~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Saturday, December 14, 2013

Hidup ini..tak semuanya indah..
Kadang-kadang kita disogok dengan pelbagai benda yang akhirnya membuatkan kita lalai..
Hidup ini bukan mudah.. Bukan seenteng manifesto yang kau luahkan..
Dan akhirnya..di penghujung kata apa yang kau dapat lihat hanyalah dusta yang jatuh bertimpa..
Hidup ini satu perjuangan..
Perjuangan untuk sentiasa berada diatas..
Perjuangan untuk kekal berada di zon selamat..
Perjuangan dalam mengenal harga diri..
Dan perjuangan dalam mempertahankan iman..
Yang kadang kala kita tidak sedar..
Iman yang semakin rapuh saban hari..
Dimamah kelalaian.. kerana mata acap kali butakan dengan rasa lesu dengan kesibukkan dunia..
Malu untuk mengaku..
Tapi pada hakikatnya itu adalah aku..
Aku sudah gagal..
Gagal sejak dari garisan permulaan lagi..
Tapi aku tetap teruskan..
Walaupun aku sangat sedar tiang yang aku bina tidak sesempurna tiang mereka..
Tapi pada hakikatnya..
Itulah aku..aku yang perlu sentiasa diingatkan..
Aku yang perlu selalu diberitahu untuk melakukan yang wajib..
Aku yang sering lalai dengan kerja dunia..
Aku yang selalu leka dengan alam duniawi..
Aku yang telah tersasar dari persimpangan yang hakiki..
Aku yang hanya mengharap ihsannya dikala susah menghimpit diri..
Aku..aku yang sombong dengannya..walaupun diri tidak sesempurna mana..
Tunduk..lesu..aku tekurkan pandangan ke tanah..
Ya..aku sedar..sampai nanti satu saat..
Aku juga akan hilang..sebati..menjadi debu di bumi tuhan..
Bukan pada manusia aku patut malu..
Tapi pada sang pencipta yang sentiasa memerhati setiap perbuatanku..
Kalimah itu aku ucap perlahan..
Berkali-kali hingga bibir terasa basah..
Aku tunduk kembali..menekur ke lantai..
Aku sentuh debu-debu itu dengan jari..
Astagfirullah..
Sedarlah pada hakikat diri..
Biar duniawi dan akhirat itu berdiri selari..
Untuk apa sombong meninggi diri?
Sedangkan debu itu lebih suci...

0 comments: