~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Tuesday, November 29, 2011

KALAULAH WUJUD TIME MACHINE...

bismillah...

hari ni hujan lagi..langit pun mendung je..kadang-kadang hati ni tergoda jugak nak melabuhkan tirai pandangan buat seketika..biar gelap..hehe..tau-tau je dah macam masuk time machine..set masa konon-kononnya dalam 5 minit..tapi bila mata tu dah terbukak, pandang sekeliling..mulalah meracau bila tengok jam sendiri..

"alamak..5 jam aku dah hilang...5 jam aku dah hilang...!"


"macam mana ni..tuto belum siap..report lagi..worksheet aku mana??baju..baju tak gosok lagi..."


"alamak..hangus la macam ni..jotter aku..mana jotter??"

at last, kau terduduk sendiri kat balik pintu mengenangkan kekhilafan sendiri..haa..tu la..sape soh tidur kalau dah tau banyak lagi kerja2 yang belum settle?lagi hangit kalau kau terlelap kejap lepas asar..silap-silap bila kau bangun tu..kau panik sekejap sebab tengok langit dah kelam-kelam..kau tengok jam dah tunjuk pukul 7..sebab cuak, kau terus capai towel, masuk toilet, mandi, berus gigi, solat, pakai baju kuliah..tapi,waktu kau nak sarung kasut tiba2 roomate kau panggil..

"weh kau nak g mana tu?ade kuliah ke?"

*kau angguk sambil buat muka blur*

"ade la..kau apsal lepak semacam je?kau takde kelas ke?"

*kali ni roomate kau pulak yang buat muka blur sambil tengok kau atas bawah..*

"kau biar betul ada kelas maghrib2 gini pakai baju kuliah cam kelas pagi"

"maghrib??"


"yela..abis tu kau solat ape tadi??"


"subuh.."

*terus roomate kau gelakkan kau berguling2 atas lantai..memang dasar KAU MENGIGAU..!!*

haha..takyah nak panik sangatla...*senyum*
cakap pasal time machine, aku terfikir fasal satu benda ni.. agak-agaknyalah kan? kalaulah time machine tu betul-betul wujud.. apa yang akan jadi pada dunia..??wow..mesti cool kan??

lagi2 kalau ada design yang ala2 macam kau punya jam tangan je..perggh..bergaya kot..!!dah la cool.. senang nak bawak pulak tu..

dah ada time machine..mula2 kau test pakai dulu..set la masa..untung2 boleh jumpa hang tuah waktu zaman melayu melaka... then cakap dengan dia supaya jangan berbunuhan dengan jebat, sebab jebat cuma menuntut bela atas apa yang dah jadi pada tuah..
"hey hang jebat..turunlah engkau dari istana sultanku"


"hey hang tuah..apa hajat tuan hamba datang kemari??"


"hajat hamba datang menemui tuan hamba hanya untuk..."


"untuk apa kakanda tuah?kenapa tuan hamba tidak lancar dalam menyusun kata?"


"kakanda malu kepada adinda..sungguh..!"


"kenapa kakanda..??"*soal hang jebat dengan muka blur"

"sebab kakanda sudah tersalah sangka pada adinda..gimme a big hug...!!"


"i'm sorry lil bro..you can put the blame on me.."


aduhh..dah tetibe je lidah tuah tertukar dengan lidah si alfonso..=.="

then, pergi  jumpa dengan mahsuri pulak... suruh dia bersiap sedia dengan jawapan dan bukti yang kukuh yang dia tak bersalah.. nak lagi advanced, kau bagi dia satu camera digital.. untung2 dia dapat ambil gambar orang yang bersalah tu..

tak puas lagi dengan jumpa mahsuri, kau jumpa pulak dengan sultan mahmud.. perkenalkan dia dengan facebook..surely dia dah tak hingin dengan puteri gunung ledang sebab dia boleh add ramai lagi puteri2 yang cantik di serata dunia dengan satu click je..

"heh..jambatan emas konon..andai kata gusti puteri tidak mahu..beta pun tak hingin.."


"mengapa sungguh angkuh sultanmu wahai panglima?"


"baginda sudah ada facebook  gusti puteri.." 
haha..mesti kacau bilau hidup lepas tu..aku bet mesti takkan wujud history channel kat astro..sebab semua orang pun akan belajar history cara live..sebab adanya time machine tu..silap2 jadi yang macam kat atas tadi..habis semua sejarah dia tukar jadi dia punya cerita sendiri..LOL..

tapi, bagi aku ada baiknya kalau time machine tu tak wujud.. kalau wujudpun, sekadar menyebabkan kacau bilau hidup nak buat apa kan? takpun, kalaulah time machine tu wujud, for sure manusia takkan pernah kenal erti regret.. takkan pernah belajar dari kesilapan.. tak gitu?
till then,
assalamualaikum...

p/s sorry untuk semua ayat2 merepek kat atas ni..terpulang pada korang nak judge entry ni macam mana..=p




0 comments: