~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Sunday, May 15, 2011

HANYA ORANG YANG TAHU CARA MENGHORMATI ORANG BERHAK DIHORMATI...


bismillah...

terus terang aku katakan..hari ni mungkin entry yang akan aku hasilkan nanti agak pedas dan tak bertapis...dan maaf kepada sesiapa yang terasa dengan apa yang kucoretkan untuk kali ini...

bukan sekali dua aku berhadapan dengan situasi sebegini...sudah acap kali...tapi..aku cuma diamkan sahaja...TETAPI...diam tak bererti suka.. terus terang aku katakan bahawa aku meluat dengan lelaki2 yang tidak tahu menghormati perempuan..MELUAT...!!

apa masalah kamu??kenapa sesetengah kamu bersikap terlalu biadab dengan kami..??? adakah ini gaya terbaru sesetengah dari kamu mengorat anak2 dara di luar sana??dengan bersikap biadab??dengan mengutarakan sesuatu yang berbaur lucah..??bercakap soal seks??menghantar gambar2 yang menggairahkan..(serious..aku geli...aku meluat..dan aku x heran dengan taktik2 macam tu...)
kau melayu..dan dah sah2 kau islam..kenapa buat perangai yang tak bermoral macam tu..??KENAPA??tak cukup lagikah ilmu agama yang dah diajarkan selama kau hidup??mana hilangnya sopan santun kau sebagai orang timur..??sebagai orang melayu..???MANA???

bukan semua gadis boleh tergoda dengan taktik murahan kamu..bukan semua..
kalau keseronokan yang kamu cari..bukan aku orangnya..
kalau nikmat dunia yang kamu cari..bukan aku orangnya..
kalau teman onani yang kamu cari...bukan aku orangnya..

adakah salahku andai mereka tidak menghormati aku selayaknya sebagai seorang gadis??begitu rendahkah martabat diri aku di mata mereka??apa salahku??

hendak aku katakan yang aku memaparkan gambar2 yang menggairahkan..
aku rasa aku tak punya gambar2 yang sebegitu..
hendak aku katakan yang aku gemar berbicara sesuatu yang berbaur lucah..
sungguh aku tak tahu..dan aku tak mahu tahu..

aku bertudung..dan adakah tudung yang kusarungkan ini menunjukkan bahawa aku seorang gadis yang "nakal"??dimana letaknya hormat kamu terhadap seorang gadis yang bertudung sehinggakan kamu sanggup menjatuhkan maruah kami..??hina sagatkah kami di mata kamu??hina sangatkah gadis bertudung di mata kamu???tidak wajarkah kami dihormati sebagai seorang gadis??

tak perluku coretkan panjang berjela disini kerana aku tahu..kamu akan menyangkal semuanya..dan aku pasti..kamu juga punya hujah2 yang bernas untuk kau utarakan...betul tak??

seriously..aku rasa annoyed dengan semua comment2 tu...n kenapa nampak macam desperate sangat???apa masalah dia??aku kenal dia pun tak..adess..=.="

 
ini topik lain..tapi, apa tujuan dia panggil aku betina kat sini??ada aku ganggu hidup dia??oh,btw..jeevand n aku sekadar bergurau..mungkin jugak dia tercabar sebab aku prefer non-malays..kalau ye pun..apa masalahnya???

oh..pasal screen cap 2..aku malas nak sensoredkan..=.=
mungkin sebab kebiadabannya membuatkan aku langsung tak ambil kesah... marah?ya..memang aku marah..! sangat2 marah.!!
mana taknya, tadi online2 fb je da nampak benda2 yang macam ni..padahal sumpah demi allah aku tak kenal pun siapa dia n tak pernah cari pasal dengan dia..apa motif dia sebenarnya??!!apa masalah kau??


bangga ke jadi biadab??

bangga ke maki hamun orang??

bangga ke jatuhkan air muka orang??

bangga ke??

semua orang ada perasaan..tak kira lelaki mahupun perempuan...dan andai kau tak kenal erti hormat..aku rasa kau pun tak layak dihormati..teruskan dengan cara sebegitu..dan kita lihat..masih adakah orang yang mampu menghormati kamu..??kerana pada hakikatnya...
HANYA ORANG YANG TAHU CARA MENGHORMATI ORANG BERHAK DIHORMATI...


p/s individu2 seperti ini yang menyebabkan aku tidak suka on chatbox fb & individu2 seperti ini membuatkan aku menjadi pesimis dengan lelaki..jangan salahkan aku..salahkan mereka..

till then..
assalamualaikum..

2 comments:

Zimy said...

Haha, tak on chatbox, susah la nak chat ngan ko, btw, aku bangga, gambar aku ada. XD

aien zell said...

fofuler gitu..bahaha..
ko ni macam tau2 je aq x tido lagi kn..??
erkk..=.="