berada dalam lindunganNYA..amin..^^


KELEBIHAN AYAT KURSI

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : 
Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwudhuk dan mengerjakan solat Subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari Qiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."

Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, adakah perlu dibaca setiap hari?"


Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."

Umat-umat dahulu hanya sedikit saja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila selepas mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul.

Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul SAW kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi.

Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w.. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya b ahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.


Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya
setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,
dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua
orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.


Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu
ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan
akal fikirannya
serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:


"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar..."


*Orang yang selalu membaca ayat Kursi  
dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

*Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi
akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

*Pengamal ayat Kursi juga, 
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

*Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan  
memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

*Ayat Kursi yang di baca dengan penuh khusyuk, 
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.

*Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, 
Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

*Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain..

*Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut,

*Dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. 

 *Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sem bahyang Fardhu,
Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

*Barang siapa membaaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya
maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. 

*Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang
Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. 

*Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan
nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya....
rasa2nya..hanya ini yang mampu aku kongsikan dengan korang untuk masa ni..insyallah..next time, aku akan cuba untuk keluarkan entry2 yang macam ni lagi..

Dari Abdullah bin ' Amr r. a... , Rasullullah s.. a. w. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

till then,
assalamualaikum..^^

Tuesday, October 11, 2011

MIMPI SEMALAM

semalam kita intai langit malam yang mengandung sejuta mimpi..
semalam kita pecahkan buntu yang membelenggu diri...
semalam kita hancurkan dengki dan iri hati..
semalam kita hargai rasa yang dikongsi...

hari ini kita melompat tinggi untuk menggapai sang mentari..
hari ini kita bangkit tanpa ada rasa ragu untuk mencuba lagi..
hari ini kita tanpa gentar menyemai sebuah mimpi...
menggamit kembali cita yang dulu terkubur di balik hari..

esok itu pasti...
mengapa tidak kita usahakan..
agar sebuah mimpi bisa menjadi sebuah realiti..?
mengapa tidak kita laungkan..
agar rasa hati dapat didengari...

bersama kita melangkah pergi...
membawa sejuta harapan dalam satu mimpi..
bersama kita kuatkan pertahanan diri..
agar hati bisa kental berdiri walau badai melanda diri...

biarkan..!
andai mimpi semalam bisa jadi pasti...

Tuesday, October 4, 2011

UPDATED!

bismillah...

dah terasa bahang PSPM..al maklum la..tarikh tu dah makin dekat...jantung aku ni kadang2 lari jugak beat dia dari tempo yang asal..well, hari ni aku tak berminat nak berulit kata..tak nak lagi bermadah pujangga..serious..aku dah penat..hari ni aku cuma nak bercerita...
actually, perbuatan classmate aku petang tadi betul2 buatkan aku rasa macam baru terbangun dari mimpi yang panjang...*sigh*
aku mintak maaf kalau aku cakap yang aku dah blacklist kan nama kau dalam kamus hidup aku..dan nama kau tu pun takkan pernah muncul lagi dalam hidup aku walaupun kau duduk bertapa depan aku tiga hari tiga malam berturut2...memang betul..aku benci kau..bukan senang untuk buatkan aku benci seseorang..tapi pada aku perbuatan dia tadi tu memang tak layak untuk aku maafkan..cakap la apa pun.. aku tak heran.. tapi hati2..bila aku kata aku benci seseorang tu..aku akan benci dia sampai mati... tak sangka kat tempat baru ni aku dah berjaya menyenaraikan nama2 untuk aku blacklistkan dalam hidup aku.. aku harap takde lagi yang akan jadi macam tu..sebabnya aku sayang dengan kawan2 aku..sayang sangat2...
dah lama aku perhatikan..aku tau aku bukannya top student pun..nak kata aku stock budak2 yang selalu menempel kat lecturer pun tak jugak..aku cuma macam ni..bawak haluan aku sendiri...aku hidup dalam dunia aku..aku bina memori dengan kawan2 yang ada untuk pastikan aku ingat diorang sampai mati..nama tu akan sentiasa tersimpan dalam kotak memori aku.. aku orangnya simple je..kalau aku nak gelak.. aku gelak..kalau aku rasa nak nangis..aku akan menangis..aku sedia mendengar problem kawan2 n aku akan tolong seadanya.. aku banyak cakap jugak.. aku sedar tu.. tapi mungkin hari ni aku dah terlalu banyak bercakap sampai ada yang tak tahan dengan aku...aku mintak maaf..

aku cuma bergurau..aku cuma nak enjoy life aku sementara umur aku masih ada..sekurang2nya aku ada memori dengan semua orang kalau ye pun aku mati esok..*whatever..nobody cares..*

 kisahnya macam ni..mungkin dia rimas tengok aku happy sangat..bergelak ketawa dari pagi kot..bercakap tak henti2 dengan nada yang sangat bersemangat..*wait..hello..waktu P n P aku tak bercakap okay*
then,waktu aku tengah bercakap dengan kawan aku..tetibe je dia menyampuk..terasa kot sebab aku pandang muka dia n then gelak2..padahal kitorang langsung takde mengutuk dia..waktu tu aku tengah argue pasal artis korea yang suka sangat buat pembedahan plastik..that's why muka diorang sangat handsome n comel2 okay..

"pehal kau?" tetiba je dia nyampuk gitu..

"takde..aq tengah cakap pasal artis korea yang buat plastic surgery..kalau ko buat..mesti ko pun banyak peminat macam dorang jugak kan.."aku cakap dalam nada yang bergurau..

then tetibe je dia hangin..aku sendiri tak faham..dia bergurau or memang betul dia berangin??*god help me!*

"ko boleh diam tak..ko ingat aku suke ke dengar ko cakap macam ni..bingit tau tak"

"so what?" aku jawab,dengan nada bergurau lagi..

tetibe dia boleh bangun dari kerusi n berdiri berdepan dengan aku sambil genggam penumbuk dia..

"ko tau tak aku rasa muka ko ni macam patut je kena tumbuk dengan aku macam ni"

sebijik penumbuk dia lepaskan atas angin..tapi betul2 depan muka aku..lagi seinci nak kena muka aku...

"ape hal ko ni?kau tau tak orang laki yang pukul perempuan tu..."

"ahh..diam la ko..aku benci dengan perempuan yang banyak cakap.."

aku tengok kecik-besar2 je dia depan mata aku..sabar2..aku kan puasa...haish..nak kena buang kolej kot kalau aku bukak buah2 taekwando aku depan dia tadi..geram aku tu hanya allah je yang tau..sabar2...kau sendiri yang cakap ayat tu kat aku..kau yang mintak aku benci kau kan?thanks!

aku tau la aku tak secantik perempuan2 lain yang ada kat kolej ni..and aku jugak sedar yang aku tak sepandai kau..*pandai ke kau tu?*
so what?aku datang kolej sebab nak belajar..berkawan..bukan nak cari gaduh..btw,jangan nak perasan yang ko tu hot sangat..*urgghh*

p/s tolongla korang..jangan buat aku benci korang...aku merayu..

till then,
assalamualaikum..



Sunday, September 18, 2011

BISIKAN SANG UNGGU


langit yang kian kelam kutatap lesu..
mendung persis diriku..
yang masih setia menunggu..
menunggu sesuatu yang belum tentu milikku..
aku yang menanti sebuah jawaban dari sang unggu..

sabar..
aku menanti dalam rindu..
walaupun hati digigit pilu..
walau jiwa berkecai seribu..

resah..
aku pasti segalanya bukan milikku..
namun aku tetap menanti sang unggu..
kononnya dia yang memegang hatiku..

sampah!
lemparkan segala resah..
hapuskan rasa gelisah..
biarkan hati bernafas dalam pasrah..

saat hati dibalut pilu..
saat diri dihambat lesu..
cinta sekali lagi mengetuk kalbu..

lalu sekali lagi aku berjeda..
saat hati menanti rentak yang satu...
berbisiklah padaku sang unggu..
kerna aku masih menanti bisikanmu..


* * * * * * * * * * * * * *
mungkin hari esok takkan sama seperti hari ini.. mungkin langit esok takkan secerah langit ini.. mungkin hari esok aku takkan punya kesempatan untuk berbicara dengan kamu, dengan mereka dan dengan dia orang aku sayang.. mungkin juga esok aku takkan punya kesempatan untuk menatap wajahmu.. mungkin juga hari esok aku takkan pernah bisa menyentuh bayangmu.. mungkin hari esok aku takkan pernah lagi bisa untuk duduk bersujud kepadanya yang Esa.. mungkin..

kematian itu pasti.. perpisahan itu mesti.. segalanya di dunia ni tidak menjanjikan pasti..
sudah berkali aku mengingatkan diri untuk melangkah ke hadapan.. tapi langkahku seperti dihalang oleh sesuatu yang tidak pasti..

esok bukan semalam..kerna akan ku  pastikan segala memori tentangmu akan terpadam..sebuah hakikat, bukan dendam..
* * * * * * * * * * * * *

Friday, September 16, 2011

LANGIT KIAN MENDUNG



bismillah..
dah lama nampaknya aku tak menulis.. btw, macam la ade yang kesah kan..HA-HA...
sibuk dengan hidup sebagai student.. lately aku agak down sebab keputusan yang kurang memberangsangkan sampai aku rasa malu nak angkat muka depan parents aku yang dah banyak aku habiskan duit diorang untuk sampai ke tahap ni.. naa.. aku faham apa salah aku..apa silap aku selama ni.. aku tak buat kerja tuto.. asyik main memanjang.. kurang fokus.. mananya nak dapat result yang aku target.. btw, aku dah berubah..dan aku dah janji untuk berubah..

*sigh*
dulu aku pernah bermegah tentang satu perkara.. kononnya persahabatan yang aku ada selama ni memang bermakna.. memang "GAH!" bak kata orang.. tapi..aku salah.. untuk sekian kalinya (aku malas nak kira berapa kali) aku terbukti salah.. aku selalu dapat kawan yang palsu.. kawan yang senang dapat.. tapi senang pergi waktu kita ni dah takde gunanya lagi dalam hidup diorang.. kawan yang aku ada pun berapa ketul je..sebabnya.. aku ni bukannya jenis mesra alam sangat.. aku cuma jadi talkative bila aku anggap orang tu kawan aku.. aku annoying..aku tau tu..heh..whateva~

lately..entahlah.. makin banyak benda yang jadi.. masalah cinta?? aku ada masalah cinta?? even cinta tu pun aku dah tak kenal..macam mana aku boleh ada masalah cinta..haha..! memang kelakar.. pasal persahabatan..aku still belum jumpa kawan yang baik macam blake, shanthini, lee ting, amira atiya, shahira yusaida and ainnur syahidah.. kawan- kawan yang dah sama-sama harungi hidup ini dengan aku..yang dah kenal hati budi masing-masing macam mana..yang percaya antara satu sama lain..yang boleh gelak sama-sama time suka..and menangis sama-sama bila sedih... yang boleh terima diri masing- masing seadanya.. yang takkan pandang sinis pada sahabat sendiri...yang tak rela tengok kawan sendiri ada dalam kesusahan..


indah terasa dunia ni kalau ada kawan macam tu depan kita kan? aku sanggup habiskan masa aku 2-3 jam bercakap dengan diorang.. aku sanggup baca email yang diorang hantar walaupun mencecah 5000 patah perkataan.. aku sanggup habiskan masa aku duduk depan diorang untuk puaskan hati diorang.. aku saggup dengar cerita diorang walaupun boleh bernanah telinga ni dengar cerita yang sama berulang-ulang kali.. aku sanggup basahkan baju aku dengan air mata diorang waktu diorang tengah sedih..

lately aku kena tegur.. aku terlampau defensive..betul ke? tapi aku tak rasa macam tu pun.. LOL..kalau namanya diri sendiri tu mana la nak mengaku kan..?tapi mungkin ada betulnya kot apa yang ditegur tu...mungkin betul aku terlampau defensive dalam mengenal orang..entahlah..aku rasa itu yang terbaik dalam hidup aku buat masa ni..sebab aku dah banyak kali terkilan dengan makhluk yang bernama manusia.. persahabatan mahupun cinta.. buat masa ni aku tak kisah pun kalau aku jadi loner.. sebab takkan ada yang boleh sakitkan hati aku..dengan tulisan..dengan perkataan..mahupun dengan perbuatan.. aku terpaksa protect diri aku sendiri.. sebab aku bukan kebal.. aku terpaksa buat kubu yang hebat di sekeliling aku.. sebab aku dah fragile.. bila-bila masa je aku boleh berkecai jadi debu atas lantai..


memang aku rasa macam loser pada mulanya...tapi ini yang terbaik mungkin...sorry...
btw, thanks you guys sebab selalu jadi kawan yang baik untuk aku selama ni...thanks.. =)

till then,assalamualaikum..

Wednesday, August 10, 2011

BERIKAN AKU TANGISAN BAHAGIA


Angin petang meniup lembut pipiku saat aku termenung melayan perasaan dibalik jendela kamar. Aku tersenyum melihat teman-teman di sekeliling yang nampak bahagia dengan pilihan hidup masing-masing. Aku? Aku masih di sini. Di tapak yang sama. Masih belum beranjak dari kedudukan yang dahulu. Bukan aku tak mahu. Bukan aku tak cuba. Tapi bagaikan ada sesuatu yang menghalang aku dari terus melangkah ke hadapan. Bagaikan ada sesuatu yang menghalang aku dari terus meninggalkan memori-memori semu yang dulunya nampak indah dimata..

Sebuah keluhan kembali kuhela.. Segalanya seakan lancar buat masa ini. Aku teruskan hidup megandaikan diri ini bagai sebuah boneka. Hanya mampu bergerak mengikut jalan cerita yang telah ditetapkan tanpa mampu membantah. Teh panas yang masih penuh ditangan kembali kuhirup. Ahh..sabarlah wahai hati. Bahagia itu tetap akan menjelma jua. Sungguh aku rasakan hati ini bagaikan sudah mati untuk merasai nikmat sebuah kehidupan. Kenapa? Masih adakah hutang-hutang yang masih belum aku selesaikan hingga rasaku didera sebegini rupa..?

Dalam kesamaran rasa aku kembali mencari cebisan diri yang hilang. Namun hampa. Segalanya seakan sia-sia. Sungguh aku bosan hidup begini. Hati ini mendambakan rasa bahagia yang membuai tangkai rasa seperti hari-hari semalam. Ahh..tak usah memasang anganan yang takkan pernah kau capai. Kau tak punya waktu untuk berlibur seperti dahulu. Segalanya tidak seperti dahulu. Semuanya tidak sama..! Tidak serupa seperti yang ku angankan.

Sekali lagi sebuah keluhan berat aku lepaskan. Kebahagiaan yang ku cari bagaikan menjerut tangkai rasa. Aku lemas dalam nafas yang masih kuhela. Untunglah kau sudah tiada. Kerna aku takut, andai satu masa saat aku terleka membuai rasa, kau yang mendapat tempiasnya. Foto milikmu aku tatap seketika. Lalu aku letakkan kembali disisi. Tak ada gunanya lagi. Segalanya sudah selesai. Aku tersenyum saat memori antara kita kembali berlegar di tubir mata. Ahh...saat indah yang takkan pernah terulang. Hakikatnya kini, kau telah teruskan hidup. Tapi aku?

Hatiku kian kerap meminta untuk dimengerti. Ternyata ia tidak bahagia dengan keadaan ini. Maaf aku tak mampu mengisi kekosongan hati andai diri masih terigau dengan memori. Aku masih hidup dalam bayang kehidupan yang lama. Takut untuk keluar dari kepompong untuk berhadapan dengan realiti. Sungguh aku sedang cuba. Namun hati masih belum bersedia. Bersedia?? Bila masanya? Ahh..aku sekadar megikut langkah kaki yang membawa diri ke haluan yang belum aku ketahui.

"PRANGG!!"

Gelas yang aku pegang sudah berkecai dilantai. Kaca-kaca yang bertaburan ku pandang sepi. Begitukah pengakhirannya nanti andai aku memberanikan diri untuk keluar dari kepompong yang kemas menyalut diri. Setitis air mata jatuh membasahi pipi. Bersabarlah.. Hidup ini memang satu ekperimentasi..




Sunday, July 24, 2011

EPILOG CINTA


tatkala hujan renyai-renyai menyimbah muka bumi..
aku masih lagi termanggu disitu..
masih lagi memikirkan tentang hala hubungan kita..
masih lagi berbicara pada sang angin..

benar,
pada pemikiran kita segalanya sudah tamat..
harus ada titik noktah dalam kisah kita..
tapi dimana harus aku letakkannya?
dimana harus aku letakkan noktah ini...

bagaikan masih ada yang belum sempurna antara kita..
bagaikan masih ada sisa kasih antara dua jiwa..
kita noktahkan kasih saat hati masih cinta..
kita noktahkan cinta saat rindu masih menyapa..
kita berpisah dalam keadaan diri masih tidak bersedia..
kita berpisah kerna aku percaya tiada lagi kesefahaman antara kita..

tapi benar..
masih terasa hangatnya cinta dalam diri..
masih terasa manisnya saat cinta bersemi..
aku merindu tapi tidak menunggu..
biarlah kasih ini bersemadi...
abadi bersama kenangan kita dalam sepi...

Tuesday, July 19, 2011

RAIKAN CINTA


berbisiklah kata cinta yang melatari suasana..
saat waktu meraikan lafaz cinta si adam dan hawa..
saat sendu terlupa pada hadirnya..
saat bahagia menjadi tabir rasa...

bertemankan kasih cinta mula bersemi..
bertemankan rindu cinta kembali menyapa..
biarkan rasa cinta menguasai rasa..
andai bahagia mulai sirna dari mata..

sentuhlah jiwa dengan hati..
jangan biarkan curiga itu menguasai diri..
biarkan sayang mengembalikan rasa...
agar bahagia dapat kembali menjelma..

Thursday, July 7, 2011

TAWA DALAM SENDU

aku kembali terduduk lesu..
dalam kehampaan aku digigit pilu...
dalam pilu yang menyapa...
aku mula tertanya...
kenapa diri ini sentiasa dihambat janji yang semu..

aku menagis dalam diam..
segala rasa hanya kupendam..
aku tersenyum dalam sendu yang mencengkam...
aku ketawa dalam rasa yang kembali menikam..

aku ingin pergi..
berlari jauh dari mimpi-mimpi...
aku ingin pergi..
menghalau segala duka yang kian mencengkam diri..

tika ini....
aku hanya mampu merenung jauh dalam kekesalan..
lalu ku genggam erat tanganku meminta sedikit ketabahan..
kerna hanya itu yang mampu kulakukan..