~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Sunday, May 13, 2012

MENUNGGU SELAFAZ JANJI YANG DIBERKATI

seuntai kata sebuah bicara..
pekat malam kian membuai mata..
hampir lena dibuai mimpi..
namun kugagahkan juga diri..
bagi berkongsi sebuah kisah diri..
bismillah..
salam pembuka coretan di sebuah warkah kusam milik sang perindu..perindu yang masih merindukan erti kasih dan sayang yang sebenar..yang masih mengintai harga sebuah cinta di sebalik sebuah tebok perasaan yang telah dibina tinggi menjulang ke langit ke tujuh..

ya si dara ini dahulunya pernah berulit kata bersama si teruna.. teruna yang penuh kata-kata manis dibibirnya.. setiap apa yang diperkatakan pasti bisa membuai perasaan si dara.. ahh..zaman percintaan memang megasyikkan.. lebih-lebih lagi apabila si teruna acap kali mengingatkan si dara pada diriNYA yang lebih berhak.. namun bukan segalanya lancar seperti apa yang telah dijajikan oleh teruna apabila si dara sudah dapat meghidu titis noda yang si teruna palitkan di atas kanvas cinta mereka..

terpukul..kecewa menguasai diri..namun si dara tetap tabah mengharungi segalanya.. tembok hati yang dibina semakin kukuh dan semakin tinggi menjulang ke langit biru.. sehinggakan tiada ruang lagi buat nafas cinta sang teruna..setelah tembok hati siap menjadi kubu, si dara mula melakukan provokasi terhadap si teruna.. sungguh dia sudah tidak mampu melihat kanvas cintanya menjadi mangsa contengan.. penuh dengan titik hitam yang berlagu suram..akhirnya si dara tekad memutuskan hubungannya dengan si teruna.. sungguh dia sudah penat menjadi sebuah watak tempelan dalam kisah cinta sang teruna dengan si gadis..

hari yang lebih baik..esok masih ada mentari yang akan menyinari hidup ini.. dengan izin allah semoga diberikan kepada si dara jodoh yang baik..tuan empunya rusuk kiri.. namun sayang.. setelah segalanya tamat si dara seakan bosan..serik untuk bercinta untuk kedua kalinya..mungkin lelaki itu sama.. si hidung belang yang tidak puas dengan apa yang dia ada..lantas si dara hanya memilih jalan untuk berkawan dengan sesiapa yang menghampiri..tidak membenarkan sesiapapun untuk meruntuhkan tembok hatinya..
waktu terus berlalu..sang sahabat mula bercerita tentang cinta..si dara hanya mampu tersenyum ceria berkongsi bahagia...tidak pernah bermimpi untuk memulakannya untuk sekali lagi..
mungkin pada orang si dara hanyalah seorang gadis yang tewas pada perasaan..takut untuk memulakan sebuah perasaan yang baru..

sungguh, si dara tidak gemar menyemai benih cinta di tanah gersang..tanpa sekolam kepastian buat benih cintanya untuk bersemi..si dara memerlukan seorang jejaka yang sudi menerimanya apa adanya.. meluahkan janji yang bukan dibibir cuma.. si dara menginginkan sebuah perhubungan yang berpanjangan.. yang berkekalan dan dirahmati allah hingga ke syurga, insyallah..

lengkapkan aku untuk menjadi isterimu yang solehah wahai sang empunya rusuk kiri..
jangan persiakan aku andai aku tidak seperti yang engkau impikan..
lengkapkan diriku agar aku dapat menjadi ketua bidadarimu di syurga nanti..
insyallah..

tanpa memulakan langkah pertama..si dara kini sudah mula merobohkan tembok hatinya.. menunggu  untuk disunting untuk dijadikan pelengkap hidup seorang suami.. 

semoga allah merahmati dan memperkenankan doa mereka yang berusaha untuk menjauhi segala bentuk zina.. insyallah..
sesungguhnya aku mencari LELAKI yang mampu menjadi IMAM untukku.
yang menitis air mata melihat kesakitanku ketika melahirkan zuriatnya.
lelaki yang membangunkanku untuk BERIBADAT bersama-sama di sepertiga malam..

kerana aku percaya seorang lelaki yang baik, pasti akan membimbing perempuan yang disayanginya agar menjadi lebih baik..Bukan menghanyutkannya..

till then
assalamualaikum..

Saturday, May 12, 2012

SEBUAH ENTRY UNTUK RENUNGAN BERSAMA..

bismillah..
dah lama kann...almost setahun aku tak update dengan entry berkajang...ahakz!!seriously aku rindu nak menulis macam ni..^^
hurm..so far..aku dah berjaya mengharungi dugaan hidup yang satu tu..yup..memang betul cakap mak, mira n syera..aku tak boleh terus berlembut dengan orang..kadang-kadang, perasaan sayang dan hormat kita pada kawan tu boleh ditolak tepi dulu..kawan tu memang senang je nak cari..tak macam sahabat kan?yang boleh terima kita susah senang..yang sentiasa dengan kita waktu bangun dan jatuh..kawan tu tak macam sahabat.. datang bila dia perlukan kita..dan pergi bila kita mintak tolong..pada diorang,siapalah kita ni untuk diorang sesakkan kepala dengan masalah kita walhal hal sendiri pun masih tidak terurus..ye..tahniah..itulah manusia..

kelmarin macam biasa aku kerja..dan dimarah pelanggan..dah biasa..tak perlu simpati dengan aku..orang.. masing-masing ada tempernya yang tersendiri..aku kongsikan cerita ni untuk korang renung dan fikirkan baik buruknya..
alkisah..sebuah petang yang agak memenatkan buat aku..yup ramai customer yang perlu dilayan..memang tak dinafikan lagi...tapi alhamdulillah aku bersyukur..kan rezeki itu dari allah..maksudnya allah masih lagi sayangkan aku dengan memberikan aku rezeki yang sebegini..ok..hari ni aku ambik leave dari ajar tuisyen dengan niat baik nak tolong parents aku..maklumlah ada pekerja yang cuti atas sebab yang tak dapat dielakkan..
nak dijadikan cerita, datanglah seorang pakcik ni dengan anaknya makan di kedai..sekilas aku pandang pakcik di lagaknya ala askar pencen..tegas dan bengis mukanya..pakai kopiah..muka ala ada nur keimanan disitu..
macam biasa, aku pergi ke meja yang diorang duduk dan mula ambil pesanan..bla3...
aku siap ambil pesanan..
aku hantar order customer..
aku ambil order customer lain..
aku ambil bayaran..
aku tolong bersihkan meja..
aku check kat dapur kejap..
aku pergi ke depan balik...
berlari sana..
berlari sini..
at last aku kat kaunter..duduk kejap..macam biasa bill memang banyak atas meja untuk aku kira.. batu je siap kira semua bill.. ada customer yang panggil kira..aku tengok harga..aku pergi ambil duit..and kebetulan pakcik yang dengan anak dia tu pun nak bayar jugak..sambil aku ambik duit tukar aku macam kebiasaannya jeritkan harga yang perlu dibayar yang tertera bill pada pekerja lain yang nak ambik bayaran tu..entah macam mana..dah nasib aku untuk hari tu kot..aku tersalah pandang pada bill yang ada..pakcik yang sepatutnya kena bayar 9 ringgit lebih dah kena bayar lebih sikit dari tu..tapi nasib baik dah jadi habit aku tengok dua kali sebelum ambik duit..and aku juga sedar aku dah tersebutkan harga yang salah..mungkin sebab penat kot..aku tak perasan..SERIOUSLY AKU TAK SENGAJA..!!
aku pun cakap la balik..harga yang sebenar..pakcik tu terus naik angin..
"sorry cik..mintak maaf..salah tengok kertas tadi.."


"MACAM MANA KAU KIRA??ROTI NI SATU BERAPA?CAKAP DENGAN AKU..!!"


"1.50 cik...maaf..tadi saya salah tengok kertas"


"KAU KERJA MAIN-MAIN EH.."


"sorry la pakcik saya tersilap tengok tadi.."


"EE...!!NAK KENA AJAR BUDAK NI..!!"


mata pakcik tu dah mencerlung tengok aku sambil genggam penumbuk dia..dia nak bangun dari kerusi tapi pekerja aku yang lagi sorang tu sabarkan dia..aku still membongkok kat meja kaunter rasa bersalah sebab  salah tengok tadi..urggh..kan semua orang pun buat salah..bukannya tiap-tiap hari aku tengok kertas salah..
"pakcik saya mintak maaf..betul saya salah tengok kertas tadi.."


"dahlah tu ayah..bayar je la..dia tak sengaja tu.."


"AHH..DIA MEMANG KERJA MAIN-MAIN..!!NAK KENA AJAR BUDAK NI..!SUKA HATI DIA JE"


"sori la pakcik..dia salah tengok tadi.."


then, dengan keadaan bongkak marah yang membuak dia bayar dan terus blah..sempat dia tengok aku atas bawah sebelum dia berhenti sekejap pada pekerja yang buat roti canai pulak..entah apa dia mengadu sampai tangan terawang-awang kat atas sambil pandang aku dengan muka tak puas hati..

"ain..sabar la ye.."


"takpe kak..dah biasa dah..orang sini kan memang macam ni.."


"takde la gaya dia tadi tu memang tak patut betul.."


aku cuma mampu tersengih kelat..

"maki kau babi lagi tu.."


"takpe kak..customer kan..dah tua jugak.."


"cool ok ain?"


"emm..takpe kak.."

entah kenapa aku agak terkesan dengan situasi tu..jatuh merundum impression aku pada pakcik tu..
pakai baju dah smart.. anak pulak dah nampak sangat well mannered.. tak selekeh.. pakcik pakai kopiah.. dahi bertanda.. penuh cahaya keimanan..tapi bila aku buat silap sikit terus melenting sampai muka merah padam mata terjojol..astagfirullah..istgfar banyak-banyak pakcik..aku seriously tak sengaja..kalau aku jenis yang tak jujur dah lama aku blah dari situ tak sebut harga yang betul..ni tak..aku siap mintak maaf lagi..

tapi nak buat macam mana..dah nasib aku..aku redha..mungkin allah nak tunjukkan..jangan judge people by his appearance..judge them with the way they treat others..

till then..
assalamualaikum..

p/s : pakcik tu tidak lagi kelihatan keesokan harinya..

T A M A T