~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Wednesday, September 4, 2013

MENGGEDIK? DISKUSKAN..

bismillah..
terkejut rasanya bila terbaca status-status dan comment-comment gedik kawan-kawan di facebook.. bukan mengutuk.. bukan mengeji.. tapi kalau nak menggedik tu kalau boleh biarlah berpada.. ya.. ya.. aku tak salahkan sesiapa.. biasalah tu.. perempuan kan.. memang la kadang-kadang suka menggedik.. terserlah kegatalan diri tu secara tak sengaja.. *atau mungkin disengajakan sebab nakkan publisiti*

aku termalu sendiri.. terkilan mungkin.. *facepalm..kalau boleh nak facewall sekali..huhuhu...*
kawan-kawan.. kalau ye pun tunjukkanlah sifat dan etika keperempuanan yang betul.. malu kalau adik-adik yang lebih muda dari kita tengok perangai kakak-kakak yang lebih tua daripada mereka yang bersikap begitu..

"aku dah tak sabar nak cuci mata!!"

"tak sabar-sabar nak 'berkenalan' dengan diorang"

errr...sepatutnya korang bual-bual pasal benda-benda macam tu dekat ruangan chat je laa.. tak payah laa nak tulis comment kat status kawan-kawan kau yang dah sah-sah dipublish secara public.. honestly.. korang tak terfikir ke mungkin ada golongan-golongan yang mencemuh kelakuan korang tu? walaupun bukan secara berdepan.. mungkin diorang akan kata belakang.. golongan yang akan camkan muka korang dan akan kata korang belakang-belakang kalaulah terserempak kat mana-mana nanti..

bukannya aku nak kata apa yang korang buat tu salah.. tak.. memang tak salah.. tapi berpada lah.. bukan semua orang cara pemikirannya sama macam kita.. kalau dah tak tahan sangat..apa kata korang buat je chat group..bukannya susah pun.. kan??

usik mengusik sesama sendiri memang laa tak salah.. memang salah satu cara nak mengeratkan hubungan sesama kawan sebaya.. tapi satu.. berpadalah.. sebab setiap comment kita tu ada pemerhatinya.. macam aku.. aku adalah silent reader yang sangat tegar.. baca je semua.. dari status sampai ke comment yang penghabisan semua aku baca.. apa yang naik ke newsfeed tu semuanya aku teroka..

dari fb..orang boleh judge kita jenis yang macam mana.. jadi.. lepas ni pandai-pandailah behave ye.. =)

aku pun bukannya baik sangat..selalu je aku mengusik-mengusik orang.. =.="
kalau ada salah silap mohon ditegur ye.. danke =)
assalammualaikum..

p/s sahabat yang baik akan menegur kesilapan sabahatnya.. tegur bukan bermakna benci.. tapi kerana sayang =)

4 comments:

Niena Reen said...

emm betul tu sis. kdg2 tak suka tngok org yg over bergedik. gedik tu mmg biasa lah, semua org gedik tapi bila over... XD

Mak cik comel said...

Ku mengerti.. Agagaga

ain farhana said...

niena: hahaha.. kann.. ain rasa pun macam tu jugak.. kalau sikit-sikit kira boleh tolarate jugak.. tapi kalau over.. sendiri-sendiri tau lah.. huhu =)

ain farhana said...

mak cik comel : terima kasih kerana memahami..comel sungguh namamu makcik.. hohoho..