~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Friday, March 29, 2013

KAU PILIH YANG MANA?

bismillah.. =)

dah lama tak membebel kat blog gini..entry pulak memang kemain lagi lambat nak upload..ohh..aku kena faham dengan tuntutan aku sebagai student..tak boleh main-main sangat..kena study..
tapi pun macam tu aku tetap rasa yang aku ni still bebal..astagfirullah...ape la nak jadi dengan kau ni ain oi..

ok..sudah-sudah cakap pasal diri aku..hari ni mungkin aku menulis..tapi tulisan aku berkenaan dengan orang yang aku kenal..kawan aku sendiri..ok..baik aku tak mention nama dia.. (tak baik tau ngumpat) ha ha!

yes..yes..yang mana yang korang pilih?pernampilan luaran ataupun pernampilan dalaman?kalau aku..ye..aku jadi orang mungkin tak memilih sangat..tade la cerewet sangat sampai nak ubah orang jadi satu makhluk yang lain..itu bukan cara aku...kalau ye..aku ubah tu dengan kehendak dia sendiri..dan dia pun takkan sedar yang dia sedang atau dah berubah..manusia ni kadang kala hidupnya tak boleh diatur sangat.. cepat bosan.. cepat muak dengan keadaan yang terlampau mendesak diri..

a friend of mine..ada pilihan hati lain..tapi lately dia ada kenal dengan seorang budak lelaki ni.. pada aku takde salahnya pun diorang berkawan..takde pun buat mata aku dok berbulu tengok diorang berdua.. enough said..
kalau nak bercinta sekalipun memang pada aku boleh..tapi jangan sampai terpegang sana sini..tenung anak orang macam nak telan..heh~
tapi namapaknya macam kawan aku tu nak lebih dari tu..nak ada hubungan bole..tapi kena la pandai jaga batas pergaulan..itu yang penting..pilihan kau tu sebenarnya aku tak berkenan sangat..maaf la nak cakap..tengok gaya korang pun aku rasa macam nak blah gi tempat lain..sebab tu aku cakap dia cowboy..ade faham?

=.=" bukannya aku nak back up budak lelaki yang dia baru kenal sekarang ni..tapi masalahnya entahlah.. aku selesa tengok dorang berkawan..tak macam aku rasa bila aku tengok dia dengan budak yang lagi satu tu..

ok tetibe pulak semalam dia boleh cakap macam ni depan aku..

"aku takde feeling kat dia la weh"

".."

"yang kau dok macam banyak fikir sangat ni nape? cuba kau cakap kat aku apa yang kau tak suka kat dia tu?apa lagi yang tak berkenan kat mata kau?"

"kau tau kan pilihan aku macam mana ain..aku suka orang yang smart..pakai elok-elok..pakai kemas..kalau dah siap nak keluar tu pakai kasut..cara jalan dia..yakin.."

"tapi??"

"tapi dia tak macam tu..ok..cuba kalau kau tengok..kalau dia ubah pernampilan dia weh..dia hensem kot..kulit pun putih..nak kata pandai pun pandai..tapi kenapa dia tak menonjol? sebab kau tengok la cara pemakaian dia..dah pakai smart-smart...spoil bila tengok kaki pakai sliper..pastu dia suka jalan menunduk..kenapa tak jalan tegakkan badan tengok depan.."

"mendada maksud kau?"

"hmmm..yakin..takyah la pandang tanah..takde apa pun kat tanah tu..lagi satu kenapa kalau time bercakap dengan aku dia taknak tengok muka aku langsung?pandang pun curi-curi je"

ya allah..sebab tu je kot..ada 3 benda yang kawan aku point out...dan dia kena tengok 3 faktor jugak..
ok..dari faktor keselesaan..kalau kau nak berjalan sekangkang kera dari rumah ke kedai kat taman kau tu..takyah la nak demand nak pakai kasut pakai..sliper is the best option what..?
ok mungkin kalau kau kata sekali dia nak g dating dengan kau..dah pakai smart2 ni..alih2 pakai sliper kat kaki..mungkin waktu tu dia boleh consider yang dia tengah g dating..then, mungkin jugak dia sendiri boleh pikir apa yang patutnya dia sarung kat kaki..mungkin kau boleh cakap gini kat dia..

"awak nampak smart hari ni..tapi kalau awak pakai kasut rasanya lagi smart.."

kalau pasal berjalan..nak kata self esteem dia macam kurang la ni?
kau kena tengok dengan siapa yang dia berkawan jugak..kalau kawan dia jenis yang macam tu jugak..kau tak boleh nak salahkan dia sorang..nak ubah seseorang bukan senang..satu cara yang paling mudah cuma duduk dekat dengan orang tu..pantau dari jauh cara dia berinteraksi dengan kawan-kawan dia..
then cuba sikit demi sikit kau keluarkan dia dari satu kelompok dan masukkan dia ke satu kelonpok yang lain..bagi dia bergaul dengan semua orang..sama rata..
geng melepak tu memang la wajib ada..tapi cuba sekali sekala keluar dari comfort zone..bercakap dengan semua orang..kalau dia berjaya tarik perhatian geng-geng yang pendiam untuk communicate dengan dia..apa yang aku boleh cakap sekarang ialah, dia dah berjaya..
cara berjalan bahu kendur tunduk bawah tu kalau dia nak ubah rasanya mungkin boleh..tapi kawan-kawan kena pantau la..

kalau pasal bila bercakap tak pandang kau..mungkin sebab dia malu..mungkin sebab jaga pandangan.. =)
kau cuba la faham..ok..mungkin jugak kau dah lama tak bercinta..kau cakap last kau bercinta waktu sekolah kan?ok then aku boleh maafkan kesilapan kau kat situ..kalau tak pun cuba perhati sekeliling..tengok..
2 jenis lelaki yang wujud dalam dunia..satu yang sayang pada kita..dua, yang betul-betul sayang pada kita..
kau tanya pada orang sekalipun..kalau jujur kau mintak diorang jawab..kalau dah sayang sangat..sentuh pun diorang taknak.. salam? tenung mata? heh~ (bagus ape macam tu)
takkan buat..sebab perasaan tu ada dalam hati..mungkin dia boleh buat semua tu kalau dah nikah nanti.. orang yang macam ni selalunya lepas nikah adalah calon2 suami yang penyayang kau tau? tapi mungkin kau tak nampak..lagipun akak-akak kau pun dah cakap suruh pilih yang lagi satu tu kan?

jadinya..mungkin itu je yang mampu aku cakap..
kita kalau nak ubah orang kadang-kadang kena refleks jugak..cuba kalau kita ada kat tempat orang tu..pastu orang nak ubah kau..kau rasa kau boleh berubah?demi siapa?sebab apa?kau memberontak tak nanti?

*kalau kau boleh jawab semua ni..refleks kat diri kau..dengan kat diri dia..then aku boleh jamin yang korang boleh teruskan..if not..stop bagi dia harapan.. both of you are my friends.. jadinya aku taknak tengok satu lagi episod drama petang lepas ni..cukup-cukup je la dulu k..

till then..
assalammualaikum..

4 comments:

Anonymous said...

who is dia (yg baru)?
who is lagi satu (yg lama)?

-jiwakacau- :D

ain farhana said...

dah kata pun rahsia..mane ley mention..haha.. XD

Anonymous said...

takkan rahsia takleh share ? pm aku. if u know me laa hahaha

ain farhana said...

haha..ermm..
cik anon yee..mane la aku tau..dah kau ni cik anon..!!bhahaha
jantina please..(gaya tulis dah macam bole detect sape)
tapi kau perlukan jantina untuk kesahihan..

#kau xde keje dah??