~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Tuesday, June 26, 2012

ABAH SAYANG SAYA TAK?


bismillah..
ye, semalam hari bapa..dan aku sedar tentang hakikat tu..aku bukannya jenis manusia yang terlalu suka membazir.. macam sesetengah orang.. belikan hadiah setiap tahun semata-mata untuk sambut hari bapa, hari ibu, hari lahir, hari ulangtahun perkahwinan..*sigh*

yup.. aku dibentuk untuk menjadi seorang makhluk tuhan yang tidak mempunyai keinginan yang terlalu besar.. kebiasaannya aku sekadar mengidamkan sesuatu yang aku mampu membelinya menggunakan hasil titik peluh aku sekali.. tak pernah sesekali aku berkepit dengan mak atau abah, bodek diorang asalkan aku dapat apa yang aku idamkan..DSLR? itu yang paling aku idam-idamkan sejak 2 tahun lepas.. aku cuma mampu memendam perasaan cemburu apabila melihat teman-teman di sekeliling yang sudah berjaya memiliki gadget canggih seperti itu.. ya aku bukan anak orang berada.. abah cuma polis biasa.. mak pulak cuma suri rumah sepenuh masa.. buat masa ni, aku berjaya jugak lepaskan gian *bergambar* dengan  handphone.. bagi aku dah cukuplah buat masa ni.. dengan saiz poket aku, aku dah berjaya beli keperluan *nafsu dunia* aku dengan hasil duit gaji aku..

ye..insyaallah..kalau ada duit lebih, aku tak keberatan untuk memberi sedikit  daripadanya kepada mak dan abah.. diorang kan dah susah payah besarkan aku selama ni.. =)
aku agak lancang orangnya.. kadang-kadang aku nampak pendiam.. kurang berinteraksi dengan orang yang aku tidak kenal baik budinya.. aku suka lebih senang memendam.. tapi kadang kala aku rasa berterus terang itu lebih baik daripada membiarkan suatu masalah itu begitu sahaja.. orang yang bersalah itu tak tahu salahnya.. dan kita pula terus dibebani perasaan..*haha*

beberapa hari sebelum ini aku rasa aku dah sakitkan hati abah.. ye..kan aku dah cakap.. aku ni dah la lancang..walaupun aku rasa apa yang aku buat tu betul & untuk kebaikan semua..tapi, kan abah dah merajuk dengan aku lepas tu..  monyok memanjang je orang tua tu..langsung taknak pandang muka aku..aku pulak jenis manusia yang malas nak pujuk orang.. *nak merajuk, merajuklah..aku pun boleh merajuk jugak*

alah..mak kata perangai aku sebijik macam abah.. langsung tak ada beza.. mak cakap.. sebab tu la aku dengan abah tak serasi.. tak boleh duduk semeja berbual..*haha*dulu waktu sekolah memang aku keras-keras menafikan.. tapi bila dah matang sikit, baru aku perasan.. jadi abah tak boleh la nak marah aku sangat- sangat sebab *i'm a piece of an old block* 

semalam hari bapa.. mak pujuk aku untuk pujuk abah balik.. tapi aku kan egomaniac..mana aku nak ikut cakap mak..duit semua aku cempak tinggal abis kat rumah waktu pergi kerja tadi..aku cakap pada mak.. *taknak la aku..nak buat ape.. abah yang salah!*mak pujuk aku.. mak kata tak baik buat macam tu kat abah..*buruk-buruk pun dia bapak kau jugak*mak cakap lagi..jangan buat perangai keras kepala sangat..*abah tu kerja dia sekarang pun bawak pistol pergi mana-mana..jangan sampai menyesal tak pujuk dia..kau kan anak..*

hari tu abah memang ada kat kedai sebab dia standby malam..so aku chow kejap keluar..*hehe*ye aku pinjam duit mak dulu..aku beli kek kat keda kek..*mana pernah aku buat keje gila macam ni*aku tulis *HAPPY FATHER'S DAY" kat kek yang aku beli..dah sampai kat kedai, aku lalu jalan belakang..simpan kek dalam peti ais kat dapur..bila aku tengok kedai lengang sikit dah tak ramai orang datang..aku suruh mak jalan depan aku sambil aku jalan bawak kek belakang mak..*tadaa!!*aku cakap kat abah

*ape ni?kenapa ada kek?*

abah ni banyak soal pulak dia..potong je kek tu senyap-senyap tak boleh ke?ego runtuh ni aku yang pujuk dia dulu..ee..mana aci!!

*hari ni kan hari bapa..abah potong la kek tu*

abah macam terharu + excited..LOL~
abah panggil semua suruh berkumpul termasuk ira..

*ira..pakcik ni ayah ira tau..anggap macam tu ok..*

then dia potong kek tu..yup aku hadiahkan dia satu kiss kat pipi..*memang out of syllibus betul hari ni..malunye~~*
aku pandang ira..air mata dia dah bergenang je kat pipi.. ye akak tau ayah ira sakit.. akak tau ira tak larat nak tengok ni semua sebab ira mesti teringat kat ayah ira kan? akak simpati bila dapat tau doktor tak bagi harapan pada ayah ira..otak ayah ira dah kena jangkitan kuman.. tapi aku cuma mampu cakap macam tu dalam hati je..sebab aku tak mampu nak cakap depan dia..aku takut aku melalak.. dan aku takut nanti dia menangis sama.. kalau boleh aku nak buat dia happy tiap-tiap hari..sebab dia dah macam adik aku.. ='(

*hari ni hari bapa eh kak ain?*

  haah..sambil bawak kek ke depan

*untunglah akak boleh sambut..ira pun nak sambut la malam nanti lepas keje kat hospital*

aku cuma mampu senyum

 *tapi kalau ira sambut dengan ayah ira pun bukanya dia ingat ape-ape pun..ira pun dia tak kenal dah..* 

ye aku tau aku patut appreciate apa yang aku ada depan mata sekarang..masaalahnya..
abah sayang aku tak?


p/s : ayah ira dah meninggal 19 june  2012.. takziah.. Al-Fatihah untuk arwah..

p/s : tulis ni kat note fb je..lupe pulak nak update ni kat blog haritu hehe..sorry..

Monday, June 4, 2012

BEBEL 1.0

bismillah..
kadang-kadang aku rasa tepu..tak bermaya..terlalu lesu untuk menghadapi hari esok..kalau boleh aku teringin sangat nak cakap..
"please..bagi aku ruang...aku nak rehat..!!seminggu pun aku dah boleh kata more than enough.."

mungkin aku dah penat..
penat melayan karenah manusia yang macam-macam..kalau boleh aku nak nikmati hidup aku seadanya sebagai   teenager yang *tahun terakhir ni!!* bebas untuk buat ape je yang aku suka..hang out dengan kawan-kawan..tak payah fikir masalah business,family,negara..dan yang aku tau masa tu cuma enjoy..tapi yang berpada la..

enjoy dalam erti kata yang sebenar bukanlah macam melepak ala-ala budak bus stand kat diorang punya favourite mall or something..tapi enjoy dalam erti kata yang *adults teringin nak buat*!
ye memang..
hidup aku ni boleh dikatakan bosan sebab hari-hari aku terperuk kat dalam kawasan yang sama..tak ada perbezaan dari apa-apa segi..
 
"ahh, ain kalau ye pun kau bosan..bosan2 kau pun dah ada kerja...dah pegang duit sendiri"

memang..ada betulnya jugak..tapi kalau kerja sampai 6 hari seminggu non-stop aku pun bosan..and yes..aku terperuk dalam area RUMAH-KEDAI-RUMAH..!*aku rasa terkurung*
*sigh*
kadang-kadang ada jugak aku terfikir..bagus kalau aku berteman..ada orang care...ada teman nak bercakap..tapi bila aku fikir-fikir balik,aku terus jadi takut..aku macam tak sedia lagi untuk di kongkong.. that special something will come later.. aku takut dan aku cepat rimas kalau-kalau teman aku tu terlampau caring sampai aku takde masa untuk berangan tentang diri sendiri..haha..ok aku cepat panik..entahlah..aku pun taktau bila masanya akan tiba..*ye aku tau masa tu berjalan seiringan dengan umur aku* bagi aku fikir dulu k?kalau dah sampai masanya berteman jugak aku..insyallah..wee~

kadang-kadang aku rasa yang setiap air mata tu ibarat magic yang boleh melupakan aku terhadap sesuatu..
dan boleh megeraskan hati aku jugak..
ye..kadang-kadang orang selalu merungut kalau nampak orang perempuan menangis..katanya cengeng..
tapi aku boleh dikatakan jarang-jarang menangis..tapi itulah hakikat..
kadang-kadang aku takut nak menangis..sebab aku takut aku missed part pnting dalam hidup aku..memori tu akan lesap bersama tangisan..*itu anugerah tuhan pada aku dan aku bersyukur*
tapi aku selalu jugak ingatkan pada kawan-kawan aku.. please,jangan buat aku kecewa dengan sikap diorang yang cuma akan buatkan aku menangis..yup..memori yang manis akan lesap..hati aku akan jadi keras dan semakin keras untuk terima diorang balik dalam hidup mengikut kekerapan aku menangis..
haha..ye..aku pun dah penat..sekurang-kurangnya anugerah allah pada aku ni ada jugak manfaatnya kan?


aku pernah ada sepupu sebaya dengan aku.. yang rapat..dan ada something yang jadi.. yang aku tak patut ceritakan pada sesiapa.. it was a sadcase bila hubungan kitorang terus jadi dingin..ye kalau sebelum ni semua orang kenal dengan kitorang tau yang kitorang takkan boleh berenggang kalau dah berjumpa..
yup..i missed that time the most..dan aku rasa aku dah tak patut tinggalkan dia sorang-sorang lagi.. mungkin dah cukup rasa kosong tu mendera dia.. mungkin aku patut cakap yang i misses her company too...semua orang buat silap kan?*yeah but not everyone do that kind of mistake twice*


ok dah banyak aku bebelkan ni..
time to sleep..night2 peeps..
till then, assalamualaikum..^^

p/s : seronok tak kalau suami kita tu mualaf?humm..interesting kan??lol~