~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Thursday, June 16, 2011

IMEJ PENCARIAN DIRI


hening pagi menyapa diri..
sayup-sayup terdengar siulan angin..
begemersik menyapa jiwa...

dedaunan kering perlahan-lahan ditiup tanpa hala..
mengikut arus angin yang sepi tanpa bicara..
bagaikan menari-nari tanpa melodi yang nyata..

aku..
masih dalam pencarian diri yang masih terleka..
aku yang masih tertidur..
walau pada hakikatnya sedang terjaga..

aku..
berjalan mengikut arus manusia..
walau pada hakikatnya aku sesat tanpa arahnya..

sepi..
kelu tanpa mampu mengungkap sebarang bicara..
hanya satu soalan yang sentiasa bermain diminda..
siapa aku di dunia fana?

0 comments: