~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Saturday, December 27, 2014

NASA TEMUI TROMPET SANGKAKALA MALAIKAT ISRAFIL

Peristiwa mengerikan yang akan terjadi pertama kali pada hari kiamat adalah ditiupnya sangkakala (ash-shur) oleh malaikat Israfil atas perintah Allah.


Makna ash-shur secara etimologi (bahasa) adalah al-qarn (tanduk). Sedangkan menurut istilah syariat, yang dimaksud adalah sangkakala yang sangat besar yang malaikat Israfil telah memasukkannya ke dalam mulutnya (siap untuk meniupnya), dan dia sedang menunggu bila dia diperintahkan untuk meniupnya. (Syarh Lum’atul Itiqad karya Ibnu Utsaimin, hal. 114)


Makna ini disebutkan dalam hadits shahih dari Abdullah bin ‘Amr, dia berkata:
Seorang badui bertanya: “Wahai Rasulullah, apa itu ash-shur?” Rasulullah menjawab: “Tanduk yang akan ditiup.” (HR. Ahmad, Tirmidzi dan Abu Dawud. Hadits ini disebutkan dalam Al Jami Ash Shahih 6/113-114, karya Asy Syaikh Muqbil)


Ilmuwan NASA ‘Menemukan’ Terompet Sangkakala Malaikat Israfil
Wilkinson Microwave Anisotropy Probe (WMAP) adalah alat yang merupakan sebahagian dari program atau misi NASA untuk melihat Kosmologi (studi tentang sifat alam semesta) secara keseluruhan. Projek ini melakukan observasi terhadap alam semesta untuk mencari bentuk sebenar alam semesta. Tekaani yang umum selama ini mengatakan bahwa alam semesta berbentuk bulat-bundar atau tekaan lain menyebutkan bentuknya mendatar.


Dengan menggunakan WMAP, mereka mendapatkan sebuah kesimpulan yang sangat mengejutkan, kerana hasil penelitian tersebut menemukan bahawa alam semesta ini berbentuk seperti trompet.


Pada bahagian hujung belakang ‘trompet’ alam semesta itu merupakan alam semesta yang tidak boleh diamati (unobservable), sedangkan bahagian depan, di mana bumi dan seluruh sistem suria berada merupakan alam semesta yang masih mungkin untuk diamati (observable).


“Dan ditiuplah sangkakala, Maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu putusannya masing-masing.” (Az Zumar: 68)


“Kami biarkan mereka di hari itu bercampur aduk antara satu dengan yang lain, kemudian ditiup lagi sangkakala, lalu Kami kumpulkan mereka itu semuanya.” (Al Kahfi: 99)


“Dan (ingatlah) hari (ketika) ditiup sangkakala, maka terkejutlah segala yang di langit dan segala yang di bumi, kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Dan semua mereka datang menghadap-Nya dengan merendahkan diri. (An Naml: 87)


“Dan ditiuplah sangkakala, maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka.” (Yasin: 51)


Banyak ulama tafsir mengatakan bahawa tiupan trompet sangkakala di ayat-ayat tadi selalu diertikan sebagai peristiwa di hari kiamat. Dr Wahbah az-Zuhaily dalam Tafsir Al Wasith menghuraikan bahawa tiupan trompet di hari kiamat itu tiga kali. Pertama, tiupan yang menggentarkan, lalu kedua yang mematikan seketika seluruh makhluk. Tiupan ketiga tanda mulainya hari kiamat, di mana semua dibangkitkan dan dikumpulkan.


Kalau kita cermati, Al Quran menyebutkan bahwa tiupan itu selalu “di dalam” terompet, “Wanufikha fi-shshuuri”. Mengapa terompet? Mengapa di dalam (Fi)?


Tim WMAP mengamati pola titik-titik panas dan dingin radiasi microwave kosmik, yang menggambarkan bentuk alam semesta 380.000 tahun setelah Big Bang. Projek WMAP dari NASA membuat peta titik-titik tadi secara menyeluruh, hasilnya ialah pola itu cenderung memudar, yakni tidak ada titik panas dan dingin yang tampak melebihi jarak rentang 60 darjah. Ini menunjukkan bahawa ketika mengembang, alam semesta terjulur panjang. Sempit di depan dan kemudian makin lebar seperti corong. Mirip bentuk terompet berada di pertengahan. Hal ini tentunya menyangkal teori asal selama ini yang menyatakan bahawa bentuk alam semesta seperti bola (bulat) yang mengembang ke segala arah.


Tim WMAP yakin bahawa alam semesta bukanlah berbentuk bola, tetapi berbentuk trompet. Alam semesta bukan meluas tak terbatas, tetapi dibatasi oleh hujung terompet. Jadi, alam semesta ada awal dan akhirnya. Hanya Allah yang tidak berawal dan berakhir, “Huwal awwalu wal akhiru”.


“Sesungguhnya telah datang kepada kalian cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan. Dengan Kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keridhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan Kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari keadaan gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.” (Al Maidah: 15-16)


“Itulah Kitab yang tidak ada keraguan di dalamnya, sebagai petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al Baqarah: 2)


“Sesungguhnya Al Quran itu adalah kitab yang mulia. Yang tidak datang kepadanya kebatilan baik dari depan maupun dari belakangnya, yang diturunkan dari Rabb yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji.” (Fusshilat: 41-42)


Maha Benar Allah atas segala Firman-Nya


Sumber penpatah.blogspot.com

Monday, December 22, 2014

MINTAK MAAF SEBELUM HARI EXAM

bismillah

apa yang kau rasa..
kalau..
orang buat kau sakit hati..
buat macam-macam kat kau..
and
at last
dia datang kat kau
hulur tangan
sambil buat muka innocent
pastu cakap

"sorry kalau ade tersalah kata..tersakitkan hati sebelum ni.."

semata cakap macam tu sebab nak hadap finals? dan kau ingat semua orang yang kau hulur tangan dan say sorry tu akan maafkan kau? macam tu je? dan langsung lupakan apa yang kau buat?
kenapa tak mintak maaf je terus lepas buat salah? kenapa mesti nak mitak maaf semata untuk hadap finals? terlampau fake.. like sangat FAKE.. pada aku..baik takyah mintak maaf when you don't really mean it.. it was like macam budak tahun 1 sangat..nak exam..then berebut nak salam semua orang and mintak maaf..padahal dalam hati langsung takde sikit pun rasa nak mintak maaf kat orang tu.. kira buat syarat je nak mintak maaf dengan orang sebab pernah buat jahat kat orang tu.. grow up peoples..
entahlah..pada aku..kau takkan paham apa yang orang rasa sampailah ade orang lain yang buat kat kau macam tu.. *sigh*
takpe..aku maafkan semua kesalahan orang pada aku..sebab aku percaya allah tu ada untuk aku.. kifarah dari allah tu sentiasa ada untuk hamba-hambanya..
may allah bless..
till then..
salam =)


Tuesday, December 16, 2014

Tolong baca sekejap kawan2 Assalamualaikum sahabat semua..jom amik sikit masa baca kisah dan teladan ini.. Allahu Rabbi!! Kisah Tauladan Untuk Kesedaran Kita Umat Islam (Mesti Baca) | Kisah tauladan ini adalah perkongsian dari laman melayukini.net. Sesmoga ianya memberi pengajaran dan kesedaran buat kita yang beragama Islam. Renung-renungkan.. ——————————— Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak bernama Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6 manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumahku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan ‘breakdance’, semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan aku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan. Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. “He’s name is no more Lim Wei Choon. He’s now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago… Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku. Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan… Assalamu’alaikum… Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah. ‘Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang” Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan. Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? Memanglah… Kenapa kau tanya macam tu? Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa? Sorry Lim. Aku tak faham… diseksa? What do you mean? Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapakah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islamkan oleh seorang bekas paderi kristian? Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata. Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka? Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku. Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal… sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir. Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu. Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih dari 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam? Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam. Ini mesej Cantik Yang membuat saya malu pada diri saya. Adakah anda tertanya-tanya apa yang akan berlaku jika kita membawa al-Quran seperti cara kita membawa telefon bimbit ...? Bagaimana jika kita boleh membawanya di mana sahaja kita pergi; Di Dalam beg kita.... atau Poket kita? Bagaimana jika kita melihat halaman beberapa kali sehari ? Bagaimana jika kita kembali untuk memuat jika dilupakan ? Bagaimana jika kita dianggap seolah-olah kita tidak boleh hidup tanpa ia ..? - Dan benar-benar, kita tidak boleh hidup tanpanya ...! bagaimana jika kita memberikannya kepada anak-anak kita sebagai hadiah ?? Bagaimana jika kita membacanya semasa dalam perjalanan ✈?? Bagaimana jika kita menjadikan ia satu keutamaan setiap hari?? Mari kita menjadikan "Al-Quran adalah kawan kita yg terbaik ." Hanya 7% akan menghantar semula mesej ini. Jadilah kalangan mereka & hantar ke bilangan terbesar yang se banyak mungkin . Jangan daripada 93% yang tidak akan berkongsi mesej .... Fikirkan... Walaupun sekali ... sampaiHari kiamat ... kita akan sedar di setiap hari membuka mesej daripada rakan-rakan ... Kami berkongsi / dikemukakan jenaka & gosip ... Tetapi berapa kali kita membuka Al-Quran dan membaca mesej dihantar daripada Allah subhaana wa Ta'ala sendiri ☝ ❓ Jika anda .. rakan-rakan anda .... dan keluarga .. , Berkongsi peringatan ini dengan mereka ...!! ✨ saintifik terbukti: Mendengar Quran mengurangkan kelaziman sel-sel kanser dalam tubuh manusia dan juga memusnahkan mereka. Dengan pemanjangan sujud menguatkan memori , dan mencegah strok . Sujud membuang caj positif di dalam badan - Dalam dunia mana SEGALANYA menggunakan elektrik ⚡ dan memberi kesan negatif kepada kita jadi belajarlah dgn kepentingan ini. ✴ Syaitan berkata: "Saya tertanya-tanya bagaimana manusia dgn tuntutan Cinta Allah ☝ dan menderhaka kepadaNya, dan tuntutan mereka benci saya . tetapi mereka taat kepada saya!" Akan mengambil 60 saat untuk memberi manfaat kepada orang-orang yang tersayang, menyebarkannya sebagai peringatan. Amaran  - ⚠ ❗ Jangan hantar kemudian. Hantar sekarang

Saturday, December 6, 2014

bismillah..
there is so many things happen in this sem..
dari aku boleh handle semua benda sendiri sampai ke tahap aku fragile nak mati..
murung..deeply depressed sebab sesuatu yang aku rasa aku taknak cerita kat sesape dah..
masa tu silap sikit memang menangis la aku dibuatnya..
benda yang berlarutan selama dua tiga minggu..
sampai aku membentak pada diri sendiri..
kenapa benda yang sama berlaku pada diri aku..
berulang-ulang kali sejak zaman sekolah..??
apa salah aku sampai wujudnya manusia-manusia yang macam ni..??
yang mulutnya sentiasa keluarkan kata-kata yang tajam..
too painful untuk ditelan..aku pun manusia jugak bro..
sekeras2 aku pun aku tetap ada limit aku sendiri..
bila aku diam tak menjawab, itu maknanya aku tak setuju..
bila aku diam tak melayan, itu maknanya kau dah off limit...
bila aku diam menangis, itu maknanya kau saja nak cabar aku untuk bencikan kau..totally..
aku tak faham..kenapa orang macam kau selalu je nak cari pasal dengan aku..
walaupun aku tak pernah nak cari gaduh dengan kau..
jangan salahkan aku sebab aku tak bercakap langsung dengan kau sekarang..
aku dalam proses pemulihan..aku masih sakit..sakit dengan apa yang kau dah buat pada aku..
dan kau selalu tarik perhatian orang..sentiasa cari salah aku walaupun aku takde buat salah apape.. dan point out salah yang kau dah cari tu depan2 orang..
it was just like..kau sengaja nak nampakkan aku ni teruk sangat depan semua orang..
aku diam..orang akan nampak yang aku ni salah..
dan bila aku menjawab pun aku nampak bertambah2 teruk pada orang lain..
jadi apa yang patut aku buat?? aku cuba untuk jauhkan diri dari kau..tapi kau sentiasa ada di sekeliling aku.. 
aku depressed sebab perbuatan kau..sampai aku langsung takde sebab untuk senyum..untuk ketawa macam dulu2..
aku depressed dan aku berada pada tempat dimana aku takut untuk move on..sebab aku tau..bila aku move on..aku akan jadi keras..lebih keras dari dulu..
so, aku berada dalam fragile mode dalam satu jangka masa yang panjang..macam orang sakit jiwa..
sampai semua orang yang care pasal aku risau..takut2 aku buat sesuatu yang boleh merosakkan diri aku..
dan sekarang..alhamdulillah..aku dah sihat..
tapi aku taknak dekat dengan kau lagi..sebab kau ibarat virus..
virus yang boleh meragut semua kebahagiaan aku..senyuman aku..dan semangat aku..
terima kasih sebab tunjukkan diri kau yang sebenar..
terima kasih sebab beri pengajaran yang hebat untuk aku..
(^-^)