~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Thursday, July 19, 2012

RAMADHAN

bismillah..
puasa dah tak berapa hari lagi kalau nak dikira dengan jari.. dah prepare ke kita? dah sedia ke kita secara mental dan fizikalnya untuk menyambut bulan yang penuh dengan keberkatan ni..?? aku harap sangat kalau aku dapat manfaatkan masa bulan ramadhan untuk tahun ini seperti ramadhan yang terakhir buat diri aku.. kenapa? takde jawapan specific yang boleh aku berikan.. kalau boleh aku nak dapatkan CINTA dalam erti kata yang sebenar..  aku nak dapatkan KASIH SAYANG yang sebenar.. yang manusia sendiri tak boleh bagi pada aku.. dan aku harap aku dah bersedia.. insyallah.. moga-moga saudara-saudara seislam aku yang lain juga begitu.. aku harap sangat supaya Allah dapat bukakan hati mereka-mereka yang telah lalai seperti aku selama ini untuk kembali bertaubat di bulan mulia Ramadhan..

satu-satunya bulan yang pahalanya berlipat ganda dari bulan-bulan yang lain.. kelebihan bulan ramadhan ni, mungkin aku akan update pada entry yang lain..insyallah..
dan apa yang penting pada bulan ramadhan, semua sepupu sepapat kepada datok moyang iblis semua dah kena ikat.. jadi, pada bulan puasa kita hanya perlu berlawan dengan nafsu kita sendiri sahaja..


haha..yang sedia maklum bulan puasa ni bukannye bulan pesta makanan ok.. teringat waktu sekolah dulu.. bila ditanya pada kawan-kawan sekolah yang berbangsa india dan cina, katanya mereka seronok pada bulan puasa.. sebabnya cuma satu.. tiap-tiap petang pasti ada bazar ramadhan yang menjual pelbagai juadah berbuka puasa.. patut la diorang pun sibuk bertanya pada aku.

"ain, bila puasa eh?"

"ain, puasa lagi seminggu kan??"

"ain, saya dah tak sabarlah nak tunggu bulan puasa.."

haha..macam-macam ragam..tapi alhamdulillah.. waktu kat sekolah dulu, student india dan cina masing-masing menghormati orang berpuasa.. tak pernah aku nampak diorang makan atau minum depan aku.. alhamdulillah syukur. no wonderlah malaysia boleh aman walaupun pelbagai kaum yang hidup bersama dalam sebuah negara.. serumpun kata orang.. =)
waktu dulu kecik-kecik, aku excited sangat kalau nak raya.. tapi bila dah besar tonjang macam ni pada aku raya tu takdelah besar sangat maknanya berbanding Ramadhan.. setuju kan?

anyways, satu je ucapan dari aku untuk korang..
selamat menyambut Ramadhan dan semoga hidup korang sentiasa dirahmati Allah..
insyallah..dan, assalamualaikum..^^

0 comments: