~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Wednesday, February 12, 2014

KISAH SUAMI ULTRA WARAK

Seorg gadis yg terlalu cantik hendak bernikah tapi dia tak nak couple-couple nih, tambahan lagi dia mahukan seorg suami yg 'ultra warak'. so dia pun buat hebahan yg dia sudi menerima sesiapa je yg ingin menikahinya dgn syarat:

1) lelaki tu kena puasa sepanjang tahun
2) lelaki itu kena khatam al Quran setiap hari
3) lelaki itu kena beribadah sepanjang malam setiap hari

Tak ada seorg pun laki sanggup nak terima ketiga2 syarat tu kecuali seorg jejaka yang sederhana perwatakan dan penampilannya. Akhirnya bernikahlah si jelita itu dgn lelaki tersebut.

Sepanjang perkahwinan mereka, perempuan tu perhatikan jejaka tu.
"Eh...tak puasa pulak laki aku hari ni. Mcmana nak puasa setahun?"

"Hmm..aku tak nampak pun dia baca Quran hari ni..."

"Tak nampak pun laki aku bangun malam pagi ni. Dia tak solat malam ke?"

Selepas sebulan akhirnya permpuan tu tak tahan dah. Dia anggap jejaka tu menipu dia. Dia pun memohon cerai kat mahkamah sambil menyatakan alasan "ditipu oleh suaminya"

"Masa nak nikah dulu dia setuju syarat2 yg saya letak. Dah kawin langsung tidak tunaikan. Penipu!" Rungut si pempuan pada hakim.

Hakim pun tanya kpd jejaka tu, "kamu ingat apa syarat2 nikah yg isteri kamu letakkan?"

"Ingat, yang arif. Puasa sepanjang tahun, solat malam non stop setiap hari, khatam Quran setiap hari.." Jawab jejaka muda dengan nada lembut.

Hakim bertanya lagi. "Habis tu kamu tak buat ?"

pemuda tu selamba jawab, "buat."

Hakim menjerkah, "Isteri kamu kata kamu tak buat. Mcm mana ni?"

Pemuda itu tak mau mengalah. "Sungguh saya buat yang arif. Takkan saya nak tulis report card nak bagi tahu saya buat apa hari ni? Nanti riak pulak !!!"

Hakim tidak puas hati, "baik. Hari ni kamu puasa tak?"

"Tak."

Hakim terus potong ayat, "hah! Kamu tidak puasa hari ni, habis mcm mana kamu kata kamu puasa sepanjang tahun?"

Pemuda itu selamba menjawab, " Rasulullah telah bersabda sekiranya seorg itu menunaikan puasa Ramadhan sebulan dan kemudiannya menyambung dgn puasa sunat syawal 6 hari, maka seolah2 dia telah berpuasa sepanjang tahun. Saya puasa Ramadhan dan puasa 6 setiap tahun, jadi saya seolah2 berpuasa sepanjang tahun."

Hakim tu tersentak. "Habis tu mcm mana kamu khatam Al Quran setiap hari? Saya nak baca 3 muka surat sehari pun susah nak cari masa.

Pemuda itu terus menjawab, "saya baca Surah Al Ikhlas 3 kali setiap kali saya sebelum tidur. Rasulullah bersabda sesiapa yg membaca surah Al Ikhlas 3 kali maka seolah2nya dia telah membaca keseluruhan Al Quran." sambil buat senyuman lebar kpd hakim.

Hakim itu makin tergamam. "Solat malam pulak, bagaimana kamu buat?"

Pemuda itu sekali lagi senyum. "Saya solat Isyak dan solat Subuh berjemaah. Rasulullah bersabda, barangsiapa yg berjemaah pada waktu Isyak dan Subuh maka seolah2nya dia telah beribadah sepanjang malam"

dia terus menyambung, "Islam itu indah, yang arif. Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan kealiman seseorg itu berdasarkan banyaknya amalan seseorg itu yg dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai2lah kita bahagikan masa selaku manusia yg menghidupkan dunia serta mencari akhirat. Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah, dan apa gunanya jika melakukan ibadah tanpa istiqamah, semua itu hanya sia-sia.

Hakim terangguk2 lalu memerintahkan si isteri bangun. "Awak sepatutnya beruntung. Awak telah dinikahi oleh seorg lelaki yg bukan sahaja amat warak tetapi amat berilmu. Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan..."

Si suami tersenyum puas.. * Mari kita lakukan bersama.. Ganjaran yg besar sedang menanti * Jangan pula lepas ni malas bangun tahajud & baca al Quran ya.

Friday, February 7, 2014

ANOTHER INSPIRED STORY FROM UNIMAP CONFESSION.. =')

#unimapconfession 2344

Assalam adik-adik UniMAP.

Sedikit perkongsian tentang pengalaman belajar, kerja dan master.

Aku dulu masuk UniMAP, bukan sebab nak ambik sangat pun engineering, tapi sebab terikut-ikut dengan trend, kawan dan saranan family (mohon jangan diikut).

[4 tahun di UniMAP]

1st and 2nd year alhamdulillah, dapat la 3 pointer tu. Masuk 3rd year and 4th year, result jadi naik turun macam jongkang-jongkit. Paling teruk result aku ~2.00. Memang tarik sungguh la cgpa masa tu. Tapi aku ni jenis tercabar, lepas sem yang aku dapat ~2.00 tu, aku dapat naik balik 3 pointer balik. Tapi sebab tahun last aku dapat 2 pointer lebih je, maka akhirnya aku grade dengan 2.87. Memang tak istiqamah langsung la bab semangat ni. Hahaha.

Tapi sepanjang 4 tahun kat UniMAP, aku boleh la dikatakan aktif. Kenal ramai orang, sijil memang berlambak. Tapi tu la, aku rasa bab akademik aku fail la. Mungkin rasa susah sebab niat awal tak betul kot.

[Interview]

Hujung sem aku niat dah, tak nak kerja dulu tapi nak belajar lagi. Ikut rasa kuat nak belajar lagi. Tapi nak cakap rezekinya, masa last sem aku dapat 3 interview. Even pointer aku tak brapa nak tinggi compare dengan orang lain, tapi kat school aku, aku antara orang terawal yang dapat interview. Sampaikan ada kawan aku yang cakap, 'Eh? Kalau dia boleh dapat interview takkan la aku tak dapat?'. Masa dengar tu sabar je, takpe Allah ade. Jadi aku pun pergi la interview dengan niat nak dapat pengalaman je.

1st interview bapakkk laa susah. Ada IQ test, then masa interview siap kamera bagai kat tepi. Ingat aku pi sana nak shooting ke ape?? Dahla gagap gile. Akhirnya as expected aku tak dapat, bahkan semua yang pergi interview hari tu tak dapat. Sampai sekarang aku pun tak faham apa motif diorang buat interview kalau semua kena reject. Haha

2nd interview tu ada 30 orang pergi. 5 orang je yang terpilih. Kali ni aku tak nervous langsung. Motif aku satu je masa tu. 'Don't make yourself look stupid today!'. So, masa interview, aku yang tak brapa lancar english ni, menggoreng english aku betul2 sebab tau confident yang paling penting. Nak cakapnya aku confident, bila interviewer tu tanya, 'u boleh ke buat ni?', aku gelak je sambil cakap 'haha. u tengok i macam tak boleh buat ke??'. Then aku sembang macam kat kedai mamak. Bersyukur la teori dia tak tanya sebab tak terserlah la kebodohan aku. haha. Ajaibnya, daripada 30 orang tu, hampir semua dia tanya teori, 2-3 orang je yang tak ditanya. Akhirnya hujung sesi tu aku dapat. Confius jugak masa tu sebab nak sambung study tapi ada financial problem lagi. Dahla diorang tawar gaji 3k lebih. Duniawi sungguh kalau fikir bab gaji je. So hold sekejap, last2 sebab kerja macam tak sesuai, aku pun terpaksa tolak.

Then tak tahu macam mana boleh dipilih, aku dapat la 3rd interview. Aku pun pi la. Ni lagi ramai yang datang. Masa aku masuk bilik interview tu, muka manager tu punya la mengantuk. Then aku buat silap awal2, siap kena sound. So aku awal2 dah redha, niat memang nak sembang je la dengan pak cik tu. Sembang2 hal study, perlis, negara bagai last2 hilang mengantuk dia, last skali dia cakap, 'boleh tak last sem ni awak try tingkatkan pointer awak?' Aku pun cakap la aku akan try. Akhirnya sebulan lepas tu aku dapat. Nak tak nak sebab tak dapat nak sambung master dulu, aku pun terima je la kerja ni.

[Dunia Engineering]

Mula2 aku kerja, syok la. Duit ada. Dapat belajar banyak benda baru. Lupa dah niat nak study dulu. Bonus setahun lebih kurang 10k. Pi mana-mana orang dengar engineer, muka depa macam 'wow!'. Sape tak bangga kan? Riak gila la masa tu. Astaghfirullah. Dah lama2, aku rasa sangat stress. Stress sebab aku rasa aku buat benda tak sepenuh hati. Aku kerja sebab tak dapat nak sambung belajar. Bila buat kerja tak bersungguh, hasil kerja tak hebat, gaji pun tak berkat, hidup tak nikmat! Konflik dalaman sungguh la masa tu. Last2 setelah sesi pujuk memujuk dengan family, aku pun berhenti kerja, dalam keadaan aku tak dapat lagi tempat study, aku berhenti. Pastu tak tau rezeki mai dari mana, last2 aku dapat sambung master.

[Master]

Masa master ni, aku rasa sepanjang hidup aku, zaman ni la zaman paling best. Lain rasanya bila kita dapat buat benda yang kita nak sangat buat. Kadang-kadang aku tengok kawan aku, aku tak faham kenapa diorang nak stress hal yang simple. Sampaikan aku pun stress tengok diorang stress benda yang tak sepatutnya di stresskan! Paham tak?? Bila tanya2, rupanya diorang sambung master sebab tak dapat kerja, sebab ikut kawan.

[Moral of The Story]

1) REZEKI TU ALLAH YANG BAGI. Aku selalu jugak tanya kat Allah, kenapa Allah murahkan rezeki aku sedangkan aku bukannya rajin sangat pun solat dhuha. Hahaha. Mungkin sebab aku pegang kat satu benda dari dulu, 'Tolong orang, Allah akan luaskan rezeki kita'. Masa tempoh cari kerja dulu, ramai kawan-kawan aku yang senyap2 dia sorang je apply kerja sebab tak nak ada saingan. Jangan macam tu. Selalunya orang macam tu la yang lambat dapat kerja. Serius gua cakap! Jangan pentingkan diri. Tolong kawan-kawan yang lemah, sebab kita pun ada bab yang lemah yang perlu pertolongan orang lain jugak. Kau ingat kau hidup kat dunia ni sorang2??

2) JAGA NIAT. Bila niat awal pun tak betul, memang sepanjang tempoh tu akan ada je benda yang tak betul. Kalau tak caye cuba korang imbas balik niat korang belajar kat UniMAP?

3) KNOW YOUR OWN STRENGTH. Aku tau akademik aku tak la bagus sangat. Tapi aku minat belajar dan berharap dapat jadi seorang pendidik. Masa nak pegi interview, aku memang tak study teori langsung (Mohon jangan contohi. Ini tidak baik). Aku tau dalam resume aku, aku kureng bab akademik, tapi excel bab soft skill. So aku memang bajet bagus gila2 depan pak cik mak cik yang interview tu apa yang aku yakin. Akhirnya dapat.

4) HARGAI STUDENT LIFE ANDA. Kadang-kadang aku kesian gila tengok orang berkapel masa study. Kalau yang tak macam belangkas tu takpe. Ni 24 jam dengan pakwe makwe dia. Bukan ape, last2 takde kawan. Habis grade putus - kawen laki lain pastu kenduri takde kawan datang. Wahaha. Kesian gile. Hallo, korang takkan jumpa zaman degree lagi kecuali korang sambung 2nd degree laa. Bila dah master, lagi2 research, korang duk dalam lab je. Kawan pun tak ramai macam masa degree. So hargai kawan-kawan anda.

That's all from your senior. Maaf kalau ada tersalah ayat, terhiris kalbu korang. Gudluck lah study 4 tahun kat UniMAP. Haha

Saturday, February 1, 2014

BAHAGIA ITU...


Definisi bahagia menurut kamus hidup aku..
Bahagia itu bila kau gembira..
Bahagia itu bila kau lamgsung tak rasa terpaksa
Bahagia itu bila kau tak pura-pura ketawa..
Bahagia itu bila kau tak pura-pura jadi orang lain depan sesiapa
Bahagia itu bila kau rasa bebas
Bahagia itu semacam sesuatu yang tak dapat kau utarakan tapi membuatkan kau tersenyum sepanjang hari..

Itu bahagia bagi aku..kau??