~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Sunday, June 12, 2011

"I DO" IS THE BEST WORD...


bismillah..
persoalan yang bakal ku ungkapkan bagaikan sepi tiada jawapannya..pendamping hidup??my another half??orang yang bakal menjadi pemimpin hidup aku??atau yang lebih tepat lagi aku panggil suami..aku baru 18..ye..aku sendiri rasa tak layak nak cakap soal tu sekarang..tapi..hurmm..
ade je sebenarnya orang yang sebaya dengan aku ataupun yang lebih muda dah mendirikan rumah tangga..yang bejaya..alhamdulillah aku ucapkan..syukur atas keharmonian hidup yang allah kurniakan..tapi bagi yang belum..sabarlah..masa tu nanti mesti akan tiba..^^

ketentuan tuhan..siapa yang tahu kan?
aku pernah bercerita soal cinta..pernah merasi cinta juga..bukan sekali mungkin..entahlah..aku sendiri tak pasti samaada itu adalah cinta atau bukan..tapi aku akur..cinta yang sebenar-benarnya hanyalah cinta pada DIA yang esa..kerana tiada cinta yang lebih agung daripada cinta-NYA.

walaupun aku dah berumur 18..buat masa sekarang..secara jujurnya aku langsung tak pernah terlintas untuk memiliki sesiapa di hati ini..cinta?jauh sekali..biarlah segalanya datang kemudian..pada waktu dan saat yang tepat..biarlah cinta itu hadir disaat aku benar2 bersedia untuk menerimanya..bukan sekarang..hurm..aku terasa sedikit aneh disaat melihat rakan2 sebaya di kolej..medan yang sepatutnya dijadikan medan pertempuran demi mencari ilmu berubah 180' menjadi medan mencari cinta..aduhai..mungkin kejutan budaya..masing2 sibuk bercerita soal lelaki..masing2 sibuk bercerita soal perempuan yang boleh membalas cinta yang diberi..teruja!
sempt pula kau mencari cinta saat masa kian suntuk menanti bicara..ha-ha!

pada aku?tiada yang menarik soal cinta..mungkin aku masih menemui dia yang sebenar-benarnya..siapa dia agaknya?hurm..buat masa ini aku tidak berminat untuk mengetahuinya..soal jodoh aku serahkan bulat2 pada allah yang esa..dia maha mengetahui..insyallah dia dah sediakan yang terbaik buat aku.pernah aku katakan dulu pada mak sebaik2 sahaja kisah cinta antara aku dan dia berakhir bahawa aku sudah tidak berminat lagi dengan soal cinta..bukan kerana kecewa..tidak..
mungkin kerana aku baru sedar bahawa untuk gadis seusia aku..cinta itu harus diletakkan ke tempat ke 2..bukan pertama..pengalaman mematangkan manusia..siapa tahu kau juga akan merasakannya..

soal jodoh aku serahkan juga pada orang tua aku..mereka yang lebih dahulu makan garam sebelum aku..sudah tentu mereka lebih arif soal asam garam kehidupan..aku sudah tidak mahu peduli lagi..aku cuma mahukan seorang lelaki yang boleh menyayangi aku dengan sepenuh hati dan dapat memimpin aku ke jalan yang diredai allah..mudah2an hajat aku itu bekesampaian..

bercerita soal merisik..rasanya masih ramai yang belum arif tentang soal itu..berbeza dengan upacara perminangan..merisik hanya proses dimana wakil si lelaki bertanyakan tentang status si gadis..sama ada sudah bepunya atau belum..tak sangka status yang aku letakkan di facebook telah menyebabkan ramai yang sudah salah faham..maaf..hanya itu yang mampu aku berikan..

aku tak mahu mengulas lebih lanjut tentang apa yang telah berlaku..soalnya aku sendiri pun tidak pasti soal duduk yang sebenar..seperti apa yang telah aku coretkan tadi..segalanya aku serahkan kepada allah..tiada yang indah..tiada yang istimewa..kerana aku hanya seorang gadis biasa yang masih alpa dalam dunia ciptaannya..

till then,
assalamualaikum..^^

2 comments:

ghostwriter said...

moga anda ditemukan someone yg mampu bimbing kite as perempuan yg byk kekurangan...=)

aien zell said...

insyallah..tapi sekarang bukan masa yang tepat..tak begitu..^^
anyway..thx 4 the comment..