~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Tuesday, April 10, 2012

BERSYUKUR SEADANYA AKU

bismillah..
ini entry pendek dari aku yang aku mampu hasilkan buat masa ini..
masa dah makin suntuk buat aku...
kehidupan di sini makin dipenuhi dengan rasa tertekan..
aku?
mungkin kau boleh anggap sebagai mangsa keadaan yang sedang terpinga-pinga tentang duduk perkara yang sebenar..
ya aku harap segala yang berlaku ini akan punya hikmah disebaliknya..
insyallah aku akan tunaikan janji aku pada keluarga dan juga pada Tuhan yang esa...
semalam aku baru melihat hasil tulisan seorang teman..lirih..
seperti aku juga mungkin..
tapi keadaan kami berbeza..
dia dengan cinta..aku dengan soal sahabat..
bukan hasrat hati untuk mengutuk bangsa sendiri...
tapi aku sendiri tak mengerti kenapa harus ada yang terasa hati andai pernah benjanji sahabat sejati..
BOHONG!
mana mungkin sahabat sejati mencaci teman sendiri...
mana mungkin sahabat sejati gagal mengenal erti sedar diri..
mana mungkin sahabat sendiri hanya mampu melihat sahabatnya yang tenggelam dibawa arus..
jauh..hanyut..dan lesap..
kalau dulu aku masih mampu memaniskan muka..
memaafkan kau bila-bila yang kau suka..
peluk erat tubuhmu saat kau berduka..
sentiasa jadi teman setia walau aku cuma dipersia..
tapi cuba kau bayangkan..aku juga manusia..
punya hati dan punya rasa..
dah tak terkira lagi kawan..dah tak terkira lagi..
aku dah penat menangis demi kamu..
hati ini sudah tak mampu bertahan lagi demi kamu..
aku dah tak mampu menanti...
biarlah aku pergi...jauh..yang takkan mungkin lagi kembali...
cukuplah..
aku dah penat menangis kerana sahabat..terlalu penat..
dari dulu lagi..tiada yang serasi..
mungkin aku perlu kembali..kembali pada yang lebih mengenali diri ini..
terima kasih teman...
terima kasih buat segalanya...

0 comments: