~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Saturday, October 4, 2014

MAKSUD LIRIK LAGU TAHU - FYNN JAMAL & TRI HADZIR

  • bismillah.. lama sudah tak menjenguk teratak uzur beta..hahaha..maklum lah new semester dah bermula..so memang azab sikit la..berlari tak cukup tanah..lagi pulak bila study kat unimap kan..bertambah-tambah penatnye..so kalau bagi sesape yang pernah belajar kat unimap tu memang tau la camne seronoknye berlari atas angin kat sini..weehoo~ anyway..enough pasal aku..now kita cerita pasal fynn pulak..so far lirik-lirik yang dia buat sekarang memang sangat-sangat menarik minat aku..sastera tinggi, kau..bukan macam lirik-lirik lagu biasa untuk kau dengar and then kau terus straight faham apa yang dia nyanyi..lirik-lirik lagu fynn sekarang kebanyakkannya jenis kau kena mendalami maksud setiap patah perkataan yang ada then baru kau terjemahkan keseluruhan cerita yang dia bagi..so sedikit sebanyak ini yang aku boleh huraikan pasal lagu TAHU by FYNN JAMAL yang aku terjemahkan rangkap demi rangkap..
  • Lirik Lagu/ Lyrics
  • Lagu 'Tahu' nyanyian Fynn Jamal & Tri Hadzir

    Dan kau tanya dalam diam
    Dengan mata kau biar pejam
    Bagaimana mampu wujud sunyi di riuh engkau berdiri
    Satu per satu hilang ertinya
    Berdikit-dikit menyesak dada mahu kau lari dan bersembunyi
    Tapi mana kau harus pergi
  • sesuatu yang selama ini dah jadi sebati dalam diri..dah jadi kebiasaan..riuh(hiburan) yang kau nikmati selama ini bagaikan tak dapat lagi mengubat sakitnya jiwa itu..dalam diam terdetik di hati macam mana mampu wujud rasa sunyi (kosong) dalam jiwa walaupun kau dikelilingi hiburan-hiburan yang kau suka selama ini. dan bila kau selami rasa hati..nikmat hiburan itu seakan mati satu persatu. rasa khilaf yang semakin menyesak dada sebab kau faham apa yang lakukan selama ini salah. kau malu dengan orang disekeliling sehingga kau mahu sembunyikan diri. tapi kau buntu. kemana perlu kau bawa langkah kaki itu andai kau langsung tak punya hala tuju.
  • Haus
    Tak terpuas lautan
    Lapar tak terkenyangkan
    Kau tahu
    Namun tak kau akukan

kau haus dalam mencari jawapan bagi segala teka teki yang bermain dalam minda selama ini..kenapa kau rasa kosong..kenapa hiburan tidak lagi mampu buat kau terhibur..kau lapar..lapar dengan ilmu..dengan jawapan kemana kau harus pergi dalam mencari diri..dalam menurut kekosongan hati..demi mencari sesuatu yang hakiki.. tapi tetap, walaupun kau tahu tentang semua itu..kau pura-pura seperti kau tak memahaminya..kau masih berpura-pura dalam kehidupan kau yang lama..konon-kononnya kau masih lagi boleh menghayati nikmat hiburan seperti yang kau nikmati sebelum ini..kau sombong.dan kau langsung tak mengaku tentang kekosongan hati yang kau rasa.

Kau selongkar bumi langit pertala
Sedang jawabnya lama kau ada
Maka perlu apa kau bongkar gali
Kalau cuma di letak tepi

namun dalam kepura-puraan itu kau tetap cuba mencari jawapan kepada kekosongan hati yang kau ada..kau selak segala buku, kitab dan sumber rujukan yang boleh kau dapatkan..tapi cuma sekadar itu..kau cari dan kau pendamkan begitu saja..kau cari tapi kau lupakan saja apa jawapan yang kau terima tanpa kau langsung amalkan.. mungkin pada saat itu kau terlalu sayangkan kehidupan lama..kau tak mahu berhijrah.. kerana bagi kau..hijrah itu terlalu susah bagi orang yang sudah jauh terpesong macam kau.

Sayu
Tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu
Namun tak kau akukan

kau sedih dengan keadaan diri kau..kau kecewa dengan diri sendiri..kau sayu bila kau teringatkan tuhan yang memerhati setiap tingkah laku kau selama ini..kau takut akan hari pembalasan kau takut disaat kau jatuh pada hari itu nanti takkan ada sesiapa pun akan bantu kau untuk berdiri tegak seperti sekarang.. angkuh seperti sekarang..seperti saat kau bergembira.. kau tahu akan hakikat itu..namun masih kau terlalu angkuh untuk mengaku.. 
Apa kau cari yang sebetul-betulnya
Lama mana begini
Bertelanjang jiwanya
Apa kau nanti yang sesungguh-sungguhnya
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama 

pada hakikatnya kau sendiri buntu tentang apa yang kau mahu cari..sedangkan, segala jawapan telah kau perolehi setelah sekian lama..cuma kau tolak tepi..cuma kau terlalu sombong untuk mengaku..cuma kau terlalu bongkak untuk amalkan segalanya..namun sampai bila kau harus berada di tahap itu..sampai bila kau nak biarkan dada dan jiwa kau kosong tanpa isi?tanpa Dia??apa lagi yang buatkan kau tertunggu-tunggu untuk berubah?untuk berhijrah ke satu tahap yang lebih baik? ke satu tahap kau lebih mulia di sisi Dia? namun, kau masih begitu.. kau sombong..kau tetap tak mengaku..kau tetap tak mahu berubah..

Sayu tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu
Kau sayu
Kau rindu 
Sama tuhan

kau sedih dengan nasib diri..kau sedih bila mengenangkan hati kau masih kosong..tak terisi..kau rasa kosong..tak bermakna..dalam masa yang sama kau takut untuk berubah..kau takut teman-teman yang selama ini bersama takkan lagi mahu terima diri kau setelah kau berubah nanti..walaupun kau sedar sampai bila saja mereka mampu menemani diri kau andai hanya bersama disaat senang dan biarkan kau jatuh sendiri di saat kau susah..kau tahu akan hakikat itu..kau sedar bahawa hanya Dia yang akan sentiasa menemani kau saat susah dan senang..hanya Dia tempat kau bergantung dan memohon pertolongan..kau tahu akan hakikat itu..sayu bila terkenangkan yang kau bukanlah sebaik mana..kau sedih bila terpaksa akur yang kau perlukan Dia dia saat kau susah..kau sedih akan hakikat diri..kau malu dengan Dia..kau malu..namun pada hakikatnya kau rindu dengan Dia sang pencipta