~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Monday, June 6, 2011

BERJIHAD DALAM MENITI HARI..

 dalam kesamaran..
dalam kesayuan hati..
tika aku masih berdiri dalam keadaan diri yang semakin rapuh..
semakin dihimpit keresahan...
semakin muak hidup dibuai kealpaan..

aku mula mencari diri..
membelai hela nafas yang kian tersekat..
lantas ku bangun..
menggengam rasa diri yang kian rapuh..
yang kian hilang dalam memori semalam..

bertapa kesenangan mampu membuai diri..
bertapa aku harus bangkit dari kehidupan yang semu..
aku harus bangun..
menapak demi cita-cita yang satu..

dengan semangat yang kugenggam..
dengan azam yang kian membara dalam diri..
aku mula meniti tangga kejayaan 
yang penuh liku dan keringat..

demi cinta pada yang esa..
demi cinta pada cita-cita..
insyallah aku akan berjaya...

2 comments:

blackroses said...

semoga impian tercapai

aien zell said...

thanx...insyallah..mudah2an segala impian dapat ditunaikan..amin..^^