~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Tuesday, July 31, 2012

ADE YANG DAH PONTENG PUASA TAK?lol~


Sunday, July 29, 2012

AWAK SAKIT?BERSABARLAH..


Apabila seorang hamba ALLAH jatuh sakit, ALLAH akan utuskan 4 orang maLaikat :

✦ Malaikat pertama akan mengambil selera makanan.
✦ Malaikat kedua akan mengambl rezeki.
✦ Malaikat ketiga akan mengambil kecantikan wajah (muka pucat).
✦ Malaikat ke empat akan mengambil dosanya.

ApabiLa sampai waktu yang ALLAH tetapkan untuk hamba-Nya supaya kembali sihat, ALLAH akan menyuruh malaikat pertama, kedua dan ketiga supaya memberi balik apa yang diambil oleh mereka. Tetapi ALLAH tidak menyuruh malaikat keempat supaya memberi balik dosa hamba-Nya tersebut. .

# Lihatlah bertapa sayangnya ALLAH terhadap kita, tapi kita tidak mengetahuinya.. Bersyukurlah dgn apa yg kita miliki sekarang, dan jangan sesekali lupa pada-Nya.. ♥ ALLAHU AKBAR ♥

Saturday, July 28, 2012

SUBHANALLAH!

KISAH IKTIBAR DI PENJARA SG. BULOH.

Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sg. Buloh.

Sebuah kisah benar. 

Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pd banduan2 di sana...

Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan menceritakan pd beliau tntg seorang banduan yg bernama AMIN....

iaitu ketua kumpulan Al-Mau'una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong.

Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Apa yg menarik ialah peribadi si Amin ini.

Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain.

Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.

Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum.

Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.

Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi.

Dia digantung pada subuh pagi jumaat.

Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok.

Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.

Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal,
solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.

Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung.

Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.

Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.

Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti
menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan.

Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat
pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.

Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung.

Tangan spt org dlm solat di jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir.

Subhanallah. ......... mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung... ...

Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya yang soleh dan sentiasa bertaubat.

Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.

Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

P/S: Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi.

Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sgt banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, “Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya.”

Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya tetesan air dari bibir tempat air.

WALLAHU A'LAM,

SHARE KEPADA DUNIA BETAPA ALLAH SANGAT MENYAYANGI HAMBANYA YANG SOLEH!

Thursday, July 26, 2012

BEBEL 3.0

bismillah..

tak berapa hari lepas aku baru je ulang baca buku Jaja & Din..
yup.. buku tu dah lama jugak la.. but seriously, takde la klise macam buku-buku yang lain..
yang tau endingnya mesti semua orang gembira.. cerita yang langsung tak merangsang minda..
cuma hiburan through and through..
aku lebih suka baca buku-buku dari penulis yang bawa jalan cerita yang fresh..
*sigh*
tapi susah kan?
dari buku Jaja & Din ni.. aku mula terfikir..
dari segi pekerjaan memang sungguhlah kita kena berhati-hati..
even syarikat pengiklanan pun boleh buatkan saham neraka kita melonjak tinggi..
bukannya semua barangan kita boleh promote untuk orang beli kan..
kita orang islam mestilah ada halal dan haramnya..
*enough said*

p/s : kalau fikir-fikirkan balik, fashion designers lagi la teruk kan? lagi-lagi kalau pakaian yang seksi-seksi yang diorang reka tu popular dan dipakai juga oleh orang islam..tak ke naya..

Monday, July 23, 2012

SIKSA NERAKA

Peristiwa Mi’raj rasulullah telah diperlihatkan siksaan azab neraka antaranya:

1. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya .

2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk . Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)

3. Wanita berkepala seperti babi , badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta .

4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri . Balasan wanita yang menggoda dan menghairahkan lelaki .


5. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka . Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur kepada orang ramai .


6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya . Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.


7) Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar . Balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin .


8. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya . Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat .


9. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut . Balasan orang yang makan harta anak yatim .


10. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya . Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia .

Sunday, July 22, 2012

BEBEL 2.0

bismillah...
kusut3....ahhh... kenapa la kusut sangat ni..
dalam masa sebulan je aku akan tinggalkan rumah..
for something good.. memang worth it..
tapi gaya aku kusut tu memang sebijik macam waktu nak pergi matrik dulu..
tapi sekarang rasanya lebih lagi kot..huhuhu~
semua urusan belum settle..
duit lagi.. RM1800 ++... bukan sikit ok..*kesian mak*
PTPTN.. medical check up.. buat acc bank..
semuanya buat aku nervous...ngaaa...
semuanya kena buat sendiri kali ni..
after all aku memang bersyukur sebab allah bagi aku peluang untuk further study..
dalam bidang yang aku nak pulak tu.. alhamdulillah..
tak macam orang lain yang tak bernasib baik..
dapat kos lelong..
pity them..
tapi kira ok la dari tak dapat mana-mana langsung kan..
so korang patut bersyukur ok..
buat beberapa hari ni..
aku rasa aku patut kerja..
then beli sikit2 apa2 keperluan yang aku nak pakai kat sana nanti..
melaka-perlis bukannya dekat ok..
beg, kasut, baju, keperluan asas..
semuanya dah kena beli sikit-sikit..
tak boleh harap duit mak abah..
diorang ada banyak tanggungan lain..
so, aku kena kerja n guna duit sendiri...
for good.. dan insyallah aku takkan menyesal lagi macam dulu..
may allah bless...
amin..
doakan aku..
assalamualaikum..


KELEBIHAN BULAN RAMADHAN


KELEBIHAN BULAN RAMADHAN
Ramadhan adalah bulan yang mulia yang padanya ada kebaikan dan keberkatan. Allah dan Rasul r telah menjelaskan kelebihan bulan ini, antaranya :
1. Bulan yang diturunkan padanya Al-Quran :
Allah berfirman :
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْه ﴾ ﴿
Maksudnya : ” Bulan ramadhan, bulan yang diturunkan padanya (permulaan) Al-Quran sebagai
petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara haq dan
batil), barang siapa antara kamu yang hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah
dia berpuasa pada bulan itu..” [Al-Baqarah : 185]

2. Bulan yang padanya ada Lailatul Qadr :
Allah berfirman :
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ ﴾ ﴿
Maksudnya : ” Sesungguhnya, kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada lailatul qadr. Dan tahukah kamu apakah lailatul qadr itu? Lailatul Qadr itu adalah lebih baik dari seribu bulan ” [Al-Qadr : 1-3]

3. Bulan yang padanya dibelenggu syaitan, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka
Nabi r bersabda :
[ إذا جاء رمضان ؛ فتحت أبواب الجنة، وغلقت أبواب النيران، وصفدت الشياطين ]
Maksudnya : ” Apabila tiba ramadhan; telah dibuka pintu-pintu syurga, telah ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan ” [HR Al-Bukhari : 3277, Muslim : 1079]

C. KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

1. Puasa di Ramadhan menjanjikan pengampunan dosa :
Nabi r bersabda :
[ من صام رمضان إيمانا و احتسابا، غفر له ما تقدم من ذنبه ]
Maksudnya : ” Barang sesiapa yang yang berpuasa ramadhan kerana didorong oleh iman dan
mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu ” [HR Al-Bukhari : 38, Muslim : 175]

2. Puasa di Ramadhan menjanjikan syurga :

Nabi r bersabda :
[ من آمن بالله وبرسوله وأقام الصلاة وصام رمضان كان حقا على الله أن يدخله الجنة ]
 Maksudnya : ” Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, dan mendirikan solat, dan
berpuasa di bulan ramadhan, maka telah layak baginya untuk dimasukkan oleh Allah ke dalam syuga “
[HR Al-Bukhari : 2637]

Saturday, July 21, 2012

NERAKA JAHANAM

Kisah neraka Jahannam

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.

Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah."

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah s.w.t. dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras." Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.



SUMBER : Fb

Thursday, July 19, 2012

RAMADHAN

bismillah..
puasa dah tak berapa hari lagi kalau nak dikira dengan jari.. dah prepare ke kita? dah sedia ke kita secara mental dan fizikalnya untuk menyambut bulan yang penuh dengan keberkatan ni..?? aku harap sangat kalau aku dapat manfaatkan masa bulan ramadhan untuk tahun ini seperti ramadhan yang terakhir buat diri aku.. kenapa? takde jawapan specific yang boleh aku berikan.. kalau boleh aku nak dapatkan CINTA dalam erti kata yang sebenar..  aku nak dapatkan KASIH SAYANG yang sebenar.. yang manusia sendiri tak boleh bagi pada aku.. dan aku harap aku dah bersedia.. insyallah.. moga-moga saudara-saudara seislam aku yang lain juga begitu.. aku harap sangat supaya Allah dapat bukakan hati mereka-mereka yang telah lalai seperti aku selama ini untuk kembali bertaubat di bulan mulia Ramadhan..

satu-satunya bulan yang pahalanya berlipat ganda dari bulan-bulan yang lain.. kelebihan bulan ramadhan ni, mungkin aku akan update pada entry yang lain..insyallah..
dan apa yang penting pada bulan ramadhan, semua sepupu sepapat kepada datok moyang iblis semua dah kena ikat.. jadi, pada bulan puasa kita hanya perlu berlawan dengan nafsu kita sendiri sahaja..


haha..yang sedia maklum bulan puasa ni bukannye bulan pesta makanan ok.. teringat waktu sekolah dulu.. bila ditanya pada kawan-kawan sekolah yang berbangsa india dan cina, katanya mereka seronok pada bulan puasa.. sebabnya cuma satu.. tiap-tiap petang pasti ada bazar ramadhan yang menjual pelbagai juadah berbuka puasa.. patut la diorang pun sibuk bertanya pada aku.

"ain, bila puasa eh?"

"ain, puasa lagi seminggu kan??"

"ain, saya dah tak sabarlah nak tunggu bulan puasa.."

haha..macam-macam ragam..tapi alhamdulillah.. waktu kat sekolah dulu, student india dan cina masing-masing menghormati orang berpuasa.. tak pernah aku nampak diorang makan atau minum depan aku.. alhamdulillah syukur. no wonderlah malaysia boleh aman walaupun pelbagai kaum yang hidup bersama dalam sebuah negara.. serumpun kata orang.. =)
waktu dulu kecik-kecik, aku excited sangat kalau nak raya.. tapi bila dah besar tonjang macam ni pada aku raya tu takdelah besar sangat maknanya berbanding Ramadhan.. setuju kan?

anyways, satu je ucapan dari aku untuk korang..
selamat menyambut Ramadhan dan semoga hidup korang sentiasa dirahmati Allah..
insyallah..dan, assalamualaikum..^^

Wednesday, July 18, 2012


KEPADA MUSLIMAH2.. KHAS UNTUK KORANG

# UJIAN SUKA2 ORANG BERTUNANG..

Bagaimana nak tahu tunang lelaki anda betul2 BERIMAN@BERTAQWA, mudah sahaja caranya.

Pertama korang kena pastikan lokasi tempat tinggal pasangan korang, adakah mereka berada di Sabah? Terengganu? Atau di mana2 sahaja, lepas tu sila rujuk lokasi mereka dengan jadual waktu solat dengan klik pada web web Islamic..

Ok, sekarang, lepas 5 minit masuk waktu solat di lokasi pasangan anda berada, cuba telefon (atau suruh muhrim telefon) dan dengar jawapan pasangan anda. Jika:

Jawapan A: Rindu kat abang ke? Sedang buat apa tu, kitapun rindu kat awak.

Jawapan B: Saya baru nak makan, awak dah makan?

Jawapan C: Saya baru nak tidur, terima kasih telefon saya kerana nak teman saya tidur.

Jawapan D: Saya baru nak solat, awak uzur ke? Telefon lagi 15 minit, insyallah.

Jawapan E: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS, “saya solat tadi.. Kenapa?”

Jawapan F: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS: “Salam awak, maaf jangan col saya masa waktu azan, saya menunggu waktu solat masa tu...”

Jawapan G: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS: “saya solat di masjid tadi, jika mahu bincang pasal kahwin saya akan call sekarang, jika tiada apa2, baik SMS ajelah..”

Dah selesai hubungi tunang anda selepas 5 minit azan selama tiga hari berturut turut?..

******
Beikut adalah KEPUTUSAN kepada ujian telefon 5 minit selepas azan di atas:

Jika jawapan A:
Sah belum sempurna iman tunang kau, sebab solat lengah2 dan tak rasa bersalah pun, sebaliknya ghairah nak bercakap tentang cinta dan kasih sayang, jap lagi kalau dilayan, akan cerita dalam kain lah tu, astaghfirullahal ‘azim..

Jika jawapan B:
Belum jelas jugak akan tahap iman tunang awak, sebab makan dulu baru solat, mungkin tunang akan cakap, saya jika tak makan, nanti solat tak khusyuk, tapi jawapan orang2 yang beriman, saya tak boleh nak khusyuk untuk makan sebab teringat pada solat..

Jika jawapan C.
Ni lagi sekor, dah azan pun nak tidur dulu? Memang naya dapat tunang macam ni. Putuskan aje!

Jika jawapan D:
Alhamdulillah, ada ciri2 orang beriman. Kan sedap ‘bunyi’nya…kan?

Jika jawapan E:
Alhamdullilah, lagi bagus dari D, sebab SMS sahaja, jaga aurat, jaga adab, jaga akhlak. Tahniah!

Jika jawapan F dan G: Markah penuh! Sangat sesuai dijadikan suami.
,,,,,,,,,,,

P/S : Ermm, sila telefon waktu haid, sebab lepas azan 5 minit masih sempat telefon tunang, itu tanda kau pun ada masalah iman. Dua2 hampeh..hehee



sumber : fb

DUNIA

pernah tak kau rasa takut untuk melangkah ke satu dunia yang baru.. dunia yang asing bagi diri kau.. padahal  bila kau tengok sekeliling, orang lain dah jauh berbatu tinggalkan kau.. dan bila kau tengok diri kau sendiri kau dapat rasa kekosongan tu.. kau cuba senyum bila tengok orang lain yang nampak bahagia depan kau.. buat muka pura-pura bahagia depan mereka.. tapi pada hakikatnya kau sedar yang kau masih lagi terkapai-kapai seorang diri.. terus kau lihat refleksi diri dari dalam cermin.. kau masih kosong.. kau perlukan sesuatu untuk isikan kekosongan yang dah kau ciptakan.. kau perlu tamatkan apa yang kau dah mulakan.. tapi kau melangkah satu tapak ke belakang.. nyata, kau masih belum bersedia untuk menghadapi kenyataan.. umur kau makin bertambah.. dan benda tu tak salah.. tapi sebenarnya bukan itu yang kau takutkan.. kau takutkan sesuatu perhubungan yang rapuh.. bukan teman lelaki yang kau harapkan.. tapi teman hidup.. lelaki yang bernama suami.. manusia yang takkan mempermainkan perasaan kau sewenangnya.. membimbing kau apa adanya.. *sigh* nyata kau masih belum bersedia.. kau nyata trauma.. sebab bagi kau cinta ni bukannya satu perjudian..


p/s : bukan ke orang yang bercinta ni IQ dia rendah...?

Monday, July 9, 2012

=0


kalau kita tak suka kita boleh ignore kan? aku cuma boleh buat dengan perbuatan. bukan percakapan.. maaf..

SOROKKAN, SELAGI MAMPU

bismillah,

pernah tak kadang2 kita rasa macam kita tak patut luahkan sesuatu tu semata-mata nak jaga hati orang but at last orang yang kita nak sangat jaga hati dia tu langsung tak pernah terlintas pun nak jaga hati kita.. berbaloi ke sebuah persahabatan kalau takde give and take.. ok.. aku mungkin emo.. but, ok homosapiens semua..aku pun manusia ok.. yang ada perasaan.. so janganlah layan aku macam batu..ye dak?

*well i'm currently in the mood of "taknak menulis"*

sorry kalau korang ada rasa macam blog aku ni memang tak layak untuk difollow sebab banyak cerita yang berulang2..FYI, itulah kehidupan seharian aku yang aku patut terima seadanya..

thanks sebab sudi baca..walaupun korang rasa macam ..
"hey,budak ni memang buang masa aku je la jejak blog dia"
sorry again..

assalamualaikum..n tc <3