~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Thursday, February 24, 2011

PHONES..??


bila cakap pasal handphones..tipu la kalau ada orang cakap yang diorang takde handphone..zaman teknologi tengah meletup bang2 boom macam sekarang ni, paling cikai pun orang tu mesti ada 1 phone..tak kisah la model apa pun..
btw, handphone tu kan satu kemestian..lagi2 bagi golongan yang bekerjaya n student...
mana taknya.. telefon bimbit tu kan sebagai alat komunikasi utama di dunia hari ini..


"boleh survive ke kalau takde handphone??"

nak dijadikan cerita..pepagi tadi,kat kedai aku ada terbaca artikel kat akhbar Harian Metro tentang mudarat yang boleh diperoleh melalui penggunaan telefon bimbit..lagi best bila aku tengok akhbar Berita Harian..isu sama..!!cuma cara pengolahannya je yang lain..kebetulan yang disengajakan ataupun apa ek??(=.=")

"uiks...memudaratkan sangat ke guna telefon bimbit ni??"


"uish..betul la tu, phone boleh bawak mudarat..kan dah pernah belajar dah dulu.."

"gila??mau kena smack down je dengan cikgu fizik kalau kata tak pernah belajar waktu kat sekolah dulu.."

well,memang aku tak nafikan yang isu ni agak lapuk..tapi masih ramai yang belum sedar tentang bahaya radiasi dari telefon bimbit..mungkin sebab tu diorang tulis pasal artikel ni kot..

merujuk kepada kedua2 artikel yang ada kat situ..dapatla aku highlight sikit info2 penting yang ada kat situ..^^

tempoh 50 minit untuk bercakap di telefon bimbit yang dilekapkan di telinga sudah cukup bagi menukar aktiviti cell otak yang paling hampir dengan antenanya..

"err..."

serius..ini info baru untuk aku...dapatlah aku luaskan sikit pengetahuan aku yang serba tak tahu ni..
selama ini,aku cuma tahu yang  gelombang mikro dari phone boleh menjejaskan pertumbuhan cell dalam otak yang boleh menjadi penyebab kepada brain tumor selain boleh menyebabkan kemandulan dan barah payudara..(cell mutation akan berlaku di kawasan yang paling banyak menerima radiasi)


thats why,tahun lepas (tahun spm) aku asyik offlinekan semua telefon aku..ramai yang bising bila aku buat macam tu..

"apsal ko wat offline mode??ko ingat ko dalam kapal terbang ke??"

"weh..tak payah la guna offline mode...susah la nak contact ko.."

aku buat offline mode bukannya suka2..tapi sebab aku sedar tentang bahaya exposure kepada radiasi telefon bimbit terhadap otak n kesihatan in a long run..walaupun aku ni agak gila dalam mengusha phones,aku still mementingkan kesihatan diri tau..mana taknya..buatnya aku sakit teruk2 macam tu..ada sesapa ke nak tolong..??takkan la nak harapkan phones yang tak bernyawa tu tolong aku kot..??huhu..(>.<)



oh lupa lak..radiasi telefon bimbit ni juga tak bagus untuk student.. sebab, otak akan jadi lembap n kita akan cepat jadi pelupa..eh betul ke x ni...??

 okay..merujuk kepada harian metro..di london 1 penyelidikan telah dijalankan oleh pakar2 perubatan bagi menunjukkan bahawa penggunaan telefon bimbit sebenarnya memberi kesan terhadap otak manusia..telefon bimbit juga dapat meningkatkan kebarangkalian untuk mendapat pelbagai penyakit seperti barah..

"ngaaa...ngeri tuu..!!"


penyelidikan juga menyatakan bahawa pengguna yang terdedah dengan signal dari alat itu ketika menggunakannya boleh menyebabkan peningkatan perubahan bahan kimia dalam otak sebanyak 7%..

"abeh..?orang yang suke bergayut kat phone tu camne..??


 metabolisme otak berlaku di bahagian yang paling hampir dengan antena telefon bimbit..yang biasanya dipegang rapat ke kepala atau mengenai muka ketika membuat mahupun menerima panggilan..


"hoh..??gila betul.."

radiasi telefon bimbit boleh merangsang brain cell ..pengguna telefon bimbit disarankan supaya tidak meletakkan telefon bimbit berdekatan dengan kepala ketika tidur..syarikat2 pengeluar juga mencadangkan supaya pengguna memakai fon kepala ketika menggunakan telefon bimbit..

"ngaa...aku selalu letak phone kat sebelah bantal..both of them pulak tu..berdouble la effectnye nanti..."


segala effect yang bakal aku terima tu memang aku dah maklum dari awal..tapi kenapa aku buat jugak ek??saja nak bunuh diri ke??dah tak sayang nyawa dah sekarang??huhu..
dulu,boleh pulak aku offline dulu sebelum tidur..sekarang??? *sigh*

sumber dari akhbar berita harian..
si pengkaji berkata beliau agak terkejut dengan bukti bahawa radiasi elektromagnetic dari telefon bimbit boleh menjejaskan aktiviti otak..tetapi kajian tidak memberi jawapan sama ada penggunaan telefon bimbit akan menyebabkan barah..


"bukan ke sebelum dia menjalankan kajian,dia sepatutnya dah sedia maklum tentang keputusan yang dia dapat??"


"buat2 terkejut lah tu kot..."

(=_=")

btw,sesetengah kajian mengaitkan peningkatan penggunaan telefon bimbit selari dengan peningkatan penyakit barah otak..tetapi kajian  yang dijalankan oleh WHO masih tidak dapat memberi keputusan muktamad...

lepas habis je baca newspapers tu..aku terdiam sekejap..
satu per satu info tu aku telan lalu aku hadamkan dalam otak...
handphone atau kesihatan?

dan semestinya aku pilih...

HANDPHONE...!!!

hahaha...
till then..
assalamualaikum..^^

4 comments:

P0polita said...

memang bahaya sebab can cause barah! so kena pandai2 la cari jln utk kurangkan risiko tu kan.. hurm, btw, baru bercadang nak beli hp baru.. hehehek..

Miss Ieka said...

asalkan ada henpon yang boleh dengar suara, cukup bagi saya..hihi..

aien zell said...

cik popo : kalau nak selamat wat offline mode je bila taknak guna..kalau orang nak kata tu diorang nye pasal la kan?yg penting kesihatan kita terjaga...btw,selamat membeli hp ye..^^

aien zell said...

miss ieka : hp skarang da pelbagai..kita boleh pilih ikut keselesaan..^^