~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Tuesday, December 27, 2011

BELAJAR..TAPI DEMI SIAPA???

bismillah..

ahh..dah lama giler tak menulis kat sini...terasa tersangatlah rindunya pada bauan kertas-kertas kusam yang ada kat blog ni.. ahh..heaven..akhirnya aku kembali berpijak di bumi yang nyata..he-he-he..*okaydahdiam.. ustazah aku dulu pernah cakap yang kita gelak tak boleh lebih dari tiga harkat..*

pagi ni aku takde kelas...so bolehlah aku curi masa sikit buat entry kan?hehe..

pernah kau terfikir tak selama ni kau belajar demi apa?

a. DEMI DUIT?


b. DEMI KEJAYAAN?


c. DEMI PARANTS KAU?


d . SEMUA DI ATAS?

kalau kau belajar sebab perkara-perkara yang aku dah sebutkan tadi..memang sah laa.. tak lama kau bernafas dalam kos yang kau pilih sekarang..*ohh..tetiba aku rasa yang entry ni sangat sesuai buat tatapan adik-adik yang bakal isi upu nanti..*

kau tau.. aku pernah mengalami situasi macam ni.. aku sedar diri.. aku bukanlah pandai mana pun kalau dah sampai bab mak menasihatkan orang ni kan.. tapi aku cuma boleh meluahkan kata-kata yang mungkin membolehkan otak sesetengah individu yang dah tepu dan kelabu biji matanya dengan pilihan-pilihan yang kononnya menjanjikan kebahagiaan supaya kembali berpijak di alam yang nyata dan berfikir semula tentang keputusan yang telah dilakukan..

kau tau.. aku juga dah silap percaturan dalam mengatur hidup.. tapi alhamdulillah..aku hanya perlu berusaha dengan lebih keras untuk kembali mengubah takdir aku.. aku tersalah mengatur langkah.. aku terbawa-bawa dengan sifat tamak haloba aku ni sampaikan aku terlupa dimana aras kemampuan aku?*sigh*

kalau kau tanyakan pada aku.. memang aku ada kesemua pilihan yang aku tuliskan kat atas.. aku pegang pilihan D.. tapi pada hakikatnya aku tak mampu.. tau sebab apa?

PILIHAN A
aku terlalu banyak surf internet..dan mata aku terlampau dikaburkan dengan jumlah-jumlah angka yang tertera pada gaji golongan profesional.. dan aku mula mengejar profession yang menjanjikan angka yang tidak-tidak itu.. pada halnya kalau kau tanyakan kembali apakah aku mahir dalam setiap subjek yang ada dalam kos tersebut.. jawapannya memang TAKLA...tapi sekarang aku hanya mampu berdoa.. aku tau aku akan survive dan teruskan hidup dengan mengubah haluan aku..

PILIHAN B
wahh..ni kalau aku tanya kat semua orang jawapannya mestilah ya.. siapa yang nak belajar sungguh kalau umpanya bukan kejayaan dalam hidup.. pada aku.. pilihan ni paling tepat..walau siapapun kau.. apa yang kau buat.. just stick pada apa yang kau mahir.. apa yang kau minat.. buat yang terbaik.. dan aku percaya satu hari nanti kau boleh berdiri megah disamping orang yang berjaya.. siapa tau kau boleh menempa nama di persada dunia.. untung orang,siapa tahu..

PILIHAN C
demi parents, naa... dengarlah cakap aku.. kalau dulu aku cakap aku belajar demi keluarga..demi nak senangkan hati parents aku.. sekarang aku cakap.. perbuatan aku tu macam sia-sia..unless, kalau kau tau dimana kemampuan kau dan minat yang kau ada tu seiring dengan apa yang parents kau harapkan, then barulah kau boleh dengan senang hatinya pilih pilihan ni... kalau tak.. tak mustahil untuk aku katakan yang segala sijil yang bakal kau peroleh tu berakhir dalam fail yang takkan pernah kau buka lagi.. untuk apa bermati-matian melakukan sesuatu yang tak pernah kau minat hanya untuk memuaskan hati orang?untuk apa kalau akhirnya kau sendiri yang merana sebab kau dah separuh jalan merosakkan jalan hidup kau sendiri..

tepuk dada tanya selera..
buat pilihan yang tepat..kalau kau tanya aku, aku kira beruntung sebab aku masih belum terlambat untuk buat u-turn sebab aku masih di matrik..
tapi tanyakan pada orang yang tersalah pilih jalan..tersalah pilih haluan di u..hanya satu jawapan yang pasti.. kau tetap akan sesat walaupun minda kau kata kau boleh survive dengan apa yang kau ambil.. kau akan sesat walaupun kau paksa diri kau dengan berhalusinasi bahawa apa yang kau lakukan selama ini betul..

aku cabar kau, buatlah..dan jangan menyesal andai kau tak jumpa jalan pulang.. buatlah andai kau nak menangis bila tengok kawan-kawan yang sebaya dengan kau dah selesa dengan jawatan-jawatan besar yang disandang..tapi bila kau tengok diri kau balik, kau masih terkedek-kedek nak bertatih.. mengejar diploma yang sekeping tu dan mendaki satu persatu tangga yang diorang dah daki sebelum kau demi mengejar gelaran PAKAR..

pada aku..hidup ini memanglah ibarat sebuah eksperimen.. keputusan dalam bidang ni harus dilakukan dengan berhati-hati..kita bukannya ada mesin masa doraemon untuk kita kembali ke masa lampau untuk kita betulkan apa yang salah dan apa yang kurang..kita selalu kata yang hidup ni kejam..tapi pernah tak kita sedar yang kita sebenarnya kejam dengan diri kita sendiri..??think twice sebelum buat keputusan..

p/s jangan pernah bermimpi untuk lakarkan bahagia andai hati merintih duka..

till then,
assalamualaikum..

0 comments: