~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Monday, February 28, 2011

BUAH SUSU..??


dah tiba masa untuk membuang sawang...wee~
maaf,oleh sebab terlampau sibuk bekerja, aku sampai dah tak menang tangan nak handle fb,and ketiga2 blog yang aku ada..huhu..(=.=")
sekarang..setelah hampir 2 bulan aku kerja..barulah aku tau apa rasanya penat cari duit...huuu..bukan main2...

"kerja macam nak mati tapi gaji ciput je..huuu.."

tapi takpe..rezeki halal kan..memang la susah nak dapat...
btw,korang pernah dengar tentang buah susu..eh..salah3...maksud aku buah markisa...


haa..pernah nampak tak buah ni??mula2 waktu belum pernah jumpa puas jugak aku bayangkan macam manalah rupanya buah susu a.k.a. buah markisa ni...
akhirnya..jumpa jugak..hehe...terimas untuk mak sebab sudi hulur kat aku buah ni...kiranya,dapatlah aku rasa..xde la kempunan kan?huhu..>.<

mula2 memang la rasa pelik je tengok buah ni..tapi...sekali dah rasa..pergghh..sedap gilerr~
tapi,yang lagi advanced,aku bukan setakat makan gitu je...aku siap buat jus lagi tu...sedapnye..^^
rasanya macam buah letup2 yang selalu aku makan waktu kecik2 dulu...huu..terimbau memori lama tuu~


mula2 tengok buah tu...aku memang la rasa pelik..biji dia banyak sangat..macam mana nak makan??bila aku buat muka pelik mak aku cakap macam ni..

"sedap la..cuba la rasa.."


"tapi..macam mana nak makan??"


"letak susu sikit...sedap.."


"yeke..??"


"try dulu...nanti baru tau sedap ke tidak..."


"sedap..memang sedap..."

"ha..tu la..orang melayu ni selalunya suka makan buah yang murah2 je..buah yang macam ni tak pandang pun..suka makan buah jambu batu..jambu air..tak hayati betul2 rasa buah ni..."

nganga je la aku bila mak dah bukak sesi forum perdana..


haa..ni la rupanya buah markisa waktu sebelum dipetik...perghh..telan air liur ajelah aku tengok gambar ni...mana taknya..tak puas makan lagi...buah dah habis...waaa... T-T

bagi orang yang macam aku ni, yang taktau khasiat buah markisa ni..ni la khasiat buah ni..*eh berapa banyak ni la..*

Dikenali juga dengan nama ‘passion fruit’ dan granadilla, pokok markisa ialah tanaman saka yang menjalar. Bentuk daunnya bulat membujur dan rata di tepi. Buah markisa mengeluarkan sulur paut dari pangkal daun. Bahagian pokok yang banyak digunakan ialah daun, bunga, batang dan juga buahnya. Kandungan pitokimia yang terdapat di dalam markisa ialah passaflorine, harmine, harman, harmon, harmalin, karotenoid, vitexin, isovitexin, chrysin, scopoletin dan theobromine.

Markisa dikatakan merupakan buah yang berkhasiat kerana ia sumber yang kaya dengan pro-vitamin A, vitamin C, niasin dan riboflavin. Vitamin A merupakan sumber penting anti oksidan yang bertindak menghapuskan radikal bebas. Buah ini juga dapat memperbaiki tisu dan menghalang pelbagai masalah kulit. Kandungan AHA buah markisa bagus sebagai agen pengelupasan yang menjadikan kulit lebih bersih dan cerah.

Selain buah, bahagian lain juga dikatakan mampunyai khasiat ubatan. Daun pokok markisa mengandungi alkaloid termasuklah harman yang dikatakan mempunyai tindakan untuk merendahkan tekanan darah, sedatif atau mententeramkan dan antispasma. Jika anda mempunyai masalah sukar tidur, ambillah satu sudu teh daun markisa yang telah dikeringkan. Rendamkan dalam secawan air selama 10 hingga 15 minit. Tapis air ini sebelum diminum sebelum tidur.

Bunga pokok markisa pula mempunyai tindakan sedatif yang ringan dan boleh membantu untuk tidur. Dikatakan juga bahawa bunga pokok markisa telah digunakan dalam asma bronkial, insomnia, masalah saraf gastrousus dan masalah menopaus. Kadang-kala bunga pokok markisa juga turut digunakan sebagai halusinogen ringan.


Terdapat juga kajian yang mencadangkan bahawa bunga pokok markisa mampu membantu melegakan kesakitan. Bukan itu sahaja, dikatakan bahawa bunga pokok markisa juga boleh membunuh kebanyakan kulat dan baketia. Penemuan ini dikatakan telah menyokong kegunaan bunga pokok markisa oleh kaum Indian di Amerika yang menggunakannya dalam merawat luka.

Bahan harmala dalam bunga pokok markisa bersifat perangsang rahim. Namun begitu, keseluruhan bunga pokok markisa tidak berkait dengan keguguran bayi. Tetapi wanita hamil perlu mengelakkan diri daripada mengambil herba ini kerana tindakan kompleks sebegini memberi kesan kepada sistem saraf utama.

Kulit buah markisa dikatakan mampu memperbaiki simptom-simptom asma. Dalam satu kajian yang dilakukan oleh saintis di Barat iaitu oleh Ronald Ross Watson dan rakan sekerja menunjukkan bahawa pengambilan ekstrak buah markisa ungu mampu mengurangkan simptom-simptom asma. Mereka telah memilih 42 pesakit sebagai penerima ekstrak buah markisa ungu ini. Hasil daripada kajian itu telah mendapati bahawa 90% daripada pesakit telah sembuh daripada masalah sukar bernafas. Manakala termengah-mengah ketika bernafas pula telah berkurangan sebanyak 80% selepas empat minggu pengambilan ekstrak buah markisa.

Walaupun terdapat pelbagai kegunaan setiap bahagian pokok markisa, namun begitu penggunaannya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

huu..btw,aku teringin nak makan buah ni lagi...ada sesape nak bagi sikit..wee..^^

1 comments:

anym dan dunia said...

yeahh buah markisa .. sedap ~