~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Sunday, May 13, 2012

MENUNGGU SELAFAZ JANJI YANG DIBERKATI

seuntai kata sebuah bicara..
pekat malam kian membuai mata..
hampir lena dibuai mimpi..
namun kugagahkan juga diri..
bagi berkongsi sebuah kisah diri..
bismillah..
salam pembuka coretan di sebuah warkah kusam milik sang perindu..perindu yang masih merindukan erti kasih dan sayang yang sebenar..yang masih mengintai harga sebuah cinta di sebalik sebuah tebok perasaan yang telah dibina tinggi menjulang ke langit ke tujuh..

ya si dara ini dahulunya pernah berulit kata bersama si teruna.. teruna yang penuh kata-kata manis dibibirnya.. setiap apa yang diperkatakan pasti bisa membuai perasaan si dara.. ahh..zaman percintaan memang megasyikkan.. lebih-lebih lagi apabila si teruna acap kali mengingatkan si dara pada diriNYA yang lebih berhak.. namun bukan segalanya lancar seperti apa yang telah dijajikan oleh teruna apabila si dara sudah dapat meghidu titis noda yang si teruna palitkan di atas kanvas cinta mereka..

terpukul..kecewa menguasai diri..namun si dara tetap tabah mengharungi segalanya.. tembok hati yang dibina semakin kukuh dan semakin tinggi menjulang ke langit biru.. sehinggakan tiada ruang lagi buat nafas cinta sang teruna..setelah tembok hati siap menjadi kubu, si dara mula melakukan provokasi terhadap si teruna.. sungguh dia sudah tidak mampu melihat kanvas cintanya menjadi mangsa contengan.. penuh dengan titik hitam yang berlagu suram..akhirnya si dara tekad memutuskan hubungannya dengan si teruna.. sungguh dia sudah penat menjadi sebuah watak tempelan dalam kisah cinta sang teruna dengan si gadis..

hari yang lebih baik..esok masih ada mentari yang akan menyinari hidup ini.. dengan izin allah semoga diberikan kepada si dara jodoh yang baik..tuan empunya rusuk kiri.. namun sayang.. setelah segalanya tamat si dara seakan bosan..serik untuk bercinta untuk kedua kalinya..mungkin lelaki itu sama.. si hidung belang yang tidak puas dengan apa yang dia ada..lantas si dara hanya memilih jalan untuk berkawan dengan sesiapa yang menghampiri..tidak membenarkan sesiapapun untuk meruntuhkan tembok hatinya..
waktu terus berlalu..sang sahabat mula bercerita tentang cinta..si dara hanya mampu tersenyum ceria berkongsi bahagia...tidak pernah bermimpi untuk memulakannya untuk sekali lagi..
mungkin pada orang si dara hanyalah seorang gadis yang tewas pada perasaan..takut untuk memulakan sebuah perasaan yang baru..

sungguh, si dara tidak gemar menyemai benih cinta di tanah gersang..tanpa sekolam kepastian buat benih cintanya untuk bersemi..si dara memerlukan seorang jejaka yang sudi menerimanya apa adanya.. meluahkan janji yang bukan dibibir cuma.. si dara menginginkan sebuah perhubungan yang berpanjangan.. yang berkekalan dan dirahmati allah hingga ke syurga, insyallah..

lengkapkan aku untuk menjadi isterimu yang solehah wahai sang empunya rusuk kiri..
jangan persiakan aku andai aku tidak seperti yang engkau impikan..
lengkapkan diriku agar aku dapat menjadi ketua bidadarimu di syurga nanti..
insyallah..

tanpa memulakan langkah pertama..si dara kini sudah mula merobohkan tembok hatinya.. menunggu  untuk disunting untuk dijadikan pelengkap hidup seorang suami.. 

semoga allah merahmati dan memperkenankan doa mereka yang berusaha untuk menjauhi segala bentuk zina.. insyallah..
sesungguhnya aku mencari LELAKI yang mampu menjadi IMAM untukku.
yang menitis air mata melihat kesakitanku ketika melahirkan zuriatnya.
lelaki yang membangunkanku untuk BERIBADAT bersama-sama di sepertiga malam..

kerana aku percaya seorang lelaki yang baik, pasti akan membimbing perempuan yang disayanginya agar menjadi lebih baik..Bukan menghanyutkannya..

till then
assalamualaikum..

0 comments: