~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Wednesday, July 18, 2012

DUNIA

pernah tak kau rasa takut untuk melangkah ke satu dunia yang baru.. dunia yang asing bagi diri kau.. padahal  bila kau tengok sekeliling, orang lain dah jauh berbatu tinggalkan kau.. dan bila kau tengok diri kau sendiri kau dapat rasa kekosongan tu.. kau cuba senyum bila tengok orang lain yang nampak bahagia depan kau.. buat muka pura-pura bahagia depan mereka.. tapi pada hakikatnya kau sedar yang kau masih lagi terkapai-kapai seorang diri.. terus kau lihat refleksi diri dari dalam cermin.. kau masih kosong.. kau perlukan sesuatu untuk isikan kekosongan yang dah kau ciptakan.. kau perlu tamatkan apa yang kau dah mulakan.. tapi kau melangkah satu tapak ke belakang.. nyata, kau masih belum bersedia untuk menghadapi kenyataan.. umur kau makin bertambah.. dan benda tu tak salah.. tapi sebenarnya bukan itu yang kau takutkan.. kau takutkan sesuatu perhubungan yang rapuh.. bukan teman lelaki yang kau harapkan.. tapi teman hidup.. lelaki yang bernama suami.. manusia yang takkan mempermainkan perasaan kau sewenangnya.. membimbing kau apa adanya.. *sigh* nyata kau masih belum bersedia.. kau nyata trauma.. sebab bagi kau cinta ni bukannya satu perjudian..


p/s : bukan ke orang yang bercinta ni IQ dia rendah...?

0 comments: