~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Saturday, October 27, 2012

TAK HABIS FIKIR DIBUATNYA~

bismillah..
assalamualaikum semua..kau sihat?aku sihat alhamdulillah..

aku baru je memjejakkan kaki ke kampung halaman kelmarin..gila rindu la kat melaka kan..nak jumpa family lagi..tapi serious la aku macam terkejut jugak bila aku balik rumah, aku nampak macam-macam yang ada kat ruang tamu tu..katil..wheelchair,tongkat bagai.. yang lagi takley blah aku nampak mak aku duduk atas katil tu dengan kaki yang terpacak dengan besi..and i'm just like.."what happen?"

frankly speaking,mak and ipan accident lepas hari jadi mak haritu..aku rasa macam tertipu gila kot!!
semua orang tau pasal ni except aku..ok fine..rasa terpinggir..macam i'm not the part of the family.. =(
konon la taknak bagi aku sedih bagai..taknak bagi aku rasa risau..*alasan ni memang aku takleh terima ok!*
hak aku la untuk tau kalau mak sakit ke tak kan..jadi apa masalahnya sampai nak sorok2 ni..
well yeah, aku belajar jauh kat ceruk perlis nuun..tapi please la..jangan la treat aku macam ni sekali..
konon mak cuma hypertension..kau tau tak kalau sorok-sorok..taknak bagitau apa yang jadi sebenarnya lagi la aku risau kot..fikir macam-macam..*memang jatuh ego habis la waktu aku menangis dalam bas dari muhibah-wang ulu sebab mak still nak sorok apa yang jadi sebenarnya dari aku..
aku paling meluat kalau orang berdalih ngan aku...geram..tension..sedih..semuanya blend sama rata lagi-lagi bila orang yang aku sayang buat macam tu kat aku..

ok..bukak satu lagi cerita yang buatkan aku geleng kepala semalam..
aku mulakan intro cerita aku dengan CIK,ADA BEZA ANTARA KAWAN DAN KEKASIH..
i've been enough treated like an idiot yesterday..
cik,awak tau tak yang kawan dan kekasih tu banyak bezanya??
and seriously,aku takde perasaan sikit pun kat tunang kau tu..
apetah lagi nak rampas..so please behave depan aku..takyah nak jelez bagai..
*sangat childish ok..


semalam lepas call..aku dapat tau yang so called anak angkat kepada mak aku ni demam..and dia merengek-rengek konon macam lapar sangat kat aku semalam..and mak pulak dengar perbualan antara aku dengan dia sebab aku buat loudspeaker..yang mak ni pun jenis yang takboleh dengar yang kalau ada budak-budak yang baya anak dia tu lapar ke hape ke..memang dia extra care..pada mulanya memang aku sndiri ingat yang mak main-main je nak suruh aku hantarkan makanan kat laki tu..tapi rupa-rupanya mak serious..

jadinya...sebagai seorang anak yang patuh..ecece~
aku pun bersiap ala kadar then terus ajak ipan gi temankan aku hantarkan lauk yang tak seberapa tu kat dia..
kata lapar sangat kan tadi..at first memang aku rasa berat hati pun nak tolong hantarkan makanan tu kat dia...tapi amanah mak kan..so nak taknak kena la buat jugak..
sampai je depan rumah dia aku call..weh seriously aku tak penah jumpa ngan so called anak angkat mak ni secara face to face..kalau pernah pun sekali dulu..and oleh sebab aku rasa dia ni tak bawak watak penting dalam hidup aku..lagi la aku tak pernah nak ingat muka dia..

*and dia angkat fon call tu..ada kat bawah je dia..and ok..tunang dia pun ada kat situ jugak..tengah menonggeng2 cari barang kat dalam kereta...tetiba teringin nak tengok muka tunang dia tu..haha..but nvm..barang yang dia cari tu lagi penting kot..

aku suruh la ipan bagi plastik makanan tu kat laki tu..dah selesai dah satu tanggungjawab aku..tapi bila aku nak balik laki tu pulak tahan aku..bersungguh-sungguh nak kenalkan aku ngan tunang dia tu..and i'm just like "ok..x kesah"

tapi lama kot si laki ni panggil-panggil tunang dia..and that girl dah macam dia punya kepala dah tersekat kat dalam kereta tu..takyah nak cakap pun aku sendiri boleh baca yang actually dia malas nak layan laki tu konon nak kenalkan aku ngan dia..that girl cuma keluar bila si laki ni cuit badan dia..
"ni abang nak kenalkan ni..ni ain anak cik wahid"
aku cuma senyum at first..sebab sepatutnya that girl yang hulur tangan nak salam ke ape ke ngan aku kan..
tapi langsung dia tak buat macam tu..and i just give a warm smile and said.."assalammualaikum..hi.." sambil hulurkan salam kat that girl..dan dia pulak macam nak taknak je sambut salam aku..k fine.aku tak kisah..takde kaitan dengan hidup aku..bukannya aku nak jumpa lagi ngan dia pun..

that girl mula pandang aku atas bawah and said..oh..ni la ain yang kat facebook tu eh?lainnya muka?(ayat yang dia keluarkan memang ada nada cemburu) dan aku macam.. "huh?" benda ape la yang diorang berdua ni bebel depan aku?memang rasa tak diperlukan lagsung kat situ masa tu..
"facebook mana ni?"laki tu cakap..
"habis yang ain tu sape?"gurl tu balas balik..
"eh mana ada lah.."

serious aku rasa macam serba salah je kat situ..*ok aku tau la aku dah gelap sebab kena pangang hari-hari kat perlis sana nuun..bhahaha..
"emm..uhh..ain balik dulu la ek?"
laki tu pandang muka aku n senyum kelat..(aku dapat baca kat muka dia yang segan dengan perangai tunang dia..)
dia ikot aku jalan and konon-konon cakap dengan ipan..
"ni adik yang accident haritu ek?camne?ok dah?"
aku dah dalam 1 meter radius dari diorang..
"ipan jom?"
"k la ain..t kirim salam dekat mak..cakap terima kasih la untuk ni ek..susah-susah je hantarkan.."masih dalam senyuman serba salah

waktu nak jalan balik tu boleh aku tilik balik apa yang aku pakai..
kulit tanned *check*
seluar selekeh *check*
tee lusuh + cardigan *check*
kasut ipan yang bapak besar kat kaki *check*
muka x berbedak *check*

fikir-fikir balik kusut jugak aku..entah apa tah yang dia nak jeles ngan aku..selekeh je kot..
nak kata aku melendet-lendet tunang dia tu takde la pulak..berdiri pun dalam sedepa tu hah..memang jaga jarak sungguh..cakap pun macam gaya cakap ngan member-menber..bukan gaya ayu bagai..
kalau aku ada hati kat tunang dia..for sure la aku macam cover ayu depan laki tu..pakai baju yang ok..bukan selekeh macam tu..keluar rumah pun dengan bedak bagai..cakap ngan laki tu pun dengan gaya lemah lembut..bukan cara brutal tak berperasaan..*yeke?*
intercommunication skill perempuan tu memang sangat fail..tak professional dalam berhadapan dengan situasi macam tu..tak pandai baca keadaan..hadoo..tu je yang aku boleh cakap..

i felt sorry for that guy..and i feel ashame dengan perangai perempuan tu(sebagai seorang perempuan)..
she should be proud..sebab laki tu sanggup nak kenalkan dia dengan aku..*setiap perbuatan manusia tu ada mesej tersendiri..takkan la kau nak suruh aku ajar kau macam mana nak baca body language kot?

aku respect laki tu (kalau aku ni di tempat tunang dia) sebab nak kenalkan dengan aku sebab laki tu nak make it clear between them..tu yang laki tu cuba nak sampaikan..tapi maksud tak sampai sebab perasaan jeles pompuan tu..
mesej yang tersembunyi = "dear fiance,i dont have any special feeling or special relationship towards this girl"


nasib badan..memang aku dilahirkan sebagai seorang manusia yang senang mesra dengan orang..senang diajak berbual..senang orang nak share pape ngan aku..

*mentaliti dan cara seseorang manusia itu berfikir yang buatkan sesuatu masalah tu jadi lebih baik atau jadi lebih buruk..kematangan dalam membuat sesuatu keputusan dan matang ketika berfikir tu sangat perlu.. jangan sampai orang keliling cop kau ni ortodoks giler.. berfikiran sempit atau duduk di takuk lama..

belajar tinggi-tinggi or ada harta yang menimbun tak bermaksud kau kena sombong..ingat asal usul..kalau kau x berasal dari keluarga susah..mungkin mak bapak kau..or atok nenek kau pernah merasa hidup miskin dan tak berpelajaran sebelum ni..

siapa cakap apa yang kita belajar di universiti, sekolah atau di kolej dulu kita tak boleh pakai dalam kehidupan seharian..cuba kau kupas sesuatu permasalahan tu dari sudut yang berbeza..sebenarnya cara kita menyelesaikan masalah atau berhadapan dengan masalah tu yang mematangkan pemikiran kita..

belajar teknik bersosial dengan betul..dari situ..kita boleh belajar macam mana nak deal dengan orang.. macam mana nak tengok peribadi seseorang.. macam mana nak jaga sensitiviti orang.. bukannya redah melulu tak bagi salam kiri kanan..


change people..and please..
JANGAN LUPA DARATAN..

p/s : banyaknye aku meluah..oppss~

till then..
assalamualaikum =)