~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Friday, March 29, 2013

KAU PILIH YANG MANA?

bismillah.. =)

dah lama tak membebel kat blog gini..entry pulak memang kemain lagi lambat nak upload..ohh..aku kena faham dengan tuntutan aku sebagai student..tak boleh main-main sangat..kena study..
tapi pun macam tu aku tetap rasa yang aku ni still bebal..astagfirullah...ape la nak jadi dengan kau ni ain oi..

ok..sudah-sudah cakap pasal diri aku..hari ni mungkin aku menulis..tapi tulisan aku berkenaan dengan orang yang aku kenal..kawan aku sendiri..ok..baik aku tak mention nama dia.. (tak baik tau ngumpat) ha ha!

yes..yes..yang mana yang korang pilih?pernampilan luaran ataupun pernampilan dalaman?kalau aku..ye..aku jadi orang mungkin tak memilih sangat..tade la cerewet sangat sampai nak ubah orang jadi satu makhluk yang lain..itu bukan cara aku...kalau ye..aku ubah tu dengan kehendak dia sendiri..dan dia pun takkan sedar yang dia sedang atau dah berubah..manusia ni kadang kala hidupnya tak boleh diatur sangat.. cepat bosan.. cepat muak dengan keadaan yang terlampau mendesak diri..

a friend of mine..ada pilihan hati lain..tapi lately dia ada kenal dengan seorang budak lelaki ni.. pada aku takde salahnya pun diorang berkawan..takde pun buat mata aku dok berbulu tengok diorang berdua.. enough said..
kalau nak bercinta sekalipun memang pada aku boleh..tapi jangan sampai terpegang sana sini..tenung anak orang macam nak telan..heh~
tapi namapaknya macam kawan aku tu nak lebih dari tu..nak ada hubungan bole..tapi kena la pandai jaga batas pergaulan..itu yang penting..pilihan kau tu sebenarnya aku tak berkenan sangat..maaf la nak cakap..tengok gaya korang pun aku rasa macam nak blah gi tempat lain..sebab tu aku cakap dia cowboy..ade faham?

=.=" bukannya aku nak back up budak lelaki yang dia baru kenal sekarang ni..tapi masalahnya entahlah.. aku selesa tengok dorang berkawan..tak macam aku rasa bila aku tengok dia dengan budak yang lagi satu tu..

ok tetibe pulak semalam dia boleh cakap macam ni depan aku..

"aku takde feeling kat dia la weh"

".."

"yang kau dok macam banyak fikir sangat ni nape? cuba kau cakap kat aku apa yang kau tak suka kat dia tu?apa lagi yang tak berkenan kat mata kau?"

"kau tau kan pilihan aku macam mana ain..aku suka orang yang smart..pakai elok-elok..pakai kemas..kalau dah siap nak keluar tu pakai kasut..cara jalan dia..yakin.."

"tapi??"

"tapi dia tak macam tu..ok..cuba kalau kau tengok..kalau dia ubah pernampilan dia weh..dia hensem kot..kulit pun putih..nak kata pandai pun pandai..tapi kenapa dia tak menonjol? sebab kau tengok la cara pemakaian dia..dah pakai smart-smart...spoil bila tengok kaki pakai sliper..pastu dia suka jalan menunduk..kenapa tak jalan tegakkan badan tengok depan.."

"mendada maksud kau?"

"hmmm..yakin..takyah la pandang tanah..takde apa pun kat tanah tu..lagi satu kenapa kalau time bercakap dengan aku dia taknak tengok muka aku langsung?pandang pun curi-curi je"

ya allah..sebab tu je kot..ada 3 benda yang kawan aku point out...dan dia kena tengok 3 faktor jugak..
ok..dari faktor keselesaan..kalau kau nak berjalan sekangkang kera dari rumah ke kedai kat taman kau tu..takyah la nak demand nak pakai kasut pakai..sliper is the best option what..?
ok mungkin kalau kau kata sekali dia nak g dating dengan kau..dah pakai smart2 ni..alih2 pakai sliper kat kaki..mungkin waktu tu dia boleh consider yang dia tengah g dating..then, mungkin jugak dia sendiri boleh pikir apa yang patutnya dia sarung kat kaki..mungkin kau boleh cakap gini kat dia..

"awak nampak smart hari ni..tapi kalau awak pakai kasut rasanya lagi smart.."

kalau pasal berjalan..nak kata self esteem dia macam kurang la ni?
kau kena tengok dengan siapa yang dia berkawan jugak..kalau kawan dia jenis yang macam tu jugak..kau tak boleh nak salahkan dia sorang..nak ubah seseorang bukan senang..satu cara yang paling mudah cuma duduk dekat dengan orang tu..pantau dari jauh cara dia berinteraksi dengan kawan-kawan dia..
then cuba sikit demi sikit kau keluarkan dia dari satu kelompok dan masukkan dia ke satu kelonpok yang lain..bagi dia bergaul dengan semua orang..sama rata..
geng melepak tu memang la wajib ada..tapi cuba sekali sekala keluar dari comfort zone..bercakap dengan semua orang..kalau dia berjaya tarik perhatian geng-geng yang pendiam untuk communicate dengan dia..apa yang aku boleh cakap sekarang ialah, dia dah berjaya..
cara berjalan bahu kendur tunduk bawah tu kalau dia nak ubah rasanya mungkin boleh..tapi kawan-kawan kena pantau la..

kalau pasal bila bercakap tak pandang kau..mungkin sebab dia malu..mungkin sebab jaga pandangan.. =)
kau cuba la faham..ok..mungkin jugak kau dah lama tak bercinta..kau cakap last kau bercinta waktu sekolah kan?ok then aku boleh maafkan kesilapan kau kat situ..kalau tak pun cuba perhati sekeliling..tengok..
2 jenis lelaki yang wujud dalam dunia..satu yang sayang pada kita..dua, yang betul-betul sayang pada kita..
kau tanya pada orang sekalipun..kalau jujur kau mintak diorang jawab..kalau dah sayang sangat..sentuh pun diorang taknak.. salam? tenung mata? heh~ (bagus ape macam tu)
takkan buat..sebab perasaan tu ada dalam hati..mungkin dia boleh buat semua tu kalau dah nikah nanti.. orang yang macam ni selalunya lepas nikah adalah calon2 suami yang penyayang kau tau? tapi mungkin kau tak nampak..lagipun akak-akak kau pun dah cakap suruh pilih yang lagi satu tu kan?

jadinya..mungkin itu je yang mampu aku cakap..
kita kalau nak ubah orang kadang-kadang kena refleks jugak..cuba kalau kita ada kat tempat orang tu..pastu orang nak ubah kau..kau rasa kau boleh berubah?demi siapa?sebab apa?kau memberontak tak nanti?

*kalau kau boleh jawab semua ni..refleks kat diri kau..dengan kat diri dia..then aku boleh jamin yang korang boleh teruskan..if not..stop bagi dia harapan.. both of you are my friends.. jadinya aku taknak tengok satu lagi episod drama petang lepas ni..cukup-cukup je la dulu k..

till then..
assalammualaikum..

Sunday, March 24, 2013

HEY AWAK!! =)

dear sayang,

kalau awak dah sedar yang saya dah remove dia dari friend list saya..jangan la tanya kenapa k?walaupun awak ngaku yang saya ngan dia tu rapat..tapi awak dengan dia dah lagi rapat kan sekarang?hehe..
*lagipun,dah memang habit saya macam tu..suka remove2 orang...hahaha...JK =P

saya sayang awak dan saya sayang persahabatan kita..
dan apa yang penting saya tak nak kita nanti gaduh semata-mata seorang lelaki..tak kesahlah apa puncanya pun..sebab bagi saya kehilangan seorang sahabat yang baik semata-mata sebab seorang lelaki tu sangat tak munasabah..

yang ikhlas,
saya =)


Sunday, March 17, 2013

KEEP ON SMILING HANNA!!


bismillah..
*senyum*
hari ni aku agak kecut perut jugak la..maklum la..test, kuiz dah dekat..tarikh nak bentang assignment apetah lagi..huuu..boleh tak nak termelatah kejap..mengenangkan subjek2 sem ni agak susah untuk aku hadam buat masa ni.. T-T..
static & engineering math..please3 do be friendly!!lately aku ade masalah sikit..hurmm..kalau cerita pun mungkin orang akan cakap yang aku agak mengada2..yeke? perangai macam budak2.. yeke? nak main tak kawan-tak kawan tu semua kerja budak2 tadika.. yeke?

dear friends..seriously..cakap guna mulut memang senang..kau takde kat tempat kejadian..kau tak merasa apa yang aku rasa..memang kau akan cakap perangai aku macam budak2..but seriously.. honestly..kalau kau ade kat tempat aku..aku berani jamin kau ambil langkah penyelesaian macam aku jugak kan.. langkah berdiam diri..tarik diri dari kelompok besar buatkan aku berjaya mengepakkan balik sayap aku yang selama ni diikat kemas..memang..memang aku suka berkawan..tapi kalau kawan tu secara tak langsung conteng arang kat muka aku..patut ke aku berdiam diri?
kalau orang lain tengok aku macam aku ade buat dose besar sebab perbuatan kau..patut ke aku stick dengan kau? mungkin orang boleh kata..

"ala ain..settle cara baik r..cakap dengan dia..kan senang gitu.."

*sigh*masalahnya aku berhadapan dengan orang yang hatinya sangat rapuh..tak boleh terusik sikit..kecik ati bertaun jawabnya nanti..masalahnya..kalau aku bercakap..waktu aku marah..atau waktu aku tak puas hati..ayat-ayat yang keluar dari mulut aku takkan bertapis..kental2 kau pun surely akan terasa dengan ayat aku..then, untuk kebaikan semua pihak..aku buat keputusan berdiam diri..tarik diri pelan2..nak bercakap aku tak mampu..yang lain aku seriously cakap..tak pernah aku hasut suruh ikot cara aku atau tak..kalau diorang buat macam aku...itu bukan salah aku..
aku suka berkawan..kalau boleh aku nak berkawan dengan semua orang ada kat sekeliling aku..tak kesah la dia tua ke muda ke..selagi kau pandai jaga perangai..tak buat aku rimas dengan kau..then aku selesa kawan dengan kau..aku tak suka kalau berkawan orang panggil geng la bagai..seriously..there's no such thing as gang yang boleh bertahan sampai ke mati..unless korang memang sekepala..memang seia sekata,,then, baru benda tu would be fine...if not..porak peranda macam aku sekarang..*sigh*

orang nak kata aku kepala batu..keras hati..its up to you..its up to them..ini hidup aku..cuma aku dan Allah saja yang berhak tentukan..terkilan buat masa ni..sebab semuanya dah jadi..aku tak boleh salahkan sesape..
mungkin cuma aku,,cuma aku yang bermasalah..aku cuba bersangka baik kat semua orang kat sekeliling aku.. in shaa allah =)

salah aku jugak sebab buatkan orang nampak yang kita bersama walhal kita tak pernah bersama..kau dengan aku tu ibarat langit dengan bumi..takyah jauh..tengok family background dah cukup..heh..aku bukan anak bangsawan..ade harta..rumah besar..kereta keluaran luar negara..kereta yang ada dua tiga buah tersadai kat rumah..aku cuma anak polis (yang orang dok maki anjing kerejaan sekarang ni..entah apa yang korang benci pun aku tatau la kat polis ni..padahal yang tolong korang diorang jugak,,)seriously..aku cuba nak elakkan untuk berchenta or berkenalan dengan lebih lanjut dengan orang2 yang related dengan kerja2 macam ni..aku taknak anak2 aku jadi macam aku sekarang..jarang sangat jumpa bapak dia..then, orang lain yang tak tau hujung pangkal sedap2 je maki hamun polis macam tu la macam ni la..padahal kau tau ke diorang kerja macam mana!! =(

berbalik kepada latar belakang..aku bukan anak manja dalam family..aku dilatih jadi anak yang ada jiwa yang kental..biar la orang caci maki..asalkan tak meminta2...asalkan pandai ukur besar poket kita..aku dilahirkan bukan dalam environment biar papa asal bergaya..nope..!!down to earth..jangan pernah megah dengan apa yang kita ada..semuanya pinjaman..btw, ini semua harta mak bapak..kau kerja pun belum ...so takyah nak bermegah dengan apa yang kau ada.. dont bother to ask your friends how much they have in the bank..dont bother to ask them..what brand are you wearing?dont bother to ask them..kau anak sape?mak bapak kerja apa? sometimes..there are people who are not very fortunate like you who are born with a silver spoon..aku misalnya..i dont care kawan aku sape..asalkan dia sangat warm..dan tak pernah menunjuk2 n suka jatuhkan orang lain..that kind of person boleh jadi kawan aku..

seriously..kau kena ada hati yang kental kalau nak berkawan dengan aku..sebab aku orang yang sangat open..aku cakap apa yang aku suka,,yang aku tak suka..semua aku luah..tak bertapis..so that kau tau aku orang yang macam mana..aku treat orang..macam apa yang aku nak orang treat aku..kalau aku kasar..that means korang boleh berkasar dengan aku..tak kesah la gender ape..aku memang tak kesah..
aku tak suka kalau berkawan dengan orang yang mulut lepas..tapi bila orang lepas jugak dengan dia..dia tak dapat terima..sentap berbulan..*go kill urself!!*
kalau ko jenis lembut..aku bole je layan kau lembut..sebab luar dalam kau memang gitu..aku sangat anti dengan orang hipokrit..yang mulut tak reti nak tutup dok cite pasal aib kawan2 kat orang lain..kalau kau tak suka dengan orang tu fine..mind your own business..jangan nak heret kawan-kawan kau untuk sama2 benci orang tu..bagi diorang kebebasan untuk berkawan..berfikir..enjoy..jangan rantai diorang...itu bukan caranya untuk berkawan..like seriously..!!jangan pernah basuh otak kawan2 kau untuk tak suka dengan orang yang kau tak suka tu..

sebab aku jenis kasar..cakap lepas..orang senang je label aku jahat..
kalau kau mengaku aku geng..maksudnya kau bawa nama aku setiap masa dengan kau..
imej aku ada dengan kau jugak..kalau kau buat salah..orang akan kata aku salah jugak..
kalau kau buat anak orang..orang akan mengata aku yang ajar kau buat macam tu..sebab mentaliti orang dah memang set yang suma aku je yang ada mulut lepas..yang perangai tak ayu..walaupun bukan aku yang ajar kau buat benda-benda tu..'
kau kena ingat jugak..walaupun aku macam ni..aku ada hati..aku boleh rasa sedih jugak bila mata orang menyalahkan aku bila kau buat hal..walaupun mulut diorang terkunci..deny kalau aku tanya apa-apa..
aku dah ingatkan jangan pernah buatkan aku menangis sebab kau..sebab aku akan lupa segala kebaikan yang pernah kau buat pada aku..segala memori indah = kosong..aku akan cepat lupakan kau..tu anugerah Allah pada aku..
sebenarnya aku kecewa..kau orang kedua yang mintak nasihat aku..tapi taknak pakai n cuba settlekan masalah kau dengan cara kau sendiri walhal aku dah cakap yang pendekatan kau tu SANGAT SALAH!
dan yang paling aku kecewa sekali..kau heret kitorang masuk dalam masalah kau sekali.. itu menambahkan lagi kekecewaan aku.. mugkin kau tak sedar apa yang kau dah buat..apa effectnya pada aku..kami.. macam mana aku nak bersihkan nama aku..nak kata yang aku tak salah,,yang kami tak salah..yang kami tak pernah tau rancangan kau..yang kitorang ni mangsa keadaan..??aku boleh hidup..tapi aku tak sanggup tengok kawan aku sedih..orang kata dia..cakap lepas dengan dia..benda yang dia tak sanggup terima..kalau jadi kat kau.aku berani jamin kau menangis bengkak-bengkak mata..ada kau mengadap dia sabarkan dia cakap yang mungkin diorang tak sengaja nak buat kat dia macama tu..ada kau menghadap dia time dia sedih? ada kau tengok dalam-dalam..tenung muka dia..selam hati dia..bertapa susahnya dia nak move on lepas apa yang kau dah buat??ade??pernah kau pujuk dia masa dia sedih?masa dia asyik fikir apa orang keliling buat sampai hilang fokus?

sekarang keadaan dah kembali stabil..mungkin diorang dah nampak yang bukan aku orangnya yang ajar kau buat semua tu..dia pun dah move on..kitorang happy dengan hidup kitorang..tapi still sedih sebab terasa kehilangan..hilang seorang lagi sahabat yang mungkin sedang membela nasib kau...sahabat yang menjeruk diri..yang menyisihkan diri padahal kitorang terima seadanya dia..tak apalah..ini ujian buat kami..kami terima seadanya..terima kasih sebab kau dah ajar dia untuk jadi lebih matang..untuk menyelesaikan satu ujian hidup..buat masa ni..aku mungin masih belum mampu nak bercakap..nak senyum..sebab hati ni masih lagi terasa sakit dengan apa yang kau buat..sabarlah..tunggu..tunggu sampai aku pulih..sampai aku dah boleh terima kau sebagai kawan aku..tapi aku tak berani jamin yang hubungan antara kita boleh jadi macam dulu..sabar la ye..

p/s : aku dah puas menangis kalau nak diungkit fasal sahabat dari zaman sekolah..matrik..dan aku tak sangka aku menangis lagi di zaman u disebabkan kau..aku menangis bukan sebab aku lemah..aku menangis sebab aku letih..aku penat...aku sedih..aku kecewa dengan apa yang jadi..benda yang sama berulang dan aku tersepit di tengah2..aku tak tahu sampai bila benda ni kena berulang..macam siaran astro..aku dah penat berkawan..yang aku cari sekarang cuma sahabat dunia dan akhirat..in shaa allah..

till then
assalamualaikum..