~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Monday, February 28, 2011

BUAH SUSU..??


dah tiba masa untuk membuang sawang...wee~
maaf,oleh sebab terlampau sibuk bekerja, aku sampai dah tak menang tangan nak handle fb,and ketiga2 blog yang aku ada..huhu..(=.=")
sekarang..setelah hampir 2 bulan aku kerja..barulah aku tau apa rasanya penat cari duit...huuu..bukan main2...

"kerja macam nak mati tapi gaji ciput je..huuu.."

tapi takpe..rezeki halal kan..memang la susah nak dapat...
btw,korang pernah dengar tentang buah susu..eh..salah3...maksud aku buah markisa...


haa..pernah nampak tak buah ni??mula2 waktu belum pernah jumpa puas jugak aku bayangkan macam manalah rupanya buah susu a.k.a. buah markisa ni...
akhirnya..jumpa jugak..hehe...terimas untuk mak sebab sudi hulur kat aku buah ni...kiranya,dapatlah aku rasa..xde la kempunan kan?huhu..>.<

mula2 memang la rasa pelik je tengok buah ni..tapi...sekali dah rasa..pergghh..sedap gilerr~
tapi,yang lagi advanced,aku bukan setakat makan gitu je...aku siap buat jus lagi tu...sedapnye..^^
rasanya macam buah letup2 yang selalu aku makan waktu kecik2 dulu...huu..terimbau memori lama tuu~


mula2 tengok buah tu...aku memang la rasa pelik..biji dia banyak sangat..macam mana nak makan??bila aku buat muka pelik mak aku cakap macam ni..

"sedap la..cuba la rasa.."


"tapi..macam mana nak makan??"


"letak susu sikit...sedap.."


"yeke..??"


"try dulu...nanti baru tau sedap ke tidak..."


"sedap..memang sedap..."

"ha..tu la..orang melayu ni selalunya suka makan buah yang murah2 je..buah yang macam ni tak pandang pun..suka makan buah jambu batu..jambu air..tak hayati betul2 rasa buah ni..."

nganga je la aku bila mak dah bukak sesi forum perdana..


haa..ni la rupanya buah markisa waktu sebelum dipetik...perghh..telan air liur ajelah aku tengok gambar ni...mana taknya..tak puas makan lagi...buah dah habis...waaa... T-T

bagi orang yang macam aku ni, yang taktau khasiat buah markisa ni..ni la khasiat buah ni..*eh berapa banyak ni la..*

Dikenali juga dengan nama ‘passion fruit’ dan granadilla, pokok markisa ialah tanaman saka yang menjalar. Bentuk daunnya bulat membujur dan rata di tepi. Buah markisa mengeluarkan sulur paut dari pangkal daun. Bahagian pokok yang banyak digunakan ialah daun, bunga, batang dan juga buahnya. Kandungan pitokimia yang terdapat di dalam markisa ialah passaflorine, harmine, harman, harmon, harmalin, karotenoid, vitexin, isovitexin, chrysin, scopoletin dan theobromine.

Markisa dikatakan merupakan buah yang berkhasiat kerana ia sumber yang kaya dengan pro-vitamin A, vitamin C, niasin dan riboflavin. Vitamin A merupakan sumber penting anti oksidan yang bertindak menghapuskan radikal bebas. Buah ini juga dapat memperbaiki tisu dan menghalang pelbagai masalah kulit. Kandungan AHA buah markisa bagus sebagai agen pengelupasan yang menjadikan kulit lebih bersih dan cerah.

Selain buah, bahagian lain juga dikatakan mampunyai khasiat ubatan. Daun pokok markisa mengandungi alkaloid termasuklah harman yang dikatakan mempunyai tindakan untuk merendahkan tekanan darah, sedatif atau mententeramkan dan antispasma. Jika anda mempunyai masalah sukar tidur, ambillah satu sudu teh daun markisa yang telah dikeringkan. Rendamkan dalam secawan air selama 10 hingga 15 minit. Tapis air ini sebelum diminum sebelum tidur.

Bunga pokok markisa pula mempunyai tindakan sedatif yang ringan dan boleh membantu untuk tidur. Dikatakan juga bahawa bunga pokok markisa telah digunakan dalam asma bronkial, insomnia, masalah saraf gastrousus dan masalah menopaus. Kadang-kala bunga pokok markisa juga turut digunakan sebagai halusinogen ringan.


Terdapat juga kajian yang mencadangkan bahawa bunga pokok markisa mampu membantu melegakan kesakitan. Bukan itu sahaja, dikatakan bahawa bunga pokok markisa juga boleh membunuh kebanyakan kulat dan baketia. Penemuan ini dikatakan telah menyokong kegunaan bunga pokok markisa oleh kaum Indian di Amerika yang menggunakannya dalam merawat luka.

Bahan harmala dalam bunga pokok markisa bersifat perangsang rahim. Namun begitu, keseluruhan bunga pokok markisa tidak berkait dengan keguguran bayi. Tetapi wanita hamil perlu mengelakkan diri daripada mengambil herba ini kerana tindakan kompleks sebegini memberi kesan kepada sistem saraf utama.

Kulit buah markisa dikatakan mampu memperbaiki simptom-simptom asma. Dalam satu kajian yang dilakukan oleh saintis di Barat iaitu oleh Ronald Ross Watson dan rakan sekerja menunjukkan bahawa pengambilan ekstrak buah markisa ungu mampu mengurangkan simptom-simptom asma. Mereka telah memilih 42 pesakit sebagai penerima ekstrak buah markisa ungu ini. Hasil daripada kajian itu telah mendapati bahawa 90% daripada pesakit telah sembuh daripada masalah sukar bernafas. Manakala termengah-mengah ketika bernafas pula telah berkurangan sebanyak 80% selepas empat minggu pengambilan ekstrak buah markisa.

Walaupun terdapat pelbagai kegunaan setiap bahagian pokok markisa, namun begitu penggunaannya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

huu..btw,aku teringin nak makan buah ni lagi...ada sesape nak bagi sikit..wee..^^

Thursday, February 24, 2011

PHONES..??


bila cakap pasal handphones..tipu la kalau ada orang cakap yang diorang takde handphone..zaman teknologi tengah meletup bang2 boom macam sekarang ni, paling cikai pun orang tu mesti ada 1 phone..tak kisah la model apa pun..
btw, handphone tu kan satu kemestian..lagi2 bagi golongan yang bekerjaya n student...
mana taknya.. telefon bimbit tu kan sebagai alat komunikasi utama di dunia hari ini..


"boleh survive ke kalau takde handphone??"

nak dijadikan cerita..pepagi tadi,kat kedai aku ada terbaca artikel kat akhbar Harian Metro tentang mudarat yang boleh diperoleh melalui penggunaan telefon bimbit..lagi best bila aku tengok akhbar Berita Harian..isu sama..!!cuma cara pengolahannya je yang lain..kebetulan yang disengajakan ataupun apa ek??(=.=")

"uiks...memudaratkan sangat ke guna telefon bimbit ni??"


"uish..betul la tu, phone boleh bawak mudarat..kan dah pernah belajar dah dulu.."

"gila??mau kena smack down je dengan cikgu fizik kalau kata tak pernah belajar waktu kat sekolah dulu.."

well,memang aku tak nafikan yang isu ni agak lapuk..tapi masih ramai yang belum sedar tentang bahaya radiasi dari telefon bimbit..mungkin sebab tu diorang tulis pasal artikel ni kot..

merujuk kepada kedua2 artikel yang ada kat situ..dapatla aku highlight sikit info2 penting yang ada kat situ..^^

tempoh 50 minit untuk bercakap di telefon bimbit yang dilekapkan di telinga sudah cukup bagi menukar aktiviti cell otak yang paling hampir dengan antenanya..

"err..."

serius..ini info baru untuk aku...dapatlah aku luaskan sikit pengetahuan aku yang serba tak tahu ni..
selama ini,aku cuma tahu yang  gelombang mikro dari phone boleh menjejaskan pertumbuhan cell dalam otak yang boleh menjadi penyebab kepada brain tumor selain boleh menyebabkan kemandulan dan barah payudara..(cell mutation akan berlaku di kawasan yang paling banyak menerima radiasi)


thats why,tahun lepas (tahun spm) aku asyik offlinekan semua telefon aku..ramai yang bising bila aku buat macam tu..

"apsal ko wat offline mode??ko ingat ko dalam kapal terbang ke??"

"weh..tak payah la guna offline mode...susah la nak contact ko.."

aku buat offline mode bukannya suka2..tapi sebab aku sedar tentang bahaya exposure kepada radiasi telefon bimbit terhadap otak n kesihatan in a long run..walaupun aku ni agak gila dalam mengusha phones,aku still mementingkan kesihatan diri tau..mana taknya..buatnya aku sakit teruk2 macam tu..ada sesapa ke nak tolong..??takkan la nak harapkan phones yang tak bernyawa tu tolong aku kot..??huhu..(>.<)



oh lupa lak..radiasi telefon bimbit ni juga tak bagus untuk student.. sebab, otak akan jadi lembap n kita akan cepat jadi pelupa..eh betul ke x ni...??

 okay..merujuk kepada harian metro..di london 1 penyelidikan telah dijalankan oleh pakar2 perubatan bagi menunjukkan bahawa penggunaan telefon bimbit sebenarnya memberi kesan terhadap otak manusia..telefon bimbit juga dapat meningkatkan kebarangkalian untuk mendapat pelbagai penyakit seperti barah..

"ngaaa...ngeri tuu..!!"


penyelidikan juga menyatakan bahawa pengguna yang terdedah dengan signal dari alat itu ketika menggunakannya boleh menyebabkan peningkatan perubahan bahan kimia dalam otak sebanyak 7%..

"abeh..?orang yang suke bergayut kat phone tu camne..??


 metabolisme otak berlaku di bahagian yang paling hampir dengan antena telefon bimbit..yang biasanya dipegang rapat ke kepala atau mengenai muka ketika membuat mahupun menerima panggilan..


"hoh..??gila betul.."

radiasi telefon bimbit boleh merangsang brain cell ..pengguna telefon bimbit disarankan supaya tidak meletakkan telefon bimbit berdekatan dengan kepala ketika tidur..syarikat2 pengeluar juga mencadangkan supaya pengguna memakai fon kepala ketika menggunakan telefon bimbit..

"ngaa...aku selalu letak phone kat sebelah bantal..both of them pulak tu..berdouble la effectnye nanti..."


segala effect yang bakal aku terima tu memang aku dah maklum dari awal..tapi kenapa aku buat jugak ek??saja nak bunuh diri ke??dah tak sayang nyawa dah sekarang??huhu..
dulu,boleh pulak aku offline dulu sebelum tidur..sekarang??? *sigh*

sumber dari akhbar berita harian..
si pengkaji berkata beliau agak terkejut dengan bukti bahawa radiasi elektromagnetic dari telefon bimbit boleh menjejaskan aktiviti otak..tetapi kajian tidak memberi jawapan sama ada penggunaan telefon bimbit akan menyebabkan barah..


"bukan ke sebelum dia menjalankan kajian,dia sepatutnya dah sedia maklum tentang keputusan yang dia dapat??"


"buat2 terkejut lah tu kot..."

(=_=")

btw,sesetengah kajian mengaitkan peningkatan penggunaan telefon bimbit selari dengan peningkatan penyakit barah otak..tetapi kajian  yang dijalankan oleh WHO masih tidak dapat memberi keputusan muktamad...

lepas habis je baca newspapers tu..aku terdiam sekejap..
satu per satu info tu aku telan lalu aku hadamkan dalam otak...
handphone atau kesihatan?

dan semestinya aku pilih...

HANDPHONE...!!!

hahaha...
till then..
assalamualaikum..^^

Sunday, February 20, 2011

DENTISTRY OR RADIOLOGY??



lately,aku cuak dengan ura-ura yang mengatakan result SPM akan keluar pada 28 Feb. 2011..rasa nak menagis pun ada..tapi nak buat macam mana..apa-apa keputusan aku yang bakal keluar nanti..aku reda dengan ketentuan-NYA...kita cuma merancang..DIA yang menentukan..

aku masih dalam mood berhijrah..berhijrah kepada yang lebih baik..
aku nak jadi "baik" dalam erti kata yang sebenar-benarnya...jadi baik berpaksikan ajaran islam yang sebenar...buat masa ni,aku masih berusaha ke arah itu..
memang aku tak dapat nak nafikan..penghijrahan tu memang susah..lebih-lebih lagi nak mengubah diri to be a better person...*sigh*

kadang2 aku terfikir..

"boleh ke aku capai tahap tu?"

namun,aku sedar..tiada apa yang mustahil andai kita punya kesungguhan n keinginan..apa yang penting, niat di hati kena betul..
orang selalu kata..

"kalau nak berubah,kena la ubah penampilan luaran.."

klise..!!*maaf andai ada yang tersinggung*
penampilan luaran takkan dapat membantu..seperti yang aku kata tadi..niat!
tetapkan hati untuk berubah..walaupun susah,kita tetap boleh mencuba...
yelah,kalau setakat ubah penampilan luaran..siapa2 pun boleh buat..even, budak sekolah rendah pun boleh buat lebih baik dari kita..
malu tak kalau orang tengok kita..bertudung labuh..baju longgar..tapi buat benda2 yang tak betul..benda2 maksiat..aku terkilan..dah jadi norma orang sekarang...orang nak berubah pun boleh jadi susah...banyak sangat influence..*sigh*

hehe...btw,intro aku tu cam dah lari dari topik asal...tapi tu la..aku cuma meluahkan apa yang terlintas..^^
radiologist atau dentist??

huu..susah jadi orang macam aku ni...
alkisah..aku bercita-cita untuk jadi doktor sejak kecik lagi..tapi cita-cita aku tu macam tenggelam timbul ikut arus semasa..tapi,dalam waktu akhir tahun aku form 4,aku macam terpanggil balik untuk mengejar cita-cita tu...
awal tahun masa aku form 5,aku banyak terbaca artikel pasal dentistry...memang intresting..minat aku tu makin bertambah bila mak beri galakkan untuk aku teruskan cita-cita aku dalam bidang ni...
nak dijadikan cerita..selain aku,jongs n abel pun ada simpan cita-cita yang sama..


jalan untuk kejar cita2 tu memang cost hell..tersiksa..result nak kena perfect..then kena maintain prestasi yang bagus2..jangan kasi turun..*sigh*
tapi apa nak buat...belajar bukannya sesuatu yang mudah...terlalu banyak godaannya..kalau ditanya pada orang yang dah berjaya pada hari ni..tipu kalau diorang cakap yang diorang jadi sebegitu dengan mudah..

ramai yang salah dalam memahami kerjaya seorang doktor gigi..dulu,aku sendiri pun macam tu...pada pendapat aku,dentist kerjanya cuma check gigi orang..cabut gigi..tampal gigi...pasang braces...tapi ternyata aku salah..
kerjaya seorang doktor gigi bukanlah sekadar itu...tapi ini..!!

http://drleen.wordpress.com/2007/05/29/kerjaya-sebagai-doktor-gigi-di-malaysia/

bace la sendiri..kui3...malas nak tulih bebanyak...
 tapi penghujung tahun 2010,aku start pening...wee~
@_@
atas sebab minat aku yang mendalam dalam subjek fizik,aku rasa aku suke kat...


radiologist..
aku rasa macam benda ni pun intresting jugak...tapi...
tu la..along tak bagi aku jadi radiologist..bahaya katanya...ye,aku sendiri maklum dengan kerja2 dorang ni...bahaya tu memang bahaya..sebabnya kena berhadapan dengan radioactive chemicals...


ai..kata pun radiologist...memang tu la keje dye pun..tapi dorang kan ada hadkan exposure..ngee..^^


tapi..apa2 pun aku kenalah tengok result spm dulu..
dentistry tetap jadi pilihan utama..
moga2 aku dapat realisasikan impian aku untuk jadi dentist..
doakan aku ye..^^



till then..
assalamualaikum..^^

Sunday, February 13, 2011

ORIGAMI BERSAMA ENCIK Q..

hari ni cik aien kena jaga kedai dengan inche q...
maklumlah, puan sulasah,inche wahid n cik wanie sumenya takde ary ni...masing2 ada hal di melaka...
puan sulasah pergi buat medical check up kat hospital then kena singgah kat melaka central sebab nak belikan tiket bas untuk cik wanie...

so,bermulalah kisah si penglipur lara...

pagi2 lagi aku dah kena bangun..macam biasa lah tu..dengan langkah kaki yang kian longlai dari hari ke hari, aku gagahkan jugak diri ni untuk ke kedai..
hari ni aku dah dapat jangka dari awal..duduk kat kedai hari ni mesti bosan..mak takde..kak wani takde.. along takde..huuu...tapi takpe...aku kan budak baik..takkan lah sebab kecik macam tu pun dah boleh buatkan aku patah semangat kot...
kerja kat kedai aku siapkan macam biasa..ambil order..sediakan makanan,serve..cuma kadang2 bila tak menang tangan barulah aku panggil kak za kat belakang..tolong aku sediakan makanan kat depan..selagi boleh handle..aku cool je dok sorang2 kat depan pun..
pada aku,customer wajib dilayan dengan sebaik2nya..n makanan diorang pulak kena sediakan n serve ASAP...tak elok kalau kita biarkan diorang menunggu..

orang,kalau dah lapar tu jangan buat main-main...bahaya..!!macam-macam boleh jadi...

dah tengah2 bulan macam ni orang pun takde la ramai macam selalu...aku lak dah makin bosan...mata dah makin berat..kelopak mata tu dah macam kena gantung dengan lesung batu n segala macam jenis pemberat..nak tahan2 pun kepala aku ni dah dua tiga kali jugak tersengguk2...
oh god!!kalau macam ni bila2 masa je aku boleh lesap to nowhere..

"aiyak3..!!kena bangun cepat ni..jangan dilayan..!!"

sekilas pandang aku tengok jam kat dinding..terpisat2 jugak...

eh??

eh??

"baru pukul 9 pagi??ala...lambatnya lagi shift aku nak habis..."

macam tak percaya lak..badan aku dah penat semacam..mata dah mengantuk...petang ni pulak kena ajar budak tuisyen..hailo3~
tabahkan diri...nak cari duit tu memang banyak dugaannya...

"oi mok!"

dengan muka ala2 masam kelat aku dongak..tengok siapa yang panggil...

"oh along rupanya..."

aku buat2 tak endah..then,kembali masuk ke dalam dunia aku sendiri...

tapi...

eh..aku tak silap dengar kan?aku tak salah tengok kan??betul lah along yang datang...
hehehe...ada teman...yahoo..!!
along lepak2 jap kat meja kaunter..baca paper...isap rokok sambil lukis2 kat atas kertas..then bila dah siap,dia tunjuk kat aku sambil tersengih macam kerang busuk..

"ape ni??beruk??

"ni robot bodoh..!!dah,aku nak makan..lapar.."

sesedap rasa je dia nak tepeleng kepala aku waktu tu..

nampak macam robot ke??pada aku lukisan dia tu cuma ada rupa orang utan je..

aku tengok along dah isi nasi kat dalam pinggan...isi lauk..then, bawak ke meja..
bila tengok makanan dia..waktu tu baru aku sedar..aku lapar...huhu...
tapi takpe la..biar je along makan sorang..aku teruskan melukis kat sebelah..
waktu along buat air..aku curi2 ambik ayam dalam pinggan dia..shh...senyap2..dia takkan tau punya lah..
sementara tunggu along siap makan, aku siapkan lukisan aku..bila dah siap aku tayang kat dia sambil tersengih2..sebijik macam pe yang dia buat kat aku tadi...
dia dengan riak menyampah cakap kat aku..

"kau tau tak apa akibatnya kalau air teh ais aku ni tumpah atas tisu kau tu?"


"huu..tamau la..."

then,nak dijadikan cerita...berkejar2an lah kitorang kat dalam kedai...tapi,nasib baik jugak la sebab waktu tu takde customer..kalau tak mesti malu..huhu...
mana tak nye..masing2 dah besar panjang..tapi still buat perangai macam budak2 tadika..
main kejar2...??adus... jatuh saham aku kalau orang tau..ish3...

dah puas main kejar2..aku n along dok kat meja kaunter baca paper...lepas habis 1 paper tu aku katam..aku mula rasa bosan...

"weh aku bosan la..ko nak tengok tak aku ada ape??"


"ape?"


"ni ha.."

sambil aku keluarkan note pad yang ada kertas warna warni..along tengok aku dengan muka blurr...aku dengan muka kerek keluarkan satu kertas then mula melipat origami sambil diperhatikan along...



"cube ko tengok...burung ko mengawan.."

hoh??

rupa2nya along tindihkan burung yang aku lipat2 tadi macam tu..tak senonoh betul..ish2..

"setakat buat burung..semua orang pun pandai buat..."

aku mencebik..macam lah dia pandai sangat buat...*sigh*

"ko pandai buat naga??"

aku menggeleng..sambil pandang muka dia..sungguh aku lost...dia tersengih sinis...

"ko pandai buat ke??"

dengan kereknya dia mengangguk...

"cuba lah buat..aku nak tengok..pilih je..ko nak kertas warna apa??"

"silver..?"

"takde.."

"gold..?"

"takde.."

"sapphire..??"

"takde la bodo...takkan ko tak nampak color ape je yang ada kat sini..bute ek??"

dia mengeluh sambil menggelengkan kepala...

"susah la macam tu...tak nampak grand nanti..."


"gile...kalau tak reti tu cakap ajela tak reti..nak demand lak.."


"bagi je lah aku warna purple tu...haish..."

kertas purple tu aku hulur sambil tersenyum sinis...nak kencing aku ek??tengok orang la...

"cepat la buat naga kau tu.."

along pun mula melipat...aku cuma tersengih..seperti dapat membayangkan apa hasilnya...

khusyuk betul..sampai tak tengok kiri kanan..aku snap pix pun dia tak sedar...at last aku cuma gelakkan je dia bila naga dia tu betul2 "menjadi"...naga lah sangat...
nak tau naga dia tu at last jadi apa??

bhaha...a boat??memang betul2 transform...

bangga nampaknya inche Q..dengan bot ciptaannya...hahaha..

ni hasil aku..
biase2 je..

pandai2 je along tambah kaki kat burung aku..
macam kelakar je bila aku tengok2 balik
apa ini??


haha..apa2 pun..hari ni memang seronok..dapat main2 dengan along...dapat gelakkan dia...
haa..rindu betul saat2 macam ni.....
tapi takpe la...sekali sekala kitorang transform jadi budak2 kecik masa kat luar rumah...
selalunya kitorang jadi budak2 kat depan mak je..bhahaha...
tapi....
its not a crime kan?


till then...
assalamualaikum..^^

Monday, February 7, 2011

NGEE~

hola~
hehehe...tak sangka aku on9 hari ni...
ikut2 hari ni aku malas nak on9...
penat la~~

hari ni g keje lagi..tapi hari ni g ngan cik hawani kite..ngee~
hari ni kedai sibuk sikit...hari pendaftaran mrsm ghaffar baba...so kiranya sebelum diorang g sana diorang singgah la..ngee...
sempat pulak tu along buli kak wani...sian dye..bhaha...(pdn muke..ngee..^^)
kejap tolong kat dapur la..cuci pinggan..ambik order...ngee...


tapi no worries..kena buli macam mana pun..kak wani tetap sayang kitorang..nak jadi menantu sulung la katakan...hehe..(jangan marah ey kak..^^)

btw,hari ni ada posman datang kedai..hoh??mau gapo dio muh?hahaha..^^
rupa2 nya dia hantar barang kat pak mamu (abang zam..)
nak tau apa yang ada kat dalam bungkusan tu??

ni ha~



fuh..bukan senang nak tengok duit lama2 sekarang ni...duit zaman jepun pun dia ada...
hebat la pak mu...^^
selalunya aku cuma usha duit2  macam ni dalam buku teks je..
keje shift pagi memang fun...orang2 yang keje shift pagi semuanya ceria2 je...hehe...
aku happy..gelak je selalu...^^
memang aku respect...diorang pandai buat lawak..
kalah raja lawak..ngee..^^

gedik x?bhaha..
first time aku amik pix gedik gini..hudoh giler..

till then..ngee..^^
assalamualaikum..

Saturday, February 5, 2011

MENGANTUKNYE~

huu..minggu yang memenatkan...
aku dapat phone call dari acik tadi..melepas rindu..bhaha...(cam pelik je bunyi..huu..)
btw,dalam sembang2 kosong tu ada la dia cakap yang dia akan berhenti kerja waktu akhir bulan 2 nanti...aku??
aku camtu jela...terus kerja sampai dapat panggilan kot...huu..
acik tanya kalau2 lepas dia habis kerja nanti boleh buat gathering or x..aku just diam..tatau nak cakap apa...
sebabnya??
aku still keje la...huu..kesian sungguh...rutin harian macam biasa..
pukul 6.30 pagi keluar rumah then g tempat kerja...pukul 2.30 balik rumah balik...tu pun still x dapat nak rehat..
balik je rumah aku kena kemas2 rumah..buat apa yang patut..kalau bukan aku or mak yang buat sapa lagi yang nak kitorang harapkan??kitorang pun bukannya kaya sangat sampai nak pasang bibik..ngee...
cite pasal keje kat kedai??
betul..memang penat..sampai2 je waktu pepagi tu aku dah siap2 kemas kedai...sapu lantai..mop..lap pinggan...
then bila dah ada customer,aku ambil order..kemas meja..kira2..huu..kekadang..if dah tak cukup tangan nak melayan customer..aku sekali kena turun padang,sediakan makanan untuk diorang...
lagi tragik bila aku kena lari 2-3 kali dari depan ke dapur...jauh jugak..silap2 haribulan..mau kurus jadinya aku...wee~
btw,hari ni my future sister in law datang rumah..stay kat sini...hee~
bilik aku la yang jadi mangsa..balik je dari kedai terus aku kemas rumah + bilik aku yang ala2 kapal karam tu...jam dah tunjuk pukul 11..tapi aku still x rehat2 lagi..mata memang dah berat...tapi aku tahan je..huu...
(terpisat2 seketika..)
apa yang best keje kat kedai ialah...
jeng..jeng..jeng...ni part yang aku suka ni~
makan minum semuanya F.O.C...hari2 aku makan lempeng utuk sarapan pagi...


lempeng kelapa..hee..bukannya senang nak cari kat kedai..
aku paling suka makan lempeng yang garing2..lempeng yang aku buat untuk aku sendiri yang makan aku buat cekenit2 je..bhaha..lempeng 50 sen..kira ratio dia dengan saiz asal 1:2..ngee~
sorry..lempeng aku ni x berapa nak lawa sebab aku buat untuk diri sendiri...


ni la makanan aku waktu lunch semalam..
mee kari...nyummy...
tapi aku suka tambah serbuk cili sikit..bagi pedas..baru ada kick..heee..^^


ni pulak lunch aku untuk hari ni.. mi hoon soto~
kenapa nampak gelap??
aku letak sambal kicap sampai 5 sudu..mana tak gelapnya..hehe..
memang tak dinafikan aku memang kuat makan pedas...huhu...
terliur x?ngee..^^






ni nenit...intan payung aku kat rumah...
comel...tapi dia tersangatlah nakal..hehe...
waktu orang buat kerja apa2..dia sibuk je nak buat benda yang sama...
tapi dia paling suka waktu orang sibuk kemas rumah...
lagi2 waktu orang mop lantai..sibuk la dia nak drift sana..drift sini..
sengal kan?haha..tapi sengal2 tu pun la yang paling aku sayang pun..


arggh...serious mata aku dah makin berat...ngantuk terlebih...
rasanya aku patut chow dulu...cukuplah setakat hari ni..

till then,
assalamualaikum...^^

Friday, February 4, 2011

AL FATIHAH UNTUK DIRINYA~

4/2/2011
semalam aku dapat msg dari adinda tersayang..
zaty..katanya ayah dia dah meninggal dunia..kena serangan jantung...
sorry for your lost...aku terkilan sebab tak dapat nak temankan dia waktu dia sedih..
sabar ye alang.. allah lebih menyayanginya...
tapi at least dia ada kenangan manis dengan arwah sebelum dia pergi...diorang sempat g bercuti lepas spm dulu...
hope ko bersabar ye..aj's ada kalau ko perlukan kitorang..
kita kan kawan susah senang...
takziah dari aku n family...
sama2 la kita sedekahkan al fatihah untuk arwah..

till then..
assalamualaikum..
AL-FATIHAH~

AKU NI MENAKUTKAN SANGAT KE??

hello humans...hehe..^^
suda lama tak jumpa..hee..
lately aku terlampau sibuk sampai takde masa nak on9...gaya cakap 2 macam la ada orang care sangat kalau aku nak update ke tak..hehe..
btw,lately along balik rumah..yeah!
sonok3...akhirnya rumah takde la macam bilik hotel yang sunyi sepi..huhu..
takde la masalhnya sekarang ni semua orang tak duduk kat rumah..semuanya sibuk kerja..hehe..
ok berbalik semula pada topik...
aku ni menakutkan sangat ke??
hari tu bila along balik rumah dia ada sebut yang kak wani..meanin bakal akak ipa gua..cakap yang dia gerun bila baca blog aku ni..
aku ni menakutkan sangat ey??huu~
ala no worries la...aku takkan marah orang tanpa sebab...
cuma aku nak ingatkan..jangan cari pasal dengan aku..dengan family aku...
kalau tak..kau tau la apa yang akan jadi kan?hehe..^^
kemarahan aku...macam ni ha~

bhaha~
sengal overboard...
aku ok kalau orang ok...tak pernahnya aku makan orang lagi sebelum ni kalau takde pape..
hehe..so jangan la takut ea?
huu..aku tau perangai aku ni buruk sikit..
buat bakal suami yang tercinta..ain mintak maaf ye abang..bhaha...
sengal~~hehe..

btw aku nak wish kat my adinda tersayangs..


HAPPY BIRTHDAY ANGAH SAYANG!!may allah bless u always..^^

ok aku pun da malas nak tulis bebanyak sebab aku tau korang pun malas nak bace..hehe..
till then..
assalamualaikum..^^