~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Friday, April 29, 2011

AKU SAHUT CABARAN TU

bismillah...

kebelakangan ini aku terlalu sibuk..mengejar kehidupan yang seakan-akan telah meninggalkan aku...diam sendiri memujuk hati yang kian sarat dengan kehampaan..sesak!bagaikan ada sesuatu yang menjerut tangkai hati..masih ada yang belum sempurna...

hidup..memang penuh dengan kekhilafan...penuh dengan penyesalan..namun hanya itu yang bisa menjadikan kita seorang insan yang lebih kuat..lebih tabah dalam mengharungi liku-liku hidup...gagal sekali tidak bermakna gagal buat selamanya..untuk apa mengurung diri dalam sangkar kegelapan andai diri bisa terbang bebas untuk menghayati pahit manis kehidupan??


till then,
assalamualaikum...

Monday, April 18, 2011

YA ALLAH, TUNJUKKAN AKU JALAN PULANG..

Angin malam menyapa tubuhku yang semakin kedinginan.. Lalu kutebarkan pendanganku pada wajah sang rembulan..Hati kecilku bersesis sendiri..Subahanallah..!Indahnya ciptaan Allah..!Aku tertunduk seketika...Mengenangkan kekhilafan diri..Bergenang cecair jernih dipelupuk mata...Berat nafas yang kuhela..Seberat dosa yang ku lakukan...

"Ya Allah..sungguh, terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan seumur hidup ini..dan aku sedar..aku masih hodoh disisimu..terlalu banyak kesilapan yang telah aku lakukan..terlalu banyak khilaf dalam kehidupan..dan sungguh..akan ku sesali sehingga ke nafasku yang terakhir.."


Air mata yang mengalir kian lebat membasahi pipi..Sungguh aku sesali segalanya...Segala-galanya...!!Dan terima kasih Allah kerana memberikan aku petunjuk dan hidayah yang telah membawaku kembali ke jalan yang benar...Bibirku mula menguntum senyuman..Ikhlas..Lega dengan takdir Tuhan..


Aku juga tidak terlepas dari dibelenggu masa-masa gelap itu...Aku juga pernah merasa "hebatnya" tanpa hijab di kepala..Yang ku pakai seandainya perlu dan kubuka hijabku seperti tiada apa-apa yang bakal berlaku..Langsung, tidak pernah terlintas di kamar hati andai satu hari nanti aku bakal disoal..Dihukum atas segala tingkah laku ku itu...
Astagfirullah, sungguh aku terasa hina..Hina sehina-hinanya disisi Allah yang Esa..Namun, alhamdulillah mujur..Aku masih terpelihara kesuciannya...Alhamdulillah, aku masih lagi terpelihara dari tangan-tangan nakal si lelaki serta tidak pernah lagi tergoda dengan hasutan syaitan..Mujur, aku diberi petunjuk pada waktu yang tepat...Terima kasih Ya Allah..!Aku bersyukur..Kau keluarkan aku dari belenggu hidup seorang gadis remaja yang masih mentah...Yang otaknya masih di pangkal lutut...Genap umurku 17 tahun, aku sudah bisa berfikir dengan waras...sudah tahu membezakan yang mana yang halal dan yang mana yang haram.. Alhamdulillah, walaupun agak terlambat..Aku tetap berterima kasih kepada Allah untuk hidayah-Nya..Aku sedar, bukan semua orang bisa mendapatkan hidayah darinya..Bukan semua pintu hati itu dapat digerakkan tanpa izinnya.. Aku bersyukur atas nikmat itu..Satu nikmat yang tidak boleh aku persia-siakan..
Aku mahu berubah! Dan aku berjanji untuk berubah...Janji yang harus ditepati..Janji untuk kebaikan diri ini dan janji untuk mendapatkan keredaan dari-Nya..
Perubahan drastik? Tidak..Aku tidak mampu untuk melakukan itu...Aku berubah bermula dengan langkah satu...Kembali mempelajari benda-benda basic yang munkin dianggap remeh oleh sesetengah individu...Meluaskan pandangan dengan membaca serta mempraktikkan apa jua yang dibaca.. Cuba untuk menutup aurat dengan sempurna... Cuba untuk melakukan amal ibadah dengan sempurna...
Susah??Memang, penghijrahan merupakan sesuatu yang sukar..Aku harus bertarung dengan kehendak, nafsu serta godaan syaitan yang tidak pernah puas untuk melihat anak Adam yang kecundang dalam penghijrahan.. Aku kuatkan semangat..Aku kentalkan hati.. Biarlah orang mahu bicara apa, sedikitpun tidak mendatangkan kudis buatku... Yang bakal menjawab di hari esok nanti adalah aku, bukan mereka..
Namun, aku masih merasai kekurangan itu...Aku masih merasai kekosongan di dalam diri..Dimana silapku agaknya...?Dan tatkala itu aku mula mengorek isi hati..Membelek satu persatu enjin yang ku guna dalam menjana iman dan takwa..Ternyata..aku kekurangan sesuatu yang paling penting..!Aku terlupa tentang Al-Quran dan hadis..Dimana paksiku andai aku tidak menggunakan kedua-duanya??Astagfirullah...ampunkan aku Ya Allah..Aku masih lalai...Ternyata aku masih cuai dalam memelihara akidahku sebagai seorang islam..
Masih jauh jalan yang harus kutempuhi...Masih banyak ranjau yang berduri harus aku jalani...
Namun aku sedar..setiap perubahan itu haruslah dilakukan dengan ikhlas dan tanpa paksaaan sesiapa..
BERUBAH KERANA KITA BENAR-BENAR MAHU BERUBAH...
Bagi memastikan setiap perubahan yang dilakukan itu kekal di dunia hingga ke akhirat kelak... Berubah kerana Allah yang Esa..Berubah untuk mendapat keredaannya..Insyallah bahagia hingga ke akhirnya..
Dan seandainya hari penghabisan itu tiba..aku mohon agar aku bersama-sama dengan keluargaku ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..Insyallah..

p/s jangan pernah menimbang sesuatu itu menggunakan neraca dunia..tetapi timbanglah sesuatu itu menggunakan neraca langit..insyallah bahagia ke akhirnya...




yang buruk dari aku..yang baik dari Allah..
till then,
assalamualaikum...^^

Thursday, April 14, 2011

DIMANA DIA SI INSAN MISTERI..??


izinkan aku berbicara..
ditemani kicawan burung yang melatari suasana...
pagi nirmala...
indah sungguh ciptaan tuhan..
sesekali terlihat kilauan embun yang menyaluti dedaunan segar..
 
aku tersenyum sendiri...
terimbau kembali kenangan dikala sunyi..
apa erti sahabat sejati?
satu persoalan yang belum kuperoleh jawabannya sehingga kini..

siapa dia si insan misteri..
yang bakal datang menemani hari...
meladeni diri dikala kesedihan menghambat tangkai hati..
berkongsi suka duka yang membelenggu diri..
 
hingga saat ini...
aku masih tercari-cari...
dimana dia si insan misteri...

-aienzell-

Wednesday, April 13, 2011

UNIVERSITI BLOGGER MALAYSIA


bismillah...
ehem...aku nak buat first assignment ni...harap2 prof aku yang comel2 lagi hensem2 tu terima without any rejection...amin...huhu...*ketaq pulak*>.<

okeh..kali ni..katanya sesi orientasi dah bermula...dah lama dah pun kot..
so aku yang masih blur2..yang masih dialam mimpi ni baru la sedar yang dateline tu dah ala2 paras hidung...haish lu baru nak siapkan assignment ke cik aien oi..??hadoi..!!parah betul budak nieh..!!nasib baik prof aku tu baik hati sebab nak postpone dateline...fuhh..nasib baik..*terimas*
maaf kupohon yeah prof sebab lambat hantar assignment nieh~

NAMA ANDA DAN NAMA BLOG ANDA

nama aku Ain Farhana...ehem 2 je mana boleh lebih2...*nama penuh dalam IC tu biarlah aku simpan sorang2 ok?*
nama aienzell tu aku dah pakai lama...dari mula seronok2 menulis atas kertas sebelum kenal apa itu blog lagi..so..sebab nama aienzell tu ada memorinya yang tersendiri..aku rasa eloklah aku pakai je nama tu sebagai nama pena or nama aku ketika menulis aku..*cewah..dah macam ada identiti rahsia je..gedik sungguh..!*
blog aku pulak namanya ~Bitter-sweeT~...nama blog aku ni tak pernah berubah2 sejak aku mula blogging lagi...

SEJAK BILA ANDA MULA BERBLOG
 
sejak bila aku mula berblog ye..??alamak..!lupa pulak..jap godeh2 jap..>.<
okeh..dah dapat..!
well, hurmm...let see..nak dijadikan cerita aku mula berblog waktu bulan OKTOBER 2010..kiranya aku ni newbie la..


APA PANDANGAN ANDA MENGENAI DUNIA BLOG DARSAWARSA KINI
darsawarsa tu ape yek??sama maksud dengan dewasa kini kan??betul tak??please cakap betul~ >.<
hahaha..okeh...cukup2 la tu...hurmm..dunia blog masa kini ye??aku rasa dunia blog masa kini dah berkembang pesat macam cendawan tumbuh lepas disiram air dari pili bomba..
mana taknya..rata2..ramai orang dah ada blog...even budak sekolah rendah pun dah ada yang ada blog tau..*dasyat sungguh*
so,kiranya sekarang ni..isu blog tu bukannya sesuatu yang asing lagi...hurmm..dari segi pegisian pulak..depends la..banyak blog2 yang top2 sekarang ni..banyak yang memberi info serta ilmu kepada cik aien yang sedia cetek ni ilmunya...
tapi, sayangnya banyak jugak blog2 yang dibuat sekadar untuk menjadi tempat melempar fitnah..mengutuk orang,bercerita tentang kisah cinta monyet...macamlah dia sorang je yang bercinta dalam dunia ni...*ala..bosannya cik aien baca..*
memang tak dinafikan..ramai yang suka menulis..tapi, cuba hasilkan satu entry yang bermanfaat buat semua orang..bukannya entry2 yang syok sendiri memanjang..*opps..maaf*
kalau dah takboleh nak kawal diri..nak tulis jugak entry2 macam tu biarlah dilakukan sekali sekala..bukannya setiap hari...*sigh*
err..btw,aku pun sedang memperbaiki mutu penulisan aku..harap2 reader aku yang tak seberapa tu berpuas hati la dengan entry2 aku...

PANDANGAN ANDA TENTANG IPTM 
(institut pengajian tinggi maya)
PERTAMA INI

let see...setahu aku IPTM yang ditubuhkan ini F.O.C kan??kalau F.O.C. mesti la aku suka...semua orang pun suka..*setahu aku la..*
dengan adanya INSTITUT PENGAJIAN MAYA seperti ini..aku percaya, lebih ramai graduasi yang berkualiti dapat dihasilkan..yang penting komitmen yang diberi oleh setiap mahasiswa itu tidak berbelah bahagi...*tu pun kalau nak berjaya dalam study la*
lagipun..dengan adanya IPTM, tak mustahil kalau seorang nenek sekalipun mampu menjadi seorang graduasi..sebabnya?
mudah..!waktunya fleksibel dan tidak memerlukan kos yang tinggi ataupun memerlukan seseorang individu itu menuju ke sesuatu lokasi ke satu lokasi yang lain...apa yang diperlukan cuma sebuah lappy, handphone, or computer, line internet, dan tenaga elektrik untuk men'support' beteri lappy yang kemungkinan nazak ketika online..

p/s jom la join UBM...penyertaan anda amatlah dialu-alukan...^^

till then,
assalamualaikum..^^

AKU SEORANG GURU...??

bismillah sebagai pembuka bicara...moga2 segala yang dirancang akan berjalan seperti yang diharapkanlah hendaknya...
aku menulis bukan untuk menjadi popular..jauh sekali untuk mengejar harta dunia...aku menulis hanya untuk meluah rasa...sebagai ekspresi diri dikala suka duka...

adakah aku layak untuk menjadi seorang guru??
satu persoalan yang tidak bertitik...puas aku cari..puas aku kaji...jawapannya tetap sama...
mungkin "ya" dan mungkin juga "tidak"...
so far aku sekarang memang sedang mengajar..jadi tutor yang agak kurang ilmu didada...tapi aku rasa puas bila apa yang aku ajarkan tu benar2 dapat difahami...*alhamdulillah syukur*

mengajar bukan dek perasaan riak dan membangga diri kononnya "bagai ini aku adalah antara orang yang terpintar di dunia"*cehh...ada aku kesah..meluat ada la..*
mengajar juga bukan dek mengejar duit semata..*itu isu sampingan la..hehe..*
aku mengajar untuk berkongsi..bukankah perkongsian itu sesuatu yang indah?*kecuali perkongsian hidup..itu aku tak rela*

mengajar untuk menambah ilmu didada...dulu,guruku ada berpesan..

walau sepandai manapun kita..jangan pernah lupa daratan...sentiasa kongsi apa2 jua ilmu yang kita peroleh itu bersama2 dengan yang lain..selalu ingat..!setiap kali kita mencurahkan ilmu kepada seseorang...semakin banyak ilmu yang kita peroleh...

ya cikgu...saya memang selalu pesanan cikgu tu...dan ternyata banyak benarnya....semakin banyak ilmu yang kukongsi..semakin banyak ilmu yang aku peroleh...aku lebih senang untuk menghafal segala teori..dan segala fakta2 yang ada dalam sesuatu topik yang kukongsi itu dapat aku kaji dengan lebil meluas...dan hasilnya..tentu saja lebih bertambah pengetahuanku..^^

tapi lately..aku tengok banyak kes yang melibatkan guru...tak!aku tak pernah salahkan guru sebab aku tau bukan semua guru yang jahat..bukan semua guru yang bermasalah...kerana aku pernah menjadi seorang pengawas...pernah menjadi seorang pemimpin di sekolah...*apa??tugas guru dan pengawas itu berbeza??*
bukan itu yang mahu aku katakan...apa yang hendak aku jelaskan disini adalah aku juga pernah berhadapan dengan masalah perlajar seperti itu...

sungguh..pelajar zaman sekarang bukannya seperti pelajar zaman dulu2...banyak bezanya..pantang ditegur..kalau ditegur sikit dah melenting..kalau dicuit sedikit..mulalah ibu bapa datang ke sekolah..*alahai..makin naik lemak la budak2 tuu...*
kalau begitu gayanya mengapa jadi isu andai pelajar tidak berdisiplin??siapa yang harus dipersalahkan??guru atau ibu bapa??siapa yang harus memikul tanggungjawab ini sebenarnya...??*sigh*

aku orangnya, tidak sabar...kesabaranku ini senipis balang gula2 di kedai runcit..*ada pulak*
melentur buluh biar dari rebungnya bukan?kenapa harus kita manjakan anak2 ini??untuk apa??apa hasilnya??untuk memastikan mereka,apabila besar kelak bakal menjadi seorang adak yang tidak tahu menghormati orang tua??yang tidak kenal erti disiplin??yang kenal erti budi bahasa??

namun,mendidik itu pun harus kena gayanya..kalau nak pukul pun..pukullah dengan penuh kasih sayang...pukul untuk mendidik..bukannya pukul macam nak ambil terus nyawa budak tu...mengucap2 sikit kalau nak mengajar tu...jangan terlalu ikutkan amarah tu...marah tu kan sifat yang disukai syaitan...ingat..!tu anak orang..bukannya anak patung...*astagfirullah*

well, tutup cerita...aku rasa aku tak layak jadi seorang guru...minat nak jadi cikgu tu pun aku takde...
aku garang bila mengajar...sebab aku pantang kalau ada orang yang anggap belajar tu benda main2..*tapi jangan risau...aku fleksibel...bukannya garang semedang...*
btw,satu je hodohnya aku ni..aku cepat melenting...takutnya ada mak bapak yang datang sekolah jumpa dengan aku sebab anak2 dia mengadu...haish..*tamau la..*

yup..benar...aku dah gagal...*sigh*
gua x dapat kplspm tuu...takde rezeki...dah tertulis bukan rezeki aku...aku pasrah je..
sorry mom...besides, dah memang bukan minat aku..nak buat macam mana...
kalau aku dapat pun mungkin.."mungkin" aje la...aku akan jadi macam budak2 yang apply..and dapat tu...kebanyakkannya pun isi borang sebab suka2...pergi interview pun sebab suka2...*haish*
kalau jadi cikgu pun sebab suka2...sebab nak duit je..gaji3..tu yang jadi golongan yang bermasalah tuu..*nauzbillah..*

btw mom...
aku dah survey...dah kenal pasti kemampuan aku..dan aku yakin aku akan berjaya dalam bidang ni...insyallah..moga2 aku berjaya...amin..aku serahkan segalanya pada allah..hanya dia yang berhak...
doakan aku..

mom, ini janji aku...
aku akan buatkan mak tersenyum..
i'll be back with something...insyallah..
yang buruk datangnya hanya dari aku...yang baik datangnya dari allah...
jangan lupa doakan aku ye mom..always..
kalau selalunya aku la anak mak yang paling banyak buat mak nangis...yang paling tak mendiamkan mulut mak tu..aku la anak yang paling degil...anak yang paling tak mendengar kata..anak yang paling keras kepala..*mintak ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki..*
insyallah..satu hari nanti aku akan buatkan mak tersenyum ceria..
insyallah...hanya allah yang tahu...insyallah..*tu je yang mampu aku cakap buat masa ni*

till then,
assalamualaikum..

Sunday, April 10, 2011

PSST...!!SUARA & MUKA BUKAN AURAT...


bismillah...
izinkan aku meluahkan kata yang bergetar di lubuk hati..agar segala yang kucoretkan buat kali ini dapat memberi manfaat buat kita bersama...

aku terpanggil untuk mencoretkan pengalaman diri saat kulihat anak2 muda masa kini yang kelihatan seperti kurang pedoman diri...*astagfirullah*
dalam sebulan dua ini aku sudah kurang keluar dari rumah..keluar pun sekadar memenuhi tanggungjawabku sebagai seorang anak kepada ibu bapanya yang jenuh memerah keringat untuk mencari nafkah bagi kesenangan anak-anak mereka...namun, aku teringat...tak lama dahulu saat aku keluar dari rumah bersama dengan seorang rakan...banyak juga perkara yang kami bincangkan bersama..lebih2 lagi berkaitan dengan isu pemakaian gadis islam masa kini yang kononnya mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh islam...kononnya...!!

dewasa ini, ramai diantara gadis2 muda tidak mahu ketinggalan dalam arus kemodenan...fesyen dan kecantikan sememangnya sinonim dengan mereka...sepatah kata mereka.."apa gunanya menjadi seorang perempuan jika kecantikan yang dianugerahkan itu tidak kita pertontonkan?"

namun,bukankah cantik itu luas maknanya??bagiku,sesungguhnya kecantikan seorang perempuan itu bukan terletak pada kecantikan luarannya tetapi pada kecantikan dalamannya..untuk apa berlumba2 dalam mencantikkan diri andai kecantikan hati, kesopanan serta tutur kata itu tidak dijaga??
dan apa gunanya kita membangga diri andai kita berjaya menguasai fesyen2 terkini kalau ternyata diri ini bukan sesiapa disisi allah??banggakah kita andai mengetahui hakikat yang sebegitu...??
jika dilihat dari segi pemakaian..sesungguhnya mereka masih gagal menutup aurat mereka...walaupun keseluruhan tubuh badan mereka dilitupi kain..
untuk apa bersusah payah berpanas dalam pakaian yang menyaluti tubuh itu andai diri masih lagi dikira tidak menutup aurat...
pemakaian yang ketat, yang menampakkan susuk tubuh...*mengikut garisan yang ditetapkan oleh islamkah pemakaian yang sebegini??*

tidak salah kalau kita juga ingin berfesyen..tapi sesuaikanlah dengan etika pemakaian yang telah ditetapkan oleh islam...*insyallah..kita nampak lebih manis dalam penampilan yang sebegini..*

terpandang pula sesetengah wanita islam yang mengenakan jubah dan pakaian2 yang longgar...sejuk mata memandang...dan ada juga diantara mereka yang memakai niqab...cantiknya..!!

namun...apa yang menimbulkan tanda tanya...adakah pemakaian niqab itu harus??atau wajibkah seorang wanita itu memakainya??

ternyata, ini adalah jawapan bagi segala persoalan yang mengasak didadaku selama ini..

SUARA & MUKA BUKAN AURAT

Walaupun ada pandangan mazhab lain mengatakan suara dan seluruh badan wanita adalah aurat namun yang jelas mazhab Shafie yang menjadi ikutan majoriti umat Islam negara kita meletakkan bahawa suara wanita, muka dan tangannya adalah bukan aurat.

Dan yang jelas lagi, tidak ada dalil al-Quran serta hadis mengatakan bahawa suara dan muka wanita serta tangannya itu aurat sebagaimana sangkaan sesetengah pihak.
Apakah mereka sedar bahawa Allah S.W.T membenarkan para sahabat berkomunikasi dan bercakap-cakap dengan mereka (isteri Nabi) di sebalik tirai sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Bertanyalah kepada mereka dari belakang tabir yang demikian itu lebih bersih bagi hati kamu dan mereka juga. (Al-Ahzab: 32 dan 53).

Dalam suatu hadis, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Apabila seorang gadis itu dewasa (sampai umur), maka tidak halal badannya terdedah selain muka dan tangannya sahaja."
Hakikat ini menggambarkan sebagaimana apa yang berlaku terhadap Asma binti Abu Bakar apabila Asma datang berjumpa Nabi SAW dengan pakaian jarang dan nipis. Baginda berpaling daripadanya lalu bersabda yang bermaksud: Wahai Asma, seorang wanita apabila sudah baligh, tidak elok lagi badan (tubuhnya) kelihatan selain muka dan tangannya sahaja. (Riwayat Abu Daud).

Demikian juga kaum wanita itu disuruh melabuhkan (tutupkan) atas lubang tengkuknya sahaja bukan bermaksud tutup atas muka mereka.

Kata Syaikh Yusuf al-Qardawi, pendapat Ibnu Abbas lebih kuat dan masyhur pada pandangan jumhur (kebanyakan) ulama, kerana katanya, banyak ayat dan hadis yang mengarahkan kaum lelaki daripada umat Islam menyekat atau menutup pandangan mata mereka, sama juga dengan kaum wanita disuruh merendahkan pandangan mata mereka. 

Jika muka dan aurat wanita sudah tertutup kemas di depan mereka maka pastilah arahan tersebut menjadi sia-sia dan percuma tanpa sebarang makna dan tujuan.
Pada prinsipnya suara, muka dan tangan wanita bukanlah termasuk aurat. Sekiranya perkara tersebut memang merupakan aurat, maka sukarlah bagi kaum wanita dan tentunya taklif atau beban syariat yang dikenakan kepada mereka bersifat usr iaitu sangat sukar.

Ini bercanggah dengan prinsip agama Islam bahawa Ad-Dinu Yusr, iaitu agama itu mudah, sedangkan kaum wanita juga merupakan 'makhluk sosial' yang berhajat untuk berkomunikasi dengan sesama insan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki ajnabi) kerana yang demikian menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). (Surah al-Ahzab: 32)

Allah tidak melarang mereka secara mutlak untuk bercakap dengan kaum lelaki bahkan membolehkan, selama tidak mendatangkan fitnah bagi dirinya dan bagi kaum lelaki itu.
Allah melarang kaum wanita untuk melembutkan suara dan mendedah kecantikan mereka semasa bercakap dengan kaum lelaki supaya mereka tidak tergoda ataupun tergugat keimanannya dan menimbulkan berahinya.
Dengan demikian, pada prinsip suara, muka dan tangan wanita bukanlah aurat yang dilarang untuk dilihat atau didengarkan. 

Dahulu para sahabat daripada golongan lelaki dan wanita sering bertanya (berdialog) kepada Rasulullah SAW tentang masalah-masalah hukum-hakam dalam agama dan didengar oleh kaum lelaki dan wanita yang hadir daripada sahabat-sahabat baginda. 
Bahkan sering pula mereka berdialog dengan para sahabat dan sebaliknya sebagaimana di saat ada seorang wanita yang mengkritik Umar r.a. tentang perkara mas kahwin.

Rasulullah SAW pernah didatangi seorang wanita yang menawarkan dirinya untuk dikahwini oleh Rasulullah SAW dan membiarkan Rasulullah memerhatikan dirinya dari atas ke bawah, tetapi setelah tidak ada sambutan yang memberangsangkan, maka dia pun terus duduk di situ, lalu berkatalah salah seorang daripada kalangan sahabat: "Kahwinkanlah wanita ini dengan saya." 

Maka Rasulullah SAW terus mengahwinkan wanita tersebut dengan lelaki yang berminat kepadanya itu. Ini semua bukti melihat kepada muka wanita itu adalah harus dan bukan aurat.
Menurut Al-Qurtubi, suara wanita di saat berkata-kata bukanlah termasuk aurat, lelaki dibolehkan bercakap-cakap atau berdialog dengan wanita kerana ada hajat.
Demikian juga sebaliknya mereka dibolehkan membuka muka dan tangannya kerana tujuan tertentu tetapi wanita tidak dibolehkan memerdukan, melembutkan atau mengindahkan suaranya ketika bercakap dengan lelaki.

Ia kerana perkara demikian boleh menimbulkan berahinya dan juga membuat ia tergoda dan suka. Dengan demikian sangat dianjurkan bagi kaum wanita untuk tidak berdialog dengan kaum lelaki yang bukan mahramnya. 

Dalam ketentuan syariah yang lebih berhati-hati (warak), dimakruhkan kepada kaum wanita untuk meninggikan suara dalam membaca al-Quran, demikian pula tidak disyariatkan 'azan' kecuali untuk jemaah wanita sahaja.

Di dalam syariat fikah, apabila seorang wanita ingin menegur kesilapan yang dilakukan oleh imam di dalam solat berjemaah, maka ia tidak boleh menegur dengan membaca 'tasbih' sebagaimana yang dilakukan oleh lelaki, tetapi cukup dengan menepuk tangannya sahaja sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.

Demikian pula wanita tidak disyariatkan untuk membaca bacaan-bacaan dalam sembahyang dengan bacaan yang nyaring pada sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh sebagaimana yang disyariatkan bagi kaum lelaki sewaktu melakukan sembahyang sendirian. 

Semua ini menunjukkan bahawa wanita mesti menjaga dan berhati-hati terhadap fitnah yang boleh disebabkan oleh suara dan perhiasan mereka, bukan bermakna suaranya dan perhiasan yang zahir merupakan aurat.
Di antara yang menggoda lelaki adalah derai tawa (ketawa) seorang wanita di depan mereka, apalagi jenis ketawa yang memberahikan. 

Demikian pula senyuman diiringi dengan ketawa kecil yang seksi lagi menggoda, inilah yang sangat dilarang oleh agama kerana untuk menjaga harga diri wanita dan juga mencegah daripada timbulnya fitnah. Sama juga membunyikan perhiasan yang tersembunyi di kakinya.

Jika perkara tersebut dikatakan aurat, kenapa Rasulullah SAW sendiri pernah mengizinkan isteri baginda melihat pertunjukan dua orang lelaki Habsyi bermain pedang di pekarangan masjid dan mendengar dua wanita bernyanyi di rumahnya. 

Ini berdasarkan hadis riwayat Bukhari dan Muslim, daripada Aisyah r.a, katanya, Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke tempatku. Ketika itu di sampingku ada dua orang gadis yang sedang mendendangkan nyanyian tentang hari Bu'ats. Ku lihat Rasulullah SAW berbaring tetapi dengan memalingkan mukanya. 

Pada saat itulah Abu Bakar masuk dan ia marah kepadaku'. Katanya, "Di tempat rumah Nabi ada seruling syaitan?'' Mendengar seruan itu, Nabi SAW menghadapkan muka baginda kepada Abu Bakar dan berkata: "Biarkanlah kedua-duanya, hai Abu Bakar.

Dalam satu peristiwa lain, Rasulullah SAW mendengar nyanyian seorang wanita yang bernazar untuk memukul rebana dan bernyanyi di hadapan Rasulullah SAW.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Tarmizi, daripada Buraidah, menyebut: "Suatu hari Rasulullah SAW pergi untuk menghadapi suatu peperangan.
Setelah baginda pulang dari medan perang, datanglah seorang wanita kulit hitam lalu berkata, "Ya Rasulullah, aku telah bernazar, iaitu kalau tuan dipulangkan Allah dengan selamat, aku akan menabuh rebana dan bernyanyi di hadapan tuan. Mendengar hal itu, Rasulullah SAW bersabda: Jika demikian nazarmu, maka tabuhlah. Tetapi kalau tidak, maka jangan lakukan.

Kesemua keterangan tersebut menunjukkan bahawa suara wanita dan perhiasan yang zahir daripadanya bukan aurat.

Rasulullah SAW juga secara praktikal pernah berbicara dengan kaum wanita seperti mana ketika menerima bai'at daripada kaum ibu sebelum dan sesudah hijrah.
Bahkan dari segi syarak, baginda tidak pernah menghalang kaum wanita untuk melaksanakan urusan jual beli, menyampaikan ceramah, mengaji al-Quran, membaca qasidah atau syair.

Jika suara wanita itu dianggap aurat, sudah tentu dari segi hukum syarak dianggap haram.
Keterangan ayat al-Quran dan hadis, ditambah dengan kisah-kisah yang dapat dijadikan teladan pada zaman Rasulullah SAW dahulu seharusnya membuka mata fikir kita untuk tidak terus 'menzalimi dan menghukumi' wanita secara sewenang-wenangnya.
secara jujur aku akui..diri ini sendiri masih lagi dalam penghijrahan...banyak lagi yang harus aku perbetulkan diri ini dari luar mahupun dalam...aku sedar..aku masih hodoh disisi allah...banyak yang harus aku perbetulkan dalam kehidupanku...
dan juga aku sedar pada hakikat..bahawa, bukan mudah bagi diri kita yang jahil dari pelbagai segi ini untuk berubah secara drastik..perubahan itu boleh dilakukan oleh semua orang..namun secara berperingkat-peringkat...seperti bayi yang baru dilahirkan..mestilah melalui fasa-fasa dimana mereka belajar untuk mengecam wajah..bertatih..berjalan dan seterusnya berlari...dan begitu jugalah yang berlaku dalam penghijrahan diri kepada sesuatu yang lebih baik..sungguh..tiada sesiapa pun yang sempurna di muka bumi ini..
benar...berjihad dalam melawan syaitan yang selalu menggoda, nafsu, serta kemahuan diri itu sesungguhnya adalah sesuatu yang sukar...namun..kita masih boleh mengubah diri ini andai ada kesungguhan...melakukan perubahan sedikit demi sedikit itu adalah lebih baik daripada tidak melakukannya langsung bukan?
p/s : yang buruk itu datangnya dari aku..yang baik itu datangnya dari allah...semoga kita dapat berubah ke arah yang lebih baik..mudah-mudahan..insyallah...

till then..
assalamualaikum..^^ 

Thursday, April 7, 2011

PLEASE LA WEH...!!


bismillah...

SEBELUM AKU MULAKAN APA2 AKU MENGHULUR SEPULUH JARI..MEMOHON AMPUN DAN MAAF KALAU KATA2 AKU NI MEGHIRIS PERASAAN INDIVIDU YANG TERTENTU..

derr...udah2 la tu...lately aku bermadah kata sebagai pengganti bicara..sebagai tempat meluah rasa...
namun..bukan semuanya terlahir dari hati..ada kalanya sesetengah mereka hanyalah dikarang hanya untuk suka2...harap semuanya clear la ye..*sigh*

aku seumur hidup hanya menjadi air..mengikut kemana sahaja arah aliran...kalau ketimur arahnya..ketimur la aku pergi.. kalau kebarat arahnya..kebarat jugalah aku pergi...tiada banyak bicara..hanya mengikut sahaja...
namun awas...kadangkala aku bisa menjadi api...panas membahang membakar segalanya andai ada sesuatu yang kurasakan tidak kena...aku bijak mengawal sabarku..tapi aku kadangkala gagal mengawal amarahku..*sabarku ini ada hadnya wahai teman*

shh..diam..!biarkan aku berbicara...biarlah sunyi melatari suasana...biarkan suaraku memetir memecah suasana...sungguh..hati ini tidak mampu lagi untuk menahan rasa..sudah muak menampal senyuman dalam paksa...*sigh*

kau..!!ye kau yang perasan hot disana...jangan kau ingat aku terhegeh2 nak menyapa kau tu maknanya aku ni "admire" ko sangat2...please la weh!!cukup2 la tuu..jangan perasan sangat..jangan nak syok terlebih..eh tolong la pompuan..perangai jangan nak macam nyah la weh..geli doe!!dulu waktu ko kecik2..waktu tadika cikgu ko tak ajar camne nak behave ke?*hadoi laa*

maaf..mungkin kata2 aku ni pedas..mulut da ala2 takde insurans..tapi bayangkan la..kita dengan niat murni..tulus lagi tiada charge tersembunyi..*hahaha..da macam nak juan pelan prabayar je...kekeke*
aku cuma nak tegur orang..nak jalankan tanggungjawab sebagai seorang umat islam...kan kalau tak menegur sapa..berpaling muka dari seseorang itu lebih dari 3 hari berdosa hukumnya...

ya allah..ey pompuan..jangan la gedik sangat..aku yang pompuan ni pun tak gedik macam ko tau..!s**t!
urggh..muak aku dengan perangai ko...tolong la..kata high educated..belajar agama tinggi melangit..takkan la hukum yang mudah cenggini pun ko x reti..adess...kalau macam tu tahap ilmu agama ko tu sama ajela dengan aku yang tak pernah masuk sekolah agama...yang kelas agama ponteng memanjang ni.... hadoila.. pompuan.. pompuan..*sigh*

dear pompuan..kalau ko tak hendak..aku lagi laa tak hingin..FYI..ni la last aq tegur kau..ada faham...?? pandai2 kau le jawab dengan DIA bila dah sampai masanya nanti..sekurang2nya aku dah jalankan tanggungjawab aku..kalau dah egomaniac tu..egomaniac la jugak..*cynical smile*

derr..aku harap..bawak2 la ubah perangai ko tuu...buruk sangat rupa...lagi teruk dari rupa aku yang macam itik hodoh ni..ingatla..tak guna menyombong diri...kita bukannya hidup menongkat dunia..hidup ni bukannya untuk selamanya..mungkin kau ingat kau dah habis perfect..amal ibadah dah complete semua..tapi mungkin..mungkin, sebab yang satu ni..sebelah kaki kau terhalang daripada melangkah ke syurga...aku juga manusia biasa..aku juga punya tanggungjawab yang tersendiri di bumi allah ini..tapi...tak salah kan andai kita saling mengingati..amal maaruf nahi mungkar itu perlu dalam hidup kawan...

p/s  : saya bukanlah perfect sangat kalau nak dibandingkan dengan awak..*btw,saya dah buat seperti apa yang awah suruh tuu..*
saya dah cerminkan dulu diri saya..dah puas dah saya tilik kekurangan saya luar dan dalam..banyak yang kurang..dan saya sedar tentang hakikat itu..saya memang seekor itik hodoh..hodoh dari luar dan dalam..maafkan saya andai ada terkasar bahasa terguris rasa..saya sayang kawan2 saya..kalau boleh..saya nak tengok awak berubah..saya cuma menegur..harapan saya..biarlah awak dapat melangkah dengan mudah ke syurga..tapi..apalah daya saya andai awak tetap mahu berdegil..fikir2kan la kata2 saya ni awak..

till then..
assalamualaikum..

BIARKAN ANGIN BERBICARA...


kelembutan angin malam bagaikan meyapa diriku..
tenang seperti tiada apa yang menggangu...
gemersik bunyian alam yang menyapa kian mengusik kalbu..
dan tika saat itu..
aku bagaikan terbang ke awanan biru..
memenuhi perlawaan sang angin untuk bercanda denganku...

bisu...
lidahku kelu tanpa kata...
memikirkan sejuta persoalan yang beraja diminda...
dapatkah aku menghirup sedikit bahagia...
saat hidup bergelumang dusta...

aku terpana seketika..
kelu lidah tanpa kata...
bisu seribu bahasa..

tatkala langkahku mendekati kolam bahagia..
aku diheret ke ranjau derita...
ditambat di tengah lapangan gersang..
kontang tanpa setitik cinta..
kering tanpa secebis kasih...

aku meronta...
aku dahagakan kasih yang satu...
aku menagis dalam pilu...
meronta dalam sendu..
andai ini takdirku...
haruskah aku pergi meninggalkanmu??

sebelum langkah kaki ini ku buka..
sebelum ada rasa sesal yang menyapa..
izinkan aku membawa memori dulu...
sebagai pengganti dirimu...
pengubat duka dikala rindu...

Wednesday, April 6, 2011

AKU MOHON DIMENGERTI..


seumur hidup aku sendiri...
tak pernah meminta apa-apa...
hanya keringat diri yang menjadi saksi..
dalam usaha mendidik diri...

tapi kini...
aku termanggu sendiri..
mencari khilaf yang memakan diri...
dimana silapku..?apa dosaku..?
ya allah,andai ini dugaan yang engkau berikan..
akan kucoba hadapinya dengan tabah..

fahamilah aku..
jangan kau sangka aku hanya mahu menghukum..
jangan kau fikir aku hanya mahu menjauh...
tetapi fikirlah bagaimana harus aku tempuhi semua..
fikirlah bagaimana harus aku tepis pandangan sinis mereka..
fikirlah bagaimana harus aku hidup dalam momokan mereka..

sungguh, segalanya bukan salahku..
namun aku harus hidup dalam khilafmu...
aku hidup bertemankan senyuman palsu..
bertemankan tawa dalam sendu..
aku yang menghadapi mereka..
menjawab segalanya walaupun tanpa rela..
dan kamu hanya tahu diam...
membenci tanpa mengenal siapa...

sungguh..!!tak pernah terlintas dihati...
tak pernah..sekali-kali aku membenci...
jauh sekali memutuskan hubaungan yang telah terjalin ini...
aku cuma meminta untuk dimengerti...
aku cuma meminta untuk difahami...

izinkan aku meminta..
meminta sedikit waktu..
untukku hidup sendirian tanpa bayangmu..
aku tak mampu menoleh untuk melihatmu..
jauh sekali untuk kembali seperti masa lalu..
aku tak bisa...

bebaskan aku dari bayanganmu..
bebanan perasaan ini ternyata perit untukku pikul sendiri..
aku berharap..
benar-benar mengharap..
agar kamu sedia mengerti...