~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Thursday, November 24, 2011

SAHABAT, ANDAI KAU TAHU..

bismillah..

sekali lagi aku merenung kosong laman blog aku yang semakin menebal sawangnya..
banyak yang terjadi kebelakangan ini sehinggakan aku terlupa untuk menoleh dan mengupas satu persatu kisah yang berlaku.. haha..tiada siapapun yang berminat bukan.. aku hanya syok sendiri..XD

hidup aku dan hidup kamu masing2 berbeza.. ada ragamnya yang tersendiri.. namun aku tak rasa luahan hati setiap hari di blog tu penting.. diibaratkan blog ini sebagai rumah kedua untuk kau masuk dan membebel dengan entry yang entah apa2... entry sampah..dengan erti kata yang sebenar.. aku menulis menurut kata hati.. andai hati tidak berbisik kepadaku, aku akan kembali menyandarkan penulisanku di atas landasan akal fikiran. apa bagiku bernas dan ada membawa faedah kepada orang lain akan aku kongsikan bersama.. sharing is caring.. tak gitu? *senyum*
malam ini cuaca agak dingin..walaupun setakat di kolej Londang,melaka dan bukannya di LONDON.. cuaca disini yang sentiasa berangin menyebabkan aku terpaksa memakai stokin + selimut di malam hari.. sesuatu yang asing untukku dirumah..haha..
kadang2 saat hati kelelahan dan perlukan buaian ketenagan aku akan menghampiri jendela dan menghadap ke luar bilik..sayup2 kelihatan kapal2 di lautan biru.. cantik sekali pemandangan laut yang terbentang dihadapan mata... ahh~ relax seketika..

terimbau kenangan lama saat aku dan teman2 wing meredah hujan di pantai tidak lama dahulu..seronok rasanya.. namun aku tak pasti sama ada kenangan seperti itu boleh diulang kembali atau tidak..
sebelum pulang ke kolej, 1 hari sebelumnya aku ada berjumpa dengan teman rapatku ketika di sekolah.. keluar bersama dan mula berkongsi cerita tentang kehidupan.. ternyata, kehidupan ini tidaklah semudah yang kita sangka.. saat belum mencapai usia matang, kita selalunya menggangap dunia orang dewasa itu lebih mudah..segalanya dapat dilakukan sendiri tanpa aturan sesiapa.. namun kita silap, salah pencaturan.. padah menanti... namun, andai itu yang berlaku, berdoalah agar dipermudahkan segala urusan..
mencari sahabat sejati itu susah... dan andai kita sudah menemuinya, hargailah insan itu dengan sebaiknya.. kerana dia adalah insan yang terbaik dikurniakan oleh Tuhan kepada kita. andai kita tidak bersyukur dengan nikmatnya, sanggupkah kita menerima hakikat andai satu masa nanti nikmat itu akan direnggut pergi begitu sahaja? nikmat itu pinjaman.. adakah kita sedar tentang hakikat itu?

dulu, diri ini pernah lenyap seketika membawa hati..kononnya aku sudah tidak tahu lagi bagaimana harus aku kendalikan situasi yang menimpa diri.. aku pungut kembali sisa-sisa kepercayaan yang telah berkecai kerana disalah erti.. lantas, aku membawa pergi diri ini jauh dari insan-insan itu.. mengharap agar diri ini dipujuk sebelum aku hanyut dalam alam aku sendiri...namun hampa.. segalanya hanya mimpi..
setahun sudah berlalu..
aku masih berdiri di tempat yang sama.. kali ini bukan untuk meraih simpati. tetapi untuk mengumpul kembali kepingan kepingan memori yang sudah jatuh berselerakkan di merata tempat.. aku kembali berjumpa dengan insan-insan itu.. bertanya tentang soal hidup.. soal sahabat.. soal diri yang semakin matang dalam meguasai pencaturan hidup.. pada mulanya aku sedih.. sedih kerana dilupakan.. namun aku hanya pendamkan perasaan itu sendiri..biarlah dia bahagia dengan hidupnya.. itu sudah cukup buatku.. aku tidak tamak untuk memilikinya seorang.. dia akan rimas.. dan aku sedar tentang hakikat itu.. biarlah aku hanya menjadi seorang pengganti..andai dia bahagia bersama sahabatnya yang lain, aku akan perlahan-lahan mengundurkan diri..
namun jiwa ini bagaikan terasa pedih saat melihat dia dilukai.. lalu aku kembali.. mengisi kekosongan yang ada dalam dirinya.. menjadi tempat luahan hatinya.. menjadi seorang insan yang bisa memberikannya semangat untuk terus bangkit  di saat dia jatuh dan tidak dihiraukan oleh orang- orang sekeliling.. orang-orang yang dipanggilnya sahabat.. pada aku, andai sudah termetrai satu janji atas nama sahabat, kenapa perlu kau khianatinya? kenapa harus kau cemburui kesenangannya? kenapa harus kau berasa dengki dengan apa jua yang dia punya? bukankah melihat seseorang yang kita sayang itu bahagia dapat membahagiakan diri kita juga? kenapa? tidak sayangkah kita kepada sahabat kita sendiri? andai diri bisa melihat kejatuhan seorang sahabat tanpa sedikitpun mencuba untuk menolongnya.. tidak malukah kita untuk kita menggelari diri kita sebagai sahabat kepada insan malang itu?

sahabat sejati selalunya tidak mampu untuk melihat kesusahan sahabatnya sendiri.. menyembunyikan apa2 yang akan menyebabkan sahabatnya itu dipandang keji oleh orang lain..
andai saat gembira kita mampu kongsikan bersama..kenapa tidak kita kongsikan juga deraian air mata yang membasahi pipi?

fikir2kan.. adakah sahabat yang kita punya kini layak digelar sahabat? *senyum*

till then,
assalamualaikum..

2 comments:

Ku Azhar said...

waaa..knp sedih smcm entry nie T_T..dh la arinie ari last ku blogging T_T

aien zell said...

haha..yeke?