~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Tuesday, June 17, 2014

THE MIDNIGHT CALL

"Hush...ko ni bising ar...tadi kata nak mencabar sangat..kata bulan ni langsung kita tak pergi site cari bahan baru lah..apa lah...merungut je keje..sekarang aku nak suruh kau duduk senyap-senyap diam dalam ni pun kau tak reti ke??" rengus Jimi kuat

"Ko tak boleh faham ke??? Kaki aku dah kebas duduk dalam bulatan ni.. Berhimpit berdua dengan kau.. Apasal aku tak buat bulatan aku sendiri je tadi?? Shit! " Izman makin galak merungut.

" Agak-agak ko sayang mulut ko lagi tak Man?? Kalau sayang baik kau diam sekarang sebelum aku tumbuk mulut kau tu sampai bersepai pecah.."

"kringggggg!!!"

Mereka berdua terdiam sambil memandang sesama sendiri. Izman membuat isyarat tangan.

" Kau taknak angkat call tu ke weh?? Mana tahu ada benda penting.."

Jimi buat muka bosan.

" Duduk diam-diam lah Man. Ni semua taktik dia nak mainkan kita. Ko ingat dia akan biarkan kita duduk diam-diam dalam bulatan ni sampai pukul 5 pagi tu ke?? Walaupun pada kita, dia tu serupa je macam tak wujud..tapi since kita dah panggil dia..kita kena teruskan jugak weh!"

Izman menjeling tajam.

" Whatever!"

Telefon bimbit Izman kemudiannya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

"Hello..yup..ye Izman sini.. WHATT?? Ye..ye..kejap lagi saya sampai."

Apa lagi kali ni?? Jimi sudah merenung Izman tajam. Kau jangan macam-macam sudahlah. Please. 

"Jimi..aku dah tak boleh hold..adik aku.."

"Apsal ngan adik kau??"

"Adik aku accident..aku dah tak mampu nak teruskan permainan bodoh ni dengan kau.."

"Shit!! weh ko paham tak ni semua agenda dia?? Ko tak nampak ke dia sengaja tarik kita keluar dari sini sebab nak tangkap kita?? Kau yakin yang tadi tu betul adik kau??"

"Weh..kau dengar sini ek.. Aku tak kira la ko nak cakap apa dengan aku sekalipun..tapi yang penting.. its over.. Aku dah taknak main dah.. Dah tak seronok dah..Gi mampus sama June kau tu.. Aku tak percaya permainan karut ni"ujar Izman sambil sebelah kakinya sudah di luar bulatan garam yang mereka taburkan tadi.

"Terpulang..take care..tu je yang mampu aku ucapkan kat kau.."

Izman tersenyum sinis.. Kini dia sudah berdiri sepenuhnya di luar bulatan.

"See..macam yang aku cakap tadi...Nothing happens.."

"Jangan bongkak sangat Man..Kau tak kenal dia"

Izman masih dengan wajah sinisnya. Kesian kau Jimi. Terlalu percaya dengan apa yang kau dengar, apa yang kau tengok, entah wujud ke tidak si June tu kau pun tak tau kan?? Getusnya dalam hati.

"Get in Man.."

"You should see your face Jimi.. Epic gila!"

"Jangan degil man..Get in!"

"Apaper je la..aku nak cepat..adik aku tunggu..goodb.."

"ZAPPP!!"

Tiada lagi suara Izman yang kedengaran. Ibarat bola yang ditendang dengan perlahan.. Objek itu bergolek perlahan hampir ke tempat dia berdiri lalu berhenti tepat di sebelah kakinya. Jimi memejamkan matanya rapat-rapat. Terlalu ngeri! sehinggakan dia sendiri tak kuat untuk melihat objek yang kini ada di sebelah kakinya.

"NOOOOOOOOO!!!"

Jimi hanya mampu berdiri kaku melihat apa yang terjadi di hadapannya. Darah Izman masih lagi memancut-mancut keluar dari badan.. Izman dilihatnya sudah kaku tidak bernyawa.. Hanya matanya yang terbeliak. Memandang Jimi seolah-olah memberi amaran. Jimi memandang ke sudut pintu sambil membersihkan sedikit darah yang terpalit di wajahnya tadi. Seekor makhluk tersenyum kepadanya dengan wajah yang mengerikan. June!!

2 comments:

lynndamya said...

Salam, hey2 nice story (n_n) first time singgah blog u..ni novel bersiri atau cerpen ya? :)

ain farhana said...

in shaa allah novel dear..
thanks sudi singgah n baca =D