~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Saturday, December 21, 2013

Gadis itu memandang aku sambil tersenyum lembut..

"daddy pernah tanya soalan tu kat orang dulu.."

"then?"

*dia tersenyum..*

"waktu tu orang tak dapat jawab soalan tu.."

"sekarang ni?"

*dia kembali mengulum senyum bila soalan yang selurus itu aku ajukan padanya..*

"sekarang ni orang dah tau dah jawapan dia.."

"apa dia?"

"yelah..awak tu yang tak jawab lagi soalan orang..kenapa awak rasa awak perlukan lelaki dalam hidup awak?"

*aku masih jungkitkan bahu seperti tadi..mencebik sebagai tanda aku tidak tahu apa jawapan kepada soalan tersebut*

"takkan tak tahu kenapa?"

"entahlah..orang rasa soalan tu sendiri macam terlalu kompleks untuk orang jawab..macam mana nak cakap kalau orang sendiri pun takde jawapannya?"

"kalau dalam banyak-banyak kawan lelaki awak yang awak keluar..orang rasa orang rasa sangat selamat kalau keluar dengan dia..dengan pakwe orang sendiri..tapi orang tak tau la kalau awak.."

*aku tersengih..menunduk seketika..yeke??"

"jadinya bila dad tanya macam tu kat orang..baru orang tau jawapannya.."

"protection..rasa selamat kan??"

"yup exactly"

*tapi pada aku..belum cukup selamat...
belum cukup protection yang dapat dia bagi kalau dia sekadar "kawan lelaki"..
sebab yang ketiga tu sentiasa ada untuk sesatkan anak-anak adam..
Tapi kalau suami..yang nak dikaitkan dengan isu protection bagai ni..
itu memang aku setuju..
sebab itu adalah salah satu fungsi suami jugak..

sebagai pelindung..



Saturday, December 14, 2013

Hidup ini..tak semuanya indah..
Kadang-kadang kita disogok dengan pelbagai benda yang akhirnya membuatkan kita lalai..
Hidup ini bukan mudah.. Bukan seenteng manifesto yang kau luahkan..
Dan akhirnya..di penghujung kata apa yang kau dapat lihat hanyalah dusta yang jatuh bertimpa..
Hidup ini satu perjuangan..
Perjuangan untuk sentiasa berada diatas..
Perjuangan untuk kekal berada di zon selamat..
Perjuangan dalam mengenal harga diri..
Dan perjuangan dalam mempertahankan iman..
Yang kadang kala kita tidak sedar..
Iman yang semakin rapuh saban hari..
Dimamah kelalaian.. kerana mata acap kali butakan dengan rasa lesu dengan kesibukkan dunia..
Malu untuk mengaku..
Tapi pada hakikatnya itu adalah aku..
Aku sudah gagal..
Gagal sejak dari garisan permulaan lagi..
Tapi aku tetap teruskan..
Walaupun aku sangat sedar tiang yang aku bina tidak sesempurna tiang mereka..
Tapi pada hakikatnya..
Itulah aku..aku yang perlu sentiasa diingatkan..
Aku yang perlu selalu diberitahu untuk melakukan yang wajib..
Aku yang sering lalai dengan kerja dunia..
Aku yang selalu leka dengan alam duniawi..
Aku yang telah tersasar dari persimpangan yang hakiki..
Aku yang hanya mengharap ihsannya dikala susah menghimpit diri..
Aku..aku yang sombong dengannya..walaupun diri tidak sesempurna mana..
Tunduk..lesu..aku tekurkan pandangan ke tanah..
Ya..aku sedar..sampai nanti satu saat..
Aku juga akan hilang..sebati..menjadi debu di bumi tuhan..
Bukan pada manusia aku patut malu..
Tapi pada sang pencipta yang sentiasa memerhati setiap perbuatanku..
Kalimah itu aku ucap perlahan..
Berkali-kali hingga bibir terasa basah..
Aku tunduk kembali..menekur ke lantai..
Aku sentuh debu-debu itu dengan jari..
Astagfirullah..
Sedarlah pada hakikat diri..
Biar duniawi dan akhirat itu berdiri selari..
Untuk apa sombong meninggi diri?
Sedangkan debu itu lebih suci...

Saturday, December 7, 2013

i don't need any cheesy lines..

like seriously..i don't..

i don't need any sweet talk..

sebab bagi aku cuma perlakuan dan perbuatan tu yang bermakna..

tak payah nak buat hati aku kembang tetiap hari pun takpe..

sebab aku tak perlukan semua tu..

sebab lelaki ni..

macam plastik sikit..

cakap bukan dari hati..



Saturday, November 30, 2013

FINALLY YEYY!!

Bismillah..

Yey..last day for this sem..tamat sudah latihan kawad kaki yang memenatkan badan.. Yang menyiksa jiwa dan raga untuk sem ini... Triple yay!! Aku ucapkan..hahahha... Selamat tinggal pidot..semoga berjumpa lagi di sem 4.. Ahh..sem 4 punya cerita aku tak kuasa nak bukak kat sini dah lepas kena lanyak kaw-kaw dengan si abang pidot tersayang.. Tapi tahniah laa kat dia..kalau tak lanyak betul-betul tadi entah-entah sampai ke tauliah nanti bebudak ni tak reti-reti nak berkawad..mementingkan muka ayu muka putih stock aurawhite dia je..nganga mulut sambil buat mata kuyu tahap muka mintak kena flush dalam lubang jamban..

Tinggal 1 benda yang aku uruskan..then fokus untuk final..sebab kalau kiraan aku tinggal cukup-cukup sebulan je nak final..pastu aku pulak mimpi ngeri untuk result dynamic aku mlam tadi..ase cam nak jerit TIDAKKKKKK!!! Kuat-kuat sampai satu wang ulu bangun sebab dengar suara aku menjerit je..hopefully takkan jadi macam tu..nauzubillah... In shaa allah mintak simpang.. Ameenn...

Ngantok la pulak..da lah satu malam takleh tido..tido sekejap pun mimpi bebukan..hailaa..till then..gudnite peeps =) mucho love.. Assalamualaikum =)

Thursday, November 7, 2013

Bismillah..

Dah lama jugak tak update kan.. Hehe.. Al maklum la sekarang ni dah takde dah masa bersenang lenang berdondang sayang macam furst year dulu.. By the way..selalunya bila aku update tu surely aku ade something.. Isu yang aku rasa menggangu kepala otak aku ni sampai aku rasa aku patut share dengan public supaya kita dapat membincangkannya bersama..cewahhh..hahahaha... Tak kesah sangat la tu.. Tapi serious aku kata..agak annoying jugak cerita aku ni kalau korang pikir-pikirkan balik..

JANGAN BERCINTA OR COUPLE DENGAN BUDAK KELAS SENDIRI KALAU RASA DIRI TU TAK DAPAT KAWAL RASA CEMBURU..

Ok..pada korang.. Annoying tak kalau tengok orang yang bercinta ni..yang si lelaki tak pun perempuan tu fe'el dia jenis tak boleh kongsi awek ke pakwe dia ke dengan orang lain.. Tak.. Bukan maksud aku bermadu kasih ke hape..hahaha.. Amboi ayat... Tak..kali ni serius.. Tak rasa terkongkong ke bila pakwe ke awek korang tu cemburu buta tahap tak bagi langsung korang beramah mesra dengan bebudak kelas..dengan sesape pun yang berlainan jantina dengan korang.. Hailaaa.. Aku boleh faham kalau ko nak kata cemburu tu tandanya sayang..tapi faham tak kalau cemburu buta tak ingat dunia tu tandanya penyakit gila meroyan korang tu memang patut diubati dalam kadar segera..seriously!

Mula-mula tu mungkin pasangan korang tu boleh consider la..boleh mengalah tak cakap dengan orang yang opposite sex semata nak jaga hati korang..but trust me.. Sampai satu masa nanti korang kena dump tetiba. And waktu tu tak payah la nak canang satu dunia kata kau pelik dengan pasangan sendiri..habis madu sepah dibuang laa..ape laa..sampai keluar semua ayat peribahasa hyperbola sampai cikgu bm kau masa sekolah dulu kalau baca statement kau tu boleh kembang semangkuk dek kagum dengan hasil titik.peluh dia mengajar kau selama ni..walhal kau kena dump kena tinggal dengan pasangan sendiri tu sebab perangai kau sendiri..yang terlalu cemburu...terlalu mengongkong pergerakan dia..




Sunday, September 8, 2013

P/S I LOVE YOU

Bismillah..

Ok kali ni aku menaip atas bas..otw nak g perlis..kali ni aku tak menaip pakai keyboard biasa..tapi cuma pakai papan kekunci bisu di screen telefon..ahh..how I missed those keyboard sounds when I hit them with my fingers..

Kali ni aku nak update pasal how do you act or behave with the people which have different gender with you..naa..aku tak main-main..aku serius..ok..back to the point.. Kadang-kadang aku rasa orang yang lain bangsa yang kadang-kadang tak tahu hukum..lebih menghorati kami golongan perempuan.. Naa..bukannya nak cakap apa..bukan nak tuju kat semua lelaki sebangsa aku macam tu..tapi uolls tahu hukum kan..so I think tak releven kalau kami ni nak ingatkan korang tentang batas-batas pergaulan tu..kann...

Aku jenis perempuan yang langsung tak suka disentuh oleh lelaki yang langsung tak ada pertalian darah dengan aku..nak bergurau boleh..nak sembang-sembang pun boleh..tapi tak payah la sampai tangan kau tersentuh aku.. Kalau tak sengaja tu aku tak kesah..tapi kalau tangan kau tu memang sengaja ajak bergurau tahap bercuit muit bertepuk tampar bercubit pipi bersentuh kulit then langsung tak cakap sorry..kau memang agak keterlaluan bagi aku..

Sebab aku rasa diri aku..cara pembawakkan diri aku kat luar adalah amanah terbesar mak dan abah aku..dan each and every time kalau aku ada buat salah.walaupun sekecil mana pun..aku terasa sangat bersalah dengan mak n abah aku.. Thats why aku tak bagi orang yang berlainan jantina sentuh aku..sebab aku rasa ralat.. Aku hak milik keluarga aku selagi aku belum berkahwin.. And each and every part if it memang wajib aku jaga..

So..selagi aku boleh handle sendiri.. Dan selagi keadaan tak mendesak aku untuk minta bantuan dan terima bantuan daripada orang yang berlainan jantina dari aku..in shaa allah aku pandai-pandailah nak jaga diri sendiri.. Maruah diri adalah amanah dari tuhan..amanah keluarga dan suami untuk dijaga walaupun nyawa sebagai galang gantinya..dan aku harap lelaki-lelaki di luar sana boleh menghormati kami seadanya sebagai seorang perempuan.. Kerana tiada yang lebih bermakna daripada seorang gadis itu melainkan kesuciannya dan ketaatannya pada perintah Allah dan rasul..

In shaa allah... Yang buruk datangnya dari saya..yang indah datangnya dari tuhan.. Terima kasih kerana sudi membaca.. Semoga Allah memberkati kita semua hendaknya..in shaa allah.. Aminn =)

P/s : I love you..

Wednesday, September 4, 2013

MENGGEDIK? DISKUSKAN..

bismillah..
terkejut rasanya bila terbaca status-status dan comment-comment gedik kawan-kawan di facebook.. bukan mengutuk.. bukan mengeji.. tapi kalau nak menggedik tu kalau boleh biarlah berpada.. ya.. ya.. aku tak salahkan sesiapa.. biasalah tu.. perempuan kan.. memang la kadang-kadang suka menggedik.. terserlah kegatalan diri tu secara tak sengaja.. *atau mungkin disengajakan sebab nakkan publisiti*

aku termalu sendiri.. terkilan mungkin.. *facepalm..kalau boleh nak facewall sekali..huhuhu...*
kawan-kawan.. kalau ye pun tunjukkanlah sifat dan etika keperempuanan yang betul.. malu kalau adik-adik yang lebih muda dari kita tengok perangai kakak-kakak yang lebih tua daripada mereka yang bersikap begitu..

"aku dah tak sabar nak cuci mata!!"

"tak sabar-sabar nak 'berkenalan' dengan diorang"

errr...sepatutnya korang bual-bual pasal benda-benda macam tu dekat ruangan chat je laa.. tak payah laa nak tulis comment kat status kawan-kawan kau yang dah sah-sah dipublish secara public.. honestly.. korang tak terfikir ke mungkin ada golongan-golongan yang mencemuh kelakuan korang tu? walaupun bukan secara berdepan.. mungkin diorang akan kata belakang.. golongan yang akan camkan muka korang dan akan kata korang belakang-belakang kalaulah terserempak kat mana-mana nanti..

bukannya aku nak kata apa yang korang buat tu salah.. tak.. memang tak salah.. tapi berpada lah.. bukan semua orang cara pemikirannya sama macam kita.. kalau dah tak tahan sangat..apa kata korang buat je chat group..bukannya susah pun.. kan??

usik mengusik sesama sendiri memang laa tak salah.. memang salah satu cara nak mengeratkan hubungan sesama kawan sebaya.. tapi satu.. berpadalah.. sebab setiap comment kita tu ada pemerhatinya.. macam aku.. aku adalah silent reader yang sangat tegar.. baca je semua.. dari status sampai ke comment yang penghabisan semua aku baca.. apa yang naik ke newsfeed tu semuanya aku teroka..

dari fb..orang boleh judge kita jenis yang macam mana.. jadi.. lepas ni pandai-pandailah behave ye.. =)

aku pun bukannya baik sangat..selalu je aku mengusik-mengusik orang.. =.="
kalau ada salah silap mohon ditegur ye.. danke =)
assalammualaikum..

p/s sahabat yang baik akan menegur kesilapan sabahatnya.. tegur bukan bermakna benci.. tapi kerana sayang =)

Monday, September 2, 2013

BLIND DATE??

bismillah..

baru je tengok cite mama mia kat kbsw tak sampai berapa jam tadi.. isu dorang hari ni adalah blind date.. blind date untuk golongan-golongan yang sudah bersedia untuk mendirikan perkahwinan.. dan kali ini bukanlah date yang saja-saja dilakukan untuk memenuhi masa lapang.. hahaha.. *gelak jahat*

ada dua blind date yang diorang buat tadi..satu lelaki dan satu lagi perempuan..
dan apa yang membuatkan aku rasa macam segan nak tengok cite tu sampai habis adalah perangai pompuan yang pertama kena blind date tu sebijik macam aku.. seriously!! waaaa... taknak laa jadi anak dara tua weyy~ sedih kot.. korang pun tolong-tolong laa doakan jodoh aku cepat-cepat sampai keh..huhu *kenyit2 mata sikit mintak simpati*

jeles gilaa laa dengan perempuan tadi tu..dia suka sangat makan..memang seronok gilaa tengok dia makan.. dan yang paling buatkan aku jeles..dia makan banyak mana pun..badan dia sikit pun tak naik.. magic apa dia pakai ni weyy!! anyways, walaupun pada pandangan aku tengok pompuan tu go through dia punya blind date macam lawak.. *terkekek-kekek aku gelakkan dia* tapi pada sisi positif aku rasa reaksi pompuan tu normal.. jujur dengan diri sendiri dan orang lain.. berdikari.. dan yang paling penting dia tak hipokrit.. ok ape tak hipokrit.. benda-benda macam tu sangat penting ok..
cuba kau bayangkan.. pada luarannya kau kenal seseorang tu..selagi tak menjadi yang halal buat kau.. apa yang kau akan nampak tentang dia hanyalah lakonannya semata-mata.. nak jadi macam tu.. the great thing about someone yang tak hipokrit ni.. dia adalah diri dia.. pergi laa ceruk mana pun.. dia tetap akan jadi diri dia sendiri.. kalau nak gelak dia gelak.. kalau nak buat perangai gila-gila dia buat.. kalau tak suka dia kata tak suka.. kalau suka dia kata suka.. kalau dia rasa dia boleh buat.. sikit pun dia takkan mintak tolong orang lain.. unless dia rasa hopeless dan dia rasa memang dia tak boleh nak buat benda tu.. then, baru dia mintak tolong dengan orang lain.. perangai ni memang takkan boleh diubah..macam prinsip jugak lah.. kan??

tapi aku macam sedar tentang sesuatu.. lepas aku perhati satu persatu.. lepas aku teliti satu demi satu..
aku dah nampak apa kurangnya orang yang tak hipokrit ni pada mata lelaki.. *sebelum berkahwin..atau istilah paling tepat adalah tempoh meng'usha'*

1. lelaki ada ego.. x suka ditegur..  tak suka dibetulkan kesilapannya terang-terang

2. lelaki suka perempuan yang kebudak-budakkan.. *ala2 comel depan dia*

3. lelaki suka perempuan yang manja..

4. lelaki tak berapa sukakan perempuan yang berdikari.. *suka orang mintak tolong dengan dia*

5. lelaki tak suka orang yang lebih pandai dari dia *lebih kurang no 1 tadi*

hahaha..gelak2 sendiri lak aku kalau baca benda-benda ni balik..haha..tapi tu laa hakikat..
entahlah..kalau tanya aku..sanggup ke nak berubah semata-mata nak dapatkan perhatian lelaki.. jawapan aku adalah a big "NO" untuk soalan tu.. rujuk balik statement aku yang kat atas tu.. perangai anti hipokrit tu memang takkan boleh diubah..dah serupa macam prinsip hidup dah pun.. LOL~

oklah..mata aku pun dah kelam-kelam malap dah ni..dengan mulut dah berapa kali kulum kuap.. wargghhh.. *mengeliat sikit..wahaha* goodnite peeps =)
assalammualaikum *sambil lambai-lambai*

Saturday, August 31, 2013

BEBEL

bismillah dan assalammualaikum =)

berhabuk sudah blog ni..tak dikemas kini dan diisi dengan entri-entri baru..
hampir dua minggu meninggalkan rumah.. membuatkan aku kelam kabut menyusun masa kembali..
ya..esok hari pendaftaran pelajar-pelajar baru..selamat datang diucapkan dan tahniah..
selamat datang ke dalam keluarga besar kami..
hari ini hari kemerdekaan ke 56..tahniah malaysia..selamat ulang tahun =)
malaysia tanah tumpah darahku..saya sayang malaysia.. malaysia negaraku yang tercinta.. 

7hb aku akan kembali bertolak ke perlis..kembali menyambung pelajaran..
nampaknya sem kali ini lebih mencabar.. tapi tak apa.. in shaa allah.. aku akan cuba yang terbaik untuk membanggakan mak dan abah =)
3 subjek 4jam kredit dan selebihnya 3jam kredit..ya allah..harapnya aku dapat buat yang terbaik kali ini..
doakan yang terbaik buat aku okeh..^^
sayang korang..rasanya tu saje kot entry sampah aku hari ni..hahhaaha..
kalau ade mood..n kalau ade masa lebih..in shaa allah aku akan keluarkan entry-entry yang lebih bermutu..hehe...in shaa allah.. =)

till then..
assalammualaikum ^^

p/s oh ye..aku ada selitkan beberapa gambar waktu aku ikut serta dalam perhimpunan sispa kebangsaan kat uthm haritu..hahaha..beri laluan sikit... =P
muka masing2 dah tanned kena jemur hari2..hahaha~
dengan encik nazir awang =)

Monday, July 22, 2013

BERUBAHLAH

Parut? Ya..parut.. *mengeluh*
Parut itu memang ada. Parut itu bagaikan sudah sebati dalam jiwa. Sakit? Tak usah kau tanyakan lagi. Luka yang segaris itu saja sudah mampu untuk buatkan kau terjerit sakit. Apatah lagi luka yang meninggalkan parut. Gelap. Hodoh. Apa lagi yang mampu untuk aku katakan. Ini melankolik sekeping hati yang berbicara sendu tanpa kata. Diam. Bisu. Lantai aku tenung tanpa bicara.

Lari. Sekuat hati aku lari dari masalah. Masalah? Masalah apa saja yang kau ada?? *tertunduk*
Entah. Sepertinya ada sesuatu yang mengejar aku dari arah belakang setiap kali aku membuka langkah. Luas. Lebar. Tapi masih sepi. Mengejar aku dalam senyap sehinggakan aku terduduk lemah. Kusut menghela nafas yang kian tersekat. Tercungap-cungap aku sendirian dihatui momokan yang tidak putus-putus. Apa yang kau mahukan? Sampai bila harus aku berlari? Sampai bila?

Pipi kurasakan pijar. Air jernih semakin berkolam di tubir mata. Biarkan rasa pijar itu bertanda. Biar ia diserap terus ke dalam jiwa. Biar kali ini aku mampu bangkit mengejar harapan yang kian sirna. Biar. Biarkan asal aku tidak lagi membiarkan harga diri ini dipijak sesuka hati. Biarkan. Bodoh. Bodoh kan manusia ini..? Kerna aku fikirkan umur yang semakin meningkat dewasa mampu mematangkan diri. Tapi aku silap. Hingga sampai ke tahap ini aku lemah. Masih rapuh. Gugur bersama kebodohan yang nyata. Tapi sampai bila? Fikirlah! Sampai bila harus kau biarkan diri ini dimamah sikap yang sambal lewa? Sampai ke tahap mana harus kau biarkan diri ini dimamah kebodohan. Dungu! *menjeling tajam*

Kalau kau tak mampu mengubah diri. Siapa lagi yang mampu mengubahnya? Kalau kau tak mampu untuk menasihati hati yang kian tandus tanpa kata. Siapa lagi yang mampu mengubatinya. Baliklah engkau. Pulanglah pada sesiapa yang kau rasakan mampu menerima kau dengan hati yang terbuka. Baliklah kau kalau kau rasakan kau masih mahu duduk di takuk lama. Orang semakin hari semakin bergerak ke hadapan. Orang semakin hari semakin melakukan perubahan. Berubah kearah kebaikan. Melengkapkan diri dengan ilmu dan juga agama. Jangan terlalu membuta tuli kerana di akhir hari kau juga yang akan binasa.

Thursday, July 18, 2013

MANUSIA INI . . .


Aku tebarkan pandangan ke luar jendela. Bunyi burung-burung yang berterbangan amat menghiburkan hati. Pandangan kembali aku halakan pada ruangan skrin komputer. Kosong. Paparan im aku lihat berkelip-kelip menandakan ada mesej baru yang belum dibaca. Dua tiga tetingkap im yang berkelip-kelip itu aku biarkan saja. Sepi tanpa balasan. Ahh..pedulikan kata orang. Mesti manusia-manusia itu bakal mengerti. Aku bukan sepanjang masa ada di sana.. Kan? *sinis*

Loya. Aku dah muak dengan sikap manusia sebenarnya. Jemu. Baik aku intai burung yang berkicau di balik tirai kamar. Manusia memang sudah begitu tertulis fitrahnya. Suka mengusik. Begitu? Suka mengatakan sesuatu bukan pada letaknya. Begitu? Suka berfikir yang bukan-bukan walhal pada hakikatnya fitrah manusia memang suka berinteraksi sesama sendiri. Berkomunikasi. Mungkin dalam bahasa mudahnya berkawan.

PING!

Tetingkap baru mula terbuka. Hah! Itu dia, lagi seorang manusia. Sebentarlah. Cuba untuk mengerti yang aku sedang cuba untuk membuang kusut di kepala. Manusia, masih lagi begitu. Suka membuat spekulasi sendiri. Menginterpretasi sesuatu dengan kadar yang gopoh. Hasilnya? Kecelaruan info. Penyebaran info yang salah secara berleluasa. Atau dengan lebih tepat lagi, fitnah. Kau mengejar cerita sensasi bak wartawan melodi yang kepoh bercerita tentang hal orang lain. Versi tak bertauliah! Tapi pernahkah kau mengkaji kesahihan sesuatu cerita itu terlebih dahulu? Kepoh! Itulah orang sekarang. Cerita orang sibuk dikejar, malu sendiri ditolak ketepi. *shame on you*

Rimas dengan andaian orang. Komputer aku tolak ke tepi. Nanti-nantilah akan aku jenguk semula. Bosan! Teringat kembali tentang entry ayam yang aku buka tadi. Ohh.. dah diremove lah! Mungkin dia dikritik oleh pengkritik jalanan yang tak memahami sarcasm. Pada hemat aku, bingkisan mindanya sangat bagus untuk dibaca. Dikaji dan dianalisa secara mendalam. Tak ada yang salah dengan kata-katanya. Mungkin pada yang cepat melatah, mereka akan terkesan dengan hasil penulisannya. Ha-ha. Jangan buatkan aku ketawa. Manusia tipikal! Mudah saja melatah. *senyum*

Teringat mesej dari seorang sahabatku yang aku terima dinihari tadi. Terdiam seketika aku dibuatnya. Kelu. Tak tahu respond seperti apa yang harus aku berikan. Senyum. Seorang lagi nampaknya yang bakal menamatkan zaman bujang. Seorang demi seorang berlalu. Meninggalkan aku dan yang lain-lain di belakang. Senyum. Tak apalah. Allah dah sediakan yang terbaik buat hambanya yang sorang ini. Apa perlu risau. Senyumlah! Andai kasih manusia kekal didunia, kasih Allah membawa ke syurga. Relax. Chill macam aku. Allah suka hambanya yang penyabar. *senyum lebar*

Dunia sekarang dah nampak terbalik kan? Baru tadi aku lihat post dari rakan-rakan fb yang sibuk mengupdate koleksi-koleksi minion dari cerita kartun terkenal Despicable Me. Anak-anak kecil dirumah sibuk leka dengan teknologi terkini. Game-game baru yang boleh didownload secara percuma di Google Playstore dibelek tanpa jemu. Si ibu dan ayah? Kakak dan abang yang dah besar-besar tonjang, masing-masing leka berdiri di luar McD berjam-jam lamanya semata-mata menunggukan patung kuning yang tak bernyawa. Kecil. Sekali dipijak.. Ha-ha. Kau sendiri dah boleh fikir apa yang bakal berlaku kan? Ahh..biarlah. Manusia. Punya macam-macam hobi yang tak terjangkau dek akal. Pada kita mungkin idea gila. Pada mereka, mungkin biasa-biasa saja. Minion tu comel apa. Jangan kepoh. Biarkan. Mungkin itu sesuatu yang membahagiakan mereka. Mengata orang macamlah kau tak ada hobi pelik-pelik pula.

Tak perlu runsing. Aku bukan mengata kau! *senyum sinis*
Kenapa? Terasa? Tak perlu rasanya. Aku sekadar mencoretkan isi minda. Tapi kalau kau nak terasa pun apa salahnya. Jangan jadi manusia yang tak mampu berfikir. Oppss.. Maaf. Aku terlanjur bicara. Bukan tak mampu berfikir. Tapi malas. Yang mereka tahu, dengar kata-kata orang. Sebab itulah manusia tipikal cepat melatah. Allah kurniakan akal buat manusia untuk digunakan. Bukan sebagai perhiasan. Eh, tapi kalau kau nak hiaskan akal kau cantik-cantik pun tak ada salahnya. Nanti, bila tiba raya boleh kau jadikan sebagai perhiasan di meja kopi. Sudah usai bertukar cerita sesama sanak saudara nanti bolehlah kau melatah tak keruan. Bak sang jalak yang tercabut ekor. Malulah. Saat itu orang diam bukan sebab tak mahu membantah. Tapi diam sebab penat ketawakan kau dalam hati.

Monday, July 15, 2013

AKU BARU 20 TAHUN..

Bismillah..

Izinkan aku buat sesi luahan hati malam ni.. *sambil jari kuis2 pasir*

Merujuk kepada tajuk diatas. Ya betul. Aku baru 20 tahun. Masih single and available. Tapi bila orang keliling dengar status aku macam tu, masing-masing menggeleng buat muka tak percaya. Kebanyakkannya golongan-golongan makcik-makcik. Dah lama kot aku sorang-sorang macam ni.. But no worries. Aku still bernafas. Still safe and sound atas muka bumi Allah yang serba indah ni. Ya, aku masih lagi belum lengkap dalam menjadi seorang muslimah di landasan Islam dalam erti kata yang sebenar. Aku masih banyak cacat celanya.

Aku memang suka berkawan. Langsung tidak memilih dalam berkawan. Aku berkawan dengan semua orang. Tak kisahlah sekufu atau tidak. Tak ada istilah kau kaya aku miskin. Kau kacak/cantik aku hodoh. Kau pandai aku bodoh. Cuma satu. Aku sangat meluat dengan manusia tipikal. Tahu apa itu manusia tipikal? Manusia yang suka megutuk diri sendiri, yang suka berputus asa sebelum dia mencuba sesuatu. Aku sangat suka berkawan dengan orang yang ada matlamat hidup. Yang sentiasa ada niat dalam memajukan diri. Kerana orang sebegini, cepat atau lambat pasti akan berjaya. Aku pasti!

Dalam persahabatan aku akui. Kadang kala aku sedikit nakal. Suka mengusik. Suka bermain kata bak orang bercinta. Kadang kala yang melucukan, apabila ada yang takut kerana memikirkan kalau-kalau aku serius sedang memancing hati. Tapi serius aku katakan. Aku cuma mengusik. Andai kata ada yang terasa. Aku minta maaf. Jangan pernah takut. Teman-teman rapat pada aku sudah aku rasakan seperti menyayangi adik beradik sendiri. Teman bermain. Teman berlawan kata. Teman bergurau. Apa perlu malu? Apa perlu segan? Andai kamu teman yang lebih tua dan aku rapat dan senang bergaul denganmu. Justeru, anggaplah aku hadir bagai seorang adik yang dahagakan kasih sayang dari seorang abang. Lagi-lagi disaat aku berada jauh diperantauan. Sah-sah saat itu aku merindukan suasana bersama keluarga. Hahaha. Manusia memang terlalu suka berfikir. Pelik kan? Tapi itulah. Jangan risau, kerana aku jenis manusia yang bukan suka berfoya-foya dengan perasaan orang lain. Benar, aku kuat mengusik. Tapi usikan aku berbatas. Jujur! Andai aku suka akan aku katakan suka. Andai aku benci akan aku katakan benci. Mudah bukan? *senyum*

Rata-rata anak muda yang sebaya denganku atau patutkah aku akur dengan hakikat bahawa anak muda kini seawal umur 10-11 tahun sudah pandai bercinta. 11-12 tahun?? Ahh..apa yang kau tahu tentang "Cinta" di usia seawal itu? Kau masih belum matang. Masih hijau dalam mengenal dunia yang penuh liku. Penuh janji-janji semu. Jujur aku katakan. Aku masih belum mahu bercinta bukan kerana pernah kecewa. Tapi aku takut. Aku takut untuk berhadapan dengan hakikat itu. Memang ramai yang pelik. Kenapa harus gadis sepertiku masih lagi sendiri. Masih lagi hidup dalam dunianya sendiri tanpa langsung memikirkan soal mencinta dan dicintai. Aku cuma senyum. Kerana aku hidup berpaksikan matlamat. Aku hidup berpaksikan prinsip. Andai yang hadir dalam hidup aku itu hanya datang kerana suka-suka. Maka aku sarankan agar jangan pernah mendekat. Dan andai yang hadir itu datang dengan niat yang suci. Menginginkan sebuah perhubungan yang berpanjangan, maka dengan ikhlas aku katakan aku boleh mempertimbangkan niat hatinya.

Saat usia remaja belasan tahun, orang selalu tafsirkan sebagai saat yang sangat tidak sesuai dalam mengejar cinta. Cita-cita dan tanggungjawab kepada keluarga itu adalah sesuatu yang harus diutamakan. Dan apabila usia menginjak tua, orang akan bertanya nama-nama yang bakal kau jadikan calon suami atau isteri. Stress bukan? Seperti aku yang masih belum berpasangan, pasti saja orang katakan aku terlalu memilih. Aku terlalu mengejar kesempurnaan. Pada halnya, langsung tidak! Aku hanya menantikan satu perhubungan yang penuh dengan komitmen dan bukan sekadar suka-suka. Putus-rujuk putus-rujuk sampai ke sudah. Dimana pengakhirannya??

Pernah ada orang kata kepadaku. Sampai bila aku harus melarikan diri? Sampai bila aku harus merasai perasaan takut setiap kali ada yang menunjukkan tanda-tanda ingin mengenali diriku dengan lebih lanjut.?? Aku cuma menjungkitkan bahu. Entah, aku cuma takut. Takut menghadapi hakikat! Ramai yang menyuruh aku mencari seseorang untuk ditunjukkan pada mereka. Siapa?? Ha-ha. Aku? Macam mana nak cari sendiri? Aku ini?? Aku yang sebegini?? Ada kah yang suka??? Tiap kali disoal aku hanya mampu mencari jalan singkat. Mudah dan aku serius. Langsung tidak menunjukkan rasa ingin bergurau. Aku hanya mampu tersenyum semanis mungkin dan berkata sebegini setiap kali didesak sebegitu.

"Kalau teringin sangat nak tengok, tolong lah carikan calon." *sambil ketawa*

Angka 2 di depan umur aku cukup untuk membuatkan aku terasa diri ini sudah menginjak ke peringkat usia yang seterusnya. Melihat orang di kiri kanan berkepit dengan bukan mahram. Bersentuhan di sana sini selayaknya dilakukan oleh para suami isteri tanpa ada rasa takut sedikitpun. Ya Allah. Sebenarnya itu yang aku takutkan. Bukan diri ini tidak mahu bercinta. Bukan diri ini menafikan soal yang satu itu, tapi aku takut. Takut andai suatu hari nanti aku terlalu alpa tanpa langsung memikirkan tentang azab nerakamu. Nauzubillah.
Memang sudah lama aku pupukkan rasa jijik dalam diri saat melihat perbuatan itu dilakukan terang terangan dihadapanku. Ya Allah. Teguhkanlah iman di dalam diriku. Memang sudah tertulis selayaknya umat akhir zaman yang terang-terang tidak segan silu melakukan perbuatan "zina" di khalayak ramai.

Sungguhlah aku bukan mencari seorang lelaki. Tetapi aku mencari seorang imam untuk menjadi pelengkap hidupku. Sungguhlah bukan seorang teman lelaki yang aku impikan. Tetapi aku impikan seorang suami yang mampu membimbingku.

Mungkin hanya sampai disini aku membebel. Aku meluah. Mata sudah semakin layu dibuai ngantuk. Selamat malam semua. Selamat bersahur dan Selamat berpuasa sayang =)

Sunday, July 14, 2013

RESAH HATI


Bismillah.. Hijab hati yang selama ini aku tutup rapat kembali aku tenung. Rapat. Langsung tiada ruang untuk dimasuki. Langsung tiada rongga yang mampu ditembusi. Gelap. Senyap. Sepi. Langsung tak berbunyi. Bisu aku rasakan. Lantas dinding hijab yang utuh itu aku tebuk dari dalam. Ya! Berhasil. Lantas aku intai dunia dari sisi lohong yang terbina. Ada suara-suara yang mengasyikkan pada deria pendengaranku. Mata aku pejamkan rapat. Menghayati setiap baris kata yang terluah. Mengamati setiap bait kata yang terlontar. Indah. Aku tersenyum. Aku hanyut seketika.

Masih di dinding hijab yang aku tebuk. Tubuh aku rapatkan serapatnya pada dinding agar aku turut bisa merasai perasaan itu. Bahagia yang bukan mainan mata. Perasaan ingin turut sama keluar ke dunia sana semakin mengasak hati. Lalu aku pecahkan sedikit lagi lohong yang terbina tadi dengan tangan. Aku kembali mengintai. Hati terasa nyaman. Aku tersenyum lagi.

Ada suara yang merantai aku agar kembali berpaut pada dasar hati. Suara yang kembali mengasak diri agar kembali mengingati kepedihan yang dahulunya pernah tercipta. Kaki yang selangkah aku keluarkan tadi kembali aku tarik selangkah demi selangkah. Sungguhlah, perit itu seakan-akan masih terasa-rasa. Menggigit tangkai hati yang rapuh. Aku terduduk lemah. Pandangan kembali aku tekurkan ke lantai. Mungkin belum masanya. Mungkin aku masih tak bersedia.

Bongkah demi bongkah aku susun. Rapat-rapat kelihatannya agar hijab hati yang tadinya aku pecahkan kelihatannya seperti langsung tidak terusik. Aku kembali melihat warna langit. Masih gelap. Jari jemari aku tarikan diatas pasir halus. Seakan melukiskan detik hati yang tidak kesampaian. Mata aku pejamkan. Sebuah keluhan aku hela perlahan. Sabarlah wahai hati. Andai suatu hari nanti akan aku kembali mewarnai langit dukamu. In shaa Allah.

Saturday, July 13, 2013

. .

Hari ini hujan lagi. Titis hujan yang laju menhentam bumi ku tenung kosong. Indah! Alhamdulilah ciptaan Allah memang hebat semuanya. Teringat artikel yang aku baca semalam. Perlahan aku mengeluh. Kenapa harus wujud sikap sarcasm yang terlalu tebal dalam diri manusia sekarang. Kalau impak yang terhasil itu positif, Alhamdullillah aku ucapkan. Tapi sekarang aku semakin takut. Ya aku sedar. Sarcasm bukannya bertujuan suka-suka. Tujuannya untuk menerangkan tentang letak duduk sesuatu pada tempatnya. Dalam nada yang bersahaja. Dalam nada yang bergurau. Tujuannya untuk mengembalikan sesuatu yang menyimpang pada letak asalnya. Aku kecewa. Kini, terlalu  ramai yang makin menjinak-jinakkan diri dengan dunia sarcasm. Kecewa bukan kenapa. Aku kecewa kerana ramai yang tidak memahami erti sarcasm pada erti yang sebenar. Mengutuk, menghentam tanpa mengkaji. Mengutuk, menghentam tanpa mengira sensitiviti kaum. Beza umur? Ahh..kalau aku berteriak hingga hilang suara sekaliipun tiada yang peduli. Yang ada cuma hanya jadi pemerhati. Ahh..inilah masyarakat kita kini. Mungkin nanti kalau keharmonian negara ini tergadai. Mungkin saat itu rasanya perjuangan mereka selesai. Usai membebel. Sudah. Ini isi minda aku. Yang aku tonggangkan. Yang aku sepahkan untuk tatapan umum. Sudah.. Senja kini menghampiri bersama gelap malam yang semakin mendekat.

Saturday, July 6, 2013

MASIH ADA RINDU

Kunyahan yang sedia kala perlahan semakin terhenti. Aku hanya diam mendengar celotehnya. Teliti dalam setiap kata-kata yang dituturkan. Dia tersenyum. Tertawa sangat bahagia. Jauh ku selami. Nyata matanya juga ikut tersenyum setiap kali dia bercerita. Manis wajahnya. Riang tawanya bagaikan bercerita bertapa cerianya hari-hari yang ditempuhinya selama ini. Aku lantas megoyakkan senyuman di bibir. Ikhlas penuh bermakna.
      Air kembali diteguk. Membasahkan tekak yang sudah kontang yang mendesak untuk dititipkan sedikit lembapan. Keringat di dahi diseka perlahan. Ahh.. panas bukan menjadi isu lagi disini. Hanya ini sahaja masanya. Hanya ini peluangnya. Segala yang terbuku dihati diluahkan. Segala yang tersimpan kemas disudut hati dihumban keluar. Dia tersenyum. Turut ketawa bila aku ketawa. Turut senyum pabila aku tersenyum. Saling bertukar cerita. Saling bergelak ketawa.
      Jam ditangan dikerling sepi. Ahh.. Sungguhlah masa sangat mencemburui kita. Dia tersenyum lagi. Patutkah kita pergi? Patutkah kita menamatkan segalanya disini? Ohh..sungguh banyak hikayat yang perlu dikongsi. Masih berkajang menunggu untuk diluahkan. Dia senyum meleret mengharap sebuah pengertian. Aku cuma mengangguk perlahan. Sungguhlah.. Rindu itu tetap ada.. 

Thursday, July 4, 2013

TERIMA KASIH




video

bismillah..
izinkan aku keluarkan suara katak aku yang dah lama aku tak keluarkan ni..
bahahahaha..
tetiba gedik nak nayanyi lagu iamneeta ni..kahkahkah..
ehh..tapikan..kalau-kalau korang takut pekak takyah bukak tau..
hahaha..kbai..
assalamualaikum..

HARGA SEBUAH MEMORI


Sebuah buku usang di sudut bilik menggamitku untuk pandanganku. Lalu aku mendekat dan kubelek halaman depan buku itu. Kosong. Jari jemari pantas membersihkan habuk nipis di atasnya. Helaian demi helaian ku selak. Satu persatu kuulit lama. Secawan kopi dari tadi sudah menjadi peneman setia disisi. Asap nipis yang terhasil ku pandang sepi. Buku usang itu kembali ku baca. Ahh..memori.. Terkadang kerutan di dahi kian menampakkan bayang. Bertapa berharganya nilai sebuah memori. Aku senyum. Buku usang yang damai di atas ribaan ku bawa dalam pelukan. Sungguhlah, andai sebuah perjalanan hidup itu cuma kita saja yang mampu mengerti. Bertapa berharganya sebuah pengalaman, sebuah derita yang mampu mematangkan seorang manusia.
       Kopi yang masih panas kuhirup perlahan dengan mata yang terpejam. Aromanya yang harum kian menggamit memori silam. Ada suka. Ada duka. Terimbau kembali disaat aku masih terkontang kanting sendiri mencari tapak untuk berdiri. Aku yang diusir dari dunia fantasi terkapai-kapai sendirian mencari diri. Gelap. Hitam. Tak ada cahaya. Dalam terkapai-kapai sendirian aku terlihat sepasang tangan. Bingkas menarikku dari terus hanyut dalam duniaku sendiri. Senyap. Bisu. Hanya tersenyum memerhati. Dihembuskan kata-kata semangat dalam diri. Aku terpempan seketika. Terpana melihat dia. Mana dia mampu mempunyai ketabahan sekuat itu. Aku lihat dia. Lama ku tenung dia. Dia juga rapuh sepertiku. Tapi sebuah senyuman itu tidak pernah lekang dari bibir. Kekuatan itu datangnya dari Allah. Bangkitlah, andai reda dari ibu bapa juga guru itu tidak ada maknanya jikalau reda dari Allah itu tiada. Perlahan senyuman kuukirkan untuknya.
      Seorang teman itu tidak pantas digelar sebagai seorang sahabat andai dia tidak bersama-sama kita saat suka dan duka. Buku usang ditangan dibelek sekali lagi. Masih tergiang-ngiang jeritan itu. Masih jelas kuingat wajah masam si gadis yang berlalu setelah puas aku diherdik. Aku diam. Kembali menilik diri. Kembali mencari salah sendiri. Sungguhlah. Aku bukan sesiapa. Cuma manusia biasa yang tidak tahu apa-apa. Tidak secantik dan seindah sahabat yang dikejarnya. Benarlah kata orang. Aku terlampau memanjakannya. Aku senyum dalam sendu. Andai ini satu lagi dugaanNya dalam mematangkan aku, aku reda. Senyap tanpa bicara aku kembali mengorak langkah melalui jalan itu sendiri. Bisu. Aku lihat dia di sisi masih tersenyum. Diam juga tanpa seulas bicara. Sabar. Andai sampai saat yang dijanjikan akan kau lihat kembali bertapa berharganya sebuah memori.

Friday, June 28, 2013

HAI KORANG! =)


bismillah..

dah lama rasanya tak update blog!
haha..rindunye nak tulis kat sini.. lepas balik melaka yang berjerebu tu..aku terus macam hilang mood nak update. well, alhamdulillah..melaka dah almost bebas dari asap jerebu dah.. aku dapat tengok bulan terang kat langit. cantik sangat! rindu nak tengok hokay! selama ni nak keluar rumah pun macam rimas. lepas balik dari perlis haritu duduk sececah kat rumah terus je keluar g balik kampung kat kota tinggi.. well waktu tu seriously tebal betul jerebu dia kat situ.. *tercekik*

haha..dapat bermanja dengan atok2 sekalian..ok la tu dapat lepas rindu jugak sikit kan?hehe..tape2 nanti kalau ipan balik t kite ajak ipan beli tiket bas balik rumah atok hokay??errkk..macam tak berani je..takutnye nanti tak pandai nak balik melaka balik..haha..tak balik perlis lak aku nanti kang..hahaha..

anyways..i do have a really good times with my friends sebelum balik ke melaka hari tu.. emm.. habis je last paper (quality control) lepak2 kejap kat rumah.. tido kejap.. then terus keluar gi bukit ayer..well tempat tu best and cantik.. suka3!! *gedik lak..haha~*


sempat bergambar waktu hani g isi minyak..


senyum lebar2 hokay..paper dah habis..yey! last day in perlis..


dengan hani tersayang..waktu ni baru jejak kaki kat bukit ayer











seronok dapat lepak dengan korang..best thing eva!
dapat kawan2 yang baik2 gila2 and cantik2.. thanks god.. =)
i love to make friends..nak kawan dengan aku tak?haha.. 
till then..
assalamualaikum









Saturday, June 15, 2013

FINAL WEEK YANG SANGAT MENDERA HIDUP

bismillah..

somehow..somewhat..
dua tiga hari ni final punya paper berderet2..hari-hari ada paper x berhenti..
semua memerlukan pembacaan..semuanya memerlukan daya ingatan yang kuat..
calculations?? jangan cakap laa..normal la bende2 macam tu as an engineering students..
tapi boleh dikatakan jadual pekse kali ni agak mendera mental dan fizikal jugak..
x memasal aku dah kena insomnia balik..
hailaaa...dari study week sampai ke final week..tido tak pernahnye cukup..
lelagi kalau ada paper malam 8.30-11.30..dah tu esoknya paper pepagi buta pukul 9.00..
and the most exciting part is..paper esok pagi tu pulak TITAS..! yes! great.. =.="
selama semingu tido malam aku hadkan..elok2 kena tido 8 jam sehari..kita bantai 1 jam setengah tak pun 2 jam je sehari..
balik exam tido kejap..dpatlah cover 4-5 jam..kekadang 2-3 jam pun aku dah cukup bersyukur..
xya nescafe ke kopi bagai..semangat nak study sebab takutkan paper esok tu dah cukup untuk buatkan mata tu celik sepanjang malam walaupun ngantuk x hingat..
sakit belakang tu jangan cakap laa..depan orang aku dok pulun cover jalan macam biasa..padahal kalau nak ikotkan nak aje aku ikot cara nenek kebayan tu jalan..
sakit wooo!!rasenya kalau g refer kat fisiologi punya unit pun aku kena marah kot..
posture x betul..rehat x cukup..blaaa...blaaa..blaaa..
DIAM KAU~
cakap senang laa weii...aku yang merase camne nak kejor paper2 tu sume jangan sampai pointer terabur..
sedia x sedia tetap paper tu kena ambik jugak..kena jawab jugak..(x sanggup aku nak repeat..nauzubillah..mintak dijauhkan..aminn)
hukk..hukk.. TT^TT
and now..nak mengejar last paper..n thanks god! sebab paper yang last ni ada gap..kalau x aku sendiri pun tatau nak handle subjek ni cane..huuu~~
isnin paper last..doakan aku boleh jawab semua..n skor..
in shaa allah..i'll try my best..
till then..
assalamualaikum =)

Friday, June 7, 2013

AKU KUAT JELING ORANG??SORRY =(

video
bismillah..well hi olls' =)
emm..just nak meluah sikit..i can't put it into words..so, ni la hasilnya..aku cakap dalam bentuk video je..
kalau terasa teringin nak tengok..tengok la..kalau agak2 dah meluat menyampah ngan aku..taknak tengok pun tape..huhu~

dah nasib badan..aku dilahirkan dengan muka sombong x hingat ni..dan mata juga..yes2..cik ain..mata awak tu dalam pada awak x sedar..orang kata awak suka jeling orang tau!walaupun awak sikitpun tak pernah terniat nak buat muka sombong ke..nak jeling orang ke..err..

emm..thats the reasons why orang macam suka discriminate aku yang bukan2 sebelum kenal aku apa adenya..gitu??or tak??emm..and thats why orang yang tak kenal aku kata aku sombong? sebab muka aku gitu?? and aku jarang senyum kalau orang tak senyum kat aku dulu? err..gitu??

kau tak kenal aku sepenuhnya memang la kau kata aku gitu..but nvm..its ok..aku terima je..dari zaman sekolah kot benda ni jadi..emm.. come and meet me in real person.. greet me in a proper way.. walaupun tak kenal kau pada mulanya..for sure..kalau kau proper aku tak poyo la..aku layan je kau macam kawan2 aku..at the first time mungkin awkward sikit..sebab tak berapa biasa dengan kau..tapi kalau dah dua tiga kali keluar..emm..i think kita boleh lepak sesama selalu macam aku and kawan2 aku selalu buat..(sometimes)
thats why aku macam susah sikit nak dapat kawan kalau aku tak personally greet diorang..sebab muka aku and appearance aku rupenye..
FYI.. aku bukan anak orang kaya raya..bapak aku polis biasa je..pemakaian aku pun as u can see memang sangat biasa2..aku takde la layan branded2 items..so aku bukan tergolong dalam golongan "si poyo jemah" yang konon bajet top padahal tak top manan pun..dan aku pun bukan hotstuff..macam kawan2 aku yang aku kenal..aku biase2 je..so jangan risau..jangan takut2 nak approach aku..aku orangnya sangat friendly..i'm a friendly person tau!

i'm soo sorry kalau orang tengok muka aku..and orang terus judge aku..yang aku sombong..err..muka aku kalau x senyum..memang senang orang nak kata gitu..suka jeling2 orang?yeah..sometimes aku tak perasan pun yang mata aku "nampak:" macam tengah jeling orang..as long as kau tak pernah buat apape kat aku and aku tak pernah keluarkan statement apape kat korang..hope "muka sombong" aku and "mata aku yang kuat jeling2" ni tak jadi isu kat korang..sorry again..tak bermaksud..tak perasan.. =(

Friday, May 31, 2013

ADA 8 JENIS GOLONGAN...

bismillah..

dear friends,

kalau rasa aku jahat sangat..ignorance terlebih kuat..x dapat cope dengan cara aku..
kau dipersilakan _________. bcoz dalam hidup..aku cuma ignore 8 jenis golongan manusia...dan tak berhasrat nak kenal kau lebih dari kawan biasa

1. yang terlalu suka menyalahkan orang lain walaupun dah terang2 dia salah

2. yang x suka terima nasihat

3. yang buat2 macam kau tu mangsa keadaan

4. yang hipokrit

5. yang suka buat perangai pastu harap orang terima dia dengan tangan terbuka

6. back stabber

7. suka beli kawan (nilai persahabatan aku x boleh beli pakai duit ok..note that!)

8. yang dah buat aku thorn apart..bleeding inside out..leaving me in a total depression without a single sorry..terkial2 merangkak keluar dari black hole yang kau buat and kau langsung takde niat nak toleh belakang and tolong aku..

it's been awhile..and i'm not fully recovered yet untuk apa yang dah jadi sebelum ni..still bleeding inside..kalau kau rasa kau ok..i'm totally not ok with u..stay out of my way..and i'm fine with that..thanks!

p/s : i've been showing my fake smile for a while..and i'm totally tired of it..tak seronok..and my wound keep on bleeding bila aku perasan yang kau cuba nak rapat-rapatkan diri dengan aku balik..stop..sebab takkan berhasil..
you don't have any idea what happen to me..but certain people know it..they surely know how it affects me in every way.. enough said..

till then..assalamualikum

MOM I LOVE U ^^

bismillah..
yes..its me again..
well said..there are so many problems to be settle up.. yes2 poor me.. *nodding*
i can be easily distracted when it comes into problem..
being blessed..my mom can feel it too..each and every time i've been facing a problem and refused to tell her..(just remain silent for a while)
she will just know it that her daughter is in trouble..what an instinct..!
dear mom..i love you..and always love you..
nobody understands me well as you did.. =)
feeling happy and loved although i've been staying far from your side for quite a long time.. missed your company.. like seriously..
i willingly spend my rm10 just to call you everyday just to have a  little chit chat and listen to your nag..
i'm no longer a kid..but i always wanted to be your little daughter forever..
mom..you are the best mother that i ever had..
thank you Allah for giving me such a present!
my mom had told this to me once before..

"kakak, mak pun tatau la cane perangai suami kau nanti..boleh ke tak layan perangai kau ni.."

"kenape?teruk sangat ke?"

"naa..perangai kau tu..cepat sangat berubah2.."

"err..izit?"

"haha..nanti cari bakal suami biar yang tua sikit dari kau..sabar sikit dia layan kerenah kau ni"

"err...ye2 macam teruk bebenor je perangai aku ni"

"kalau yang sebaya..ke tua setaun..surely takkan dapat layan kerenah kau ni kakak..hahaha.."

=.="




Tuesday, May 28, 2013

MINTA MAAF..SAYA ADA MASALAH SILAU..

bismillah..

yang kena bongok sedas malam tadi..mintak maaf banyak2..haha..ingatkan budak sekelas tadi..rupenye idokk~
maaflerr aku memalam bute dengan cahaya jalan yang hidup segan mati tak mau tu memang idokk lerr teman nak nampak hape2..hehe...lagi2 kalau dua tiga biji kereta lalu..kena pulak mata aku ni dengan cahaya lampu dari kereta tuu..siyezz silau beb..dah sudahnye memang aku tak nampak ape2 la lepas tu..gelap kejap dunia aku dalam 1-2 minit..ape kau hingat seronok ke ade rabun silau macam aku..huuu TT-TT

tak expect yang buat perangai tu orang lain..selalunya si kude tu yang suke buat perangai macam tu..dok berhenti kereta kat tepi pastu panggil nama aku..tapi selalunye kalau kude buat macam tu..kude memang betul2 ade bende nak cakap...oleh sebab aku expect kude yang ade dalam kereta tadi..and aku fikir kude yang panggil aku pastu buat perangai xnak cakap pape lepas panggil..kan dah terlepas bongok sedas..huuu~
TEMAN MINTAK MAAF KAT KOME YEE.. =(

stress jugak sebenarnye..mate aku dah le buta kejap time2 malam gini..dah aku pulak memang lee "rajin" bebenorr nak pakai spec kalau keluar dekat2 nii.. pastu dah kena suluh dengan cahaya lampu motor.. kereta.. memang sakit laa kalau tetibe kena silau tuu.. tapi kalau paling2 kurang pun pandangan aku cuma jadi gelap gelita kejap dah lepas kena direct light kat mata tu..paling sekejap nak normal balik pandangan tu dalam 30 saat.. tapi waktu ni kalau orang berdiri jarak sedepa dengan aku memang aku tak nampak laa muka..

kes tadi pun sama sebenarnye..
aku tak nampak sape2 pun yang ade dalam kereta tu..maaf..tak dapat nak layan..bukan sombong, bongkak , riak, dan berlagak..tapi sebab xnampak ape2 pun..yang nampak cuma tangan dengan badan korang je..yang lain sumpah tak nampak..kepala memang tak nampak langsung..ini lagikan muke..kalau kepala dah tak nampak ape ko ingat muka korang tu aku boleh nampak?
*haish..teruk jugak night vision problem aku ni*

hopefully, aku punya the other half nanti (yang aku tatau sape) sanggup terima kekurangan2 aku ni..emm.. kurang2 sudi pimpin tangan aku kalau dalam gelap tu pun dah ok..aku boleh je gagah jalan jugak dalam gelap..tapi ade la tergolek2 2-3 kali dulu sebelum mata tu dapat sesuaikan diri dengan keadaan gelap tu.. semalam dalam pukul 3 pagi keluar2 bilik the whole house dah gelap..xde cahaya lampu langsung kat luar tu bila aku keluar dari bilik..except cahaya lampu dari bilik aku..
*housemate tidur kat ruang tamu sebenarnye* oleh sebab aku taknak kejutkan dia..aku gagah jugak laa pelan2 keluar..tak bukak lampu..meraba2 kaki tuu atas lantai..tetibe..

ade bende jatuh..bunyi kuat pulak tuu..takpe laa..aku angkat..sambil tengok housemate aku..nasib baik dia tak terjaga..fuhh..baru jalan bape tapak kedepan..*gedegangg* langgar kerusi..aku betulkan balik kedudukan kerusi tu..bape tapak lagi..*gedegangg* langgar meja pulak..
(alahaiii..penat betul laa jadi orang buta ni)

dah tu gagah jugak laa g sampaikan ke toilet dengan meraba2 tuu..last2 bukak lampu toilet hujung..haa!! lega..ada jugak cahaya.. =.="

tuu laa..aku takde la gitau kat semua orang yang aku memang gini malam2..buat segan jee..tapi kalau sampai tahap kau suruh aku cam sape2 memalam buta tu memang tak laa..except orang tu betul2 berdiri bawah lampu jalan..then baru aku boleh gagah nak camkan muka dia..huhu.. =.="

emm..kes pasal kereta tadi tuu kann..aku rasa kau dah salah panggil nama kot derr..
yang jalan sekali dengan aku tuu nama dia syafiqah..ye2..yang comel2 tu laa kude aku..pikah nama dia
lain kali kalau nak turun cermin tingkap kereta pastu nak panggil dia jangan laa sebut nama aku.. sebut nama dia okay?*ni aku punyaa baik hati gitau nama dia kat korang nii haa*
tau korang ade niat murni nak kenal2 ngan dia..tapi kann lain kali kalau nak buat macam tu try buat time siang..malam aku tak nampak..so, takleh la aku nak jadikan tu sebagai satu sumber hiburan..bhahaha..

till then..
assalamualaikum =)

Monday, May 27, 2013

DIA BENCI AKU..

bismillah..
dia benci aku..dia benci aku..dulu dua benci aku..tapi sekarang dia dah tak benci aku lagi..
alhamdulillah..syukur..
ada lagi yang benci aku sekarang?ada lagi yang dengar cerita dari sebelah pihak lepastu terus judge orang tu macam mana?ada??

kalau semalam aku jatuh bergolek..hari ni aku cuba untuk bangun balik..
kalau semalam aku berdiri megah..mana tahu esok lusa aku jatuh lagi..
ini semua di tangan allah..cerita kita DIA yang tulis..DIA jugak yang pegang..bukan kita..
jadi kalau kau nak share..kalau kau nak sembur..go on..
selagi kau boleh lega..mungkin dengan cara tu kau boleh hilangkan sakit hati kau..go on..
takde sape marah..takde sape sentap..

"macam kau ni?? ganas semacam?? terlebih tak fake??"

"actually, ak x berapa suka kau lah sem lepas..kau lain sket dr yg lain"

ayat2 macam ni dah selalu aku dengar kawan..terpulang la kau nak kata ape..aku terima bulat2..
redha dengan keadaan aku..aku..kalau aku tak suka aku diam..aku pinggirkan diri..aku senyap..aku bawak diri...aku hilang...jauh..sampai kau pun dah tak mampu tarik aku dekat lagi..
kalau aku berkawan..dan dia buat something dekat aku..yang aku tak suka..itu yang aku buat..tapi untuk ceritakan keburukan dia pada orang lain..cerita apa yang dia dah buat pada aku kat kawan2 dia tu..aku takkan buat..itu aku tak mampu..aku kesian..biarkan diorang..kalau ada akal..diorang boleh fikir..kalau ada mata diorang boleh nampak..kalau ada hati diorang boleh rasa..

aku cuma mampu duduk tepi..perhati permainan yang aku terpaksa tamatkan dan mulakan dari petak pertama tanpa rasa regret..sebab aku tau..tak lama lagi..kalau nasib malang macam aku..satu persatu akan jatuh ke bawah..ke petak satu..jadi aku kena bersabar..baling dadu perlahan2 dan kembali merangkak dari satu petak ke satu petak yang lain..menangis??ye walaupun aku nampak kental..aku ada jugak menangis.. bukan sebab cinta..tapi sebab kawan..i value friendship more than love..unless dah jumpa my other half..then baru aku sayang dia betul2.. terkilan.. aku tabur kasih sayang pada kawan2 sayang diorang macam darah daging sendiri..tapi  at last..aku terkilan bila digunakan.. sedih.. nampak sangat yang kau tak ikhlas dalam berkawan.

i dont have anybody else here..ye aku duduk merantau..family pun jauh..jadi apa yang aku ada? cuma kawan2.. jadi kalau aku dah sayang kau..jangan la ambil kesempatan.. faham? aku cuma ada korang.. yang aku anggap macam adik..macam abang..macam kakak sendiri.. tak kesah la kau kaum ape pun.. sekurang2nya aku dapat ubatkan rindu kat keluarga aku kat kampung tuu.. tapi bila aku terkilan.. bila aku kecewa.. aku tau kau takkan perasan waktu tu.. (orang yang buat salah mana nak perasan salah dia) aku makan dalam.. aku tak bercerita.. 3 kali peluang selalunya aku akan bagi pada setiap orang..tapi kalau ketiga2 peluang tu kau gunakan tak berbaki..kau ingat aku boleh sabar lagi ngadap muka kau? jangan terpinga2 kalau aku tetibe tak bercakap dengan kau..jangan terpinga2 kalau tetibe kau hilang aku.. tilik diri sendiri sebab aku takkan bagitau salah kau.. aku takkan cerita salah kau pada orang.. semuanya terpulang pada kau jugak..

kau benci aku.. kau benci aku?? terpulang kawan.. aku tak paksa kau kawan dengan aku..
aku cuma cari kasih sayang yang tertinggal.. yang tercicir pada kawan2 aku.. kalau mampu balas.. kalau tak mampu ignore.. tak payah bercakap pun aku dah boleh faham dengan tengok mata kau..

benci aku lagi?? benci laa.. aku cuma mampu senyum... ini dunia kawan.. apa yang jadi semuanya dah tertulis.. ini ketentuan untuk aku.. terima kasih..

Monday, May 13, 2013

HI..!!

bismillah..
baru blik dari tengok member aku men bola sebenarnye...
tetibe rase macam nak membebel..nk bercakap..nak bersembang..
kalau larat dengar laaa..
klo da tengok jangan lupe tinggal jejak..
klo aku x busy..in shaa allah aku mesti balas punye..
till then..assalamualaikum.. =)
video

Friday, May 10, 2013

mother's day?

EVERYDAY is a mother's day..so aku rase x payah la kot update status mothers day bagai kt fb twitter blog kalau pada hakikatnya kau baru nak ingat kat mak kau hari ni.. and the rest of the year kau sibuk update n bergayut ngan pakwe kau..
lets do this, angkat fon korang yang mahal tu..give a call to ur mom.. and try borak dengan dia once a while..at least dia tau yang anak2 dia walaupun duduk jauh..tak pernah lupekan dia..mak kita biasanya tak pernah mintak apa2 dari anak2..try to make them happy..itu lebih bermakna sebenarnya.. 

*fikir balik*

Thursday, May 9, 2013

WHAT IF..

bismillah..

sometimes, kita rasa orang yang kita tengok tapi tak pernah nak tegur tu sombong. padahal kita tak pernah nak cuba tegur dia..
sometimes, bila dah rapat..kita berubah persepsi tentang personaliti dia..
sometimes, bila dah terlebih rapat.. kita mudah sembang apa aja dengan dia.. menganjing dah jadi perkara biasa..
sometimes, kita dapat rasa strangers kadang-kadang act macam family..give u warmth..selesa bila dengan dia..
tapi bila kita back to box 1, agak-agak kita menyesal tak kalau kita terus cakap dia sombong dan tak tegur dia langsung sampai ke sudah?

*fikir sekejap*

Saturday, May 4, 2013

bismillah..

throughout life people will make you mad, disrespect you and treat you bad..let Allah deal with the things they do..cause hate in your heart will consume you too..

enough said..good night peeps =)

Wednesday, May 1, 2013

remain.untold

bismillah..

terlalu banyak target..terlalu banyak weak point..terlalu rapuh..
menjadi manusia yang sempurna dalam semua segi bukan kerja enteng..
contohnya aku..terlalu banyak segi yang harus aku perbaiki..
aku bukan jenis manusia yang cepat berkata YA dalam semua situasi..
aku jenis manusia yang suka memerhati..suka meneliti..
mentaliti aku agak kompleks bagi sesiapa yang tidak mengenali aku seadanya..
aku suka bermain..ya..bermain!terlalu suka..!!
aku suka ketawa..sebab ia bisa menghapuskan segala duka dijiwa..
tapi bila aku perlukan keseriusan..maksudnya serius itu perlu!!
aku tidak memilih..pilihan aku pilihan pandangan pertama..
aku tidak suka menunggu sendirian..
aku tidak suka ditinggalkan sendirian tanpa teman..
aku perlukan teman untuk berbicara..
untuk aku ulas satu persatu perkara..
aku gemar mendengar orang bercerita..
aku suka orang dapat menerima aku seadanya..
aku boleh berubah..in shaa allah..seiring dengan kemahuan..
aku tidak suka diatur..kerana aku tidak suka hidup aku ditentukan..
tidak mencabar..tiada kejutan..segalanya bagaikan sudah dapat diagak..
aku manusia..sama seperti kalian...
aku bertindak mengikut logik akal..
bukan seiring nafsu yang menggila..
pelik..lucu barangkali...
aku suka mengusik.. bercanda.. 
tidak mendesak..hanya menerima dan memerhati..
aku cepat bosan.. ya..terlalu cepat bosan..
jadi jangan paksa aku untuk melakukan sesuatu yang sama berulang-ulang kali..
aku telah puas mengejar..
kini aku ingin duduk diam..bisu dan hanya memerhati..
ini aku..!!
pada janji..

Saturday, April 27, 2013

WHAT A DAY!! =)
















MY UNIMAP LIFE =)



hectic sangat sampai tak bernafas tu takde laa..sebab dah get used to it..well ini kawan2 saya..hani & fika..
psst..haritu ade orang buat gwiyomi dalam kereta sebab malu orang tengok..bhahaha..nak tengok tak..
oleh sebab kat sini tak ramai sangat orang view..kira halal la eh fika.. =)

video
till then friends...
assalamualaikum =)

Tuesday, April 23, 2013

GWIYOMI PUNYA ANGKARA

bismillah..
emm..aku saja tulis..saja nak buat entry sampah hari ni..
ye aku sedar..takde sape yang kesah..well..aku sedar blog dah takde la sepopular dulu kan..
so kiranya tulis sikit kat sini mungkin selamat dari tulis secara terang-terangan di fb.. *maaf*
haila~ haila~
aku ingat aku selamat..tak ramai yang view video tu masa aku letak separuh hari kat fb yang kurang orang tu..tak sampai 500 lebih pun kot..huu..
tapi rupa-rupanya ramai kot yang view..=.="
tau haritu aku senyap-senyap je letak kat blog..haila..nape la aku tak terfikir bende macam ni awal-awal kan..huuu =.="
tu la ain..dah jadi macam ni baru kau tau cane kena bahan dengan bebudak kelas..hooo~
kau betul la memalukan budak bahan je ain..gile~gile~

semalam ada budak laki yang aku tak kenal tegur aku waktu aku baru balik ngeteh malam tu..
"ain~"
haila..siyez aku tak kenal kau sape wei..tapi kira kau tau nama aku..mungkin kau kawan aku kat fb kot..huuu =.="
takpe2 kita kawan kan..senyum n berkawan dengan orang tu tak jadi dosa pun ain =)

pagi tadi masuk kelas pastu classmates aku yang chinese tu cakap gini..
"ggii gwiyomi""
and aku macam..=.="
"you ade tengok ke?"
and then dia cuma gelak je..

ade lagi sorang classmate..
dia cakap dengan aku..waktu tu tengah sembang dengan dia..
sambil minum air kotak waktu duduk tu aku betulkan kaki seluar..
pastu dia tanya aku something and aku macam..
pandang dia dari bawah sambil sedut air kotak dengan sebelah tangan pastu angguk2..(waktu tu dia berdiri depan aku)
terus dia jerit cakap kat aku gini..
"jangan buat muka macam tu!!"
nganga kot aku..pehal pulak dia ni..??=.="
"awak kenapa ni?"
"ain..serious saya tengok video tu dua kali tau..macam tak percaya je tu awak"
"huu..dah2..dah delete dah pun..takyah nak buat reaksi macam tu sangat"
okay nampak sangat dia fobia lepas tengok video aku..

budak tahun dua petang tadi nampak aku ngan member aku tu kat kedai makan petang tadi boleh kata gini kat member dia..
"wei..nak tengok awek gwiyomi tu ade kat belakang kau tu haa.."
and aku macam erkk..sambil pandang kawan aku..
"dia tak cakap kat aku kan?"
"dia cakap kat kau la ain"
and aku macam =.="

jalan kat tepi2 jalan pun ade je orang sebut gwiyomi depan aku..wei..xyah la bahan aku..aku tak kenal kau pun tau tak.. =.="
tau la video aku tak comel..saya buat untuk kawan saya la.. =.="
tapi kan saya dah padam video tu..takyah la nak bahan saya lagi..

kelas petang tadi kena dengan classmates lelaki..
"eh ain cane buat yang no 6 tu??cup..cup..cup..cup..cup..cup..hahahahaha..."
"diam la wei"

ade yang setengah kata gini
"yang kau padam video tu buat ape?orang dok cari2 nak tengok lagi dah tak jumpa dah"
and aku macam.
."buat ape nak ulang tayang video aku tu..aku buat untuk kawan aku..bukan untuk korang pun..jadi sukati aku la nak padam pun" =.="

ade yang kata..
"haha..ain dah download dah pun..hahaha.."
"kejam sangat tu wei"

and tadi waktu keluar minum..
"eh..jap2..nak tengok gwiyomi kejap.."
=.="
..motif la..wei..segan la aku..

gaya korang buat tu macam aku buat isu besar je kan..
classmate aku yang lagi sorang tu pun buat jugak..tapi apehal x bahan dia seteruk kau bahan aku?
dia lagi pulak..x padam lagi kot..ishh..
kan aku dah kata dah..ini semua diskriminasi jalanan yang aku kena hadapi..
well ain..seminggu je..takpun dua minggu..pastu bukannye orang ade ingat lagi pun video gwiyomi kau tu..
=.="
"sorry awak..saya buat awak segan je keluar minum dengan saya" =(

sabar ain..sabar..
tak lama lagi habis la tu..orang lupa la tak lama lagi tu..
video kau pun bukannye ade kat fb tu lagi kan?
kat sini pun bukannye kau publish entry tu kat fb kan??
so sabar..tak lama lagi orang lupa la tu..siyez..jangan risau..
sabar je dulu k..

dah la..tak lama lagi habis la tu..ye aku caye.. (senyum kelat)
till then peoples =)
goodnight and assalamualaikum ^^





Monday, April 22, 2013

REUPLOAD

bismillah and assalamualaIkum..
ye2 sebelum nak kata aku poyo ke bajet ke dengar dulu ape yang aku nak sampaikan.. =)
video ni aku reupload balik kat sini lepas aku keluarkan dari fb sebab ada sesetengah dari kawan-kawan aku yang merengek-rengek cakap nak tengok video tu sebab tak sempat nak tengok sebelum aku buang tu..
well, aku buat sebab kawan.. <3
bukan sebab nak bajet comel ke sebab nak raih popularity and so on..
kalau aku buat sebab benda-benda tu..for sure aku takkan buang video tu lagi dari fb..
so, please.. (bertimbang rasa sikit sebelum nak kata aku..huuu)

ye2..kehidupan makin mencabar jugak lepas aku upload video tu kat fb haritu.. i never knew yang fb yang kurang kawan tu boleh bagi impact yang agak besar jgak untuk aku..wahahaha.. *poyo in the air*
btw, buat masa ni aku terpaksa seludup2 keluar.. pakai spec ke.. sebab taknak nampak obvious sangat yang tu aku..haha..
da la semalam keluar ngeteh malam2, tetiba ade orang tegur.. well, aku ingat budak kos or orang yang aku kenal..dengan selamba badaknya aku tengok muka dia sambil senyum.. and i'm at a complete loss bila tengok orang yang tegur tu langsung aku tak kenal..bhahha..ok, lawak..
tapi takpe la..saya tak sombong mana pun..kalau nampak tegur.. kalau nak berkawan pun saya ok je.. kann?? hahaha.. buat rugi je sombong-sombong ni.. bukannya bawak apa pun.. =D

so, awak-awak sekalian..ini video saya yang saya dah padam haritu..
silalah..tapi jangan ejek tau~
tak comel mana pun video ni..hahaha..sekian.. =)

video