~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Sunday, February 13, 2011

ORIGAMI BERSAMA ENCIK Q..

hari ni cik aien kena jaga kedai dengan inche q...
maklumlah, puan sulasah,inche wahid n cik wanie sumenya takde ary ni...masing2 ada hal di melaka...
puan sulasah pergi buat medical check up kat hospital then kena singgah kat melaka central sebab nak belikan tiket bas untuk cik wanie...

so,bermulalah kisah si penglipur lara...

pagi2 lagi aku dah kena bangun..macam biasa lah tu..dengan langkah kaki yang kian longlai dari hari ke hari, aku gagahkan jugak diri ni untuk ke kedai..
hari ni aku dah dapat jangka dari awal..duduk kat kedai hari ni mesti bosan..mak takde..kak wani takde.. along takde..huuu...tapi takpe...aku kan budak baik..takkan lah sebab kecik macam tu pun dah boleh buatkan aku patah semangat kot...
kerja kat kedai aku siapkan macam biasa..ambil order..sediakan makanan,serve..cuma kadang2 bila tak menang tangan barulah aku panggil kak za kat belakang..tolong aku sediakan makanan kat depan..selagi boleh handle..aku cool je dok sorang2 kat depan pun..
pada aku,customer wajib dilayan dengan sebaik2nya..n makanan diorang pulak kena sediakan n serve ASAP...tak elok kalau kita biarkan diorang menunggu..

orang,kalau dah lapar tu jangan buat main-main...bahaya..!!macam-macam boleh jadi...

dah tengah2 bulan macam ni orang pun takde la ramai macam selalu...aku lak dah makin bosan...mata dah makin berat..kelopak mata tu dah macam kena gantung dengan lesung batu n segala macam jenis pemberat..nak tahan2 pun kepala aku ni dah dua tiga kali jugak tersengguk2...
oh god!!kalau macam ni bila2 masa je aku boleh lesap to nowhere..

"aiyak3..!!kena bangun cepat ni..jangan dilayan..!!"

sekilas pandang aku tengok jam kat dinding..terpisat2 jugak...

eh??

eh??

"baru pukul 9 pagi??ala...lambatnya lagi shift aku nak habis..."

macam tak percaya lak..badan aku dah penat semacam..mata dah mengantuk...petang ni pulak kena ajar budak tuisyen..hailo3~
tabahkan diri...nak cari duit tu memang banyak dugaannya...

"oi mok!"

dengan muka ala2 masam kelat aku dongak..tengok siapa yang panggil...

"oh along rupanya..."

aku buat2 tak endah..then,kembali masuk ke dalam dunia aku sendiri...

tapi...

eh..aku tak silap dengar kan?aku tak salah tengok kan??betul lah along yang datang...
hehehe...ada teman...yahoo..!!
along lepak2 jap kat meja kaunter..baca paper...isap rokok sambil lukis2 kat atas kertas..then bila dah siap,dia tunjuk kat aku sambil tersengih macam kerang busuk..

"ape ni??beruk??

"ni robot bodoh..!!dah,aku nak makan..lapar.."

sesedap rasa je dia nak tepeleng kepala aku waktu tu..

nampak macam robot ke??pada aku lukisan dia tu cuma ada rupa orang utan je..

aku tengok along dah isi nasi kat dalam pinggan...isi lauk..then, bawak ke meja..
bila tengok makanan dia..waktu tu baru aku sedar..aku lapar...huhu...
tapi takpe la..biar je along makan sorang..aku teruskan melukis kat sebelah..
waktu along buat air..aku curi2 ambik ayam dalam pinggan dia..shh...senyap2..dia takkan tau punya lah..
sementara tunggu along siap makan, aku siapkan lukisan aku..bila dah siap aku tayang kat dia sambil tersengih2..sebijik macam pe yang dia buat kat aku tadi...
dia dengan riak menyampah cakap kat aku..

"kau tau tak apa akibatnya kalau air teh ais aku ni tumpah atas tisu kau tu?"


"huu..tamau la..."

then,nak dijadikan cerita...berkejar2an lah kitorang kat dalam kedai...tapi,nasib baik jugak la sebab waktu tu takde customer..kalau tak mesti malu..huhu...
mana tak nye..masing2 dah besar panjang..tapi still buat perangai macam budak2 tadika..
main kejar2...??adus... jatuh saham aku kalau orang tau..ish3...

dah puas main kejar2..aku n along dok kat meja kaunter baca paper...lepas habis 1 paper tu aku katam..aku mula rasa bosan...

"weh aku bosan la..ko nak tengok tak aku ada ape??"


"ape?"


"ni ha.."

sambil aku keluarkan note pad yang ada kertas warna warni..along tengok aku dengan muka blurr...aku dengan muka kerek keluarkan satu kertas then mula melipat origami sambil diperhatikan along...



"cube ko tengok...burung ko mengawan.."

hoh??

rupa2nya along tindihkan burung yang aku lipat2 tadi macam tu..tak senonoh betul..ish2..

"setakat buat burung..semua orang pun pandai buat..."

aku mencebik..macam lah dia pandai sangat buat...*sigh*

"ko pandai buat naga??"

aku menggeleng..sambil pandang muka dia..sungguh aku lost...dia tersengih sinis...

"ko pandai buat ke??"

dengan kereknya dia mengangguk...

"cuba lah buat..aku nak tengok..pilih je..ko nak kertas warna apa??"

"silver..?"

"takde.."

"gold..?"

"takde.."

"sapphire..??"

"takde la bodo...takkan ko tak nampak color ape je yang ada kat sini..bute ek??"

dia mengeluh sambil menggelengkan kepala...

"susah la macam tu...tak nampak grand nanti..."


"gile...kalau tak reti tu cakap ajela tak reti..nak demand lak.."


"bagi je lah aku warna purple tu...haish..."

kertas purple tu aku hulur sambil tersenyum sinis...nak kencing aku ek??tengok orang la...

"cepat la buat naga kau tu.."

along pun mula melipat...aku cuma tersengih..seperti dapat membayangkan apa hasilnya...

khusyuk betul..sampai tak tengok kiri kanan..aku snap pix pun dia tak sedar...at last aku cuma gelakkan je dia bila naga dia tu betul2 "menjadi"...naga lah sangat...
nak tau naga dia tu at last jadi apa??

bhaha...a boat??memang betul2 transform...

bangga nampaknya inche Q..dengan bot ciptaannya...hahaha..

ni hasil aku..
biase2 je..

pandai2 je along tambah kaki kat burung aku..
macam kelakar je bila aku tengok2 balik
apa ini??


haha..apa2 pun..hari ni memang seronok..dapat main2 dengan along...dapat gelakkan dia...
haa..rindu betul saat2 macam ni.....
tapi takpe la...sekali sekala kitorang transform jadi budak2 kecik masa kat luar rumah...
selalunya kitorang jadi budak2 kat depan mak je..bhahaha...
tapi....
its not a crime kan?


till then...
assalamualaikum..^^

0 comments: