~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Friday, September 25, 2015

"WE ARE NOT WHERE WE WANT TO BE"

                                 
"WE ARE NOT WHERE WE WANT TO BE"

The Story of an EAGLE:

The Eagle has the longest life-span of its species. It can live upto 70 years.

But to reach this age, the eagle must make a very difficult decision!

In its 40th year, the eagle's long and flexible Talons can no longer grab a prey which serves as food.

Its long and sharp beak becomes bent.
Its old-aged and heavy wings, due to their thick feathers, stick to its chest and make it difficult to fly.

Then, the eagle is left with only two options: DIE or go through a painful process of CHANGE!

This process lasts for 150 days (5 months)

The process requires the eagle to fly to a mountain top and sit on its nest. There the eagle knocks its beak against a rock until it plucks it out.

Then the eagle will wait for the new beak to grow back after which it will pluck out its talons. When its talons grow back, the eagle starts plucking its old aged feathers.

And after this the eagle takes its famous flight of rebirth and LIVES for 30 more years!!

Why is Change needed???

In order to survive and live. We too have to start the change process.

We sometimes need to get rid of the unpleasant old memories, negative habits and our fixed mind set.

Only Freed from the past burdens can we take advantage of the present.

If an eagle can make a life saving and life changing decision at the age of 40....why can't we?

In order to take on a New Journey ahead, let go of your negative old limiting beliefs.

Open up your mind and let yourself fly high like an eagle!

When it rains, all birds occupy shelter. But the EAGLE avoids the rain by flying above the clouds....

The problem is common to all but the attitude to solve it makes the difference!

Don't be afraid of change...accept it gracefully..!!!

Kiamat Itu Pasti

                                                            
Perang di Tanah SUCI
Sambungan dari petanda-petanda kecil ke petanda.Sebenarnya, banyak petanda2 hari kiamat sudahpun berlaku di hadapan kita namun kita tidak menyedari peristiwa itu dan menganggap ia peristiwa biasa.Tanda2 ini telah diberitahu oleh Nabi Muhammad S.A.W 1400 tahun mengikut hadis2nya.
" Dan biasanya kami tidak menurunkan tanda2 itu melainkan untuk menjadikan amaran". ( Al-Israk:59 )
Nabi pernah berkata antara tanda besar kiamat ialah "Orang akan pergi menunaikan haji tanpa mengikut imam, apabila sampai di Mina, puak2 akan berbunuhan sesama sendiri bagaikan anjing. Dan akan berlaku peperangan besar-besaran, sehingga setiap kaki akan tenggelam dalam tasik darah.. "
Orang Islam terlupa, atau buat2 lupa atau mungkin tidak perasan yang petanda ini sudahpun berlaku.Pada 20 November 1979, telah berlaku serangan keatas kaabah.Waktu itu adalah musim haji. 500 orang militan fanatik telah menyerang dan mengambil alih Masjidil Haram Mekah.
Kumpulan itu diketuai oleh seorang lelaki yang bernama Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi, yang mahu umat Islam mengaku bahawa Muhammad bin Abdullah al Qahtani iaitu abang iparnya itu sebagai Imam Mahadi.Kumpulan Militan itu berjaya menawan Masjidil Haram.
Pasukan tentera khas Arab Saudi cuba memecah masuk pintu masjid dengan belbagai cara termasuk menggunakan kereta kebal namun tidak berjaya.Menteri Pertahanan Arab Saudi, Putera Sultan akhirnya meminta bantuan dari tentera Pakistan.General Zia Ul Haq telah mengarahkan tenteranya memberi bantuan dan berjaya menawan semula masjid.Sebaik sahaja masuk masjid, didapati banyak mayat bergelimpangan.Kumpulan militan itu cuba melarikan diri dengan menggunakan terowong bawah tanah tetapi lubang itu telah dituang air penuh.
Pertempuran itu menyaksikan yang 255 jemaah haji dan golongan militan telah terbunuh manakala 560 telah tercedera.127 terbunuh dan 451 cedera bagi pihak Arab Saudi.
Peristiwa itu berlaku pada hari pertama 1400 hijrah bersamaan 21 November 1979.Pada 1407 hijrah pula telah terjadi peristiwa yang seakan sama pada musim haji dan telah mengorbankan 402 nyawa.Kejadian itu telah diberitahu di dalam hadis " tunggulah berlakunya peperangan pada bulan syawal, dan penyembelihan sesama Islam pada bulan Zulhijjah.Jemaah terkorban pada bulan Zulhijjah dan darah akan tertumpah dan yang suci menjadi tercemar belakunya dosa2 besar berhampiran Kaabah." Kejadian itu berlaku pada 1407 hijrah dan berlaku di luar tetapi berdekatan dengan Kaabah.
Gerhana pada Ramadan berturut-turut
Nabi berkata '' Sebelum kemunculan Imam Mahadi, akan berlakunya secara berturut-turut dua gerhana pada bulan Ramadan"
Gerhana bulan atau matahari bukan peristiwa yang pelik tetapi bila berlakunya pada bulan Ramadan memang sesuatu yang agak pelik.
Dalam tahun 1982, gerhana bulan dan matahari berlaku berturut-turut dalam bulan Ramadan selama dua tahun berturut-turut.Iaitu berlaku pada 1981 bersamaan 1401 hijrah, gerhana bulan telah berlaku pada 15 Ramadan dan diikuti pula gerhana matahari pada 29 Ramadan pada 1402 hijrah.
Bintang Berekor
Sebelum munculnya Imam Mahadi sebutir bintang berekor iaitu komet akan muncul dari timur menurut 1 hadis.Komet itu akan muncul sebaik sahaja peristiwa gerhana pada bulan Ramadan ( dalam artikel lepas ).
Pada tahun 1989, sebuah komet yang diberi nama Komet Helley diliht lalu berdekatan dengan bumi, arahnya memang dari timur menuju ke barat.
Nabi Muhammad bersabda semasa kemunculan komet berekor bintang berekor, kaum Nabi Noh akan dibinasakan.Nabi Ibrahim akan dibakar dan Firaun yang menyeksa Nabi Musa akan terhapus.Kemunculan terakhir buntang berekor menandakan kedatangan Imam Mahadi.
Sesungguhnya bintang adalah sebagai satu tanda kepada manusia. Pada malam Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan, sebutir bintang muncul di langit. Istana raja Parsi menjadi retak dan runtuh. Api majusi yang membakar beratus ribu tahun terus padam.Tasik Sawa mengecil sehingga ternampaknya perigi rahsianya.

Thursday, May 21, 2015

bismillah..

Aku mengharapkan yang berkekalan.. Bukan yang bakal putul di tengah jalan.. Dalam hidup acap kali aku menerima dugaan.. Masalah bertimpa-timpa disebabkan orang yang aku sayangi.. Frankly speaking, orang yang aku panggil "kawan", yang pada hakikatnya langsung tak layak untuk dipanggil kawan..teman jauh sekali sahabat.. Seperti yang acap kali aku dengar.. Allah cuma akan menjadikan seseorang itu kepada yang lebih baik jika Dia mengkehendakinya.. Lalu, apa yang aku mampu lakukan kini hanya berdoa.. Berdoa dalam diam agar dia dierikan hidayah serta petunjuk.. Perit itu memang perit... Sakit itu memang sakit.. Tapi apa yang aku mampu lakukan hanya bangkit.. Bingkas berdiri dari tempat yang aku jatuh itu dan mula untuk mengorak langkah ke hadapan.. Walau tidak mampu berjalan sekalipun Merangkak juga sudah cukup memadai..

            Aku tahu tiada siapa yang akan menjeguk ke teratak buruk aku..sekadar untuk membaca sebuah warkah usang yang banyak mengadu domba soal hati dan perasaan.. Baguslah, persetankan segalanya.. Bagi aku penulisan merupakan satu terapi buat aku setelah sekian lama.. Kalau diikutkan memang aku akui umurku taklah  sepanjang mana mungkin takkan mampu tercapai usia si kura-kura gergasi setelah aku sentiasa diuji dengan badai masalah sehingga kadang kala menghidap radang perasaan.. Dipresi.. Memang aku akui.. Aku bukanlah gadis biasa yang berfikiran tipikal yang hanya mampu sibuk memikirkan soal kecantikan, fesyen, jerawat sebatu satu dimuka, bau ketiak yang hamis, bicara soal gossip hangat bersama teman-teman sebaya, rakan-rakan seperjuangan.. Sungguh aku tak punya masa sebanyak itu.. Lebih baik aku habiskan masa yang ada dengan berbaring di katil dan melelapkan mata sesaat dua ada juga baiknya.




aku dah malas menulis..mahupun idea masih mencurah-curah..andai esok masih ada kiranya tidak salah untuk aku berhenti tarian jemariki disini.. in shaa allah..kalau allah izinkan..akan aku sambungkan nukilan rasa itu disini.. wassalam =)

Sunday, March 1, 2015

KERETA

Kereta
Menghantar kereta ke bengkel untuk diservis adalah cara terbaik bagi mereka yang tidak mahir dalam proses penyelenggaraan kenderaan.
Namun jika anda tersilap langkah, anda mungkin terperangkap dengan bengkel yang “cekik darah”, lantaran harga caj perkhidmatan yang sangat tidak munasabah dengan kerosakkan yang diservis.
Berikut adalah 22 perkara asas tentang servis kereta yang kami yakin amat penting bagi anda semua supaya tidak lagi menjadi mangsa mekanik cekik darah di bengkel-bengkel jerung yang ada. Semoga bermanfaat.
1. MINYAK HITAM
Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan. Kalau minyak hitam jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km sehingga 10,000km.
2FILTER
Sama juga seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa perlu ditukar selepas 5000km manakala minyak sintetik boleh ditukar apabila menjangkau 7500km hingga 10,000km
Kebiasaannya, apabila menukar minyak enjin, anda juga disyorkan untuk menukar juga filter minyak (oil filter).
3. SPARK PLUG
Ditukar selepas 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan.
Jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km juga tidak menjadi masalah. Alatan ini bukan kritikal sangat.
Tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, “electrode” akan menipis, maka perlu ditukarkannya. Harga untuk 4 biji biasanya sekitar RM20.00 ke RM25.00.
4. BATERI KERETA
Selepas 18 bulan hingga 2 tahun, anda boleh menukar bateri kereta anda bergantung pada cara penggunaan.
Jika anda sering membuat pengisian semula air suling bateri, ianya boleh bertahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa refill dan selalu kering, dalam masa 6 bulan pun bateri boleh “kong”.
Free maintenance battery lain pulak ceritanya. Tidak perlu “top up” air, tetapi hargaya mahal sedikit daripada bateri biasa.
Tips: Apabila beli bateri, jangan main hentam sahaja, kerana terdapat banyak barangan cetak rompak dipasaran. Jadi, belilah bateri kereta daripada jenama yg boleh dipercayai seperti BOSCH, dan juga CENTURY.
Bateri yang baik kebiasaanya lebih berat daripada bateri yang kurang baik.
5. TIMING BELT
Bila perlu ditukar? Biasanya selepas 60,000 km untuk kereta proton Wira, dan Proton Saga. Kereta Proton Waja boleh bertahan sampai 90,000 km dan Honda CRV pula mampu bertahan sehingga 160,000 km.
Jadi anda hanya perlu menukar timing belt mengikut jenis kenderaan yang anda gunakan. Ramai orang tersilap kerana menukar timing belt hanya selepas 60,000km perjalanan walaupun sebenarnya ianya masih elok lagi.
6. CLUTCH PLATE
Cluth Plug ini kebiasaannya jarang ditukar ganti melainkan kereta anda mengalami simptom “cluth slipping” semasa sedang memandu.
7. FUEL FILTER
Anda boleh menukarkannya apabila perjalanan kenderaan mencecah setiap sekitar 40,000km. Harga peralatan ini dalam sekitar RM15.00 hingga RM20.00.
8. AIR FILTER (Filter Udara)
Perlu ditukar setiap 20,000km. Tetapi untuk mereka yang tukar kepada K&N type, anda sudah tidak perlu menukarnya lagi, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri sahaja.
9. ATF (Automatic Transmission Fluid)
Minyak ni memang penting bagi kenderaan jenis AUTO. Dalam buku manual ada dinyatakan setiap 20,000 km perlu ditukar. Tetapi boleh dilanjutkan hingga 30,000 km kepada pengguna yang ingin berjimat.
Jangan abaikan (contohnya tidak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlukan perbelanjaan yg besar.
Kalau anda rajin tukar, kereta anda tidak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel.
10. GEAR OIL
Untuk mereka yg pakai manual gearbox, kereta anda tak perlu pakai ATF tetapi sebaliknya perlu gunakan Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali.
11BRAKE FLUID dan POWER STEERING FLUID
Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.
12. RADIATOR COOLANT
Harga sebotol adalah RM8 – RM15. Selalunya berwarna hijau! Setiap 60,000km bolehlah ditukar sekali.
Jikalau air radiator anda berwarna jernih, maknanya guna air paip biasa sahaja dan tidak berapa bagus. Gunakanlah coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!
13AIR-COND BELT / ALTERNATOR BELT
Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni.
Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak.
Kalau bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus. Maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.
14. Adalah diingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau masa “3 bulan”, “6 bulan” dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan.
Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang!
15. MINYAK HITAM
Untuk minyak mineral, perlu ditukar selepas 5000 km ataupun 3 bulan, manakala minyak semi-sintetik utk 10,000km atau 6 bulan, dan minyak sintetik selepas 15-20,000 km atau 1 tahun.
Berhati-hati ketika membeli minyak hitam di kedai spare part kerana terdapat minyak “tidak berkualiti” yang disediakan oleh pengusaha atau mekanik bengkel.
Botol mungkin ada cap jenama Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah “made in china”. Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel.
Pengusaha bengkel tertentu mengarahkan pekerjanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refill serta diletakkan seal baru supaya dapat mengaut keuntungan lebih.
Adalah lebih selamat beli minyak di stesen minyak yang pasti tulen. Melainkan kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang anda kunjungi itu.
16. MINYAK GEAR
Jika manual, perlu ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat.
Paling bagus untuk kereta lama ialah gunakan gearbox treatment. Minyak gear ATF pula perlu ditukar setiap 20,000km. Sama seperti di atas.
17. FLUSH
Kalau dalam buku tiada dinyatakan, maka tidak perlu ditukar. Begitu juga dengan Air Filter. Coolant perlu tukar tiap-tiap 20,000km. Jika nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dengan syarat guna air suling or RO water. Timing belt ditukar setiap 80,000km.
Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing belt original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Tiada merekah, “gigi” masih elok maka tak perlu ditukar.
Aircond belt, altrnator belt, power steering belt – tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak rekahan.
18WATER PUMP
Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke dua. Katakan anda menukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila anda menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok ditukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba.
Nak tukar water pump perlu buka timing belt terlebih dahulu. Jadi kalau dibuat pada masa yang sama, tiada caj tambahan dikenakan.
Spark plug ditukar setiap 20,000km. Ataupun selagi plastik di bahagian tengah masih berwarna putih dan tiada kesan terbakar. Jadi kena selalu check spark plug.
Kalau spark plug anda berminyak, ianya bermaksud enjin sudah agak uzur dan perlu dioverhaul kerana piston ring sudah haus. Asap biru dibahagian ekzos juga adalah tanda piston ring haus dan minyak hitam terbakar.
Walau bagaimanapun, ini bukanlah servis biasa tetapi servis major. Head gasket ditukar apabila minyak leaking dikawasan tersebut. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat daripada blown head gasket. Buat grind valve sekali. Kerja penyelenggaraan ini dikenali sebagai top-overhaul.
Kereta
19. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km.
Tetapi ada juga yang mencapai perjalanan dalam 7-80,000km atau kurang 5 tahun sudah kena top overhaul kerana pemilik tidak cermat. Brake pad ditukar bila haus atau bila rasa brake kurang menggigit. Biasanya kereta berusia 3 hingga 4 tahun sekali.
Minyak brake juga pun sama, brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya dua kali ganda jangka hayatnya.
20. Pada asalnya, enjin pembakaran dalaman menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin.
Secara asasnyanya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km mengikut ketetapan pengeluar di Jepun. Tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yang dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass.
Jadi adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, anda perlu menukar lebih awal, dalam sekitar 60,000km jarak perjalanan.
21. Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999.
Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik bengkel memberitahu timing belt boleh tahan sampai 100,000km, tak perlu tukar pada bacaan 30,000km. Kemudian, kereta kena tarik masuk bengkel sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi servis dan penyelenggaraan pengeluar.
Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sebagai ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :
Camry ACV30 – enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 – enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 – enjin 1NZ-FE 1500cc
22. Model seperti Honda CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk model CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC.
Ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, anda hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sedia kala.
credit : http://thevocket.com/22-perkara-penting-kereta/