~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Friday, May 13, 2011

DIPLOMA, MATRIKULASI ATAU ASASI??

bismillah...
dah lama rasanya tak update entry dengan hasil penulisan sendiri..4 entry sebelum ni pun cuma copy n paste article yang aku dapat dari blog or web..cuma tambah gambar je..huhu..itu je yang terbaik yang boleh aku hasilkan...rasanya tak salah kan, apa yang aku buat tu...sebabnya secara terang dan nyata aku mengaku entry tu bukan aku yang hasilkan..cuma sekadar ingin berkongsi...

aku cuma penulis jalanan...kebelakangan ini aku terlalu sibuk mempersiapkan diri sehingga terlupa untuk meng"update" blog..maklum la, tak lama lagi aku sudah mahu melanjutkan pelajaran ke aras yang lebih tinggi...insyallah..doakan aku berjaya ya..^^


teringat pula waktu aku sedang merajinkan diri meronda2 di ping group..terjumpa pula satu tajuk yang agak menarik minat aku untuk membaca..berkenaan isu melanjutkan pengajian...matrik atau diploma... agak emo juga penulisan si penulis apabila menyatakan ketidak puashatiannya terhadap mentaliti orang melayu..tapi tak mengapa..aku juga faham perasaan si penulis...maklumlah sebaik sahaja tamat sekolah..diri sendiri dan orang sekeliling ternanti2 mana2 tawaran untuk melayakkan diri belajar di peringkat yang lebih tinggi...ada yang dapat matrik..diploma...poli...sijil..asasi..tapi si penulis memilih untuk mengikuti program diploma...ya, kalau ditanya..aku juga bersependapat dengan penulis..program diploma itu lebih baik bagi course yang diambilnya..

bukan apa..walaupun ramai yang protes..kononnya program matrikulasi atau asasi itu lebih baik dan lebih singkat masanya..tapi pada pendapat aku..bukan semua orang yang boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sebegitu...program yang disediakan dijalankan dalam satu tempoh masa yang singkat...1 atau 2 tahun..dan ramai yang tumpas dalam program 1 tahun..mungkin kerana subjek terlalu sukar dan diajar dalam waktu yang begitu singkat...


tidak pelik kalau mahu mengambil sijil / diploma..andai seseorang itu mengambil sijil / diploma, mereka telah memperoleh kelebihan yang tidak diperoleh oleh pelajar asasi mahupun matrikulasi..pertama, mereka mempunyai kelebihan dalam bidang praktikal dan mereka lebih mahir..selain itu, mereka juga boleh terus bekerja dengan menggunakan sijil atau diploma yang telah mereka peroleh itu..
tahniah aku ucapkan kepada penulis..kerana tidak lama lagi dia akan grad..dah degree da pun..^^

penulis juga ada menyatakan pendapatnya sekiranya ada diantara sahabat mahupun adik2 yang bingung mahu menerima tawaran dari matrik mahupun diploma..dia menyarankan supaya mereka mengambil program diploma..mungkin kerana lebih relaks dan student boleh mengambil masa untuk menghadamkan sesuatu topik yang diajarkan...


tapi, aku tidak mempunyai pilihan seperti mereka..mungkin juga petunjuk dari Allah untuk membolehkan aku mengambil keputusan yang tepat...
antara program asasi sains fizikal di UNIMAS atau program sains 1 tahun di matrikulasi...tidak ada bezanya bukan?dan aku hanya perlu bijak memilih..walaupun pada mulanya aku agak keliru dan agak buntu memikirkan kemana harus aku tuju kerana program yang ditawarkan kepadaku tidak jauh bezanya..kedua2nya adalah program 1 tahun..tetapi aku berpeluang untuk memilih modul di matrikulasi tetapi tidak di UNIMAS...dan andai aku bersetuju untuk menerima tawaran ke UNIMAS, aku terpaksa score 4 flat untuk membolehkan aku kembali mengejar cita2...dan ada 1 lagi syarat yang harus aku patuhi seandainya aku bersetuju menerima tawaran UNIMAS..
AKU TIDAK BOLEH MENYAMBUNG PENGAJIAN DI MANA-MANA INSTITUSI PENGAJIAN AWAM DI MALAYSIA SELEPAS TAMAT PROGRAM ASASI DI SANA..!!

ya Allah, lama betul..!dah la jauh dari rumah..menyeberang laut china selatan lagi tuu~
kuatkah aku..?

TEPUK DADA TANYA SELERA..!

till then,
assalamualaikum..^^

15 comments:

Anonymous said...

salam..
sy nak tanya,saya jugak mendpt
twran untuk asasi s.fzkal di unimas.
susah ke tak belajarnya?
ape subjek yg kita akan belajar.
boleh tak kalau kita nk tukaar kpd medic mse nk apply degree nnti?

Ain Farhana said...

salam..
tahniah untuk tawaran tu..^^
sebaiknya pergi je..
kalau nak diikutkan kat mana2 pun belajarnya susah..*in case x pegang buku n asyik bercinta*
okay..subjek yang ada

KIMIA
FIZIK
MATH
SN COMP

seiously..dinasihatkan x payah tukar pakej kepd hayat waktu belajar..sbb pilihan yang diberi 2 adalah yang terbaik buat kita..

Boleh ambik medik lepas habis tempoh asasi sebab in case pointer akhir tu 3.65 sampai 4.00.
sebab subjek biology yang kita tak ambil waktu asasi akan direfer pada gred yang kita dapat waktu spm dulu..

apapun good luck k..do your best n jangan hampakan harapan parents..^^

Anonymous said...

sains komputer pun wajib ambil ke for asasi sains fizikal ?

Ain Farhana said...

yup..rasanya ya..
tapi jangan la risau sebab sains comp tu subjeknye mudah..
tak membebankan dan tak sesusah subjek lain..sebab bukan semua orang pernah belajar subjek sains comp kat sekolah..
subjek sains comp kat matrik or kat asasi ni lebih kepada pendedahan student kepada computer..
search engine..database..editing tools..
frankly speaking,
sains comp ni memang subjek yang menarik..^^

Cik Puan Ila said...

Hai adik,thanks sudi review blog akak..hehe
Memang masa akak tulis entri tu thn lps,agak emo sebab org sekeliling selalu ckp blkg2 hal masa depan tu.Skrg Alhamdulillah,akak dh pun grad dgree dan sedang sambung Master.
Harap2 adik buat keputusan yang baik,dan dapat belajar dgn suasana yg tenang dan cemerlang untuk masa depan.

All the best.Good Luck ye! ;)

ain farhana said...

hai kak ila =)
hee..saje je time ni tengah cari2 idea nak menulis..
terjumpa pulak dengan blog akak.. =)
tapi memang betul pun apa yang akak tulis tu..
mentaliti orang melayu..cara orang lain berfikir tu tak sama dengan kita..jadinya kadang-kadang diorang tak perasan apa yang diorang cakap tu bawak kesan jugak kat hati kecil ni..cewahh~
btw..tahniah tau dah sambung masters da pun sekarang kan!!
saya tumpang gembira <3
and thanks for the wish kak =)
salam maju jaya jugak dari saya..hee

-now one of the UniMAPian-

Anonymous said...

AKAK,SAYA DPT UNIMAS ASASI SAINS FIZIKAL JUGA,BOLEH KE SAYA SAMBUNG JD CIKGU LPAS TU? MCM MNA YE? TQ

Anonymous said...

dpt asasi sains fizikal at unimas ni..nak terima ke tak??
kalau after sarjana t ley keje ap eh?byk tak peluang pekerjaan??
-fatin-

ain farhana said...

dik : maaf akak lambat balas..busy lately..hehe.. =)

tahniah la adik dapat tawaran tu..kalau boleh jangan la lepaskan tawaran tu..sayang..sebab boleh habiskan dalam masa setahun je..
jadi cikgu ye?alhamdulillah..cita2 yang mulia dik..^^

boleh apply jadi cikgu..lepas habis ambik asasi fizikal tu..nanti adik boleh apply upsi masa isi upu..mintak la bidang yang adik suka untuk ajar nanti..in shaa allah dapat..

lagi satu cara..adik teruskan je belajar..dapat u mana pun lepas tu, adik sambung je..pastu nanti adik boleh apply medsi..sala satu jalan untuk jadi guru jugak..tapi kalau waktu tu adik rasa2 macam nak ubah angin..waktu nak sambung masters or phd nanti adik boleh apply jadi penolong latihan vokasional (pembantu pengajar) ataupun lecturer =)

akhir kata..good luck dik..^^

ain farhana said...

fatin : peluang pekerjaan memang banyak sayang =)

dari technician sampai la ke engineer sampai la ke lecturer..
ikut la fatin nak ikut haluan yang mana.. ^^

kalau nak jadi enginner, lepas habis asasi fizikal..fatin ambik la kos kejuruteraan.. =)
technician,lecturer n guru pun macam tu jugak..

sekarang,fatin takyah la pening2 nak pilih lagi..peluang tu datang sekali je sayangu..grab the chance n jangan toleh2 belakang lagi.. =)

GOOD LUCK FATIN =D

Anonymous said...

Assalamualaikum. Sy nk tnye kalau blaja asasi sains hayat di unimas, boleh sambung xdegree in medical? Atau unimas tgk result spm jgk? Dan bidang ape boleh smbung lepas abis blaja asasi sains hyat d unimas?

Anonymous said...

Assalamualaikum. Sy nk tnye kalau blaja asasi sains hayat di unimas, boleh sambung xdegree in medical? Atau unimas tgk result spm jgk? Dan bidang ape boleh smbung lepas abis blaja asasi sains hyat d unimas?

ain farhana said...

wasalam dik.. in shaa allah boleh..asasi hayat tu memang aliran yang betul pun untuk amik medik nanti.. biasanya kalau amik sains hayat..bidang2 yang kita boleh ambik antaranya for sure perubatan, farmasi, dentistry, pakar pemakanan, bioteknologi, sains marin, mikrobiologi, (dan banyak lagi..kalau nak tau lebih pasal bidang apa yang boleh sambung lepas habis asasi hayat awak boleh google page2 yang berkaitan)

*harap serba sedikit membantu ^^,

Anonymous said...

Kalau pointer dpt bwh 3.6 .. Diorang masih boleh pertimbangan x utk sambung deg medic ?

ain farhana said...

kalau pointer asasi hayat dapat around 3.5 in shaa allah masih boleh sambung dalam bidang medik.. bergantung pada kekosongan pengambilan masa tu..compared dengan asasi fizikal, kalau dapat bawah daripada 3.6 rasa harapan untuk sambung dalam bidang medik tu dah makin pudar..btw, why not try apply bidang engineering.. sedangkan malaysia kekurangan tenaga profesional dalam bidang engineering.. kalau minat dalam bahagian medik dan peluang dah macam agak2 tipis kalau nak masuk dalam bidang tu.. saya suggestkan untuk mohon bidang biomedical engineering masa isi upu nanti..cuma yang membezakannya awak bina mesin yang bakal digunakan oleh para doktor dan kakitangan hospital nanti.. tapi dari segi pembelajaran..awak masih akan belajar medik..belajar macam mana nak buat organ2 electronic, sangat ohsem tau! =D

Selamat Maju Jaya saya ucapkan ^^,